Skip to main content

Najib si PM.

Oleh : AdukaTaruna

Sedikit lama dulu, gua ada tulis tentang rakaman liwat Anwar. Perbualan dari seorang tokoh UMNO N9. Menurutnya, apabila Najib menjadi PM, pertama yang dilakukan Najib ialah menjemput Mahathir bersama ke dalam UMNO semula. Ternyata ianya tepat.

Kemudian melakukan perubahan yang ketara. Antaranya BPR (SPRM) diletakkan di bawah parlimen. Nampaknya Najib seakan mengiyakan maklumat itu. Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit Harakah.

Kembalinya permit Harakah menunjukkan teori gua tepat. Yakni, ada usaha memburukkan Najib menjelang peralihan kuasa itu.

Yang tinggal kini, ialah benarkah adanya rakaman liwat Anwar. Kita tunggu..

Perubahan Najib vs reality UMNO.

Gua menjangkakan, perubahan yang dilakukan Najib, akan bertentangan dengan reality sebenar UMNO. Contohnya, jika Najib mahu memansuhkan ISA, Najib akan mendapat satu tentangan dari UMNO.

UMNO dari seorang ahli biasa, sehinggalah ke peringkat tertinggi, secara kasar dan purata adalah lemah intelek. Mansuhkan ISA, beri kuku kepada Suhakam, daulatkan SPRM, etc akan mengkucar-kacirkan UMNO itu sendiri.

Percayalah, UMNO tidak bersedia atau sememangnya tidak boleh melalui sebuah negara seperti mana yang Najib cuba lakukan.

Comments

  1. Memang dah plan najib, gantung dan lepas balik baru nampak ada perubahan ... bila nak lantik jadi pm, bila nak p/raya, bila nak gantung harakah bila nak bebaskan isa semua dah di rancang jangan dok gelabah, ini semua trik ... kalau dah nak bebaskan lepaskan semua tahanan tu ...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Aduka.....

    Kompom bro aduka jadi menteri.....

    Menteri Tok Moh dan Sihir Negara...

    Satu jawatan baru dalam kabinet...

    Telek...jgn x telek....


    hehehehehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam AT,

    Lu ada awek dan imej lu tercemar, so untuk beli semula jiwa awek lu, apa lu akan buat?

    Ini semua taktik pemulihan akhlak la bro... (ooppsss.. dan imej juga)

    ReplyDelete
  4. itulah bibit2 kejatuhan umno.

    umno mati lagi!

    ReplyDelete
  5. AT apa komen lu pasai ini..
    http://www.youtube.com/watch?v=omwwn42O6v0&eurl=http%3A%2F%2Fanwaribrahimdotcom%2Eblogspot%2Ecom%2F&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  6. AT,lu takde teori ke pasal kejutan apa nuar nak buat esok?

    ReplyDelete
  7. Kembalinya permit Harakah menunjukkan teori gua tepat. Yakni, ada usaha memburukkan Najib menjelang peralihan kuasa itu.
    -------------------------------------

    Lu Punya teori nampak sgt BoDoh! Najib buat semua itu hanya bermuka-muka shj. he creates the issue n settle by himself @ reka soalan dan jwb sendiri. Itu pun engkau BoDoh sgt ke nak fikir? hahaha

    ReplyDelete
  8. AT teruskan menurun, waa tetap kagum dengan ramalan lu, ketepikan orang yang ngutuk lue he he he..orang tu jeles sebab takleh pikir cam lu tue he he he...

    fanatik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.