Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Nov 30, 2008

Marah sungguh Penarik Beca kat PKR..

Hehehe. Tergelak wa baca artikel bro Bakaq terbaru. Pasal PKR nak luaskan atau kebalkan semula instusi raja-raja. Wa pun berbulu gak. Tapi biasalah bro… Anwar ma.. retorik bro..

Anwar ni bijak untuk level awam, bro. Berkali juta bijak dari Hadi yang ahli PAS pilih tu. Tapi, kalau kita duduk atas level awam, kita rasa kelakar. Siyes bro.

Anak raja negeri wa, Negeri Tak Cukup 10, keluarkan kenyataan. Mohon institusi raja Melayu yang bengap nak mampos dan takder faedah tu supaya dikebalkan. Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung perlembagaan.

Kita tinggalkan dulu sentiment berbulu kita kat institusi mangkuk tu, dan idea IRM (Islamic Republic of Malaysia). So, seperti kita kenali Anwar (PKR), dia ni memang laju. Kenyataan nak teguhkan bahasa Melayu, hak Melayu, nak luaskan, kebalkan semula raja-raja Melayu adalah semata untuk mendapatkan sokongan, kepercayaan dan harapan dari Majlis Raja-Raja jer bro.

Kan ke Anwar nak ambil-alih pusat. Kalau ada backup dari Majlis Raja-Raja, kira kuat jugalah. Tapi percayalah. Seandainya Anwar berjaya pegang pusat esok, Institusi Raja Melayu adalah gangguan. Dia boleh U turn selamba badak bro.

Tapi, cukuplah kita yang blogger nyamuk ni bersuara dan menulis dan meluahkan perasaan. Yang pemimpin PAS tak payahlah sampai buat sidang akhbar cakap kebalkan institusi raja tak logic, pelan 16 mengarut, etc. Tu namanya super bangang
.
Dalam politik, bila kita tahu kawan kita cuba manipulasi kita, kita perlu cool dalam masa yang sama, sebenarnya kita sedang memanipulasikan dia. Faham2 sudah la eh. Tak perlu ulas.

Jadi, kepada ahli PKR, berhenti2la taksub pada Anwar ni beb. Lu sokong jer atas tajuk aspirasi dia nak repair Malaysia ni. Mana-mana retorik dia, kepentingan liwat, isu peribadi dia, tak payah buang peluh, buang duit berhimpun. Letakkan pemimpin sebagai kuli kita. Kita yang bos sebab dorang perlu undi kita. Ingat ini. Dia nak manipulasi kita, kita cool jer manipulasi dia.

Nak berhimpun, dibeduk FRU atas isu Anwar kena liwat? Perghh.. wa tak sebodoh tu. Dibeduk FRU atas seruan BERSIH, kepentingan anak cucu,sepatutnya, itu barulah kita beb. Tu pun wa dengan uma dok jejauh tempat yang selamat dari capaian semburan air kimia (iman kecik). Hahahaha.

Jadi, sekali lagi, bebuat tak tahu jer Anwar sedang beretorik. Biar dia fikir dia terror. Janji dia dalam landasan repair Malaysia. Nak harap Pak Lebai Melayu Hadi lembab boroi tu? Manjang tenggelam jer dari arus politik tanah air. Harap pelampung jer besar.

Nov 29, 2008

Dataran Perasaan.

Wa tengok rakyat Thai yang pembangkang ni ngok juga. Demontrasi sepanjang masa. Kacau bilau negara jadinya. Main tembak2 lagi. Siap serbu Lapangan Terbang. Terlintas gak wa betapa bertuahnya Malaysia yang memiliki pembangkang berkepala otak macam PAS.

Demo, demo gak. Tapi tak la sampai sabotaj kepentingan negara. Buatnya PAS arahkan ahlinya berdemo tembak TV3, serbu KLIA, putuskan elektrik Kuala Lumpur, parah beb.

Jadi, sekali lagi, apakah penyelesaian dalam isu ini. Kaizen la. Lakukan peningkatan kepada baik daripada masalah yang timbul.

Wa rasa BR, kalau ambil alaih negara, ataupun di peringkat negeri dahulu, adakan Dataran Perasaan. Selagi masih di bawah perlembagaan, nak luah perasaan apa pun sila lah kat situ.

1. Nak bogel? Tak boleh. Letakkan berbogel antara perkara yang menganggu ketenteraman awam di bawah perlembagaan.

2. Nak hisap dadah. Sah2 tak boleh. Perlembagaan tak kasi.

3. Hina agama lain? Tak boleh. Agama semua diiktiraf bawah perlembagaan.

Apa yang boleh kat Dataran Perasaan?

1. Bersajak.
2. Berpidato.
3. Menyanyi lagu2 kritik.
4. Berdemo.
5. Bakar bendera.
6. Melukis.
7. Etc.

Jadi, dah tak payah la berarak kat jalan2 raya, walau feel berdemo kat jalan raya best gile. Hehehe. Just panggil media dan buat pelbagai simbolik kritik yang kreatif. Silap2 leh jadi produk perlancongan plak. Ada pemuzik jalanan, pelancong yang suka2 joint skali melakukan luahan perasaan tersebut.

Tak la menyusahkan orang lain. Polis pun senyum jer jaga lalu lintas. Praktikal ke? Hehehe….

Takziah kepada Keluarga Dato Razali dari Tuan Guru Presiden PAS

Oleh : Abdul Hadi bin Haji Awang

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah bagi pihak diri beliau dan keluarga serta seluruh ahli-ahli PAS kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam akibat serangan jantung. Allahyarham adalah Timbalan Menteri Pelajaran dan ahli parlimen Kuala Terengganu.

Tuan Guru mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan semoga isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang besar ini. Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen.

Tuan Guru kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji dan dijangka pulang ke tanahair sekitar pertengahan bulan Disember nanti.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Setiausaha Akhbar Presiden PAS
And here is the rest of it.

Siapa calon BR Kuala Terengganu?


Oleh : AdukaTaruna

Kalau ditanya pada peribadi wa, wa pilih Mat Sabu. Sebab orang macam dia perlu diletak dalam parlimen tanah air kita yang tercinta ini.

Kalau di bawah tajuk PAS Ganu, wa rasa calon dari PAS Ganu perlu diletakkan. Syed Azman. Keputusan calon PAS Ganu berguna untuk PAS Ganu analisis kuat-lemah mereka. Kalau Syed Azman menang, bermakna PAS Ganu perlu diremajakan.

Kalau letak Mustapha Ali, dan kalah, maka sekali lagi isyarat PAS Ganu perlu diremajakan. Kalau Mustapha Ali menang, analisis menjadi lebih sukar. Apa kehendak pengundi Terengganu perlu dicari dan dipastikan.

