Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 1, 2009

Bodoh piang punya ulama.

Oleh : AdukaTaruna

Isu kuil.

Dalam kemelut dan serangan kepada ahli berbaiah sendiri, Khalid Samad, sepanjang pemerhatian gua, hanya sekor sahaja ulama dari Dewan Ulama Kelantan yang mempertahankan Khalid.

Mana Presiden?
Mana Ketua Pemuda?
Mana PJ Selangor?

Lu jangan tanya gua, apakah persepsi gua terhadap Kepimpinan Ulama. PAS jahanam dan paling sial dalam sejarah pada gua. Kalau lu tanya apakah cara penyelesaiannya, jawapan gua, cabut Hadi dari Presiden. Mudah tapi susah nak buat.

Bila lu cabut, maka, segala susunan organisasi, fahaman strategi, akan berubah dengan drastik. Malasah Stopa, masalah Hasan Ali, tercabut sama sekali. Presiden lain sibuk drafkan pembaharuan yang lebih baik. Tapi Presiden PAS punya sial macam tiang letrik. Tegak lurus, kaku membatu. Anjing kencing pun dia diam.

Cuba dia drafkan pembaharuan dalam parti seperti prosedur pemilihan, kiraan undi, etc. Tidak peka kepada rungutan dan keraguan luar. Kata perjuangkan ketelusan, Bukan sahaja telus, tapi harus dilihat telus. Bukan sahaja tidak boleh membuat fitnah tapi juga harus mengelak dari timbulnya fitnah. Tapi proses kiraan undi sendiri dilihat tidak telus. Mmacam gua cakap. Inilah sejarah yang gua catit untuk tatapan generasi akan datang. Nothing. Ada takda serupa. Malah lebih baik takda.

Bila cakap pasal persaingan dengan PKR, marah pulak kerana ahli lebih kagum Anwar dari Presiden sendiri. Tapi salah sendiri tak nampak. Apa kejadah lu tawarkan Presiden kayu macam tu? Atas dasar falsafah sesat Kepimpinan Ulama? Letak Presiden macam kayu, suruh bersaing sihat dengan ular sawa. Kan ke bangang tahap infinity.

Deyy ahli PAS, kalau lu sendiri tak boleh reform parti sendiri, jangan harap lu boleh reform Malaysia? Kalau Hadi pun lu takut dan still ortodok untuk tukar-ganti, jangan menyalak untuk tukar ganti Presiden UMNO. Idiot.

27 comments:

Anonymous said...

100% setuju dengan AT. Ahli PAS jangan cepat melenting kalau presiden ditegur. Muhassabah diri dan parti .....

sabri said...

isu kartika lembab, isu kuil lembab.

Shannaro said...

x abih2 lagi kaa lu AT... mcm ni laa.. lu revealkn diri lu, tawar diri jd ketua pemuda mana2 kawasan. pastu step by step lu naik, lu fight la dlm mukhtamar. jd pwakilan ke, hapa ke...lu buat supporting team utk angkat lu. lu hantam saja dlm mukhtamar. lu sembang kosong kat blog lu, apa dapat bro... ngabih boreh je. hanya budak2 geng gagak itam lu saja baca kat sini. x pun 2-3 org sesat mcm wa masuk. lu pon x ilang phala pose...

Anonymous said...

tahnyer...kalau takat bising dlm nie sampai bila pun PAS takkan bertukar presidennya ataupun ada usaha ke arah tue...bila PAS tak tukar presidennya sampai bila pun BR takkan menang...sampai bila pun UMNO takkan kalah....hahahahaha...what goes around comes around :P~

Anonymous said...

aiyoo..tambi..lu ckp mcm tarak otak ma..dlm politik mn blh trus hentam je ckp..slp ari bulan kna blik.. lu sape nak ckp pmimpn pas xbtol..dh brp thn u bjuang dlm pAS or PR? itu ulama ma..ska2 u je hentam de..u punyr ilmu dh tgi sgt ke?cermin diri dlu la beb sblm pedajal kat org..pk la pe smbgn lu thdp PR?ckp blh bai..kalo u bkn islam xpe..tp kalo lu islam bawak tobat byk2 ma..

Pemburu Syahid said...

Aduka,

Teruskan. Kebenaran memang pahit dan pedih.

Pedulikan komen komen ANON yang penakut nak dedahkan diri tu.

Hanya pandangan mata hati jer yang bernilai. Pandangan mata kasar nih fatamorgana jer.

Pemburu Syahid said...

Masa TG Hj Nik Aziz teruk kena hentam dulu pun puak puak nih diam membisu juga.

