Skip to main content

Malaysia terlalu bodoh untuk jadi boneka US?

kalau wa lah.... buang masa jer lantik proksi or agen di Malaysia ni..... buang duit jer... apa ada kat Malaysia ni sampai US nak lantik ejen

Oleh : AdukaTaruna

Dunia mempunyai 2 paksi. Ini kenyataan. Satu Russia dan satu lagi US. Russia dan US sudah pasti berlumba-lumba untuk mempunyai negara2 yang tunduk kepada mereka. Tidak kira bodoh atau cerdiknya negara tersebut.

Bodoh atau cerdik, kecil atau besar sesebuah negara pengikut, mempunyai kelebihan sendiri. Kalau sebodoh Malaysia, setidak2nya Malaysia mempunyai kelebihan geografi di mana mengawal selat Melaka, pertembungan tamadun barat dan timur.

Dahulu, pada tahun 60an jika tidak silap, PDRM pernah menghalau KGB. Sebenarnya bukan PDRM kerana PDRM terlalu bodoh dan bacul untuk itu. Tetapi PDRM digerakkan oleh CIA. Boneka2 kuasa besar mempunyai fungi2 tertentu demi kepentingan kuasa besar.

Malaysia negara yang kecil dan bodoh misalnya, akan menjadi pengundi US di PBB, menjadi suruhan dasar ekonomi cara US, pembeli pelbagai produk US, pengikut dasar2 keganasan, penerima pelan propaganda (melalui filem, iklan, etc).

Kesimpulannya, tidak kira negara besar atau cerdik, negara kecil atau besar, US dan Russia pasti akan merebut anda sebagai pengikut mereka. Setiap negara pengikut mempunyai peranan sendiri dalam memastikan kelangsungan kuasa mereka.

PKR dan UMNO.

UMNO adalah ciptaan British. Melalui sandiwara Malayan Union, setiap Melayu yang bodoh ini ditipu untuk menolak pelbagai aliran pejuang kemerdekaan yang lain, dan menerima UMNO.

Akan tetapi, UMNO ada tarikh luputnya. Kebusukannya kini sangat luar biasa. Dan sebagai kuasa besar, US-Britain, sudah pasti menyediakan plan B. Merangka regim boneka stanby atau pelapis kepada UMNO-BN. Itulah dia PKR. Sebuah wadah politik multi-racial, bercorak BN.

Gerakan Islam diperlukan US bagi menumbangkan sesuatu kuasa di tempat mereka. kerana gerakan islam paling konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan, hak2 muslim. Tetapi kebanyakan gerakan Islam di dunia akan disingkirkan selepas misi itu tercapai.

Sebab itu, di Malaysia, kita faham apa yang berlaku di Afghanistan. Gerakan Islam di support untuk halau Russia. Setelah berjaya, US masuk dan halau Taliban. Untuk berjuang secara bersendiri pula adalah tidak praktikal. Jadi, cara terbaiknya ialah tidak melupuskan UMNO secara terus supaya PAS dapat kuasa tawar-menawar.

Atau egen2 PAS perlu lebih ramai menyelinap ke dalam UMNO, PKR dan DAP sehingga menjadi pemimpin yang berpengaruh di dalamnya.

Comments

  1. Salam sdr. Aduka.

    Tapi kenapakah mana-mana wadah yang memperjuangkan Islam begitu bodoh/naive untuk diperkudakan sepertimana yang berlaku kepada Ikhwan di Mesir dan Libya, Taliban di Afghanistan dan kemungkinan PAS di Malaysia?

    Apakah akan jadi begitu juga nasib Hamas di Palestin nanti?

    Apa yang saya nampak kepimpinan PAS juga cepat melatah bila di acah!

    ReplyDelete
  2. golongan yang perjuang islam selalu dipergunakan oleh pihak berkepentingan,...sedih melihat puak Islam digunakan untuk mencapai kuasa, kemudian dihambur dengan cacian selpas itu.. Waa bersetuju golongan seperti ini tidak harus kita percyaai..soalnya kenapa pimpinan islam begitu lemah dalam bab pimpinan sehingga mudah diperkotakkatikan pihak rakan dan lawan....
    Sehingga hari ini PAS masih terpaksa bergantung kepada PKR untuk menumbangkan UMNO? adakah ini bermakna PAS masih lemah dalam erti kata sebenarnya...
    Bagaimana agaknya jika PAS bersendirian menumbangkan UMNO dan PKR dan golongan yang anti islam lain..adakah disaat itu PAS Masih relevan?

    fanatik`

    ReplyDelete
  3. bro..... lu tak paham maksud wa....... maksud wa buang masa jer kalau US menyelinap ke dalam negara melalui pemimpin Malaysia.... cukup jer guna negara jiran cam singapore.... tengok jer sekarang apa yang singapore tuntut dari Malaysia demua dapat.... tak perlu buang masa n duit lantik pengintip dari dalam.... selat melaka kalau US nak bagi wa dia arah jer singapore serang malaysia wa rasa mungkin malaysia akan jadi cam IRAQ..... tentera entah ke mana tak sampai setahun negara tumbang.... tu US serang negara yang gen dia lebih cerdik dari melayu.... cuba lu bayangkan kalau US serang secara fizikal negara yang rakyatnya gen lemah seperti negaa kita..... jimat duit n masa dok train manusia yang gen lemah jadi agen dia... wa tak nampak apa faedahnya US lantik agen sebagai pemimpin Malaysia....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. wa tertinggal beberap point ni...