PAS Terengganu sepenting PAS Kelantan dalam persada politik Islam di tanah tercinta kita ini. Ianya (Kelantan dan Terengganu) menyumbang sejumlah besar kerusi parlimen kepada politik Islam. Malah, sekiranya persempadanan semula pilihanraya diadilkan, kawasan parlimen di Terengganu dan Kelantan boleh dipecahkan menjadi banyak, sekaligus membanyakkan lagi kerusi politik Islam.

Sebab itu wa terasa sangat ‘pemberontakan’ dalam hati apabila PAS Ganu gagal. Sangat2 terasa. Kerana ia penyumbang yang besar kerusi parlimen.

Apapun, disebalik pilihan peribadi, yakni Mat Sabu, wa harapkan PAS Pusat lebih mengutamakan keutamaan. Di sini ada beberapa point yang belum disusun mengikut keutamaan.

1. Orang seperti Mat Sabu perlu berada dalam parlimen Malaysia.

2. BR harus menang kerusi ini. Untuk menang, kehendak majoriti pengundi Terengganu perlu diteka dan dicongak.

i. Adakah pengundi Terengganu mahu calon selain BN (PAS) anak Ganu yang segar? (Syed Azman calon terbaik)

ii. Adakah pengundi Terengganu mahu calon selain BN (PAS) anak Ganu yang konservatif dan keras? (Mustapha Ali dan lain-lain adalah calon terbaik)

iii. Adakah pengundi Terengganu tidak kisah calon luar asalkan ‘meletup’ di parlimen tanah air? (Mat Sabu calon terbaik)

iv. Adakah pengundi Terengganu bosan percakaran politik tanah air dan mahu memilih calon bebas? (Nenek Maimun calon terbaik)

v. Adakah pengundi Terengganu bosan dengan BN tetapi meluat dengan Hadi dan Mustapha sekaligus menolak kesemua congakan di atas, mengundi BN atas dasar tradisi-budaya walaupun bosan. (calon PKR adalah terbaik)

Bagaimana dengan pembaca?

Nov 28, 2008

PAS Mat Jenin.


Oleh : AdukaTaruna

Khalid Samad.

Memula lega. Wa ingat ada rancangan atau slot khas interview TV3 dengan Khalid Samad. Member wa, lelaki_ini cakap, bagi peluang kat dia. Sama genius mempergunakan TV3 seperti TGNA atau bengap dipergunakan TV3 seperti TGHA.

Alhamdulillah. Tiada yang kontroversi. Penjelasan yang ketat tanpa peluang bola tanggung. Namun, wa harap, perkara seperti ini dapat dielekkan. Soal medium adalah penting. Selesaikan anak-beranak maa..

Pengguguran itu telah pun berlaku. Malah diakui Khalid sendiri bahawa dia bersetuju dengan pelan itu. Wa harap Khalid terus menjadi Khalid. PAS Selangor terus memacu kepentingan Islam dalam kerajaan Selangor. Insyaallah.

Fikrah non muslim.

Dalam perjuangan PAS menegakkan satu system pemerintahan Islam, melalui wadah undi, dalam masyarakat majmuk, PAS memerlukan beberapa perubahan untuk menyesuaikan diri dalam wadah ini.

Adalah sukar untuk mengajak fikrah non muslim memahami fikrah muslim. Jangankan non muslim, sesama muslim (Melayu) ini pun dah sukar tahap gaban dah. Jadi, apa jalan penyelesaiannya? Ini yang perlu dicari.

Cadangan awal.

Setelah berfikir, wa ingin mencadangkan satu cadangan peringkat awal kepada PAS. Yakni mewujudkan satu Kelab Antara Agama di bawah PAS. Jangan jadikan dewan dulu, tapi peringkat kelab.

Ok. Macamni. Contoh hasrat PAS menghadkan penjualan arak di dalam pemerintahan secara berkongsinya. Katakan di Selangor. Wa try susun ikut time line la eh.

1. Fikrah non muslim dikawal oleh ahli politik yang bukan rapat atau ahli dalam agama mereka. Jadi, dalam agama mereka sendiri mereka tidak arif, apatah lagi mengenai agama Islam.

2. PAS ingin menyelamatkan muslim, melindungi modal insan, menegakkan Islam dalam tajuk arak. Caranya ialah menghadkan penjualan arak. Tak la sampai melampau di jual secara terbuka, di kedai 24 jam, etc.

3. Jadi, jemput Kelab Antara Agama (agama yang diiktiraf di bawah perlembagaan lah. Kang ada pulak yang loyar buruk cakap agama Ayah Pin, Zionis plak kang) di bawah PAS bermuzakarah. Ada Persatuan Tertinggi Budha di negeri itu, Persatuan Hindu Tertinggi di negeri itu. Bermuzakarah dan keluarkan satu resolusi atau persetujuan.

4. Katakan resolusinya seperti ini : Kelab Antara Agama dan Dewan Ulama PAS bersetuju bahawa penjualan arak perlu dihadkan. Contoh :

i. Persatuan Tertinggi Hindu (PTH)memaklumkan bahawa arak dibenarkan dalam agama mereka. Tetapi penyalahgunaan arak adalah tidak dibenarkan. Jadi, kami (PTH)bersetuju bahawa penjualan arak perlu dihadkan supaya tidak boleh dicapai dengan bebas.

ii. Persatuan Tertinggi Budha bersetuju arak dijual secara terhad. Kami memaklumkan bahawa arak dibenarkan dalam agama kami, tetapi pengambilan secara berlebihan, dan tanpa keperluan adalah tidak dibenarkan dalam agama kami. Kesimpulannya kami bersetuju sebulat suara penjualan arak dihadkan demi kesejahteraan penganut kami.

iii. Persatuan Tertinggi Khatolik memaklumkan kepada orang awam bahawa arak diharamkan dalam agama Khatolik. Malah kami mengsyorkan supaya arak dijual melalui rumah-rumah ibadat agama yang membenarkannya supaya ianya boleh dikawal.

Jadi, fikrah awam non muslim dipecahkan. Dan mereka mula dididik dan dihalakan berpandu kepada ahli agama. Tidak lagi berpandu sepenuhnya kepada ahli politik non muslim yang bukan ahli dalam agama mereka. Sebagai pejuang agama yang universal, PAS telah meletakkan ahli agama non muslim di satu taraf tertinggi.

Pergh… universal gila PAS beb. Sampai agama lain juga boleh dicantumkan dengan PAS. Ini semua soal taktikal dan soal falsafah. Masa panjang PAS, PAS boleh letak calon dari Dewan Non Muslim PAS di kawasan majority non muslim atau calon Kelab Antara Agama PAS.

Memang masa tu Malaysia sudah hanya 2 parti. Satu parti PAS, satu lagi Parti Rakyat (gabungan BN-PKR-DAP). Mat Jenin?

