Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Dec 29, 2008

Hudud : PAS diletakkan Allah di landasan yang tepat.

Oleh : AdukaTaruna

Ultra + Ektrim.

Kali ni wa tidak mahu bercakap soal taktikal manusia. Wa bercakap soal taktikal Allah. Tidak semestinya tepat, tetapi sekadar hamba yang meneka percaturan Tuhan terhadap usaha menunaikan janji Tuhan sendiri.

Orang berkata, dulu, PAS ultra atau ektrim dalam memperjuangkan Negara Islam. Tidak berhemah, tidak sesuai dengan corak berbilang agama dalam wadah perebutan undi majoriti. Di bawah tajuk taktikal manusia, memang wa setuju.

Tetapi di bawah tajuk taktikal Allah, tidak semestinya benar. Allah yang mengawal hati dan memberi kecenderungan kepada pejuang agamaNya. Jikalau tidak ada gaya ultra dan ektrim seperti kematian di Memali, Batu Buruk, di ISA, ditetak dengan kapak, diculik pada satu ketika dahulu, jangan harap generasi kemudian seperti wa dapat melihat kesungguhan dan pengorbanan pejuang PAS memperjuangkan Islam.

Hudud.

Begitu juga hudud. Di bawah tajuk taktikal manusia, adalah tidak bijak mendapatkan hudud dahulu sebelum jalan perjuangan yang dipilih itu (demokrasi) di pulihkan. Namun begitu, di bawah tajuk taktikal Allah yang mengawal kecenderungan hati pejuangNya, sedar tak sedar, hukum Hudud dan Qisas sudah tertanam di Kelantan dan Terengganu!

Jadi, mungkinkah kini, Allah sedang menghalakan PAS kepada step seterusnya pula, yakni menegakkan apa yang telah berjaya ditanam dengan focus kepada pusat? Dengan pengambilan pusat? Jika teori ini tepat, sebenarnya PAS berada dalam landasan yang disusun Allah. Satu landasan yang sesuai dengan scenario, keadaan, tahap iman, satu-satu masyarakat itu.

Menyiasat taktikal Allah.

Allah mengawal bolak-balik hati manusia. Dalam tajuk perjuangan menegakkan perintah Allah sendiri, sudah pasti Allah mengawal hati pejuang agamanya yang tulen.

Sekarang kita siasat kecenderungan terkini hati pejuang agama Allah yang konsisten, yang terbukti pada pandangan zahir kita, walau mereka tidaklah maksum.

Siasatan 1.

Hadi : “"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita.”

Kecenderungan hati : Hudud ditangguhkan.

Keadaan sebenar : Hudud dan Qisas sudah siap sedia di Kelantan dan Terengganu.

Tumpuan utama : Pengambilan pusat. Keadaan asas dibetulkan dahulu.

Siasatan 2.

Nik Aziz : “Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan.

"Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud.”

Kecenderungan hati : Hudud dalam perjalanan. Tetapi masih yang panjang.

Keadaan sebenar : Hudud dan Qisas sudah siap sedia di Kelantan dan Terengganu.

Tumpuan utama : Kefahaman asas dibetulkan dahulu.

Siasatan 3.

Husam : "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi."

Kecenderungan hati : Hudud ditangguhkan dahulu.

Keadaan sebenar : Hudud dan Qisas sudah siap sedia di Kelantan dan Terengganu.

Tumpuan utama : Dapat demokrasi yang sebenar dengan menumbangkan BN.

Dec 28, 2008

Hina gen Melayu, hina ciptaan Allah?

Oleh : AdukaTaruna.

Seseorang bertanya wa. Adakah wa dengan menghina genetik Melayu tidak bererti menghina ciptaan Allah? Wa agak kepenatan nak menaip panjang, wa terus guna kaedah ganti.

1. Fakta gen kuda padi lebih lemah dari gen kuda perang / kuda lumba. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa menaip fakta ini?

2. Fakta gen anjing Chihuahua (anjing kecil comel) lebih lemah dari anjing jenis perang. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa sentiasa dan sentiasa menegaskan fakta ini?


3. Fakta gen padi Malaysia lebih lemah (secara purata) dari padi Thailand. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa sentiasa mengimplan fakta ini kepada pembaca?

4. Firman Allah yang memperuntukkan bodoh (bangang dan bebal adalah perkataan seerti) kepada sekian-sekian kaum yang bertindak sekian. Adakah Allah menghina ciptaanNya sendiri?

Penyelesaiannya?

Jadi, apakah penyelesaiannya? Terdapat 2 jalan penyelesaian. 1, jangka pendek. 2, jangka panjang.

Jangka Pendek. Bermula dengan sedar diri bahawa kita adalah gen yang lemah. Kemudian rujuk Islam. Dan pastikan rujukan kita terhadap Islam itu bebas dari bersifat keMelayuan.

Jikalau bangsa secerdik dan sedegil Bani Israel, mereka akan bermula dengan sedar diri bahawa mereka bangsa yang cerdik. Cerdik yang membawa kepada ego dan sombong. Kemudian rujuk Islam. Dan pastikan rujukan mereka terhadap Islam adalah bebas dari bersifat keIsraelan.

Jangka Panjang. Kawin campur. Kacuk. Campak status Malay. Atau, dapat anak, bebaskan dari pengaruh
primitive Melayu. Jangan buaikan anak. Jangan tido berkepit dengan mak ayah.

Jangan guna kaedah ‘momok’ dalam membentuk anak. Jangan tidokan anak terlalu lama dalam satu2 posisi, terutama terlentang. Kepala akan leper di belakang, otak menjadi sempit dan terhad untuk membesar.

Jangan turunkan kelemahan anda kepada anak anda. Contoh, kalau anda seorang yang takutkan kucing, jangan biarkan atau didik anak-anak anda takutkan kucing. Wa ada member yang semua adik-beradik dia takut kucing (2 diantaranya adalah askar).

Cayalah Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Thanks Allah, thanks Mr. Presiden. Wa harap mesej Presiden sampai di media non muslim. Bagi wa secara peribadi, sepatutnya Husam mengucapkan yang ini (hudud hanya untuk muslim) sebagai penjelasan lanjut setelah berdebat dengan Khairy.

Ataupun menggunakan penjelasan demokrasi seperti mana yang dikeluarkan melalui lidah Salahudin dan Khalid Samad (juga di sini).

Memang secara prinsipnya, wa lebih bersetuju
terdapat non muslim yang akan dibicarakan melalui mahkamah syariah (hudud). Tetapi secara taktikalnya, secara beransur-ansurnya, laksanakanlah terhadap muslim dahulu (non muslim dikecualikan).

Malah jadikan satu negeri (Kelantan contohnya) sebagai percubaan. Step by step. Sesuai dengan wadah perebutan undi majority. Kita tidak berjuang setulen nabi. Pembolehubah PAS tidak sama dengan pembolehubah nabi.