Pastu, masing masing melalak kata nak pertahankan kepimpinan ulama.

Cermin dirilah sebelum memberi komen. Berpijak di bumi nyata. Jangan jadi kakaktua macam UMNO juga.

Anonymous said...

susah maa nak buang hadi.lagi geng2 tua yg jumud sikit.mau jadi macam revolusi iran karang, abih pecah belah umat islam.camne plan nak cover tu?

PENJILAT ULAMAK TEGAR said...

woi aduka!

jangan melampaui batas islam!

jangan kurang ajar dengan ulamak!

ulamak pewaris nabi!

taat dan walak pada pewaris nabi!

derhaka dan biadab pada ulamak menempatkan dirimu dalam neraka!

ulamak pemberi syafaat dan penyelamat di alam mahsyar!

hidup ulamak!

hancur erdogan!

hancur anwar!

mountdweller said...

Salam sdr. aduka.

Inilah satu masalah yang tertanam di benak orang-orang PAS. Masih kekalkan Pemimpin tiang lampu tetapi pandai pula kritik Presiden Parti Lain!

Anonymous said...

daripada ko buang hadi,baik ko terajang nik aziz tu.buat hancur umat je.pada aku baik kekalkan hadi sebab dia xlah nampak politik sangat walaupun jadi presiden pas.isu2 umat islam ada gak backing.ni isu umat islam diam je.kalau berbunyi pun bagi semangat kat musuh islam adala..

betul x erdogen?

SearchForHeaven said...

MasyaAllah.. beratnya tuduhan dan telahan ni.

Kawan,
Ini isu besar..Isu kuil, isu melayu demo kepala lembu.. adalah isu sensitif jika tidak dikaji dengan teliti..

Sebagai pemimpin Besar Pertubuhan ISLAM, TGHH pasti ada alasan kenapa tiada mengupas isu ini..
Atau beliau masih belum membuat ulasan untuk mengelak fitnah yang lebih besar..

Isu ini boleh jadi pembolehubah kepada perpaduan dan perpecahan.
Kerana itu, perlu kepada memohon petunjuk dari ALLAH SWT, supaya dapat memberi ulasan yangs sepatutnya..

Waktu sekarang, baik di pihak UBN atau Pakatan Rakyat, terlalu byk kerja politiking, hampir setiap hari..

JIka ini berterusan, ramai akan menganggap kita tidak serius dalam urusan pentadbiran, sebaliknya hanya tertumpu kepada isu politik..

Sabarlaa kawan dalam telahan..
Sesungguhnya, anggota kita hanyalah pinjaman dari ALLAH..
gunalah sebaik-baiknya..

Anonymous said...

ERDOGAN LANCAU!
ULAMAK LANCAU!
PAS LANCAU!

HIDUP DAP!
HIDUP MALAYSIAN MALAYSIA!

-DAP Youth-

Anonymous said...

gua sokong lu aduka taruna

kita kempen sama ahli pas buang dia punya presiden, pesuruhjaya selangor

lembab macam siput

jibam

Anonymous said...

kalau kempen nak buang hadi susah nak jalan, kita kena mulakan kempen suruh hadi buat kerja lebih masa, jangan pikir nak kawin lebih je.

AT, lu kena mulakan kempen suruh hadi buat kerja dan jangan jadi tunggul kayu

lu jangan jadi macam gen melayu lain yang hangat2 tahi ayam je

lu jangan lembab macam hadi

jibam

Pemburu Syahid said...

Aku nak jawab komen ANON yang kat bawah nih.

Ini komen ANON tu :-

woi aduka!

jangan melampaui batas islam!

jangan kurang ajar dengan ulamak!

ulamak pewaris nabi!

taat dan walak pada pewaris nabi!

derhaka dan biadab pada ulamak menempatkan dirimu dalam neraka!

ulamak pemberi syafaat dan penyelamat di alam mahsyar!

hidup ulamak!

hancur erdogan!

hancur anwar!


Ini jawapan aku :-

Ada Islam ajar ulama tak boleh ditegur?

Waktu Allah swt mencelakakan Abu Lahab di dalam al-Quran, takkan ko nak kata Allah swt melampaui batas?

Betul, ulama pewaris Nabi tapi bukan Nabi. So, ulama mempunyai kelemahan dan keterlanjuran maka boleh ditegur cuma teguran itu yang ada pro dan kontranya.

Kalau ko kata lawan ulama akan menempatkan diri di neraka, ko sepatutnya fahami dulu "ulama" tu apa. Bukannya main hentam ikut bodo bodo macam tu jer.