Khalid kat TV3? updated

Oleh : AdukaTaruna


video

Tadi wa tak sempat tgk TV3. Ramai yang sms bgtau Khalid bagi ruang pada TV3 dalam kes dia digugurkan. Wa akan tengok esok. Pendirian wa sebelum melihat (sebelum lihat lah) slot Khalid ialah rasa tak patut. Memang wa bangkang.

Khalid perlu pilih medium yang tepat. Selama ini lu menyalak, bersuara dalam blog lu, guna blog lu. Bila lu menyalak, bersuara, maka lu tahu bahawasanya lu bermain dengan risiko. Dan bila lu sedang menghadapi risiko, sepatutnya lu kekal berada dalam medium asal lu.

Wah, wah,wah…. Sebelum ni, baik punya lantang guna blog. Bila terdesak, nak guna medium musuh pulak. Guna juga la blog lu tu. Biar TV3 petik blog lu. Biar blog lu jadi perhatian Malaysia. Banyak aktiviti PAS yang berada dalam tu skali.

Wa bukan suka sangat Hasan Ali. Tapi tindakan lu kali ni buat wa melantun. Wa bukan tak setuju lu menyalak ke, bersuara ke, tapi ini soal bijaksana ma. Lu buat semak kat laman sendiri, lu kemas la kat laman sendiri. Yang lu duduk laman musuh sambil terkial-kial hulur penyapu bersihkan laman sendiri buat apa?

Lu berhak defend diri lu. Tapi apa pilihan yang ada?

1. Lu defend diri lu guna medium musuh.
2. Lu defend diri lu guna medium parti.
3. Lu defend diri lu guna medium sendiri.

Lu jangan memain, Khalid. Lu dah berbaiah. So, jemaah first, individu last. Kang tak pasal-pasal isu taktikal medium take over isu pengguguran lu karang.

Nov 27, 2008

Imbangan dari lelaki_ini

Oleh : lelaki_ini

dr 1 sudut
tulisan lu dlm tajuk ni
adalah 1 cetusan minda yg baik utk difikirkan

cuma pd aku ada 2 kemungkinan :

1-UMNO pencetus isu yoga (lu dah story pjg lebar)

2-UMNO bkn pencetus isu yoga (biar wa terangkan)

dlm tajuk kemungkinan kedua :

isu yoga haram telah ditimbulkan oleh Prof. Zakaria Stapa (UKM) dlm sbuah seminar. sepengenalan wa dgn Prof. ni, dia seorg pensyarah pro-PAS, prnh jd penasihat ISIUKM.

so kebarangkalian dia jd pelakon kpd 'projek pencetus pertembungan sentimen yoga' adalah sgt kecil.

pd wa
Prof. cuma menyampaikan
sape sgka ia jd isu hangat
smua pihak desak Majlis Fatwa
Majlis Fatwa sure refer Pak Lah dulu
Pak Lah sure refer thinktanker UMNO
lalu Majlis Fatwa terus tangguhkan 'fatwa declaration' dgn pelbagai alasan
padahal thinktanker sdg b'sidang
ttg taktikal
sementara Majlis Fatwa uruskan teknikal

Pak Lah ckp..

"Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan"

..itulah taktikalnya
demi m'jaga hati non-Muslim

tersiratnya
ayat t'sebut x b'kesan pd Muslim
tp t'kesan pd non-Muslim

babak2 spt ni dah b'ulangkali
isu ratu cantik-JAIS 1997
isu sajak kematian 2008
isu yoga haram 2008
taktikalnya tetap sama

-lelaki ini-

And here is the rest of it.

Yoga VS Silat


Oleh : AdukaTaruna

Member wa bertanya tentang isu Yoga. Wa cakap, ini hal terbahagi kepada 2. Satu taktikal, satu teknikal Yoga itu sendiri. Kalau teknikal Yoga, jampi2 ke, mantera ke, pemujaan ke, bukan hak wa nak jawab. Wa tak tahu menda-alah Yoga ni, dan ilmu-ilmu fekah Islam. Serah kat ulama la.

Yang wa nak ulas ialah taktikal Yoga. Wa memang percaya UMNO duta USA-Britain di Malaysia. Politik mereka, taktikal mereka dijaga oleh USA-Britain ini. Duta ini ada pelapis. Stanby. UMNO-BN dah hampir tak relevan. Dan USA-Britain ada Duta simpanan yang on the track. Bernama PKR. Kapten dia Anwar Ibrahim.

Tamat setakat di sini. Wa tak mahu hurai teori dan kepercayaan wa, terutama sebab-sebab wa menyokong / mempertahankan PAS bertahaluf ‘dulu’ dengan PKR ni.

Taktikal Yoga.

Jadi, fatwa Yoga, fatwa Pengkid adalah sebahagian plan-plan mereka dalam tradisi memanipulasikan sentiment rakyat. Yang gen Melayu dah kompom senang. Yang gen bukan Melayu dijadikan feeder.

Benda ni macam catur. Diorang gerak buah ni, kita perlu gerak buah itu. Tapi malangnya, sekali lagi wa bercakap soal genetik. Ulama gen Melayu terlalu bangang. Mereka kategori hafal. Tak faham?

Ok. Macam ni. Kita tinggalkan dulu kebangangan ulama tahap Hadi Awang. Kita masuk topic catur. Dalam percaturan, peperangan, mustahaknya ialah siapa yang menguasai siapa. Siapa yang memanipulasikan siapa. Siapa yang mendahului siapa.

Sekarang kita andaikan kita memiliki ulama gen Parsi. Melalui dutanya UMNO, Britain memulakan satu operasi khas bagi memulihkan kekuatan dutanya itu. Yoga dipilih. Pertembungan non muslim dan muslim perlu dicipta bagi menghasilkan sentiment.

Melalui pertanyaan UMNO, selepas Pengkid, Majlis Fatwa Kebangsaan, mengeluarkan fatwa haram terhadap Yoga. Hujahnya ialah sekian-sekian. Kemudian, isu ini diperbesarkan. NGO non muslim tajaan Britain mempolemikkan keadaan. Sentimen terhasil.

“Keadaan ini tidak berlaku ketika BN kuat dahulu..” Begitulah fikiran level awam yang diharapkan mereka.

Dengan diandaikan PAS memiliki Presiden genius dan laju bergenetik Parsi, Presiden PAS terus mengeluarkan kenyataan :

“ Setiap yang mengandungi unsur pemujaan kepada selain Allah adalah haram dan syirik. Bukan sahaja Yoga, tetapi juga silat. Bla.. bla… bla… ”

Perkataan silat itu sebenarnya adalah pembunuh operasi mereka (sentiment yang cuba dihasilkan). Di pihak non muslim, mereka akan melihat Islam turut membantah upacara Melayu.

“Jangankan Yoga, silat pun rupanya boleh jatuh haram sekiranya ada unsur pemujaan selain dari Tuhan Allah mereka.”

Jadi, insyaallah mereka akan dapat mesej itu. Peperangan memerlukan kelicikan, kepantasan dan genius. Bukan boroi, lembab dan sentiasa terpinggir dari arus politik tanah air.

