Skip to main content

Masalah sebenar Israel : Penting.

Oleh : AdukaTaruna

Ni ada satu lagi email wa dapat. Siap dia terjemahkan dalam BM lagi (sebab wa tak pandai BI). TQ banyak2 ah, bro.

Israel melakukan sebagai reaksi terhadap roket Hamas.

Ok. Dengar sini. Terutama non muslim yang simpati kepada Israel. Dia macam ni. Anda berkata semua orang ada negara, ada tanah. Termasuk Israel. Jadi, salah Hamas kerana masih melancarkan roket kepada negara Israel.

Negara Israel tidak pernah wujud. Kami tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel. Sebab itu kami bantah pasukan kriket Israel datang ke Malaysia. Sebab itu kebanyakan atlit muslim menarik diri apabila bertemu negara Israel di Olimpik.

Mengapa? Kerana kami tidak pernah mengiktiraf negara Israel.

Mengapa tidak iktiraf?

Palestine, dahulu (kita ambil timeline Isa a.s) adalah sebuah tanah yang dihuni oleh majority Yahudi. Kemudiannya, selepas zaman Khalifah sahabat Muhammad saw, mereka semua telah memeluk Islam. Selepas penaklukan Saladin, mereka diberi kebebasan untuk berhijrah atau bebas mendiami Palestine dengan bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Jadi, itu adalah tanah Bani Israel yang telah memeluk Islam bersama bangsa-bangsa lain termasuk arab. Kemudiannya, melalui kebangangan Arab yang menukar falsafah Islamis kepada falsafah Nasionalis Arab, wujudlah negara Israel dengan bantuan USA.

Inilah titik permulaannya. NEGARA ISRAEL TIADA! TIDAK WUJUD!

Itu adalah Palestine milik bangsa Israel bersama bangsa Arab bersama bangsa Parsi yang telah memeluk Islam dengan suka rela selepas zaman sahabat Muhammad saw, dan selepas diambil semula oleh Saladin.

Kami tidak menghalau Bangsa Israel Yahudi (terdapat bangsa Israel Islam). Kami tidak menganiaya Bangsa Israel Yahudi. Itu tanah milik mereka yang menganut agama Islam bersama bukan Islam yang bebas dan aman bersama pemerintahan Islam.

Jadi, mengapa dijadikan Holocaust sebagai alasan penempatan semula negara Israel? Moyang-moyang mereka yang memilih untuk meninggalkan Palestine dahulu, bukan kami yang paksa. Dan mengapa pula mengatakan hak kepada Negara Israel?

NEGARA ISRAEL TIDAK WUJUD!

Jadi, sebab itulah Hamas mempertahankan diri, melakukan reaksi terhadap kezaliman, penindasan Negara Haram Israel dengan roket-roket. Ini bukan soal Thailand yang melancarkan roket ringan ke kawasan Terengganu, tetapi soal Malaysia yang melancarkan roket ringan ke Singapura.

Kerana Negara Singapura tidak pernah wujud! Itu milik kami. UMNO bodoh yang bagi sesuka hati. Bezanya, Singapura tidak melampau ganas seperti Israel yang penindas, membuli, mencederakan, membunuh kanak-kanak Johor (contoh), wanita-wanita muslim, yang boleh membawa kepada perlunya memberi reaksi dengan senjata (perang dibalas perang).

Hak Hamas, hak Palestine!

Hak Hamas ialah wilayah Negara Haram Israel. Hak Palastine ialah membela setiap titik darah wanita dan kanak-kanak mereka. Itu tanah milik mereka. Tiada negara Israel wujud! Tiada dalam peta!

Tiada Singapura yang diserahkan UMNO secara percuma! Yang ada hanyalah Temasik! Wa rasa nak menangis taip jawapan ni.

Comments

  1. Wat ms ni S'pore mmg x melampau ganas secara fizikal. Tp hint2 dr statement pemimpin mrka t'hadap M'sia, kebiadaban tentera2 mrka m'ceroboh zon Johor & komitmen mrka memiliki tanah2 besar di Johor atas nama p'bangunan Iskandar M'sia bakal memungkinkan segalanya.

    2nd Palestine is around the corner bro. Mark my word !

    p/s : hnya p'soalan masa..

    -lelaki_ini-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...