Skip to main content

Pengintip Israel dibongkar

BEIRUT 22 Mei - Wanita jelita, pelancongan ke luar negara dan melarikan diri melalui sempadan yang penuh dengan periuk api... Semua ini adalah aspek yang didakwa ada dalam rangkaian pengintipan Israel di Lebanon dan sesuai untuk dijadikan novel perisikan.

Hampir 20 suspek pengintipan termasuk pemotong daging, jurujual telefon bimbit dan jeneral bersara, telah ditahan sejak beberapa bulan lalu dalam usaha berterusan perisikan Lebanon untuk menjejaki kumpulan pengintipan rahsia negara Yahudi itu.

Pegawai keselamatan berkata, lebih banyak tangkapan akan dibuat.

Kepantasan siasatan meningkat terutama bulan lalu selepas penyiasat membongkar satu kumpulan yang merancang untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan pejuang Hizbullah yang pernah berperang dengan Israel pada 2006.

Pegawai perisikan yang khuatir dengan operasi Israel terhadap Hizbullah berkata, mereka telah memberitahu mengenai penemuan mereka kepada kumpulan pejuang berfahaman Syiah tersebut dan sejak itu rangkaian perisikan Israel mulai runtuh satu demi satu.

"Kesemua suspek yang ditahan adalah dari kumpulan berbeza dengan tiga anggota paling ramai dan mereka tidak ada hubungan dengan kumpulan yang lain.

"Apa yang membantu kami ialah kami berjaya membongkar rahsia teknologi yang membolehkan kami menyelesaikan teka-teki," kata ketua Pasukan Keselamatan Dalam Negeri, Jeneral Ashraf Rifi kepada pemberita.

Ejen-ejen perisik Israel itu yang menjalankan misi mengumpul maklumat berhubung kedudukan Hizbullah, kumpulan pejuang Palestin dan tentera Lebanon, akan berkomunikasi dengan bos mereka di Israel melalui peralatan satelit atau mesej komputer berkod.

Ashraf berkata, kumpulan rahsia itu menggunakan peralatan teknologi tinggi yang disembunyikan dalam kotak penyejuk air, bekas minyak hitam dan pengecas bateri kereta.

Tambahnya, ejen-ejen itu kemudian akan terbang ke Paris, Turki, Hungary atau negara-negara lain untuk menghantar maklumat dan mereka akan ke Israel sekurang-kurangnya sekali dengan menggunakan pasport palsu bagi menjalani latihan dan mendapatkan maklum balas.

Katanya, Israel merekrut kebanyakan ejen (Kristian, Suni atau Syiah) pada 1980-an dan 1990-an semasa tempoh 22 tahun penaklukan Zionis di wilayah selatan Lebanon yang berakhir pada tahun 2000.

''Israel menggunakan wanita jelita, wang dan umpan-umpan lain untuk mempengaruhi mereka bekerja untuk Zionis.

''Israel akan membayar mahal iaitu antara AS$5,000 (RM17,000) hingga RM7,000 (RM24,500) bagi misi pertama mereka. Selepas itu, Israel akan menurunkan nilainya pada kadar yang besar kerana mereka telah berjaya memerangkap ejen dan mengugut akan mendedahkan tindakan mereka.

Lebanon kekal dalam status berperang dengan Israel dan mana-mana warganya yang didapati bersalah melakukan pengkhianatan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. - AFP


ANTARA peralatan yang diguna oleh ejen-ejen yang direkrut oleh Israel untuk mengintip Hezbollah, Palestin dan tentera Lebanon, seperti kotak penyejuk air (gambar bawah), bekas minyak hitam, cakera padat, kamera, radio, pasport, pengecas bateri kereta dan sejenis alat khas (gambar kanan atas) untuk menghantar mesej kepada pegawai di Israel atau menafsir kod rahsia yang diberikan. - AP/AFP

Comments

  1. Uhh bro..pakai awek cun ni.Tp betul beb, kalau awek jew jd pengintip..mmg goyang bai.Cun tuu..

    ReplyDelete
  2. hah!!! lu tengok tu aduka..... bukan memain naik jadi ejen ni.... bukan setakat pakai kot jer bro..... diaorang mana layan negra cam MAlaysia ni... buang masa jer....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...