Ops lupa.

“Kita rela kalah asal Islam tidak kalah.”

Nov 26, 2008

Berbulu, lega, bangga bercampur baur…

Oleh : AdukaTaruna

Bangga.

Sedikit fasa terdahulu, suara golongan PAS yang meminta PAS menarik diri dari Barisan Rakyat sangat kuat. Bermula dari konsert Ella sehingga kemuncak Carburetor Dung. Wa fight habis-habisan. Gile sungguh Pak Lebai konservatif dalam PAS. Tiada darah pejuang. Yang ada darah merajuk. Bongok punya Melayu. Diorang ingat, keluar Barisan Rakyat, konsert boleh dihentikan ke apa?

Kini, PAS Selangor sedang memperlihatkan elemen terajunya dalam isu arak. Kan ke cun tu. Gagal berjaya, releks la dulu beb. Pelan-pelan ma. Cetuskan isu dulu. Ada isu, ada polemic, baru lambakkan dan hebatkan penerangan Islam. Baru cantet beb.

Semua ini, dunia ini sebenarnya seumpama wayang ma. Kita boleh jadi pengarah. Asyik Yahudi jer yang berkemampuan jadi pengarah, letih la beb. Buang Melayu lu orang tu. Jadi licik sikit ma. Jangan bengap memboroi macam Hadi Awang.

Berbulu.

Wa memang berbulu habis dengan ulama genetic Melayu sekor ni. Ntah apa fungsi dia as Presiden Parti Islam utama di Malaysia ni ntah. Dalam isu Yoga, Presiden UMNO, si Paklah pulak yang mendahului. Bagi penerangan. Si lembab tu mana pergi? Sibuk kuliah kat kampong ke sibuk berpoligami wa pun tak tahu. Manjang hilang jer dari arus perdana politik Malaysia.

Nak menang dalam undi majority perlu popular ma. Perlu pantas. Kalau nak memboroi ntah ke mana, pilih jalan Osama Laden. Hilang ntah ke mana. Manage gerakan Islam dari tempat yang tidak diketahui. Ha, wadah yang itu baru kena dengan lu.

Ini tak. Apa pun isu politik, manjang ghaib jer dari arus politik negara. Macamana nak tarik jutaan pengundi baru ma. Apo la bengap sangat. Jutaan pengundi baru ni yang perlu direbut. Jutaan sebaya lu dah tahap nak mati dah 3-4 tahun lagi. Simple matematik ma.

Ops lupa. “Kita rela kalah, asal Islam tidak kalah.”

Lega.

Tadi kat TV3, ada slot minta komen TGNA. Isu Khalid Samad. Takut gak wa. Tapi TGNA pilih kaedah ‘rally’. Lega wa. Kira lanjutkan persoalan itu untuk membeli masa la. Genius orang tua ni.

“Kalau soal dasar, itu tanggungjawab saya. Tapi soal manusia (taktikal kot), kena tanya dia sendiri.” (lebih kurang macam itu la rasanya dialog TGNA. Kalau salah, betulkan di ruang komen.)

Lega yang kedua, nasib baiklah Khalid cool. Buatnya melatah macam Ulama genetik Melayu lagi sekor, Harun Taib, lagi parah. Harun Taib bakar jambatan Dewan Ulama masa nak bertanding Timbalan Presiden dulu. Kalau tak silap wa la.

Falfasah Kepimpinan Ulama membuatkan mereka menghidap Sydrom Dewa. Siyes beb. Semua tak boleh langgar falsafah agong tu. Dah bertahun-tahun terdoktrin begitu. Tapi, dengan wa tak dapek do bai. Nak taksub membuto, ala2 Melayu, insyaallah wa elakkan.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Pak Lebai Melayu.

Nov 25, 2008

Khalid Samad dipecat?


Oleh : AdukaTaruna

Mula-mula sekali, kita pergi kepada apa yang perlu PAS Selangor buat dalam isu ini. Sebelum pelbagai teori, spekulasi berkecamuk dalam media, sila pilih satu istilah rasmi dari PAS Selangor. Jangan lembab seperti Hadi Awang.

Pilih segera istilah. Dipecat atau diganti atau bersetuju diganti atau dirombak atau sebagainya. Yang mana satu perkara sebenarnya. Itu dahulu. Kemudian kita masuk kepada perkara no 2.

Jahanam skandal PAS-UMNO.

Kalau lu orang ingat lagi, masa memula PAS menang PRU12 lepas, angin takda, rebut tiada, tiba-tiba bro Mat Sabu bagi amaran : Pemimpin PAS yang berpakat dengan UMNO harus dipecat. Kemudian disambut oleh bro Husam. Pelik. Tapi selaku blogger bebas yang tiada ‘link’, wa tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Sehinggalah bro Penarik Beca mendedahkan skandal gelap-curiga tersebut. Dinafikan oleh yang terbabit. Siap nak saman-menyaman lagi. Lepas Paklah sahkan, baru Hadi terhegeh-hegeh nak sahkan. Lembab sama lembab, tido sama tido.

Terus meletup. PAS berkecamuk. Memang wajar sungguh amaran bro Mat Sabu. PAS hilang kehormatan di mata pengundi. Tak pernah dalam sejarah sebegini. Istilah Endorgan timbul, kabilah Terengganu melantun. Parah. Hanya kerana Master Mind skandal tersebut : Mustapha Ali yang menunggang Presiden Parti Islam SeMalaysia.

Khalid Samad.

Antara nama yang terbabit ialah Khalid Samad. Ketepikan dahulu sebab dia menyertai skandal gelap-curiga (istilah arab muzakarah konon). Nama dia menjunam. Menjunam di kalangan pengundinya.

Setelah penjelasan, sebab kehadiran dia adalah pemantauan, Khalid terus vocal dan dilihat pro Barisan Rakyat. Sebelumnya tidak begitu. Secara taktikalnya, vokalnya terhadap pro skandal gelap-curiga adalah demi menaikkan namanya yang menjunam. Membersihkan namanya.

It’s ok. Wa takda masalah. Wa senyap kecuali apabila dia meletakkan dirinya terlalu taksub kepada Anwar demi taktikal itu, baru wa
kritik sikit-sikit.

Hassan Ali.

Wa dengan Hassan Ali ni, wa memang tiada masalah. Tapi, sejak masuk team skandal-curiga, berbaiah dengan Mustapha Ali, wa dah letakkan dia di satu taraf lain. Namun, tidaklah seteruk Nasha yang bermatian menegakkan benang yang basah, politik ugut-mengungut atau
berdendam seperti Mustapha Ali. Dia hanya berdiam diri.

Perkara sebenar.

