Skip to main content

Isu Ostad Azizan angkuh : Penjelasan Setpol

Apa yang saya fahami dari sidang akhbar sambil berdiri di Istana Anak Bukit itu dan penjelasan dalam akhbar hari ini ialah:

1. Istilah pekeliling telah digunakan oleh wartawan, sedangkan ia adalah kertas cadangan. Istilah inilah yang mengejutkan MB lalu mempersoalkan hak DPPP untuk mengeluarkan pekeliling.

2. Kedah tidak bermaksud membiarkan sahaja arak yang diharamkan dalam Islam memusnahkan kehidupan beragama rakyat Kedah, tetapi sebarang cadangan penambahbaikkan mestilah lebih kemas dari apa yang sedia ada. Langkah-langkah menghadkan lessen premis sudah pun dibuat di semua PBT di Kedah.

3. Perlu ada perbincangan yang mendalam dari semua sudut, termasuk kajian terhadap Enekmen dan Akta berkaitan serta penguatkuasaan undang-undang yang ada dalam bidang kuasa kerajaan Negeri (khususnya dalam konteks Kedah) untuk memperkemaskan pelaksanaan hukum Islam berkaitan arak.

4. Negeri Kedah tidak berdiam diri dalam usaha melaksanakan hukum pengharaman meminum arak kepada umat Islam dan kesan arak kepada masyarakat seluruhnya, tetapi ia tidak dibuat menerusi publisiti di media.

5. Sebarang perubahan dalam dasar dan polisi kerajaan Kedah harus dipersiapkan dan dikemukakan dengan penuh kekuatan dari semua sudut sama ada strukturnya, kandungannya, kredibiliti dan integritinya, supaya ia boleh dilaksana dan dipertahankan. Jangan sampai sesuatu pembaharuan dalam pentadbiran dicabar dan kalah di mahkamah.

6. Kaedah ‘pukul anak sindir menantu’ tidak sesuai, dan tidak cukup kekuatan dalam isu perundangan dan pendekatan politik dalam bab melaksanakan tuntutan terhadap hal-hal yang sensitive (dalam konteks budaya dan sosio-politik Malaysia) seperti arak dan judi.

7. MB bersedia menerima cadangan dan saranan sesiapa sahaja untuk kebaikan, dan bersedia bertemu DPPP dalam isu ini.

Setahu saya, di zaman pemerintahan Khalifah Syaidina Umar Al-Khatab, beliau telah mengambil cukai ke atas arak, tetapi bukan bertujuan mencari dana negara, tetapi untuk membebankan industri itu. Hal-hal seperti ini perlu dibincangkan dengan serius dalam konteks Malaysia hari ini.

Harapan saya ialah supaya langkah awal DPPP dalam isu ini, walaupun bermula dengan sedikit ‘panas’, akan membuahkan hasil yang mampu membuka jalan keluar yang terang-benderang.
Kesan yang kita mahukan ialah kerajaan mampu menyelamatkan rakyat dari terus terjerumus dalam dosa dan kesan buruk arak selaras dengan tuntutan Allah s.w.t. Saya telah dihubungi oleh Setiausaha DPPP, Saudara Kamarulzaman Mohamad untuk mengadakan pertemuan dengan MB untuk memberikan maklumat lanjut DPPP dalam isu ini.

Muhammad Sanusi Md Nor
Setpol MB Kedah

Comments

  1. ni bukan masalah arak.... tapi cara Ustat Azizan jawab tu..... ada unsur² angkuh..... cuba jawab biar lunak skit... kan lebih elok....

    satu lagi... alah nak ikut zaman khalifah umar plak... komposisi kaum mana serupa ngan negeri Kedah.... mana boleh ikut.....

    - abanghensem

    ReplyDelete
  2. bukan angkuh maa..
    lu baca ikut blog/paper mmg laa. cuba lu dgr sendiri. lu baca cara angkuh, angkuh la jdnya. cuba lubaca dgn nada lunak, kan lembut bunyinya... wakaka... x pasal2 ostad tu kena angkuh...

    ReplyDelete
  3. ok tak pa kita damai saja..lain ler pasai kerjaang perpaduang tu wa rasa wa pun melompat..kecik ja perkara cara jawap ni...biaq pi la..tapi ada eloknya semua pemimpin PakatanRakyat terutama hat PAS pi belajar lagi layan press,PR depa ni lemah & melemaskan...kdg-2 megelirukan penyokong sendiri & menguntungkan lawan...hmmm...sapa leh ajar depa nih entah? lu ker AT? hehe

    ReplyDelete
  4. Pemuda PAS mmg angkuh, sebarang kertas cadangan bawak2 la berbincang dulu dengan MB, kena sergah camtuh dah sensitif, cara orang Kedah mmg kasaq,bukan angkuh tapi tegas, 10 kali lagi pemuda PAS buat kerja BODOH mcm nie...jahanam la jemaah....

    ReplyDelete
  5. adakah jawapan setpol tu pasai saidina umar kenakan cukai atas arak akan di gunakan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan selangor untuk tidak melupuskan kilang arak??

    ekekekeke....

    time nie,
    keluarkanlah pulak kisah saidina umar.
    sebelum dapat, nak letupkan kilang bagai...

    loser...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.