Skip to main content

Liverpool... apa kes lu?

Oleh : AdukaTaruna

Gua ingat musim depan Liverpool atau Arsenal boleh jatuh dari Big Four la. Arsenal jenis cepat panas. Awal2 musim memang hebat. Tapi hujung2? Man U plak lambat panas. Liverpool? Apa kata lu blah jer dari kelab tu Gerrard oi. Takda bintang ma.

Ronaldo plak gua jangkaan x lama dengan Real Madrid. Pastu manager berbulu punya. Dok bangku simpanan. Gua tak tahu apa kelebihan mamat nih selain dari lari laju nak mampos dan diminati Nur tahap giler. Nak kata terer gelecek, dengan team cikai EPL buleh la. Lawan team besar, manjang jatuh jer. Nak kata terer ambil free kick? Mcm jibauk jer. 10 tendang 7 sangkut kat wall. Gaya jer lebih. Kelebihan dia hanya di tajuk saham jer.

Skang ni, ntah macamana gua dah minat follow bola EPL plak. Maybe sebab nak cari point kutuk EPL kot. Muahahaha. Tgh usha Man City nih. Penyerang gua bagi 8/10 tengah wa bagi 7/10 bab pertahanan gua bagi 4/10. Hahaha. Kalau lawan team besar EPL, mau kena lebih dari 2 gol bolos tuh.

Leka beli striker jer, tapi defend kurang perhatian, mati la woi. Lepas ambil Tevez dulu, fokus la dulu kat Terry. Ini fokus kat Adebayor. Last2 nak hujung2 baru fokus nak Terry. Padan muka tak dapat. Ntah macamana lu manage pun ntah. Macam AMK la...

Comments

  1. lu ni apa kes aduka?suka suki je kata arsenal panas awal musim jer..

    ReplyDelete
  2. Man City tak ke mana-2 tu..x mampu pecah dominasi & dpt. title the Big-4 Club musim ni...mungkin Spurs lebih bagus season ni tapi no.5 ajer ler..kot defense Man City dikuatkan lagi, musim depan leh capai target tu. Arsenal if any luck, leh challenge for the title...tapi wa ingat cam bese ler, EPL no. 4, last spot to European Champion League..jadi ler. Liverpool habis kuat pun no.3 ler. Title? yeah sure Liverpool calon title contender tapi 'Forget it..far cry~'. Chelsea aku bet my top ringgit untuk juara EPL this time. ManU mungkin menang League Cup ajer musim ni. No.2 EPL. Relegated=Birmingham,Hull & Stoke atau Burnsley.

    Real Madrid & Barca akan fight no1,no 2. Close 1 presumably!

    ReplyDelete
  3. wa walaupun kureng layan EPL tapi tengok gak games yang menarik... tapi sekarnag wa dah buang dah sports channel... gilo mahal.... pasni ni nak pasang parabola la..... tak payah bayar bill..

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.