Skip to main content

Perkembangan kes TBH

Oleh : AdukaTaruna

Pembolehubah tulisan gua ni, terbahagi kepada 2 :
  1. Media
  2. Pasukan penyiasat kerajaan.
Kalau media kencing, makna gua pun kencing la. Kalau pasukan penyiasat, ahli kimia, saintis kerajaan kencing, pun gua kencing lu la.

Tingkap tempat terjun takda kesan.

Tungkap tempat TBH yang dikatakan terjun tu, berabuk beb. Sampai tak dapat nak buat ujian cap jari kata penyiasat. Tapi takda kesan disentuh oleh seseorang. Habuk dia stay camtu jer. Apa yang boleh disimpulkan?
  • Kalau mayat dicampak, bukan dicampak dari tingkap itu.
  • Kalau bunuh diri, logik seandainya TBH terus melompat jer.
Tingkap tu rupa macam ni ha. Bukaan tingkap atas 45 darjah. Tingkap bawah rendah jer. Selangkah jer. Tak sampai 1 meter.

Tapi masalahnya, ada ke orang bunuh diri terus lompat. Dia ambil jarak, dan lari ala2 sukan lompat kijang, then terus terjun ala2 terjun kolan renang. Mustahil beb.

Kompom dia termenung dulu kat tepi tingkap tu. Kalau ada ruang berdiri kat luar, dia akan berdiri kat luar. Termenung dulu. Bulatkan tekad dan nekad. Tangan pegang sini sana.

Yang gua heran skang ni, apsal pihak kerajaan bermati-matian menuduh TBH bunuh diri? Bermakna bukan kongsi gelap DAP la bunuh melainkan kongsi gelap DAP itu terbabit sekali dengan mereka.

Ujian adrenalin takda.

Mangkuk punya penyiasat kerajaan ni, dia tak buat ujian adrenalin. Ujian adrenalin penting untuk mengetahui sama ada TBH melalui detik2 cemas atau tidak di akhir ajal. Kandungan adrenalin orang yang cemas atau bergelut atau melarikan diri akan tinggi. Lu jangan tanya gua lebih2 pasal ni. Lu google la. Gua pun baca media jer.

Persoalannya apsal takda? Takda atau diarahkan tiada? Atau diarahkan ditiadakan selepas semua prosedur besah siasat selesai termasuk ujian adrenalin. Kalau gua peguam tu, gua asak tanya sama ada ujian adrenalin tu wajib dalam satu2 bedah siasat atau tidak. Bodoh gak anak Karpal nih.

Geseran tapak kasut.

Skang lu tgk kasut nih.

Gila babi punya terhakis. Bermakna diseret. Kompom punya la. Diseret atau diskripkan diseret.
  • Diseret
Kalau diseret, kompom laluan dia jauh beb. Boleh jadi gak dari tingkat 14 ke tingkat 5, atau dari tingkat 14 ke tingkat 10 (contoh), then campak dari situ untuk membuatkan mayat mati kerana terhempas, then seret balik ke lokasi bumbung tingkat 5.

Dan kalau diseret, yang buat kerja ni sorang jer. Kalau 2 orang atau lebih kompom dia angkat. Dan kalau sorang, kompom terjadi pergelutan dan pertengkaran di mana2. Tu yang poket terkeluar tu.
  • Diskripkan seret
Diskipkan seret bermakna pembunuh cabut kasut tu dan geserkan kat mana2, untuk membuatkan dia terseret. Mengapa pula?

Kalau pihak DAP yang buat mengmang logik kalau motif dia untuk kenakan SPRM. Tapi persoalannya, kenapa skang ni pihak kerajaan / SPRM seolah2 condong menuduh dia membunuh diri? Dan bukan menuduh pihak lain? Atau masih belum waktu lagi?

Kalau ujian tunjuk adrenalin rendah.
  • Penyiasat menipu.
Skang ni, kepercayaan gua kepada kerajaan hancuss habes. Yang bedah tu pun gua tak percaya.
  • Penyiasat jujur.
Kalau yang bedah tu jujur, dan betul adrenalin TBH rendah, mungkinkah TBH dipengsankan oleh seseorang ketika tidur? Ketika TBH tidur tu, dia cekup muka TBH dengan kain yang ada kimia khas dan pengsan. So, TBH tidak cemas.

Meragui dakwaan TBH dilihat 6 pagi.

Gua tak percaya langsung dakwaan itu. Apa buktinya? DAP Kajang tu dakwa dia melihat TBH pukul 6 pagi, tetapi tak menegur. Macam ada yang tak kena.

Kalau gua bunuh TBH 4 pagi ketika TBH tidur, gua pun boleh cakap :

"Ehh.... pukul 6 pagi gua nampak dia. Tak sempat tegur, just senyum jer."

So, pada masa pembunuhan 4 pagi tu, faktanya ialah TBH masih hidup sehingga kali terakhir dia dilihat pukul 6 pagi.

Mungkin nak jaga impak lebih rosak.

Kalau kongsi gelap DAP terbukti bunuh, dah satu lagi lagi impak damage kepada kerajaan. Macamana kongsi gelap boleh lepas berkuasa dalam bangunan kerajaan? Malu besar la pada penyokongnya yang anti DAP secara bodoh tanpa maklumat itu.

So, nak tak nak, terpaksa la bunuh diri adalah paling selamat.

Kita jumpa lagi la dalam perkembangan yang lain.

