Salam semua.
Logo kat atas ni hasil kerja peyokong PAS (pencipta xenan) bagi mengharapkan PAS berubah dari realiti zaman lampau kepada realiti zaman semasa. Tajdid.
Kepada sesiapa yang bersetuju PAS melakukan Tranformasi Kepimpinan seperti mana yang disuarakan oleh para cendekiawan, sila paste logo ini, dan daftar di N3 ini. Kita membentuk satu gerakan massa yang mendesak ke arah itu.
Realitinya, PAS memilih wadah undi bagi mencapai maksud Islami. PAS tidak memilih wadah dakwah pintu ke pintu seperti Tabligh, PAS tidak memilih wadah kabur seperti Hizbut Tahrir, PAS tidak memilih wadah ekonomi. Dan yang penting, PAS tidak memilih wadah setulen para nabi. Mahu tidak mahu, PAS perlu kembali kepada realiti undi majmuk. Bagaimana kaedah terbaik mencapai maksud Islami dalam waqi sendiri.
Di sini, kami gariskan apakah bentuk pembaharuan itu :
- PAS perlu menyediakan barisan kepimpinan yang mencapai maksud universal dalam waqi undi majmuk Malaysia.
- PAS perlu menyingkirkan pemimpin yang terbukti khianat dan menipu para pengundi.
- PAS perlu menyediakan Presiden yang bergerak menyelesaikan masalah undi pemilihan parti yang tertutup dan mendatangkan fitnah.
- PAS perlu menyediakan Presiden yang bergerak serius membawa masuk Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan. Inilah peluang Islamic State dalam keperluan undi bukan Islam.
- PAS perlu menyediakan Presiden yang fokus kepada jemaah tempatan, bukan terlalu kerap ke luar negara. Bahagikan dengan bijak dan tepat siapa untuk tugas negeri, siapa untuk tugas pusat dan siapa untuk tugas antarabangsa.
- PAS perlu menyediakan Presiden yang mencapai dengan pantas; serta mempunyai pengetahuan terhadap segala isu-isu negara.
Untuk itu, kami menegaskan, selagi PAS tidak berani melakukan tranformasi, kami tidak sedia menyerahkan pusat (parlimen) kepada PAS, tetapi dalam keadaan terpaksa memberikan undi kepada PAS bagi negeri (DUN) pada PRU13 kelak.
sangat setuju bro kita kempen yuk
ReplyDeletewa setju sgt..Semoga Allah perkenankn doa kite sume..
ReplyDelete-zargus
Yang lebih perlu ditajdidkan ialah cara berfikir, persepsi, sistem dan cara kerja. Sikap perlu berbeza dengan orang UMNO untuk mencapai taraf dunia.
ReplyDeleteSetuju,setuju,setuju - mari kita jadikan PAS Harakah Islamiah yang dinamis,futuristik mengikut peredaran masa.
ReplyDeleteUntuk ini wajar direhat atau dipencenkan "tunggul-tunggul lapuk" yang sama sespisis Juressic Park yang berendam diIbu Pejabat PAS.
Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allkahu Akbar.
Masalahnya, orang yang bertanding di Parlimen macam Khalid Samad dan yang bertanding di DUN macam Hasan Ali.
ReplyDeleteWho you would like to choose?
khir ttoyo.. ader bran?
ReplyDeleteHassan Ali ker Khalid Samad pun manusia, tentu ada aje silap deme tu..tapi jangan sampai 'damage' perbuatan deme (atau sesapa tokoh dalam PAS) tu "sebab nila setitik rosak susu sebelanga" ..ada paham?
ReplyDeleteKita ni sayang lagi PAS drp semua tokoh living PAS put together, kan? Bukan sgt kita sayang sampai tahap Nabi s.a.w., kan? Deme tu pemimpin kita, silap kita tegur..don't talk 2me about wala' my a$$ kalau silap pemimpin PAS tu merugikan/mencelakakan semua kita jugak...harap maklum!
Ok aku setuju 1 reformasi dlm PAS.