Skip to main content

Borak2 Mat Jenin.

Oleh : AdukaTaruna

Hasbullahpit mengatakan kita takut nak ubah sistem demokrasi warisan British. Wa dah lama setuju. UMNO kan ciptaan British melalui wayang Malayan Union. So, wa nak catitkan kat blog wa, impian gua terhadap negara gua nih.

1. Gua nak IRM. Tiru sket konsep Iran, tapi ubahsuai dengan suasana Malaysia. Sistem Sultan Melayu bangang nak mampos ni dihapuskan. Sejak wa boleh bercakap masa kecik2 dulu wa dah menyampah dengan Sultan dah.

Mizan bagus? Kalau bagus pun, hanya individu, bukan sistem. Individu kalau mati, habis. Sebab sistem bangang. Kalau sistem bagus, individu mati pun tak kisah punya.

2. Majlis Raja diganti SSU. Sistem Syura Ulama. SSU ada kuasa veto. Ahli harus ganjil sebab sesuatu dasar diundi oleh mereka sebelum diluluskan. Perlantikan atau pemecatan juga berlaku secara undi sesama mereka.

Wa ingat sistem ni paling bagus. Kalau Sultan, Tanah Melayu berperang dia dok London. Bangsat punya manusia. Bila dah selesai, dia datang, Melayu sembah dia. Punya bangang tahap haprak tuki punya genetik Melayu.

Semua agensi kusa bawah SSU. Polis, tentera, SPRM, kehakiman, kastam. Semua la. Then veto dia tak leh dicabar. Kecuali kes jenayah, muamalat, sahaja boleh dibawa ke mahkamah.

3. Hak keistimewaan Melayu hapus. Tapi tukar kepada hak keistimewaan muslim. Universal hanya boleh ditafsirkan oleh Islam. Yang lain gagal. Muslim boleh terima hakikat rakyat di negara British, non muslim harus terima hakikat rakyat di IRM.

a. Hak keistimewaan muslim dijaga Sistem Syura Ulama yang menggantikan Sistem Bodoh Sultan Melayu.

b. IRM ada Presiden. Presiden harus muslim di bawah hak keistimewaan muslim atau di bawah perlembagaan IRM. Nama pun Islamic Republic of Malaysia, takanlah tiada jaminan Presiden harus muslim.

Presiden IRM diundi oleh muslim di Malaysia. Takda la sistem bangang macam ni. Tradisinya PM diundi oleh perwakilan UMNO. Ntah apa2 ntah. Bodoh nak mampos Melayu nih.

Jadi, ini idea asal wa sebelum direpair melalui pukul-memukul secara hujah la. Undi muslim Malaysia untuk Presiden hanya membentuk 50%. Lagi 50% diperuntukkan untuk undi para mufti.

Wilayah Persekutuan harus dinaikkan taraf menjadi negeri. Ada MB sendiri, ada mufti sendiri. Mufti dilantik secara Syura oleh Sistem Syura Ulama (SSU). Jadi mufti-mufti ini akan membentu lagi 50% undian.

4. Wa ingat, Perdana Menteri baru boleh open. Non muslim dan muslim. Atas 21 automatik boleh undi. Tak payah daftar kat SPR. Bangang punya sistem. Mati jer, automatik nama hilang dalam SPR.

Modal Insan.

Ini penting wo. Kita harus bergerak laju. Pelapis negara harus betul2 berkualiti punya. Pembinaan modal insan di bawah UMNO tahap cipan. Graduan university macam ayam daging. Bodoh dan terkial-kial.

Gua ada buat satu rangka awal sistem pendidikan negara. Maleh la plak wa nak cari kat stor. Hahaha. Melayu ma. Gua impikan negara gua ikut sistem tu. Start Form One, semua subjek teknikal dan sains, dalam BI. Muahahaha. Korang nak demo sejuta pun, selagi SSU tak batalkan, tetap diteruskan. Atau dah tak undi Presiden tu lagi.

Askar-askar pulak wajib ambil dari sekolah pondok beb. Tak payah ukur dada sebagai kelayakan. Mengarut. Asal sihat, boleh follow latihan, insyaallah tak lari punya. Allah dalam hati. Askar, polis, agensi kusa lain, kalau dari lulusan agama ada elaun khas. Then rekrud dari step ini.

Ekonomi.

Yang ni gua tak reti. Hahaha. Wa ingat nak galakkan rakyat Malaysia cipta nilai tambah. Ada jer macam2. Kalau pisang, tak jual pisang sahaja beb. Tapi cipta benda lain yang lebih mahal. So, nanti permintaan pisang meningkat, benda baru tu pulak dah jadi keperluan dan permintaan tinggi.

