Skip to main content

Weih... kepala polis. Dengar sini suara demokrasi.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Bernama.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk membuat penafsiran semula terhadap undang-undang menunggang motosikal dengan memakai serban.

Bagus. Ini konsep Kaizen. Masalah yang diatasi menyebabkan kita semakin maju. Kalau orang yang otak berniaga, masalah adalah duit. Kerja dia cari masalah jer. Then fikir cara selesai masalah tu. Leh jadi duit.

Contoh, masalah tong sampah selalu kena selongkar anjing. Tutup tong manjang hilang. Then cipta benda alah tong sampah yang lebih baik, dan jual.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata pada masa ini, kelonggaran menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar hanya diberi kepada mereka yang berketurunan Sikh dan kalangan ulama Islam kerana mereka memakai serban.

"Apa yang menjadi persoalan kini, kita tidak tahu sama ada individu itu adalah ahli ulama agama atau ada trend di kalangan pelajar sekolah yang memakai serban," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Yayasan Pencegahan Jenayah bersama media di sini, hari ini.

Tapi ini yang wa angin ni. Kalau dah memang diperuntukkan kelonggaran kepada ulama, bermakna budak-budak sekolah pun ada hak jugak. Dabel2 stendet memang wa bangkang. Kalau larang jual rokok kat umur bawah 21, larang sekali semua. Boleh pulak pilih2. Ulama beli rokok harus, budak2 beli rokok haram?



Musa berkata, beliau turut mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk tidak membenarkan penunggang motosikal memasuki kawasan pusat pelancongan serta pusat membeli-belah yang mempunyai rekod jenayah ragut yang tinggi bagi mengurangkan kes itu.

"Saya telah bercakap secara lisan dengan Menteri Pengangkutan akan hal ini, dan akan dituruti dengan kertas cadangan kepadanya dalam tempoh terdekat agar peraturan ini dapat dikuatkuasakan.
Ini lagi satu masalah ketetapan falsafah. Yang salah perlu menanggung kesalahan, bukan yang tak salah kena tanggung kesalahan yang salah.

1. Kalau proton bersalah abaikan kualiti, jangan buat undang2 itu-ini, bebankan kat rakyat, bebankan kat kete luar bagi menyelesaikan masalah. Itu menambah masalah, bodoh.

2. Kalau mutu bola sepak rendah, jangan buat undang-undang macam kat atas. Pemain import haram la, tiket naik harga la. Itu namanya menambah masalah. Yang tak salah kena pulak tanggung orang yang salah. Bengap sangat Melayu nih.

3. Kalau peragut ramai, letak polis ramai kalau tak nak hudud pun. KT boleh pulak sampai beribu2 polis ko sumbat. Ini tak. Yang jadi mangsa, rakyat miskin gak. Tak miskin, tak naik motor beb (general).


"Zon-zon yang dikenalpasti itu adalah tempat tumpuan awam seperti di sekitar Bukit Bintang yang kerap menjadi sasaran peragut," katanya. BERNAMA

Dah keje lu jaga politik UMNO jer, mana nak jaga kes jenayah macam ni. Tangkap kang ada kable pulak peragut tu. Kenal datuk ni, kenal Menteri ni.

Comments

  1. Tuan
    Benda kecil tu tuan, pakai topinya, selesai masalah. Yang tuan bangkitkan itu dan ini tu apa pasal?

    Tapi kalau dok pertikaikan akidah dan keislaman seseorang itu masalah besar.

    Kalau dok jadikan hudud isu kempen politik itu masalah besar. Hudud itu hak Allah bukan modal kempen politik nik aziz dan kuncu-kuncunya. Bermusim pula tu, seolah-olah perbincangan hudud tu bermusim. Bermain dengan hudud itu masalah besar tuan- bukan seperti isu topi keledar!

    ReplyDelete
  2. Erm menarik dan sungguh 'melayu' komen saudara Anonymous diatas...

