Skip to main content

Hahaha… Ostad Hadi dah nak terer…

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Hari ni hati wa ada banyak happy. Bila wa baca blog Penarik Beca. Kenyataan terbaru Ostad berupaya (seandainya turut disiarkan di media non muslim) membuatkan orang non muslim lebih faham. Lebih yakin. Dan mula mengerutkan keningnya kepada Karpal.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud dan qisas hanya untuk orang Islam sahaja dan perkara ini tiada kena-mengena langsung dengan DAP.

Perghh…. Kan cantet tu. Musti non muslim akan terdetik :

“Yer tak yer gak, eh.”

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa hukum hudud dan qisas hanya mempunyai kaitan dengan orang Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, khususnya DAP.”

Hahaha. Satu kenyataan yang cool. Releks jer. Tanpa terikut rentak Karpal yang emosi dan tidak tentu tajuk mana yang nak dibantah dalam isu hudud. Ngeh2.

Sementara itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulangi pendirian Abdul Hadi bahawa hukum ini hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak harus berasa takut kepada undang-undang ini.

Ini paling seronot wa baca. Ostad Hadi membuatkan Anwar mengikut arus Ostad. Bagus. Anwar ni dah la cendekel, pengelat no 1 dalam membicarakan hukum Islam. Maklumlah parti dia multi-agama, multi-idealogi, multi-dasar.

Lu ingat wa nak caya ke lu g Turki bincang pasal Palestine? Apa kuasa yang lu ada beb? Kalau lu dah jadi PM, baru wa caya. Stakat kunjung luar rasmi negara, borak pasal Palestine kat hotel, tak payah. Tapi takpa, tajuk tu akan wa belasah kendian. Wa memang tak suka Anwar, tapi akur kekuatan dia nak perbaiki negara. Dan kekuatan nak baiki negara lebih penting dari wa tak suka Anwar.

Selain itu, Anwar mempersoalkan kenapa UMNO terus senyap mengenai isu hudud dan sekiranya UMNO memperjuangkan Melayu Islam, mereka harus mengeluarkan pendirian mengenai cadangan Pas yang akan melaksanakan hudud dan qisas sekiranya menjadi Kerajaan Pusat.

Ha.. Anwar bab ni tak payah ulas lah. Dia memang pakar bab kilas dan buah pukul. Kompom UMNO terkulat-kulat.

Comments

  1. tu lah lu duka...... lu hantam Haji hadi secukup rasa lu jer... lu kena paham la.... hero memula dia tunggu n lihat jer dulu..... pastu dia bagi penjahat a.k.a pencacai hantam dia dulu sesedap rasa..... then bila dah dekat ending baru la dia bertindak.... kalau hero trus jer hantam sesedap rasa dia di awal² citer tak best la..... tak sampai 2 jam la citer dah abis..... rugi la RM8 aku beli DVD movie..... 5 minit jer citer dah abis.... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...