Skip to main content

Imbangan tentang kehadiran Anwar / elite PKR

1. Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.

ANWAR IBRAHIM


2. azmin ada, boleh rujuk gambar kat msiakini, kalau tak silap, dia ada sebelah tok guru haji hadi..

syed sosialis pun ada, mb kalid pun ada, tian chua, saifudin nasation pun ada...
kira takde isu la tu..

cuma puak2 dap je tak perasan lak ada ke tak...

3. kau tertinggal train ke yop?...dah lama depa gi buat lawatan kat luar negeri selesai persidangan parlimen dulu...

apara punya tur...

naruto

4. DSAI dengan bini dia pergi ke Asia Tengah, tgh duk pikir2 dengan para pemimpin Arab bersama PM Turki untuk kasi setel konflik kat Palesti la bro...

dia Insya-Allah balik ptg ni dan mungkin malam ni atau esok dia akan turun kat KT la kasi kempen utk menangkan calun PAS!!

bro jangan la kasi panas tak pasal2 lak..

kalau di pi oversea makan angin, wa pun angin satu badan jugak..
tapi dia ada urusan yang pastinya lebih penting untuk kesatuan sejagat..

yg bro duk angin nuar tak dtg hari nama calun ni, bro dah berapa hari dah berkampung kat sana???


Comments

  1. smua pemimpin utama PKR ada
    kecuali DSAI sekeluarga

    smpi je M'sia
    DSAI & DSWA kena b'kampung 10 hari di KT

    pemimpin DAP
    langsung x nampak batang idung
    bendera DAP je sana sini

    ReplyDelete
  2. DAP ada bro.. Naib Presiden, Teresa ada la. Lim n Sigh takdo.

    ReplyDelete
  3. rilek la. ni yg bising sgt pak anwar takde apersal la? dah la bising2 tp tak gi cek resource tentang keberadaan subjek yg dibicarakan. kalu tak tahu brader, jgn start bukak topik... nanti org kata lu asik menyalak bukit.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.