Skip to main content

Slow, lemah-gemalai, boroi, sibuk berpoligami, penyabar.



Oleh : AdukaTaruna

Wa ditanya pendapat wa seandainya selepas PRU13, BR mengekalkan kerajaan di Perak. Adakah PAS bersedia menyerahkan kerusi MB Perak kepada PKR atau DAP Melayu?

Pahit beb jawab wa. Tapi, jangan sesekali meninggalkan sejarah untuk anak cucu yang menunjukkan pejuang islam melanggar prinsip perjuangan. Mereka memilih demokrasi. Masih tertakluk kepada perlembagaan yang belum berjaya diubah atau diperbaiki. Bermakna perlu menurut perlembagaan itu sehingga PAS berkuasa menukarnya nanti.

Tak faham? Katakan perlembagaan yang ada setakat PAS belum mampu ubah ialah majority parti yang menang menjadi MB dan yang menjadi MB harus Melayu Islam. Dan PAS berjuang dalam ruang-ruang perlembagaan yang ada setakat itu. Maka, tidak boleh PAS melanggar perlembagaan itu. Pahit pun pahitlah. Sapa suruh lembab tipikal ulama boroi Melayu. Tak agresif macam DSAI. Sapa lembab selalu ketinggalan la kalau ikut sunnah Allah. Sistem alam ni.

Jadi, demi prinsip, demi sebuah catitan sejarah yang ditinggalkan kelak, PAS perlu professional. Lembab satu bab. Prinsip satu bab.

Lompat parti.

Jawapan falsafah wa tidak setuju. Namun, jawapan taktikal berlainan. Kalau kita tak suka team kita mengkhianati baiah, kita perlu single standard. Kalau nak berhijrah, professional.

“Saya mengumumkan saya berhijrah menyertai PAS/PKR/DAP/BN. Dan saya meletakkan jawatan sebagai ADUN / AP demi menghormati undi rakyat. Dengan ini saya mengumumkan saya bertanding dalam pilihanraya yang baru atas tiket parti baru (seandainya undang2 membenarkan yang meletak jawatan bertanding semula).”

Tapi kalau taktikal, prinsip boleh dibengkokkan sedikit (bukan dipatahkan). Contoh. Nak masuk PRU bimbang tak bersih. Bimbang sia-sia. Tiba-tiba ada peluang menukar pemerintahan korup dengan mengajak MP melompat.

Dan katakan yang melompat sudah cukup bilangan. Setelah ambil-alih, lakukan pembersihan SPR, maka buat PRU yang baru. Untuk mandate baru yang bersih dan telus. Taktikal ini sekan masuk kepada prinsip rampasan kuasa oleh rakyat / revolusi politik oleh rakyat.

MB Perak.

So, sebab PAS penuh dengan ustaz-ustaz dan pak lebai Melayu, maka, lemah lembut, berwatak perlahan, naïf, jujur, maka, selalulah jadi mangsa kepada mereka yang laju dan agreasif.

Dalam bab persaingan sihat, DAP sudah mula memulakan usaha meletakkan calon ustaz Melayu. PKR menggunakan kaedah memancung gerakan catur DAP. Yakni mengajak calon UMNO menyertai PKR. PAS? Macam biasa. Seperti yang kita lihat kepada ustaz-ustaz Melayu. Slow, lemah-gemalai, boroi, sibuk berpoligami, penyabar.

Comments

  1. salam. gua setuju dgn pandangan bro AT. kpd pembaca2 terutama penyokong PAS, jgn kecik ati, kalo kecik ati makanya perlu la byk cari ilmu lg. apa yg bro AT bentengkan ni adalah renungan bt kita semua dan tindakan yg perlu kita buat skrg. PRO AKTIF dr srkg!!! ya, kita memamg la rakan seangkatan dlm pakatan rakyat tp takkan nk biarkan rakan2 lain yg tekun , kita? dok mengelamun?

    usaha perlu d petingkatkan. pikir mcm mana nk buat cina dan india lbh paham dgn kita dan meluas mennjadi ahli PAS. then, bila mana2 ahli non muslim yg ia yakin kekuatannya, maka bg peluang jd calon d pilihanraya. bila calon melayu, cina dan india jd YB dlm pas, itu tandanya PAS uda melangkah ke 1 tahap yg lebih baik. so, apa lg .. mari BEKERJA!!!

    ReplyDelete
  2. secara taktikal nya, sy setuju je lompat parti. tak payah bertanding. yang penting tidak ada unsur rasuah atau unsur wang yg dipolitikkan sehingga ada yg jadi 'Jumper' sbb nak duit.

    walaupun begitu, yg dirisaukan adalah, yg melompat ni tidak berniat bersih. niatnya adalah untuk survival politik individu (diri sendiri) dan bukannya niat utk meruntuhkan UMNO BN. yang ni PR kene jaga2. dikhuatiri org sebegini, prinsipnya macam belut. suka ngelat.

    walaupun begitu, dr sudut taktikal nya, lebih bnyk ADUN yg melompat, akan membawa kelebihan daripada sudut persepsi rakyat, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Persepsi, bukan realiti. Dr segi taktikal utk mengubah persepsi rakyat terhadap kegoyahan BN, maka sy setuju cara agresif DSAI mengajak ADUN BN jadi katak lompat.

    ReplyDelete
  3. bro aduka... wa rasa lu silap.... sapa cakap PAS tak pro aktif.... kalau sekarang DAP bercadang nak letak calon Ustaz... bagi wa PAS mendahului dah perubahan camtu..... di johor PAS dah laksanakan perubahan ngan letak calon INDIA yang BUKAN MUSLIM/MUSLIMAT.... di Kelantan calon bukan melayu dah menang beberapa penggal.... Dato' Anuar Tan, Cina Muslim.... mungkin PRU13 nanti lebih ramai calon PAS terdiri dari bukan Melayu n nonmuslim menjadi calon PAS....

    ReplyDelete
  4. lupa taruk nama.....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.