Skip to main content

Cuaca menyebelahi BR di Bagan Pinang?

Oleh : AdukaTaruna

Meh sini gua bagitau lu orang something yang lu tak nampak. Jika kubu BR, SPR menyediakan hari untuk BN dengan memilih hari bekerja. Motifnya, menyukarkan pengundi luar, pengundi bekerja untuk membuang undi. Sebab itu kubu BR. Puratanya, sudah pasti lebih banyak menyulitkan pengundi BR.

Tapi di Bagan Pinang ialah kubu UMNO. Lalu SPR memilih tarikh Ahad. Hujung minggu. Ianya membantu pengundi membuang undi. Puratanya sudah pasti memberi keselesaan kepada pengundi BN, walau kita sedia maklum kategori pengundi BN adalah di kalangan 'penganggur'.

1. Kontraktor.
2. Suri rumah.
3. Belia tanpa hala tuju.

Namun, tanpa sesiapa perasan, hari ini tidak menyebelahi pengundi BN. Kerana hujan. Pengundi BN adalah pengundi jenis senyap dan low level aktivis dalam diri.

Ceramah dan aktiviti BN tidak mendapat sambutan tetapi bila tiba waktu undi, mereka akan undi BN. Ini adalah bukti jenis pengundi BN adalah jenis tidak mahu susah2, tak mahu pening kepala, rendah nilai aktivis, etc.

Jadi, mungkinkah Allah merancang hujan di sebelah pagi bagi menangguhkan semangat pengundi BN? Tidak mungkin pengundi BN sanggup meredah hujan seperti mana jentera mereka, jentera lawan dan pengundi lawan. Dan menjelang petang, malas untuk keluar pun menjerat diri.

Kesimpulannya, untuk satu suasana berkorban, hari di mana rakyat memerlukan sedikit kerumitan, ianya memberi kelebihan kepada BR kerana hanya mereka yang memiliki pendukung, poenyokong, penggerak yang sanggup bergelumang dengan penderitaan dan cabaran.

Adakah Allah menyusun hari dan cuaca untuk mengajar kerajaan zalim dan pendusta? Kita nantikan malam ini.

Comments

  1. Kadar peratusan tersebut dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 80 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - msiakini

    padan muka diorg.

    ReplyDelete
  2. kuang...kuang...kuang....

    wei..modai pungkoq dah tak laku wei..

    ReplyDelete
  3. Hahaha...Isa samad menang bergaya! Mat hassan semakin panas bontot. *Gocoh le korg lps ni.

    *gaduh

    -akubudakcuntungguadukadatangmeminang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...