Hang laung hidup ulama hancur erdogan hancur Anwar, itu sajer sudah cukup untuk menunjukkan betapa ceteknya ilmu hang. Ada Islam ajar berpecah dalam jemaah sendiri? Atau hang nih adalah manusia jahil yang perasan berilmu?

Muhasabah beb. Beli cermin. Cermin diri dulu kalau nak hentam orang pun.

Komen biar berilmu. Jangan komen sembrono ala ala UMNO yang gampang tu.

Pergi mati laa.....

SearchForHeaven said...

rupa2nya semuanya kosong.. hanya emosi menguasai diri..

kadang2, manusia ini, lebih lembu dari lembu.. huhuhuhu..

sana serang sini.. sini serang sana..
syaitan menari-nari mengikut rentak muzik permusuhan..
hahahaha...
siapa laa yang jadi sahabat syaitan agaknya...???
gembira nya syaitan bila muslim tidak kembali kepada quran bila berhujah...

kui..kui..kui...kui...

Anonymous said...

wakaka.. lu ni bro, memang sempoi.. lu bg hujah, depa ni balas hujah lu..

lu cakap ahli pas bodoh.. depa cakap lu bodoh balik..

apapun, wa nak lu pertahan idea lu...

kepala hotak macam lu ni susah cari ni...

lu jangan mati awal dah la.. wa doakan lu pnjang umur bro..

-bukancalon-

Anonymous said...

aku nak jawab pemburu syahid punya pendapat.

"Ada Islam ajar ulama tak boleh ditegur?

Waktu Allah swt mencelakakan Abu Lahab di dalam al-Quran, takkan ko nak kata Allah swt melampaui batas?

Betul, ulama pewaris Nabi tapi bukan Nabi. So, ulama mempunyai kelemahan dan keterlanjuran maka boleh ditegur cuma teguran itu yang ada pro dan kontranya.
"-PEMBURU SYAHID

Allah celakakan abu lahab memang munasabahlah sebab dia penentang islam terkemuka.memang wajarla..tapi ulama ni,siapa dia yang hang nak celakakan?ko kene beza abu lahab ngan org soleh.lagi 1,ulamak memang boleh ditegur.xde yg melenting kalau ditegurpun.tapi adakah cara ko tegur dia sama dengan cara ko tegur pencuri/perompak yg masuk rumah jiran hang?ko kene beza situ..adakah sama cara tegur pencuri, dengan cara tegur ibu bapa kita yg xsependapat ngan kita?lainlah kalau ko pernah celakakan mereka sebelum ni..tegurlah elok2 kalau ko rasa pendapat ko betul.tapi pada aku,ko punye pendapat macam ciput je.ntah apa2.

-zidane

Pemburu Syahid said...

Cipu ciput pun kami pun, takdelah kami nak sokong buta tuli macam ko.

Pemburu Syahid said...

Ulama adalah golongan yang menjernihkan kekeliruan di dalam masyarakat tetapi puak puak nih mendiamkan diri dan diam seribu bahasa di saat masyarakat memerlukan "penjernihan".

We are talking about their peranan bukannya about their title as the ulama.

Where are they ketika TG Hj Nik Aziz dihentam? Where are they ketika masyarakat terpinga pinga tentang isu kuil di Selangor?

Kenapa mereka tidak bersuara? Bukankah menjadi tanggungjawab mereka untuk memimpin masyarakat ketika mana masyarakat terpinga pingan?

Lainlah kalau mereka sendiri pun terpinga pingan juga.

Lagi satu, macam mana mereka mendapat title ulama? Sebab lulusan Timur Tengah, kan? Bukan sebab pengamalan ilmu, kan?

Adakah semua yang lulusan Tiomur Tengah itu ulama? Adakah semua yang grad bidang agama itu ulama?

Adakah semua yang beserban berjubah itu ulama?

Ulama bukan terletak pada serban jubah atau lulusan uni mana, tetapi ulama adalah insan yang memimpin masyarakat ketika mana masyarakat terpinga pinga.

Ulama juga boleh tergelincir. Baca sejarah.

Bila mana kita kata ulama tidak boleh ditegur, maka kita telah "merahibkan" ulama seperti mana penganut Kristian merahibkan paderi paderi mereka.

Apa maksud "merahibkan"? Apa sahaja yang keluar daripada mulut ulama, maka itu adalah umpama wahyu dan tidak boleh disanggah dan wajib disokong.

Buka kitab tafsir, terdapat ayat al-Quran yang membicarakan soal "merahibkan" ini.

Jangan main hentam dan perasan berilmu semata mata kerana kita ahli PAS.

