Skip to main content

Toyota Camry melalui kuasa lidah Nik Aziz.

Oleh : AdukaTaruna

Member kategori biasa (bermakna bebas dan tidak berapa ambil peduli dengan politik) bertanya kepada wa isu Toyota Camry oleh Perak dan Selangor. Wa seperti yang telah dinyatakan memilih penetapan falsafah yang begini. Yakni bersetuju. Kalau tak setuju dah lama wa belasah dah. Wa bukan jenis angguk2. Dan boleh angguk2 semula selepas ditampar. Pro. Insyaallah.

Cuma, apa yang wa nak tulis di blog ini, kekuatan untuk keluar dari kotak, keluar dari kebiasaan, keluar dari budaya adalah sukar bagi Melayu. Wa yakin 90%, Perak (termasuk DAP) tidak akan berani mengambil keputusan menggunakan Camry sekiranya lidah TGNA tidak keluar kenyataan mengakui Perdana V6 tinggi kos selenggara, di mana, menyokong dakwaan MB Terengganu.

TGNA adalah pencetus, pembuka jalan, ikon spritual. Kalau wa Israel, wa dah bom TGNA macam Sheikh Ahmed Yassin dah.

Comments

  1. sorang kawan sorang pun jenis kategori biasa.... tapi tak penah mengundi.... dia pertikai pasal kenaikan bayar parking kete kat sekitar KB... wa tanya dia.... lu gi ngundi tak?... dia cakap dia malas nak ambik tau pasal politik (walaupun cara dia cakap cam pencacai UMNO jer)..... dia tak penah ngundi.... wa cakap kat dia..... kalau camtu baik lu dok diam².... lu terima jer apa yang pemimpin buat.... tak payah nak komplem....

    ReplyDelete
  2. pakai jela proton. kalau taknak perdana waja persona ke. tapi mungkin krn perak dan selangor majoriti puak yg kurang patriotismenya iaitu parti ehem2 dan ehem2. kalau parti ehem2 yg kuasai kedah alhamdulillah sokong produk tempatan. strategi politik yg bijak. buat apa musuh ngan proton. teringat daku akan yb X dari negeri selangor masa ura2 nak tukar kereta. dgn bangganya menjawab "yg pasti bukan proton". syabas2 teruskan mengutuk produk tempatan. apalah sgt proton tu. hudud pun kau berani sanggah.

    ReplyDelete
  3. Gua tak setuju pakai proton,

    Gua x setuju kalau org kata tak pakai proton tak patriotik. CEo proton pun pakai Merc dan BMW.

    Proton bukan 100% tempatan, dia cuma ambik komisen atas spare part mitsubishi dan ditukar badge. Sebab tu la mahal. Proton lebih kurang NAZA dan PERODUA. Ambik harta org kemudian tukar nama je, then canang seluruh Malaysia produk depa produk tempatan.

    Gua sokong penuh Perak, Selangor & Kedah ambik Toyota Camry. Ini bukan soal patriotik lg, ini soal MENJIMATKAN duit rakyat. Apa guna patriotik kalau produk tempatan kos maintainance mahal nak mampus.

    ReplyDelete
  4. Betul2, gua naik kembara tahun 2003...actually keta kompeni. Gua punya bos naik Toyota Harrier 2002. Masa nak tukar brake-pad Kembara, harganya lebih mahal dr Harrier. Gua punya bos terus terkejut beruk.

    la ni gua punya bos terus beli Mitsubishi Triton. Maklumlah kompeni construction. Harrier bos gua guna spare-part jenis Half-cut. Kira oklah tu..murah gak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.