Skip to main content

AdukaTaruna hadir demo GMI (3)

Oleh : AdukaTaruna

Then, Dr Hatta berarak keluar. Tetiba speaker polis mencelah.

"Semua diminta bersurai! Semua diminta bersurai!"

Ekeleee... ni gua nak bersurai la ni. Nak g Istana.

Beberapa meter dari pagar utama, Dr Hatta berhenti. Stanby nak bagi taklimat apa ntah. Baru nak intro, tetiba sekor dua anjing jadian terpa nak tangkap Dr Hatta.

Perghh... panas gua beb. Nasib baik orang ramai. Kalau gua sorang jer, dengan kadar 0.005 saat gua bertukar jadik gaban tu.

Dalam keadaan kelam-kabut, gua cecepat ke depan. Kelam-kabut camni, dapat lempang sekor dua cantet nih. Lu tgk la gambar nih. Bila gua sampai, keadaan reda. Seb baik. Kalau tak, tak pasal2 gua mangsa ISA seterusnya.

Jemaah Masjid Negara berarak.

Himpunan mula berarak. Sambil takbir, sambil selawat, sambil berslogan. Pergh... punya la semangat masing2. Tengah2 jalan kaki, ada plak sekor motor dlm kumpulan. Terperangkap. Terpaksa join sekali berarak. Nak gak gua tumpang.

Bila lalu atas flyover, nampak sekumpulan makhluk aneh berkepala merah berada di jalan bawah. Pergh... kemain eksyen memasing lambai FRU tu.

"Lambai dio... lambai dio!"

"Chek jalan dulu na! Chek jalan dulu!"

Punyala semangat masing2.

Sekatan FRU.

Sekali BERSIH, polis bangang lagi. Dua kali PPSMI, polis dah semakin cerdik. Tiga kali GMI, dah kompom polis semakin mahir. Gerakan Masjid Negara di halang bergabung dngan gerakan Sogo. Kami di pisahkan kira2 500m.

Time ni gerakan Masjid Negara kehilangan leader. Dr Hatta ghaib ntah mana. Healer pun takda. Kalau healer ada, senang beb. Ni nak cakap pun susah. Keadaan dah mula tidak tentu arah.

Sekor arah rempuh. Sekor arah sabar. Sekor arah patah balik. Gua cam biasa, asyik kutuk uma dan Berg sebab tak datang. Haha.

Tembakan.

Sebab lama sangat terkantoi kat situ, akhirnya FRU tembak gas. Releks lagi. Sebab gua cam biasa la. Dok jejauh jer. As pemerhati.

Lepas tu meriam plak beb. Time meriam tu tembak, ada sorang budak pompan dalam darjah 4 dengan sorang lelaki kudung kaki kanan. Gua plak ntah cane boleh memilih untuk jadi hero. Turn, nak tarik budak 2.

Terus kena kaki dan sebelah badan. Budak tu terus kuyup. Brader kudung tu toksah citer la. Terkial2 dia nak lari.

Pedih wo..

Selama ni gua hanya tahu pedih jer. Tapi tak pernah rasa. Skang gua betul2 rasa. Pergh.... pedih tak hingat beb. Niamasohai. Mengalir air mata pedih. Ni gua nagis ke, atau tindakbalas semulajadi mata gua ni?

Budak tu lagi kesian gua tgk. Dengans esak nafas, dengan nak muntah. Sibuk pangil mak dia. Tu pasal la, gua tak setuju langsung nak bawak anak bini ni. Tak sampai hati la.

Gua minta kat satu pcik tu air minral. Nak siram muka budak tu. Tapi pcik tu buat badak. Tengah cemas sampai hilang akal. Gua pegang botol mineral dia.

"Pcik, mintak air. Budak ni teruk ni."

Dia terkejut dan rentap balik. Gua rentap balik. Dah mcm main tarik-tarik plak.

Budak sebelah gua ni dah macam nak mati dah ni. Yang pcik tu lambat pikap plak. Sesaat dua kalau otak dia tak leh baca, memang gua tendang tangan pcik tu. Seb baik dia lepas.

Dah macam filem perang gua cakap lu. Yang muntah ada. Yang lari langgar pokok ada. Yang masuk semak ada. Semua tengah kelam-kabut. Agaknya hari kiamat macam ni kot. Sibuk selamatkan diri masing2.

Tengah kelam-kabut, ada pulak sekor pcik terlentang dan menggelupur. Kena swan babi ke, kaki kejang ke, gua tak tau la. Ala... esok2la sawan babi tu...

bersambung....

Comments

  1. betul beb,
    dah cam perang jek gua rase.Cam mimpi pon ada...terbayang asapppp jek.

    ReplyDelete
  2. beb

    hailer la bukan healer... lu silap eja

    healer tu ala2 penyembuh atau tok bomoh..... wakakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.