Anonymous said...

aku tengok ada org yg cetek akal..lemah akal..tak cerdik...bila tajuk analisis dan brainstorming,puak2 ni menyepi..otak tak mampu berfikir..atau tak mampu berfikir..serupa dgn otak puak pemimpin yg diorang pertahankan..lembab dan slow...bab bersyarah nak menang saje..pantang ulamak kena tegur..tp bila ada artikel bab analisis dan brainstorming menikus...mungkin sbb takde dlm kitab kuning kot..kalau jadi pemimpin memang hancor..sbb tu kekal jadi blogger sampah aje...otak2 lembab mahir menghafal je..kena fikir lebih skit terus bungkus..teruskan lah menyokong pemimpin ulamak engkau tu sampai kiamat..sbb level otak kau pun sama aje mcm dia..

Pemburu Syahid said...

Kita menyokong kepimpinan ulama dalam bentuk ulama memimpin dan bukan dalam bentuk ulama hanya menghukum.

Dan, kita mahukan ulama yang hidup segar serta mampu mengapplikasikan ilmunya selari dengan perkembangan zaman.

Hukum Islam tidak boleh diubah. Apa yang kita mahukan adalah ulama menselarikan hukum hukum Islam itu supaya perubahan zaman ini menjadi terkawal dan murni. Bukannya menyekat.

Malangnya, ulama tido kemudian mengigau.

Utamakan perkara yang perlu diutamakan dan ketepikan dulu soal remeh temeh.

Ambil contoh isu arak, penjelasan Dato Presiden PAS sedikit sebanyak membuatkan kita mendapat ilmu berkaitan perlaksanaan hukum Islam.

Soal sama ada kita setuju atau tidak dengan penjelasan beliau, itu soal lain.

Yang penting, ulama tampil memberikan penjelasan. Full stop.

BUkan title ulama yang kita persoalkan tetapi peranan ulama itu yang mahu kita hidupkan.

So, fahami isu sebelum berhujah. Bukan apa, takut terserlah kejahilan sendiri.

Ziarah blog aku kalau nak debat panjang. Aku tak nak ganggu blog Aduka Taruna nih.

Anonymous said...

abih tu,ko masuk parti yg dianggotai bukan ulamakla deyy.buat apa menyemak dlm parti ulamak ni..ekeleee..nama pemburu syahid.syahid pebendenya kalo ko duk asyik kutuk cikgu.syahid mana yg ko buru?ulama ni macam cikgu jugak.bukankah pengertian syahid tu cikgu yang terangkan pada ko?ko belajar dari mana ni?dari mahadey ke.perasan reti skit dah buat pandai.ceh!

Pemburu Syahid said...

Apa hujah ko? Setakat air liur jer kan?

PAS parti Islam. Bukan parti ulama. Sesapa juga yang pernah ucap kalimah syahadah selagi mana syahadahnya tidak terbatal, layak untuk menjadi ahli PAS.

Ko dah baca perlembagaan PAS? Ke ko tak pernah tengok pun perlembagaan PAS? Ke ko nih ahli PAS ikut ikutan jer?

Cermin diri beb. Hujah jangan emosi. Kan tak pasal pasal dah terserlah kejahilan sendiri.

Apa barang sembunyi di sebalik ANON.

Kalau ada hujah, buat blog. Tulis hujah ko. Aku jawab. Bukannya main pukul curi dan syok sendiri dalam blog orang lain.

Takde bezalah antara ko dgn UMNO. Main pukul curi jer.

UMNO menyorok blkd PDRM, SPRM dan SPR. Manakala ko menyorok di sebalik ANON.

Sama jer hinanya.

Pemburu Syahid said...

Pandai membaca tapi tak faham faham juga. Itu bangang dan bongok namanya.

Anonymous said...

slm ramdan...slm saudar berhujah biar berilmu...isu agama dan isu ibadah snsitif perlu ditangani secara berhemah...n satu kena adil...bagi dulu ruang pemimpin kita berfikir sbm mengeluarkan kenyataan...silap kata buruk padahnya...kita sbg rakyat jgn dok ngutuk jer..dlm islam perlu prinsip adil ditegakkan..
fikirlah saudara2 semua...jgn ikut emosi mengutk, mencaci, dan menghina org lain yg kita tak tau hujung pangkalnya...tapi kalau rasa kebal dan hebat teruskan usaha anda yg murni mengutuk dan mnfitnah sbb neraka telah tersedia utk glgn demikian...neraka luas bro sgt luas bg org yg memfitnah dan mengutuk..harap fikr dulu sbm berbicara kalau nak berbicara perlu berlandaskan islam..wslm