    Banyak sangat benda yang dianggap kecil oleh orang seperti anda... kerana minda sudah diasak jangan melawan pemerintah... benarkah??... hehe

    Hudud termasuk di dalam perlembagan PAS... selagi ia tidak diubah.. ia masih tetap menjadi salah satu teras perjuangan... bukan bermusim... Tapi setiap kali pilihanraya diadakan... ada pula orang yang akan tolong upkan darihal hudud ini... hehe

    Benar sangat besar masalah hudud nie tuan.. sampaikan kerajaan yang ada sekarang menolak dari melaksanakannya... maka golongan yang memperjuang pula dikata mempergunakan... alahai akhir zaman...

    Buatlah sesuatu tuan selagi bernafaz.. mudah2an esok di'sana' kita tidak disoal darihal peranan kita di dalam mengambil keseluruhan cara hidup Islam.. Pas sudah mengambil langkahnya... tuan bila lagi??

    ReplyDelete
  3. wahai Anonymous,

    Solat & zakat pun hukum Allah, jadi kesalahan ke para ustaz bersyarah sana sini tentang kewajiban / kepentingan solat & zakat? Apa beza dgn Hudud?

    Beza lu dgn kambing, Allah bg lu akal utk b'fikir.

    Allah kata "wahai kambing, makan la rumput". Kita x jumpa kambing makan burger.

    Allah kata "wahai org2 yg beriman, b'hukumlah dgn hukum Aku". Lu kata hudud modal PAS.

    Lu lebih teruk dr kambing gamaknya.

    ReplyDelete
  4. AT, memang polis dabel, tripel and quadrupel stended... dan itu yang wa hangin....

    Sikh boleh pakai turban, dari kecik anak sampai besor bapak, apa kes?
    atas nama kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan agama masing2?...abih tu budak pondok tu takde hak ke nak amalkan kepercayaan dia?
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  5. zaminc,

    kalo tu modal lu, org bole ckp "serban wajib bg penganut Sikh, sedangkan serban sunat saje bg penganut Islam". so cane?

    ReplyDelete
  6. lelaki_ini

    sejak bila plak dalam agama sikh ada wajib harus sunat bagai ni?

    Apesal ada plak org sikh tak pakai serban, makna 'berdosa' le dia ye...

    contoh... serbegeth singh.... :P

    ~zaminc~

    ReplyDelete
  7. lor bro.. kan Islam wajibkan kita hormati anutan dia.

    Macam makan babi la. Islam mana boleh larang. Walau dia takda haram-halal-sunat-wajib.

    Sigh bab lain. Tajuk lain. Yang kita bincang tajuk muslim. Mana lebih penting?

    Sunnah yang sunat tu ke atau keselamatan yang wajib?

    ReplyDelete
  8. Bro, selamat tak selamat tu subjekif.

    Ikut statistik orang yang naik moto pakai topi keledar ke atau orang yang pakai serban yang banyak mati?

    Undang2 pengecualian ada, kenapa lak ada double standard? Itu isunya.
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  9. zaminc,

    Statistik kematian penunggang motor b'topi keledar mmg jauh lebih tggi dr penunggang b'serban sbb populasinya jauh b'beza, 1:1000 pun blom tentu, mgkn lebih (jika dinisbahkan dgn bilangan, kecuali dinisbahkan dgn percentage).

    Di Kelantan, TGNA kumpul semua pemimpin pelbagai agama & muzakarah. Keputusannya;

    Judi : semua menyatakan ianya haram dlm agama msg2, so Kelantan tutup semua kedai judi.

    Arak : ada agama menyatakan ia x haram dlm agama mrka, so Kelantan hadkan jualan.

    Dlm isu serban Sikh & Islam, rujuklah tokoh agama msg2 & nyatakan hukum pemakaian mengikut situasi t'tentu. Jwpn msg2 itulah yg perlu diambilkira oleh pihak b'kuasa yg nak kuatkuasakan undang2 t'sebut. Setel !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.