Skip to main content

Sultan tak perkenan DUN Perak bubar?


Oleh : AdukaTaruna

“bro.. apsal tak jadi bubar? Sultan tak kasi ke? Bab bubar mana paling power? Mb ke speaker ke sultan?”

Pergh… wa bab2 law ni bukan bidang wa. Bab ekonomi pun wa tak mahir. Tapi bab ekonomi selalu baca blog bro hasbulahpit. Ada faham la sikit2. Bab law kalau DAP ada Karpal, PAS, wa lebih kepada Cikgu Pa. Wa tengok dia expert gak. Peguam PAS pun leh rujuk gak.

Nak tanya zaminc, law pernikahan terer la dia. Hahaha. Cane cara nak kawin 2 tanpa pengetahuan isteri. Wakakaka. Zaminc mesti nak saman wa 40 juta nih.

Sultan Perak ari tu dia cakap raja harus berkecuali. Tidak berparti. Kat mana sumber wa baca, wa pun tak ingat. So, wa ingat, hal ni ada kena-mengena si Tajol jumpa sultan la first step ari tu la. Team Najib ni bijak beb. Wa dah kesan awal lagi dah. Korang tak caye. Najib tu mmg la bodoh. Team dia beb.

Wa pun ingat macam lu lah. Sultan tak kasi bubar kot. Maleh la wa maki sultan2 nih. Kite focus kat soalan lu nih. Sapa paling power wa tak tahu. Cuba try lu tanya kat blog Penarik Beca ke, Hasbullahpit ke.

Wa ingat sultan ada sedikit kecondongan kepada BN berdasarkan 2 sentimen.

1. Momokan DAP = komunis, anti Melayu, pengganas, resakse jahat, jaws, mambra, bla bla bla.

2. Kes tanah 999 tahun. Walau keturunan bodoh dia yang jual tanah lebih besar dari kg baru yang kononnya dijual tuh. Aiseh.. termaki plak. Okeh. Fokus balik.

3. Kebiasaan lebih lama dengan BN berbanding BR.

4.

5.

Jadi, maybe Nizar batalkan bubar DUN sebab sultan ni la. Dan tak bleh bagitau awam sebab sultan tak sokong. Orang Melayu ni taat kepada sultan walau sultan dengan Melayu sama2 bangang. Alamak. Maki lagi. Okeh focus balik.

BR tak boleh biarkan persepsi sultan tak suka kerajaan Perak meletus. Tak bagus tuh. Dan maybe Najib all out supaya tiada pilihanraya Perak menjelang dia nak jadi PM. Pusing punya pusing, rakyat terbawah gak yang sensara.

Huhu..

Comments

  1. wa pun rasa macam apa yg lu rasa la..
    wa nampak sultan ni kepingin ameno yg memerintah kat perak tu..
    kalau tak awatnya yg lama sangat nak perkenankan tu...
    lagi satu awat najib konfiden je nak buat press conferen jam 4 ni..
    kerajaan PR Perak dalam kenangan la jawabnya...

    8 Mac 2008 - 3 February 2009
    in memories...sub..sub..sub..

    ReplyDelete
  2. sedih la wa bila dengar Sultan tak perkenan bubar DUN.... kalau betul camni makin galak la Najib dok canang.... wa harap pilihnaraya Perak akan berlaku....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. what do you expect??
    Sultan nak sebelah PR ke,,hampeh sultan2 ni,,opppsss terrrmaki laks..
    kalau ada pun soltan yg nak PR ni,soltan Mizan tengganu je la kot,
    @arwah soltan selangor,,

    Yg lelain tu mana nak PR,,kang x berdaya maju laks kampeni2 bisnes diorang dan yg sewaktu dgnnya!!Kang tak ngam laks nak berbini ngan artis2 sensasi terkini..Hampehh soltan2 melayu ni..oppssss

    ReplyDelete
  4. ni dak duka duki,,
    PAS ada mr loyar Hanipa Maidin lerr..
    -->>rendu gaks ekau ngan stopa ali yek..haha

    ReplyDelete
  5. eheh.. lu lom kawen, jangan sebut2 pasal kawen 2 nih... taboo.. and wa takkan saman lu 4o juta.. cuma kalau lu nk kawen nnti, wa soh tok kadi tu tanya soklan susah2 kat lu...contoh "perwarisan harta menurut syariah" kasi lu gabra sket.. wahaha...

    masa wa tulis ni MB dah jumpa Sultan, wa pikir sultan akan setuju bubar DUN.

    Sultan Azlan tu ex-Hakim, dia tau undang2... dia tau Mahadet dah lucutkan kuasa sultan2 dulu... tapi masih ada sisa2 kuasa kat tangan depa... Wa pikir Azlan Shah ni independant...

    ~zaminc~

    ReplyDelete
  6. dalam banyak2 sultan kat msia, sultan perak dan anaknya yg paling berpendidikan tinggi

    ReplyDelete
  7. sultan perak bijak didik anak sampai dapat PhD. dia sendiri pun berpelajaran tinggi

    aku kalau jadi anak sultan, layan kereta sports, artis je la 24 jam. takde nk pikir2 sambung blaja sampai master, PhD

    mungkin ada sebab kenapa sultan perak ambil keputusan tolak pembubaran adun. dia lagi bijak dari engko

    ReplyDelete
  8. ini sda sedikit info.

    Empat Pilihan Di Tangan Sultan Perak
    Situasi di Perak kini dalam keadaan yang tidak menentu, dengan PR dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah. PR memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan Baru. Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda. Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.

    Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang. Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda. Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak bijak untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak. Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.

    Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN. Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut. Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN. Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda. Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.

    Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN. Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini. Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut. Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

    Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti. Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti. Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat. Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.

    Latarbelakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa tidak mungkin pilihan kedua diambil. Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini. Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu. Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.