Itu adalah analisis wa. Perkara sebenar wa tidak tahu. Wa blogger bebas. Dan kita dapat lihat betapa jahanamnya PAS akibat pelan skandal-curiga tajaan penunggang Hadi, si Mustapha Ali itu. Dan memang wajarlah mengapa bro Mat Sabu tiba-tiba memberi amaran sebegitu. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

Dari sudut kelebihan politik, ianya memberikan kemenangan kepada Khalid Samad. Elemen politik Anwar terdapat di sini. Orang standard awam akan melihat Khlalid sebagai hero, berkorban dan rela terkorban. Jika PRU13 diadakan sekarang, Khalid akan mendapat undi besar.

Penyelesaian.

PAS sudah memiliki barah (skandal gelap-curiga PAS-UMNO). Barah itu sudah bermula dan terjadi. Masa tidak boleh diundurkan. Akan ada lagi keparahan dan kecederaan dalam PAS akan datang. Malah akan lebih teruk lagi.

Wa telah lama bercakap tentang sunnah alam. Anti-kesegaran akan dihukum alam. Master Mind Mustapha Ali, buldozernya Hadi Awang, awak-awaknya Nasharuddin dan Hassan Ali perlu ditolak oleh ahli PAS demi kesegaran.

Jika terlalu susah, cukup hanya menukar-ganti Presiden PAS kepada yang lebih segar. Dengan jasad yang ditukar, maka, si Master Mind tidak lagi boleh menguasai Presiden Parti Islam Malaysia, automatiknya Parti Islam SeMalaysia.

Kita harus terus maju ke hadapan.

Mereka yang membuatkan perlumbaan lembab dan lambat harus ditinggalkan di tepi jalan. Dikutip semula selepas tamat perlumbaan. Fokusnya ialah perlumbaan. Fokusnya ialah peperangan.

Kita bercakap soal politik Islam. Kita bercakap soal perjuangan umat Islam. Soal-soal remeh-temeh seperti pelan 16 September tidak logic (sehingga buat sidang akhbar), seperti Majoriti Melayu Muslim, seperti berskandal, kemudian bagi nas-dalil, dan sebagainya hanya membuatkan PAS kekal tipikal sebagai Parti Pak Lebai Genetik Melayu.

Ketika Parti Islam genetik Parsi sudah lama mengganggu USA-Israel, Parti Pak Lebai genetik Melayu masih terkial-kial soal mendapatkan kuasa di negara sendiri. Asyik dan asyik dan tipikal ditipu. Asyik dan asyik dan tipikal malang.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Pak Lebai Melayu.

Wallahualam.

Nov 24, 2008

Babi punya babi..



Oleh : AdukaTaruna

Sekali lagi, diingatkan bahawa Melayu adalah genetik yang bangang. Kalau ikut Melayu, dalam isu babi, maka kita akan mengikut jalan yang bangang. Melayu tak makan babi bukan kerana Allah, tetapi kerana jijik dan dimomokkan benda yang jijik.

Sebab itu separuh Melayu meminum arak dan kesemua yang meminum arak itu sesekali tidak akan memakan babi. Malah membenci haiwan ciptaan Allah itu secara total. Begitulah bodoh dan bangangnya genetik bernama Melayu ini.

Jadi, setelah kita mengetahui fakta dan kenyataan bahawa keturunan kita ini adalah genetik yang bangang, maka, jalan penyelesaian setiap masalah ialah mengikut Islam. Tidak perlu ada pejuang bangsa Melayu, pejuang bahasa Melayu, pejuang bangsa India, pejuang bahasa Urdu, pejuang bangsa Israel, pejuang bahasa Hebrew.

Universal. Setiap kita, setiap bangsa, setiap bahasa adalah sama di sisi Allah. Iman dan takwa menjadi pemisah. Kaizen. Setiap yang lebih baik, dalam Islam, perlu diamal dan disampaikan, dan ditambah-baikkan (RnD).

Jika bahasa Inggeris lebih baik untuk subjek Matematik, maka, bahasa lembab dan berjela-jela ciptaan Melayu perlu ditukar ganti. Kaizen. Kalau ikut falsafah universal Allah lah. Kalau ikut falsafah ulama gen Melayu….. kita wajib pertahankan bahasa Melayu.

Ternak babi.

Hak non muslim diiktiraf oleh Islam. Babi makanan mereka. Keperluan mereka. Kalau ikut Melayu, maka, amuk, marah, melatah, gopoh, bodoh akan menguasai tindakan. Apa beza ternakan babi zaman UMNO dengan ternakan babi zaman PAS?

Zaman UMNO ternakan babi disenyapkan, tidak dipantau, berselerak, menyusahkan komuniti muslim dan non muslim sendiri. Kesan terhadap alam sekitar tidak pernah dipedulikan, melainkan Karam Sigh Walia bersuara.

Jadi, adalah tepat dan bijak apabila ternakan babi dikumpulkan di satu tempat, menggunakan teknologi moden. Hak non muslim terjaga, hak alam sekitar terbela. Apa masalahnya? Babi adalah babi dan Melayu adalah Melayu.

Fatwa.

Kepada non muslim, fatwa dalam Islam adalah kegunaan komuniti Islam. Jika terdapat sebarang perbezaan terhadap fatwa tersebut, perbezaan itu hanyalah antara pendapat sesama kami. Kami berhak memilih antara pilihan-pilihan pendapat tersebut. Kerana ianya adalah kegunaan kami semata.

Islam adalah satu agama, bukannya adat keturunan. Islamnya kami, bermakna kami, tidak dapat tidak, perlunya mengikut arahan Allah. Islamnya kami, bermakna kami, tidak dapat tidak, perlunya mengikut arahan Allah supaya menghormati hak-hak bukan Islam selagi kami tidak dianiaya dan diperangi.

Malah, sekiranya perang yang dibalasi perang, Islamnya kami, kamidiarahkan Allah supaya tidak berperang dalam rumah-rumah ibadah, menganiaya orang awam seteru kami itu dan beberapa arahan lagi. Cuma, kekeliruan dalam tajuk ini, adalah laporan media, propaganda yang sampai kepada dunia awam sahaja.

Kesimpulannya, fatwa kami adalah hak milik kami. Untuk kegunaan kami sahaja. Mengikut profesionalnya, anda semua tidak boleh mencampuri hak milik kami. Tetapi keuniversalan Islam itu mengiktiraf hak kalian semua melahirkan kekeliruan kalian kepada Islam supaya ianya dapat dijawab oleh kami.

Tidak kira ianya dijawab dalam bahasa apa, sama ada bahasa Melayu, Mandarin, Urdu, Hebrew, Inggeris, ianya adalah jawapan yang sama. Dalam Islam tiada pejuang bahasa, dan tiada pejuang bangsa. Mana yang lebih baik, lebih terbaik, maka perlulah diamalkan dan disampaikan.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.

Nov 19, 2008

Bila PAS Kedah Perak Selangor nak hapus premis judi?



