Skip to main content

60% Melayu baca dan percaya ni beb.

Rasuah: Pas tidak terkecuali

MUAR 17 Mei - Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan parti itu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, gejala berkenaan tidak boleh dikhususkan kepada parti tertentu sahaja dan Pas diyakini akan mengambil strategi untuk tidak menggembar- gemburkan masalah tersebut kepada umum.

"Itu soal mereka dan kita tidak mahu campur tangan dalam urusan Pas tetapi kalau ada laporan tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam yang mengarahkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Husam berkata, sekiranya Mohamed Daud dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Mengenai pemecatan Senator T. Murugiah dalam Parti Progresif Rakyat (PPP), Muhyiddin berkata, ia adalah urusan dalaman parti berkenaan yang tidak perlu parti lain campur tangan.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih molek jika PPP menjelaskan asas dan sebab berhubung langkah tindakan pemecatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

  1. Mat Iraqi m'datangkan fitnah besar kpd PAS. Saluran dalaman parti diketepikan, saluran media t'buka dipilih dgn cara yg amat x cerdik.

    Niat & motif Mat Iraqi, status dakwaan & bukti yg dia ada, tu smua bab lain. Method p'dedahan yg dia gunakan tetap salah & m'beri fitnah besar kpd PAS.

    PAS dipandang rendah & disamatarafkan dgn UMNO dlm bab rasuah. Puas hati Mat Iraqi?

    John, seorg AJK PAS Kaw. dgr kaba angin dr bbrpa ahli PAS bhwa t'dapat VCD lucah dlm laci pejabat markaz.

    1 hari John jd pengerusi ceramah umum, m'cerca tindakan pemimpin PAS Kaw. yg menyimpan & menonton bahan lucah. Smua hadirin t'nganga.

    "Sapo yg simpan & tonton?"

    "Ntah. Sapo makan cili dio raso podas"

    "Ekau tau dr mano? Ekau nampak? Ekau ado bukti?"

    "Eden donga koba angin jo"

    Eh alamak wa lupa, John tu AJK Kaw. je. Mat Iraqi Ketua Dewan Ulama' tuh. Haha.

    ReplyDelete
  2. makin celaru la politik negara.... parti² politik pun makin kacau....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. bukan saper makan cili dia terasa pedas... Saper tengok vcd tu dia setim la...

    ReplyDelete
  4. bukan saper makan cili dia terasa pedas... Saper tengok vcd tu dia setim la...

    ReplyDelete
  5. tuan umah..boleh xchange blog? den dah add blog tuan umah kek blog den..tq

    http://orangdalam.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...