Comments

  1. Salam sdr. aduka.

    Bila kita ikut perkembangan inkues ni, nampak sangat ramai yang bodoh terlibat. Adakah mereka jangka kita juga boleh dibodohkan?

    ReplyDelete
  2. Wa suka ulas bab Teo ni satu2 bab. Lom masanye utk ulas secara overall.

    Dulu wa menyangkal Teo jatuh setinggi 9 tingkat (30 m) dgn 3 point hujah. Wa jg b'pendapat Teo dah mati dulu sblm diletak di bumbung tingkat 5 tu.

    Kali ni wa nak komen psl kasut Teo.

    1. Wa setuju dgn AT bhwa yg menyeret Teo hnya seorg, jika b'dua pasti diangkat.

    2. Wa yakin ketika diseret, Teo msh hidup. Samada keadaan dia sedar (kesakitan) @ separuh sedar (dikhayalkan). Sbb tapak kasut hanya akan b'geser pd lantai jika ada tekanan dr kaki.

    Jika tiada tekanan dr kaki, tapak kasut x kan b'geser dgn teruk pd lantai. Bayangkan seseorg menyeret mayat dgn memaut pd ketiak mayat tu. Kaki mayat tu longlai beb, akan t'julur tegak tanpa m'beri ape2 tekanan pd tapak kaki.

    Maknanya kalo ada tekanan pd tapak kaki hingga menyebabkan tapak kasut b'geser teruk, pasti si pemakai msh b'nyawa.

    3. Arah geseran pd tapak kasut Teo ke arah tepi, bkn ke arah depan. Nama pun seret. P'bunuh seret Teo dr arah belakang dgn memaut ketiak dia. Arah geseran sepatutnya ke depan @ tumit kasut tu haus.

    Bole jd spt dakwaan AT, ia diskripkan seret.

    So wa cdg peguam pemerhati, Gobind Singh m'desak spya :

    1. Kedua2 kasut dikaji kesan & arah seretan. Bayangkan kalo kasut kanan ke arah tepi, kasut kiri ke arah depan, x ke haru tu?

    2. Kaji bekas geseran pd tapak kasut tu. Wa yakin partikel batu, butiran pasir, habuk, cat dsb pd bekas geseran tu akan m'beri jawapan lokasi Teo diseret. Kalo lantai mozek, geseran x teruk camtu. Mesti permukaan kasar tu, maybe concrete slab.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. woooiiiiiiii..... bagat betuilah lu neh... gua tak taulah lu ni spesis ape.... dah gua punya coret lu tak coret dalam lu punye coret... lu betui2 buat gua bengan same lu... kejap lu jadi ali politik... kejap lu jadi ulam mamak.... kejap lu jadi tok bomoh... karan ni lu jadi CSI pulak dah... lu pun nak jadi macam sibagat musafirlalu.... lu janga main2 same gua... woooiii lu denga tak gua cakap ape.... geram betui gua... celake betui la lu neh... lu tak yah jadi CSI laaaaa... susah gua denga geng2 gua... lu janga panda2 mai gua punye pot... susah gua.... lu ni spesis jenis A++++.... Gua warning lu awa2... lu janga jadi CSI... nanti berusung gua same gua punye geng...
    celake lu.... memang lu denga musafirlalu memang same2 bagat... pasa lu ngan dia nak CSI.... gua cau dulu... gua nak gi gua punye pot dulu.

    ReplyDelete
  4. AT waa dengar Tan boon Hwa ada gaduh dengan teoh jam 3.45 pagi, apa kes, yang satu waa pelik nape tan bon hwa sama SPRM sebab kurung dia tempoh 24 jam, sedangkan dia dah dibebas kul 1.30. waa pening gak cite ni, adakah konspirasi dalam konspirasi?

    kenapa tan begitu excited dengan kes teoh, sedangkan sakdi lain yang ada sama malam tu sehingga kini masih berdiam...

    fanatik

    ReplyDelete
  5. lalalala,

    told u alredi la bro...tadak bukti kukuh tuk sabitkan sape2 pon.

    sile tanye kebanyakan polis utk maklumat lebih lanjut.

    kenapa bunuh diri?
    1. Sbb nak fabricate bukti kata geng kongsi gelap DAP buat agak sukar ni.Black sheep selalunya org yg boleh drg ctrl tanpa risiko..bkn unpredictable cam geng DAP.

    2. Hiyaa..good deal la nih.Geng DAP tak buat, geng SPRM tak buat.Lets blame tbh..lagi pon die dah mati.setel..

    kenapa bukan SPRM yg buat?
    Sebab die Gomen.hahaha..tayah la wa terangkan lagi.

    ReplyDelete
  6. Wa tgh perati saja skrang ni...tak mau pessimistic & juga belum jump into any conclusion...TAPI yg pasti wa nak keadilan, kebenaran, kekeikhlasan di sini... 1 hal lg..takkan sbb TBH tu dia 1 olang Cina, kafir & DAP lak tu, kita Melayu-Islam nak diam saja kecuaian/ muslihat anggota kerajaan atau khasnya SPRM ni.

    ReplyDelete
  7. dia bunuh diri ngok! brpe kali nak cakap..
    -azienmat-

    ReplyDelete
  8. hahahaha.
    bunuh diri...
    kasut terseret..
    takde kesan kat tingkap.

    takkan mediang terjun tiruk kot..
    lompat dari jauh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.