Oleh :
AdukaTaruna

Masalah PAS ialah dihuni oleh majority Melayu. Masalah Melayu pula ialah masalah genetic. Apapun lah taraf ulama dan ustaz dalam PAS, masalahnya ialah masalah genetic.

Isu terbaru ialah desakan ahli PAS supaya PAS dalam kerajaan Kedah, Perak dan Selangor menghapuskan premis judi. Jika mengikut hukum hafalan ulama genetic Melayu, memang mudah. A, B dan C. Ambil ayat perenggan di atas, tidak kira apapun taraf ulama atau ustaz dalam PAS, masalah utamanya ialah masalah genetic.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama.

Anda tidak akan menjumpai ini dalam ulama genetic Melayu. Tiada Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Professional dalam Islam. Kita tidak dikastakan seperti Hindu. Yang ada hanyalah Kepimpinan Islam. Ulama hanyalah sebahagian dari Islam. Dan ulama oleh diundurkan demi kepentingan Islam mengikut satu-satu situasi.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam"

Menghapuskan premis judi.

Untuk menghuraikan permasalahan ini, kini kita memasuki fasa pengasingan tajuk. Letak dan asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya.

1. Baiklah. Premis judi adalah matlamat. Jalannya ialah demokrasi yang telah PAS pilih lama dahulu. Kecilkan demokrasi kepada undi majority. Dapat? Kita pergi ke step kedua.

2. Di Malaysia, jalan demokrasi rosak teruk. Tanpa jalan demokrasi, simpang ke arah jalan penutupan premis judi tidak boleh dilalui. Ada cara lain? Ya! Memang ada. Tapi bukan secara demokrasi yang PAS ijtihad lama dahulu. PAS boleh pilih jalan ketenteraan, gerila, separa tentera dan sebagainya.

3. Memandangkan ulama genetic Melayu berperut boroi, syok berpoligami dari turun berdemo, apatah lagi memilih jalan senjata, maka, pada tajuk ini, PAS berada dalam jalan demokrasi. Berdaftar secara sah di bawah perlembagaan negara. Jadi, pegang yang ini. JALAN DEMOKRASI.

4. Hampir 50 tahun PAS berjuang untuk terus berada di simpang jalan penutupan premis judi. 50 tahun di bawah ulama genetic Melayu, PAS tidak memperdulikan atau menyedari bahawasanya PAS perlu melalui Jalan Demokrasi yang jahanam itu dahulu untuk sampai ke simpang penutupan premis judi.

Ulama-ulama genetic Melayu yang sememangnya standard hafalan semata itu hanya mampu melihat hukumnya ialah sekian-sekian. Tetapi perjalanan ke arah menegakkan hukum itu di luar kemampuan seorang genetic Melayu.

5. Akhirnya, PRU12, menyaksikan PAS mendapatkan Jalan Demokrasi dahulu. Tiada manifesto Negara Islam, hapus premis judi dan sebagainya. Hanya di peringkat memulihkan demokrasi negara, supaya PAS boleh pergi lebih jauh, berjuang lebih selesa.

6. Tetapi, sekali lagi PAS menghadapi masalah genetic. Dari kepimpinan sehingga ahli bawahan. Mereka tidak tahu bahawa mereka sedang berada di step yang mana, di kedudukan yang mana. Di dalam kekalutan medan perang, mereka hanya bergantung kepada daya hafalan. Yang itu haram, yang ini dosa. Setiap gen Melayu adalah bodoh.

7. Baiklah. Dengar sini tipikal ahli berdaftar PAS. Yang inginkan manifesto PAS PRU12 ialah non muslim. Yang muslim (Melayu) tidak banyak berubah. Jadi, jika anda mahu premis judi ditutup, apakah yang sepatutnya anda, saya, mak anda, wan ongah anda lakukan?

Jawapannya.

Ialah berdakwah kepada setiap genetic Melayu yang bodoh itu, bahawa premis judi perlu ditutup atau dikuarantinkan untuk hanya orang bukan Islam atau sebagainya. Haram. Caranya ialah majority Melayu (selagi mana majority muslim ialah Melayu) mengundi PAS; seterusnya PAS memerintah di atas manifesto sendiri, kekuatan sendiri, idealogi sendiri, tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.

Jadi, premis judi tidak ditutup bukan salah Ustaz Azizan. Salah wa, keluarga wa, salah lu orang, keluarga lu orang, yang masih gagal berdakwah kepada muslim sendiri (Melayu), dan salah Melayu yang bodoh ini sendiri yang tidak mahu berhijrah kepada Islam.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama.

Setiap gen Melayu adalah bangang.

Nov 18, 2008

Catatan Kehidupan.

Oleh : AdukaTaruna

Ahad lepas, member paling baik wa kawin. Wa sanggup tak hadir sepupu wa kawin kat Taman Koperasi Polis untuk pergi ke Sungai Petani. Wa bertolak Sabtu malam. Bahari, si member wa, banyak menjadi kayu pengukur wa dalam meter kematangan.

Contoh, dulu wa asal memandu jer, pasti panas baran. Tapi Bahari tidak begitu. Sampaikan wa hairan. 2 tahun kemudian, baru wa faham apa yang Bahari faham. Baru wa rasa apa yang Bahari rasa. So, Bahari menjadi meter kematangan wa. Jarak 2 tahun.

Sepanjang perjalanan, wa terkenang saat ketika kami bersama. Kami habis belajar Politeknik PD sama-sama. Buat final projek sama-sama. Kawal robot guna printer port. Habis jer study, semua orang sambung, wa dengan Bahari nekad berniaga. Tolak tawaran kerja kerajaan.

Susah senang kami harung. Umur baru 21 time tu. Dah ada kedai sendiri, dah ada kereta sendiri. Tapi tak lama. Owner kedai ambil kedai semula, kami berpindah, dan mula rebah. Pengorbanan member wa ni sampai bila-bila pun wa takan lupakan. Insyaallah.

Dalam fasa kekalutan itu, wa putuskan hubungan wa dengan awek Sarawak wa. Kesian dia woo.. Sampai sekarang dia tak tahu kenapa. Wa tak mahu dia tunggu wa dan wa perlukan ruang untuk fight. Wa patahkan sim card dan terus tak guna handset. Wa ‘hilang’ untuk seketika. Wa berjaya hilangkan diri wa, tapi tak berjaya hilangkan ingatan wa kat dia. Watak-watak dia…. Sampaila la ni. Eh ni cerita Bahari ke, cerita apa ni?

Akhirnya kami tewas dan memutuskan berpecah. Memilih untuk berjuang sendirian. Namun, dalam hati wa, wa berniat akan kembali semula selepas berjaya. Pendek cerita kini Bahari kerja kerajaan di Sungai Petani. Dan wa masih kerja sendiri.

