Oleh : AdukaTaruna
Hari tu ada satu kes. Member gua buat hal sama dia punya family. Bini dia dah la mengandung anak ketiga, tapi bawak lari anak gadis umur 17 tahun. Tionaseng punya member. Dah melalak pompan tu dengan anak2 dia.
Member gua ni, member si Iwan gak. Iwan silat tu la. Member mistik gua. Tunang dia adalah adik kepada si Along ni. Masa tengah niaga, dia kol gua.
"Ngah.. ada prob la. Along wat hal. Lari dengan anak dara orang. Ni bini dia dah macam orang gila dah ni."
"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?"
"Tunjukkan aku jalan ke Pekan Rantau."
"Nak buat apa?"
"Jumpa Pak Din. Ahli sufi."
Mak aih. Gua yang rasa2nya lagi terrer dari dia bab agama pun tak tahu apa maksud sufi tuh. Iwan plak yang sebut ahli sufi. Jenama safi tahu la gua. Jenama peberet Kulub Sakah.
"Kau tunjuk sampai pekan tu jer Ngah. Dari situ kita kol dia."
"G dengan siapa?"
"Dengan bini Along la."
"Gile kau. Bini orang tu bai. Dia mana buleh kuar rumah."
Gua tetiba jadi alim.
"Alin ada skali, mak pun suruh pergi."
Alin tu tunang dia la. Adik kepada suami mangkuk ni. Mak si Along pun bagi kebenaran.
"Boleh memang boleh wa. Tapi lepas aku niaga la."
"Okeh."
Pendek cerita gua sampai rumah ahli sufi. Dalam kul 12 malam camtuh. Rumah kampung. Biasa lah. Kat sudut parking, ada bendera BN yang dibuat tirai halang cahaya matahari agaknya.
"Ceh ahli sufi BN nih." Bisik gua.
"Assalamualaikum... " Kitorang bagi salam. Ala2 salam datang raya.
"Waalaikumussalam... masuk la..." Bini dia jawab. Pak Din sedang sibuk layan satu keluarga pesakit. Ni ahli sufi ke bomoh ke, gua belum dapat kepastian lagi. Tengok pesakit macam ok jer. Dessing macam Datuk dan Datin. Pak Din ni lebih kepada perunding la gua ingat. Kaunselor ala2 Hassan Ali.
"Jemput la minum2 dulu..." Pelawa bini dia lepas kitorang salam semua yang boleh disalam. Gua macam biasa, ambik port tepi pintu. Gua jin2 hantu ni kurang takut, tapi bab2 hilang akal mengamuk2 ni gua perlukan space untuk lari atau melawan. Hahaha.
Tiba2 anak lelaki dia keluar dari ruang dalam. Serah Harakah bertajuk "Mulakan dari Bagan Pinang."
"Aik?" Gua dah pelik.
"Eh... baca Harakah ke? Mari sini.." Datuk sebelah gua bersuara. Harakah berpindah tangan...
Sebelum adik gua yang baru habis UPSR tu rembat motor pergi solat Jumaat, baik gua sambung ke N3 lain. Tak pasal2 gua menapak tengah panas. Nak bawak kete punya siksa. Dengan panas, dengan parking. Bertukar plak kulit Torres gua kepada kulit Sagna kang.
Gua sambung nanti la eh...
Menarik ni. ok, saya tunggu sambungan.
ReplyDeletepotong aah!
ReplyDeletebro aduka kalau buat citer camni lg best..x payah dok citer pasal mazhab..sebab x sesuai...
ReplyDelete