    bagi wa kalau US nak lantik agen² untuk selinap dalam kerajaan... tu bukan cara nak masuk ke dalam kerajaan malaysia.... tak perlu semua tu.... tapi kalau lantik agen untuk selinap dalam kerajaan seperti IRAN, CHINA, JEPUN, RUSSIA, GERMAN wa memang percaya..... sebab tu lah wa cakap.... kalau US lantik agen masuk ke dalam kerajaan Malaysia... US pun bodoh berlapis²..... tak sampai tahap tu lagi nak jatuhkan kerajaan Malaysia..... wa bukan pandang rendah terhadap kerajaan kita.... tapi realitinya camtulah..... cukup dia serang melalui aqidah, budaya dan cara idop jer..... kalau nak serang secara fizikal... arah jer singapore.... sekarang pun.... singpore sergah sikit dapat Pulau Batu Puteh.... Singapore sergah sikit dapat air..... Singapore sergah sikit dapat tanah..... kalau serang secara ketenteraan???..... lu bayangkan.... mungkin negara Malaysia akan trus berkubur.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. tapi yang nyata us tengah jajah negara islam melalui gerakan islam liberal..walapun gen melayu lemah, tetapi melayu tetap islam, di indonesia semua islam liberal berkembang pesar, di malaysia benda ini pun menysup masuk...adakah ini bukan permainan amerika? malah Sistem in Islam pun digunakan oleh puak ini untuk mempengaruhi pemikiran islam malaysia...zaid ibrahim, raja petra tak yah cakap laa...kompen islam liberal...kalau benar US tidak takut dengan islam di Malaysia dan islam di indonesia , US tak akan promote islam lebera dan moderate untuk memerangi islam fundamentalis`...

    Fanatik...

    ReplyDelete
  6. bro fanatik (mengalir air mata wa panggil nama lu)....... wa tak nafikan perkara tu... yang wa kureng stuju ialah ada yang kata US mehantar agen² rahsia mereka menyusup dalam kerajaan Malaysia.... ni yang wa kureng stuju.... bagi wa tahap kerajaan malaysia blom sampai ketahap tu lagi untuk musuh hancurkan negara kita.... sekarang mereka hanya memerhatikan secara jauh dan seperti yang wa cakap mereka hanya mempengaruhi rakyat negara kita melalui aqidah, budaya dan cara hidup... then mereka hanya menghantar sekutu² mereka (dalam kontek negara kita negara singapore) untuk kacau kita sekali sekala... tu jer.... bagi wa terlalu hebat negara kita jika US menghantar double agent (ala² sidney bristow dalam ALIAS) kedalam negara kita.... negara kita tenaga nuklear pun takde lagi.... senjata pun dok beli yang second hand yang orang lain jer.... bagi wa terlalu jauh imaginasi kita jika kita berfikir sampai ketahap tu.... sedangkan gen kita ni pun tak la hebat sangat pun seperti yang aduka cakap tu......

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. Realitinya mmg ada ejen kuasa luar di Mesia. Wa x tau la di peringkat pemimpin negara, tp di peringkat grass root mmg ada.

    Wa dok Johor bro. Perisik Singapore b'selerak di sini, jg ada di negeri2 jiran. Setiap taman perumahan akan ada s'org dua perisik.

    Tujuannya demi kepentingan politik, ekonomi, sosial, agama, ketenteraan & kuasa Singapore. Spt yg wa cite sblm ni, smua info Mesia dlm poket mrka.

    Mmg mrka bole serang abis2an kalo nak, tp serangan mrka b'strategi. Mrka menyusup ke masyarakat kita utk kaji operasi sblm, smsa & slps serangan.

    Kat ne kem tentera Mesia.
    Brpa luas & kapasiti.
    Ape senjata yg ada.
    Brpa kekuatan tentera & logistik.
    Brpa kekuatan org awam yg b'potensi.
    Jika kem2 tentera Johor dihapuskan dulu, brpa lama tentera dr negeri2 jiran akan tiba.
    Kat ne nak sekat mrka.
    Brpa jauh roket Mesia dr tapak pelancar t'dekat akan hinggap ke Singapore.
    Kat ne nak pintas.

    Tu smua soklan2 mudah bro. Byk lg yg lebih spesifik yg mrka analisis.

    Serangan b'strategi akan lebih m'jimatkan ms, tenaga, kos & lebih b'kesan drpd serangan m'babi buta.

    Lu tgok pd 1 hari, tetiba smua rakyat Singapore yg dok Johor b'gegas balik negara mrka @ b'kumpul di 1 kaw. di Johor yg telah dijual UMNO kpd Singapore (mgkn Nusajaya).

    On that day u'll see thousand of missiles cross over ur head. Mark my word bro.

    ReplyDelete
  8. ISSHHK..NGERI NYA..NAUZUBILLAH..

    ReplyDelete
  9. bro lelaki_ini.... seperti wa cakap.... tak perlu US hantar agen.... cukup singapore jer menyusup dalam masyarakat kita....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  10. wah! lasat tul lu org..
    sampai citer internasional..hehe

    wa setuju dgn AT
    dlm soal,
    perlu lebih ramai lg agen2 PAS
    utk myelinap ke dlm UMNO..haha

    lu org rasa ada agen UMNO
    dlm PAS tak?hehe

    ReplyDelete
  11. uma... ada ada... ADUN melor.... bila tak dapat jadi exco ugut TGNA nak kuar PAS.... bila TGNA cabar suruh dia kuar dia diammmm jer.... nak wak camne bos dia tak bagi kuar lagi.....wakakaka....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.