Skip to main content

Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/09/05/24923/#comments

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini – bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

sections 23 residents argue with MBSA officerMereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

section 23 resident arges with khalid samadKira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

section 23 residents anttending dialogueSelepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Comments

  1. Wa npk yg buat kecoh tu geng2 yg pkai songkok.. Cmne geng ni blh terlps msk. Yg lain2 npk relax aje. Mslh yg pkai sngkk, yg ikat rmbut n pkai spek itam yg buat kecoh ni..

    -pendekar laut-

    ReplyDelete
  2. Smua dah diupah bro. Bkn susah sgt nak sabotaj prog camni. Dah mmg hati org UMNO dibentuk begitu. Dah acuannya begitu.

    Sedangkan dlm mesorat Bahagian pun b'tempur sesama mrka, lg lah bila b'depan dgn PR. Ke mana la hala tuju akhirat org UMNO nih.

    ReplyDelete
  3. bagi w sepatutnya kerajaan negeri ketatkan lagi hadirin yang join dialog tu.... camni la jadinay kalau pepuak lembu tu masuk majlis... hanco majlis..... sedangkan musorat cawangan pun asyik gaduh jer....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Kau lihatlah sendiri Aduka, tak payah ko nak sepin-sepin lagi wahai Dak Taruna! insaflah..

    ReplyDelete
  5. kdg kdg wa heran gak kpala otak orang UMNO, penyokong depa nih.. entah apa depa pikir entah..isu sensitif antara agama kena ler handle with care.. Kuil Hindu tu mmg dah setuju dipindahkan, jadi apa masalahnya? Tu depa ingat depa buat elok dah? Depa ingat cara melalak maki hamun agama Hindu tu ler pertahankan Islam? Lain ler orang Hindu nak rosakkkan/kotorkan masjid & seumpamanya..ni takdak kes.

    commotion besenya pasal ada yg marah-2, tak puas hati...tu normal la..kira cun dah tu PR atau PAS S'ngor buat majlis camtu..gentlemen gak ler. BN wa tak ingat depa ada buat dialog camtu..habih-2 statement pemimpin kat press yg biased...kecoh tu biasa la, tapi baik kita tengok puncanya, penyelesaian semasanya, natijah perbuatan ala samseng tu. Sah ler tak berakhlak & tak leh setel apa-2 kalau perangai camtu.

    Ingat! Insaf tu dasar ajaran Islam..balik ikut kehendak Allah...jadi sapa yg perlu insaf dlm hal ni?

    Lu pikir ler sendiri brader...hehe.

    ok..moga kita terus diberi hidayah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.