Segala kenangan sepanjang jalan terhenti apabila tiba turn wa drive. Wa sampai di Penang pada Subuh Ahad dan dijemput seorang rakan wa untuk berehat di rumahnya. Pendek cerita kami semua sampai di rumah Bahari. Bahari belum tiba (sebagai pengantin). Kami berborak di bawah pokok. Banyak topik2 lucu diungkit semula.

Akhirnya pengantin pun sampai. Bahari sudah tentu sibuk. Wa hanya memerhati dari jauh. Kenangan kembali terimbau. Dah kawin dah lu Bahari. Wa jer belum laku lagi. Hehehe. Bila Bahari perasan, kami terdiam seketika. Hanya mata sahaja yang berbicara. Sebak juga beb.

“Anak jangan bagi nama Azwan (si member Penang), tapi bagi nama aku.” Wa cuba berlawak. Kang tak buat lawak, ternangis plak. Malu la. Awek ramai nih. Bahari pun mata dah berkaca dah tu.

Selamat Pengantin Baru Bahari. Sehingga 27 umur wa, wa masih lagi senaraikan lu member paling baik wa di tangga pertama. Jaga keluarga elok2. Wa nak minta maaf kalau ada dosa wa sepanjang kita berkawan dulu-dulu. Wa tak dapat nak cakap ari tu, wa tulis dalam blog wa jer la.

Kepada isteri Bahari, kalau lu tahu apa yang AdukaTaruna tahu, lu pasti tahu bahawasanya; lu adalah wanita paling bertuah sebaik sahaja akad nikah yang Bahari lafazkan itu disahkan sah.

Bertuahnya anda memiliki Bahari. Jaga elok2 noo...

Jumpa lagi nanti. Insyaallah.

Nov 14, 2008

Bola Sepak Negeri PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Bendanya tidak salah langsung. Tapi pada wa, pada ketika ini, eloklah PAS tak payah sibuk2 ambil Bola Sepak Negeri. Buat macam Kelantan. Bagi jer UMNO handle.

Semua lu nak pegang, bahaya gak. Fokus perlu dikurangkan. Sebab PAS masih belum stabil. Wa tak berkenan kalau elemen Hadi diguna-pakai. Fokus terlalu banyak. Akulah ulama, akulah Presiden, akulah PJ Terengganu, akulah MB, akulah Majlis Syura, akulah itu, akulah ini. Last2 terbarai 2004.

Wa tak tahulah penyokong PAS lain, tapi pada wa la, eloklah UMNO yang pegang sukan. Melainkan sekiranya UMNO tidak lagi menguasai kerajaan pusat. Nak merudum seperti biasa ke, nak meningkat ke, biarlah UMNO yang tentukan untuk sementara ini. PAS focus kepada pentadbiran, penambahbaikan, dakwah, kaizen, etc.

Dasar perumahan bumiputera Kedah.

Dari segi ‘prinsip cabang’, wa memang tak setuju. Banyak cara lagi untuk hujah seimbangkan kaum-kaum di bandar. Selain dari meningkatkan kuota tersebut. Tapi, dari segi taktikal, bagi mendapatkan / menegakkan ‘prinsip utama’, wa tak mahu ulas. Hanya PAS Kedah / rakyat Kedah / blogger Kedah yang tahu situasi Kedah.

Jika bercakap soal taktikal, wa rasakan PAS Kedah perlu diberi ruang. Hasilnya sama-sama kita lihat PRU13. Lumrah alam perlu dihadapi. Berjaya dipuji, gagal dimaki seperti Hadi. Takut risiko, berhenti main politik. Dok rumah berpoligami.

Elak PRK dalam masa terdekat.

Diberitakan Ostad Azizan membuat pilihan utama ialah selesaikan kebankrapan YB UMNO. Yakni mengelak PRK di Kedah. Hujah untuk mendepani massa, Ostad bagi "Kita tidak perlu membazirkan wang dengan mengadakan pilihan raya. Kita boleh fokus kepada soal pembangunan negeri," (Penarik Beca)

Itu hujah dialah. Motif utama Ostad ialah mengelak PRK. Motif mengelak PRK pasti di bawah tajuk taktikal. Mungkin Ostad tidak mahu suasana ‘kerapatan’ Melayu UMNO Kedah kepada PAS pada ketika ini dirosakkan oleh PRK tersebut. Mungkinlah. Yelah.. dah PAS vs UMNO time tu. Pasti sentimen permusuhan UMNO-PAS direbakkan oleh kedua-dua pihak media. Seluruh negara lagi.

Apabila ‘kerapatan’ itu berjaya dikekalkan dan ditambah sehingga PRU13, maka, kuasa penentu / tawar-menawar PAS (Islam) dalan DUN Kedah menjadi lebih power. Di bawah tajuk taktikal, sekali lagi PAS Kedah perlu diberi ruang. Hasilnya kita lihat kelak. Kalau berjaya, Ostad Azizan memang genius la.

Nov 13, 2008

Bacaan untuk awek-awek.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ada sorang member. Umur 25. Tapi masih kebudak-budakan la. Suka buat lawak. Contoh, gayakan aksi Naruto depan rakan-rakan lain. Dia ada sorang awek. Umo 20 kot. Entah.

Masalahnya awek dia ni, manja over sket. Kengkonon cute la tu. Suka bentak2 member wa ni. Depan wa dan brader2 lain plak tu. Terjerit2. Contoh :

“Abi….! Cepatlaaa…..!! Lempang kang aaaaaaa…..!”

Perghh.. suara nyaring gile beb. Iras2 queen control pun ada ni. Ari tu wa siap kire besday diorang lagi, ikut artikel Mat Saman Kati (tajul muluk), yang perempuan 9 beb. Yang member wa tu 4 jer (suka-suka kira semata).

Memanglah korang berdua bergurau. Dan masing-masing, antara korang berdua, memahami itu adalah gurauan. Tetapi, depan rakan-rakan kepada balak lu, lu tak boleh menjatuhkan maruah balak lu tu.

“Tapi dia (si balak) tak kisah..”

Sebab dia masih belum memasuki fasa lebih matang dari yang semasa. Lelaki akan masuk juga ma. Cepat dengan lambat jer. Tapi tetap masuk nanti. Bila dia dah masuk fasa lebih matang, dia akan rimas. Terjerit2, terhentak2 kaki, termuncung2. Rimas bang oii…

Bukan tak boleh begitu. Tapi bila bukan di depan rakan-rakan atau keluarga si balak. Tak caya? Lu tunggu la nanti…. Bila balak lu dah mula slow dan releks, kalau sebelum ni tutup pintu kasar, dah mula tutup dengan cool dan slow, suka yang tenang dan sunyi, lu still terjerit-jerit, terbentak2, terhentak2 kaki, termuncung2…. babai la.

Jadi, kepada orang perempuan, awek dan isteri, jangan sesekali semakkan hati dan kepala pasangan anda ketika waktu yang salah. Jangan sesekali jatuhkan maruah pasangan anda di hadapan audien yang salah.

