Skip to main content

Kesian pulak wa sama Wan Farid.

Oleh : AdukaTaruna

Wan Farid seumpama mangsa judi. Sebelum di pilih sebagai calon, dah ada kedudukan. Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Senator. Kemudian, dipaksa (wa rasa dia dipaksa kot, bukannya tamak) menjadi calon PRK KT. Tu yang mencuka dan jarang senyum tu kot.

Bila dipaksa jadi calon, terpaksalah lepaskan Senator. Lantik semula dah takleh dah ni? Ketua Bahagian pun kompon akan goyah lepas nih. Sebijik macam mangsa judi. Takpalah, wa petik kata-kata Anwar, kalau takut dengan risiko, usah bicara pasal perjudian. Eh perjuangan.

Apabila melihatkan gambar dari Utusan ini, wa teringat penyediaan alasan Najib semasa berkempen dulu. Najib kata, PRK ini tidak boleh dikaitkan dengan kemampuan dia sebagai bakal Perdana Menteri. Ada orang mendakwa PRK ini dikaitkan dengan MB Terengganu yang baru.

Sementara itu, hari ni, walaupun tidak memilih berita kemenangan PAS sebagai utama, Utusan Malaysia tetap meraikan kemenangan, kejayaan penghantaran wakil muslim ke parlimen, menggantikan wakil nasionalis Melayu, dengan wajah baru.

Undi Melayu.

Wa rasa sudah tiba icon-icon terbesar PAS, seperti TGHA untuk golongan lama, TGNA untuk golongan semua (termasuk non muslim), Husam untuk golongan muda, menyeru seluruh ahli UMNO berhijrah kepada PAS.

PRK KT menunjukkan Melayu menjadikan PAS sebagai alternative mereka. Tetapi, secara pembolehubahnya, Melayu KT memang berani, tak macam Melayu N9.

Undi Cina.

Wa tak pasti sama ada undi Cina kepada PAS meningkat atau merosot. Tapi kalau wa boleh mengawal kecenderungan Melayu di Malaysia, wa robohkan kesatuan BN dengan mengundi MCA di PRU13 (bagi kerusi parlimen sahaja. Kerusi Dun jangan sesekali).

Bila MCA kuat di parlimen, UMNO kalah / lemah, maka, dia akan mencari PAS sebagai dahan. Dan bila MCA kuat, bermakna DAP lemah (di parlimen sahaja, Dun jangan sesekali). Ketika inilah PAS adalah key player.


Comments

  1. AT..... macamana plak kalau tetiba MCA dibubarkan.... camne ni.....

    ReplyDelete
  2. MCA dibubarkan? Selepas kuat atau sebelum kuat? Hehe..

    ReplyDelete
  3. sebelum MCA kuat la bro..... pas tu berbondong² orang cina sokong DAP..... camne PAS nak survive bromasa tu mungkin ramai ahli kelab PAS pun turut sokong DAP....... yang pasti UMNO akan mendapat kepercayaan melayu dan kuat kembali........ PAS pun terpaksa kena tunduk ngan UMNO untuk bergabung dan jadi budak suruhan UMNO...... maka akan berlakulah pisang berbuah 2 kali.....
    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. org cina tpecah 2. berbondong2 masuk dap paling tinggi 70 peratus.

    jadi, lepas pecah 2, penentu adalah pengundi melayu kat parlimen tu.

    kalau wa leh kawal pala otak melayu, semua melayu wa suh undi mca.

    (80% Melayu + 30% MCA) kalahkan (70% DAP + 2o% Melayu) beb.

    ReplyDelete
  5. mungkin teori lu boleh pakai..... tapi wa masih sangsi lagi..... tu tak kira lagi MIC bro...... Sabah Sarawak camne plak.... semua tu kena ambik tau gak bro.... tak kira lagi PKR.....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.