Skip to main content

Gerakan massa kepada Perubahan PAS.

Photobucket

Salam semua.

Logo kat atas ni hasil kerja peyokong PAS (pencipta xenan) bagi mengharapkan PAS berubah dari realiti zaman lampau kepada realiti zaman semasa. Tajdid.

Kepada sesiapa yang bersetuju PAS melakukan Tranformasi Kepimpinan seperti mana yang disuarakan oleh para cendekiawan, sila paste logo ini, dan daftar di N3 ini. Kita membentuk satu gerakan massa yang mendesak ke arah itu.

Realitinya, PAS memilih wadah undi bagi mencapai maksud Islami. PAS tidak memilih wadah dakwah pintu ke pintu seperti Tabligh, PAS tidak memilih wadah kabur seperti Hizbut Tahrir, PAS tidak memilih wadah ekonomi. Dan yang penting, PAS tidak memilih wadah setulen para nabi. Mahu tidak mahu, PAS perlu kembali kepada realiti undi majmuk. Bagaimana kaedah terbaik mencapai maksud Islami dalam waqi sendiri.

Di sini, kami gariskan apakah bentuk pembaharuan itu :
  1. PAS perlu menyediakan barisan kepimpinan yang mencapai maksud universal dalam waqi undi majmuk Malaysia.
  2. PAS perlu menyingkirkan pemimpin yang terbukti khianat dan menipu para pengundi.
  3. PAS perlu menyediakan Presiden yang bergerak menyelesaikan masalah undi pemilihan parti yang tertutup dan mendatangkan fitnah.
  4. PAS perlu menyediakan Presiden yang bergerak serius membawa masuk Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan. Inilah peluang Islamic State dalam keperluan undi bukan Islam.
  5. PAS perlu menyediakan Presiden yang fokus kepada jemaah tempatan, bukan terlalu kerap ke luar negara. Bahagikan dengan bijak dan tepat siapa untuk tugas negeri, siapa untuk tugas pusat dan siapa untuk tugas antarabangsa.
  6. PAS perlu menyediakan Presiden yang mencapai dengan pantas; serta mempunyai pengetahuan terhadap segala isu-isu negara.
Untuk itu, kami menegaskan, selagi PAS tidak berani melakukan tranformasi, kami tidak sedia menyerahkan pusat (parlimen) kepada PAS, tetapi dalam keadaan terpaksa memberikan undi kepada PAS bagi negeri (DUN) pada PRU13 kelak.

Comments

  1. wa setju sgt..Semoga Allah perkenankn doa kite sume..

    -zargus

    ReplyDelete
  2. Yang lebih perlu ditajdidkan ialah cara berfikir, persepsi, sistem dan cara kerja. Sikap perlu berbeza dengan orang UMNO untuk mencapai taraf dunia.

    ReplyDelete
  3. Setuju,setuju,setuju - mari kita jadikan PAS Harakah Islamiah yang dinamis,futuristik mengikut peredaran masa.
    Untuk ini wajar direhat atau dipencenkan "tunggul-tunggul lapuk" yang sama sespisis Juressic Park yang berendam diIbu Pejabat PAS.

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allkahu Akbar.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya, orang yang bertanding di Parlimen macam Khalid Samad dan yang bertanding di DUN macam Hasan Ali.
    Who you would like to choose?

    ReplyDelete
  5. Hassan Ali ker Khalid Samad pun manusia, tentu ada aje silap deme tu..tapi jangan sampai 'damage' perbuatan deme (atau sesapa tokoh dalam PAS) tu "sebab nila setitik rosak susu sebelanga" ..ada paham?
    Kita ni sayang lagi PAS drp semua tokoh living PAS put together, kan? Bukan sgt kita sayang sampai tahap Nabi s.a.w., kan? Deme tu pemimpin kita, silap kita tegur..don't talk 2me about wala' my a$$ kalau silap pemimpin PAS tu merugikan/mencelakakan semua kita jugak...harap maklum!
    Ok aku setuju 1 reformasi dlm PAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.