So, sampai satu tahap, petani pisang kita dah jadi usahawan kilang produk berasaskan pisang, manakala pisang pula ditanam oleh petani kita lain di Indonesia / Thailand. Hutan kita kekal, tak perlu ladang besar2, tak perlu peluh. Semua pekerja Indonesia. Contoh macam tu la.

Pengangkutan.

Wa ingat ada 2 lebuhraya utama di Semenanjung dan 2 lebuhraya utama di Sabah Serawak. Untuk keretapi pun sama. 2 gak. Kena tol la. Kalau tak, mana ada duit. Tapi semakin murah la, bukan semakin mahal. Last nanti, tol untuk kos penyelengaraan jer.

Semenanjung ada highway Utara-Selatan sekarang ni, dan highway Pantai Timur yang setarap Utara-Selatan punya. Keretapi pun sama. Jenis laju macam kat Jepun tu. Johor-Kelantan 3 jam kalau terus punya trip. Hari2 kakmemot ulang-alik Kelantan beli budu n mengumpat dengan abangghensem. Hahaha.

Sabah dan Serawak pun sama. Satu bahagian sebelah laut, satu lagi bahagian sebelah Kalimantan. Wa rasa boleh ma. Sepatutnya dah ada pun, tapi membazir duit ntah kemana. Tak payah marah, kita sendiri yang undi dulu. Kecuali gua. Haha.

Dasar2 baru.

Ahli politik atau Menteri yang nak buat dasar baru, sila kemukakan secara terbuka, dan hadapi pukul-memukul, maki-memaki secara terbuka. Time tu makcik2 kampung pun ada blog. Siap la lu orang.

Buat dulu, baru bagi dalil, baru nak bagi hujah, wa sepak ginjal kanan dia. Bodoh punya orang.

Sukan.

Sukan wa dah cakap ari tu. Jangka masa pendek cane, jangka masa panjang cane. Tak sabar wa waktu tiadanya BN, tiadanya sistem sultan. Wa nak tengok genetik bodoh tu apabila kuasa dan duit ditarik rakyat.

Time tu lu berniaga pisang goreng pun gagal beb. Sebab memang itu standard gen lu. Time ada kuasa dan duit, FAM lu pegang, macam2 sukan lu pegang. 50 tahun terbarai.

Comments

  1. ini mat jenin genius.
    wa marah betul dah ada orang amik tempat jadi fanatik aduka.
    okaylah wa jadi ultrafanatik aduka.

    ReplyDelete
  2. adeh.... tulun la jgn bg wa segan wal rimas.

    lu tak kenal wa lagi ma.. lu jd cam uma, berg, zaminc, this_man lagi bagus beb.

    Mana yang dia tak setuju, dia bantah jer gua. fanatik2 ni tak bagus ma..

    zaminc fanatik nora danish
    lelaki_ini fanatik rita rudaini

    ReplyDelete
  3. perlembagaan berdasarkan piagam Madinah menggantikan perlembagaan berdasarkan suruhanjaya reid.

    kembangkan lagi ideologi ni bro, insyaAllah ramai lagi gen Muslim Malaysia ni yang akan follow.

    ReplyDelete
  4. tang hapus sistem sultan wa setuju. 9 sultan 9 istana 9 istana hinggap 9 staf2 istana dan9 elaun 9 gaji 9 kereta besar 9 anak bini nak tanggung dan 9 macam2 lagi yang kena bayar kita rakyat

    ReplyDelete
  5. Iran mmg masyuk. Polis wanita smua tutup aurat. B'selerak kat bandar2 tegur muslimah yg x sempurna tutup aurat & non-muslim yg seksi. Kalo degil kena saman.

    Paling penting polis Iran pasti bersih dr rasuah & penindasan. Islam m'jamin keamanan. Bila agaknya Mesia akan begitu. Jom la kita guling BN.

    ReplyDelete
  6. muslim boleh terima hakikat rakyat di negara british? british?
    apa yg dikata hak keistimewaan muslim tu? nanti dikata peralat agama sapa nak jawab?
    modal insan dgn ppsmi? hahaha. gen umno sungguh. lulit umno kot. askar dari sekolah pondok? lu ni demokrasi tahap apa? ppsmi kot. kalau cerita anak beranak lu bolehlah lu tentukan semua. tetapkan ikut suka ati lu. lulusan agama ada elaun khas. nampak keumnoan lu di sini. bidang terjemahan mana? o ye lupa masa tu kan masih timeline 1. kohkohkoh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.