Skip to main content

Wa akan bergerak lepas 3 PRK ni.

Oleh : AdukaTaruna

Dulu wa bergerak secara perseorangan. Memang ada ramai lagi, tapi wa nak catitkan di sini cerita wa lah. Sebab semuanya adalah sejarah kelak. Sejarah peribadi.

Seingat wa, wa fight seawal tahun 2005 di ruang maya. Di beberapa forum.

1. Pekida.
2. Webkl.
3. Cari.
4. Mykmu.
5. TKO

1.

Masa tu, wa kena terang basic dulu beb. Pembolehubah terbesar. Yakni genetik Melayu. Itu step pertama wa.

Kat forum Pekida paling hebat cabaran (cabaran tajuk alam maya lah). Gangster Melayu beb. Bila wa bentangkan genetik Melayu sekian2, macam2 ugutan wa dapat. Nak trace ip la, sehingga lah wa mendapat email dari perseorangan yang mendakwa dia SB. Masa tu artikel idea IRM. Hapuskan sistem raja, gantikan dengan sistem ulama.

2.

Lepas wa rasa, pembolehubah wa berjaya diimplan sedikit sebanyak, wa bermula dengan keperluan Melayu undi DAP. Yang ni step wa kedua. Sorang-sorang jer. Macam2 wa rasa. Kena deleted, kena ban, semua rasa. TKO pun sama.

Masa step ni, di TKO, wa kenal mod uma. Sebab tetiba, ntah macamana wa dah jadi mod TKO. Entah macamana, dalam byk2 forumers 5 forum, wa leh terima uma as geng. Taklah uma sokong pergerakan wa secara total. Mana dia bantah, dia bantah gak. Tapi, banyak yang dia tolong. Jaga thread wa dari sampah, dari kena deleted. Macam2. Tu pasal wa leh bagi password blog wa kat dia.

Lepas uma, wa ada beberapa member lagi. Banyak bincang cara bagaimana nak bagi faham kat Melayu ni tentang perlunya undi DAP. Antaranya doraemat. Student Jepun. Skang ntah mana hilang ntah.

3.

Lepas tu wa ada terangkan sket, bagaimana cara cilok nak dapatkan Negara Islam melalui demokrasi suasana politik Malaysia ni. Kena pulihkan demokrasi dulu la. Sebab dah PAS pilih dan berdaftar bawah ini.

Untuk pulihkan demokrasi, kenalah berkerjasama dengan siapa2 yang berniat yang sama. Yakni pulihkan demokrasi. Lepas pulih itu jalan demokrasi, baru boleh lalu sama-sama. Lepas tu, ikut simpang masing2 la.

4.

Kemudian, baru dapat jalan sikit, terhalang pulak akibat skandal-gelap. Kerja belakang ni buat wa menyampah. Sebab anda perlukan pengundi sama ada bodoh, cerdik, muslim atau non muslim.

Mana boleh sorok dari pengetahuan pengundi. So, wa fight semampu wa, habes-habesan. Pengalaman wa as mod seminggu tahu siapa pengunjung TKO. Maka, bahasa standard untuk level berkenaan la.

Wa ajar keperluan Melayu untuk kurang ajar.

5.

Wa ingat, lepas PRU13, baru wa fight step seterusnya. Yakni, keperluan mengasak PKR. PKR dahulu sebab DAP tiada masalah tentang genetik. First step wa tadi rujuk balik. Genetik PKR (Melayu) lu boleh lihat sendiri.

Main hentam borong lantik ADUN, lantik pemimpin, perkenal kaedah lompat, seks, liwat, rasuah, sedekah seks. Kepala otak diorang la.

Demi Islamic State genetik seperti ini perlu ditinggalkan selepas gagal diperbaiki. Tapi kena ikut plan dan step. Ini bukan kerja setahun dua.

Memandangkan genetik PKR terlalu bodoh, wa mengambil keputusan menyediakan asas kefahaman seawal selepas 3 PRK Bukit, sama ada PKR menang atau tidak. Bunga2 wa dah hantar.

6.

So, insyaallah, wa akan buka kuanter penerangan keperluan membentuk PKR atau meninggalkan PKR seandainya tidak berjaya membentuknya nanti. Siapa-siapa yang nak bantu gerak kerja wa ni, wa alu-alukan. Nanti kita tukar2 YM. Kita akan metting dalam konferen.

Islamic State for our children soon. (kalau salah tulun repair, ha)

Comments

  1. meeting la, bukan metting....
    fanatik aduka & perunding boleh lapor diri ni....

    ReplyDelete
  2. ni fanatik mana ni? kira wala pd aduka ke ni...?haha.
    jgn fanatik lebih2, bro.

    ReplyDelete
  3. ha ha, waa fanatik bukan sebab fizikal aduka, tapi sebab pemikiran aduka yang hampir sama dengan waa punya, Dulu bila waa cakap spt apa yang yang aduka cakap...waa teruk kena hentam dengan rakan-rakan, tak kasi jalan, ada yang cakap waa merapu. tak sangka lak bila waa baca blog aduka secara tak sengaja, idea dan pemikiran dia sama dengan pemikiran waa..tq kerana menyampaikan idea waa, waa tak hebat macam lu masuk forum sana-sini...dan jadi mod tko, waa jadi pembaca je.

    fanatik aduka.

    ReplyDelete
  4. xksah la meeting ke metting (genetik melayu-x amik kisah bnde2 remeh temeh,hehe), jgn mating sdhla..tu bhye la plk..

    wa xtau lak lu pnah jd mod tko..maybe sbb wa baru setaun brkecimpung dlm hal2 cenggini..bro uma slalu la wa nmpak lepak kt sane..
    maybe wa kene blaja sket dr lu care2 virtual-attacking ni..jgn attack melampau sdhla..xdapek den nak bayo RM10,000 dende tu jang oiii...

    ReplyDelete
  5. aduka, lu ni graduan biologi ke? salu sgt sebut pasal genetik. tapi betul pun ape yg lu sebut. wa mcm rasa lu org sains la

    ReplyDelete
  6. masuk lah forum...
    asak bakat bg pandangan
    dan ayat2 provokasi...haha
    mcm aduka kata..
    pale otak wa dgn dia byk yg sama..
    cuma bab tertentu je yg lain..
    ijtihad masa tu lain2 kot..hihi.
    tp bab issue kerajaan ppaduan wa
    kem hadi...haha, jarang wa masuk kem hadi..hihi

    ReplyDelete
  7. TUnggu dulu.

    Tunggu aku bentangkan "Nasionalisme Baru" versi aku, lepas tu tengok ko setuju tak, lepas tu kau bergeraklah.

    tunggu OK.

    ReplyDelete
  8. count me in bro, towards an Islamic state we strive to success.

    sama-sama kita kembangkan ideologi ini untuk menegakkan syiar Islam.

    Allahu Akbar

    wa lillah al-Hamd

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...