Idea dari Tantawi

Wa jumpa satu idea menarik dari Ulama Tantawi. Idea menarik, tetapi perlaksanaan sukar di bawah tajuk masa. Wa tidak mahu masuk tajuk perlaksaan, tetapi isi idea ini merupakan satu imbangan kepada corak tulisan wa.

Dalam sebuah negara terbuka, dan demokrasi, kita tidak boleh double standard. Walau sesuatu perkara itu menyalahi akhlak atau adab dalam parti kita, tetapi asalkan tidak menyalahi undang-undang negara yang digubal bersama, ianya tidak boleh ditutupi.

Wa memilih corak keras berhadapan dengan puak Islam, dan lembut, penerangan, dalam berhadapan dengan puak bukan Islam. Wa tidak kata ini cara betul atau salah, tetapi ini adalah cara yang tidak salah di bawah kontek perlembagaan negara. Sebahagian dari teknik penulisan.

Jadi, isi kepada idea dari Tantawi ini merupakan satu imbangan yang baik. Ianya memperlihatkan satu sudut imbangan terhadap perkara sebenar yang dilalui oleh yang dikritik. Melayu perlu menguasai pemikiran kritis. Boleh berfikir sudut musuh, dan berfikir sudut berkecuali (selain sudut sendiri).

Jadi, lawatlah blog Ostad Tantawi, baca artikel Mujalasah.

Nov 12, 2008

Format pendidikan gen Melayu.




Oleh :
AdukaTaruna

Rujukan lanjut : http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/cadangan-sistem-pendidikan.htm

Sekali lagi, masalah utama segala permasalahan kita ialah genetic. Melayu adalah seumpama gen yang lemah dikalangan gen-gen padi atau mangga atau tumbuhan yang ada. Apa yang dipandang oleh gen Melayu hanyalah secetek apa yang dilihat. Bukan sedalam atau sejauh apa yang perlu difikirkan.

Contoh. Majoriti Melayu mencaci atau menghina atau membantah apa yang dilakukan oleh jemaah Al-Arqam dan beberapa jemaah lain dalam membentuk sahsiah anak-anak jemaah mereka. Anak-anak seusia muda dilatih menjual cd-cd, kalender, buku agama, mengasah PR mereka dengan public, keberanian bersaing dan sebagainya.

Melayu lebih suka anak mereka dibentuk seperti ayam daging. Disuap, dikunyahkan. Apabila ayam-ayam ini keluar dari university, maka jadilah ayam-ayam daging yang dibebaskan ke bandar atau jalan raya atau ke kampong-kampung. Terkebil-kebil.

Tak kira siapa pun. Ulama keluaran Al-Azhar pun serupa. Produk Mesir. Satu negara beku dan terkembiri. Lu tengoklah Syeikh Al-Azhar yang acap kali dipergunakan UMNO tu. Super bengap. Jemput datang Malaysia oleh Tun Mahathir, then rancang perjalanan yang dilalui oleh ulama ayam daging Al-Azhar tu. Lalu kat Masjid Negara, lalu kat Pusat Islam ke UIA ke, siap escort lagi. Lepas tu ulama bebal terbesar dunia itu pun ditanya oleh wartawan :

“Tuan, adakah tuan bersetuju bahawa Malaysia adalah Negara Islam?”

“Naam. Malaysia adalah Negara Islam.” Sambil angguk-angguk. Pergerakan lembab selembab otaknya. Sebijik macam boneka. Bangang sangatkah dia untuk mengetahui bahawasanya, dia sedang dipergunakan?

Memang bangang pun. Melayu jer taksub membuta pada tiap-tiap sesuatu yang ‘bertitle’. Ulama ke, Datuk ke, Tan Sri ke. Asal bertitle, telur pun lembik untuk memiliki pendirian sendiri. Mana ada Kepimpinan Ulama ke, Kepimpinan Professor ke dalam Islam? Dipecahkan seperti kasta Hindu.

Khabar takut dan khabar gembira termaktub dalam Al-Quran.

Begitu juga dengan elemen-elemen mati, neraka, syurga, siksa, derita. Benda fardu-ain yang perlu disampaikan kepada anak-anak Islam. Semua itu adalah benar. Berapa umur Musa ketika baginda melalui format pendidikan Allah dihanyutkan ke sungai? Berapa umur Muhammad ketika melalui format pendidikan Allah berpisah dengan ibu dihantar ke Halimatussaadiah? Berapa umur Yusuf ketika melalui format pendidikan Allah berseorangan dalam perigi buta? Berapa umur Ibrahim ketika melalui format pendidikan Allah ditinggalkan dalam gua sorang-sorang?

Ini baru jual kalender, baru diperkenalkan konsep mati, siksa neraka, sudah melatah. Sekular ke, ulama ke, Professor ke, sama jer bangang dia. Masalah Melayu ialah masalah genetic. Masalah Syeikh Al-Azhar itu masalah dasar negara Mesir.

Jadi, sampai bila korang nak tunduk pada falsafah ciptaan manusia yang disandarkan kepada manusia? Kepimpinan Ulama ialah falsafah yang disandarkan kepada manusia. Dan wa telah memecahkan bahawa Ulama Melayu adalah genetik bangang. Dan lu orang tetap mahu tunduk membuta pada falsafah kepada manusia ini?

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama.

Nov 10, 2008

Ulama-ulama bodoh.

Oleh : AdukaTaruna

Demo campuri urusan Islam.

Diberitakan segelintir manusia bukan Islam mencampuri urusan Islam apabila berdemo membantah fatwa berkenaan pengharaman perempuan seperti lelaki. Soalnya di sini, selain emosi dan sentiment genetic Melayu, di mana ianya (emo & sentiment itu) sentiasa lebih besar dari akal dan rasionalnya; di bagaimanakah tafsiran kita terhadap pembelaan Islam.

Ketika lalu, Majlis peguam menganjurkan forum secara bertamadun. Forum yang membincangkan secara ilmiah berkaitan kepentingan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. Tetapi, ulama-ulama genetic Melayu, ostad-ostad genetic Melayu, pantas mentafsirkan beberapa tindakan yang kononnya membela Islam.

Dengan nas-nas dan dalil-dalil hafalannya, mereka memutuskan untuk berdemo, menjerit seperti orang gila, merempuh masuk dengan bantuan gangster asobiyyah PEKIDA. Ini semua disaksikan oleh dunia. Termasuk dunia muslim bukan Melayu.

Islam ulama gen Melayu berbeza.

Islam tafsiran ulama genetic Melayu tidak sama dengan Islam tafsiran ulama bukan genetic Melayu. Perang harus dibalas perang. Hujah harus dibalas hujah. Forum harus dibalas forum. Melatah dan Amuk adalah sebahagian kombinasi genetic Melayu.

Begitu juga dengan perihal segelintir bukan Islam berdemo membantah keputusan fatwa ‘pengkid’. Sekiranya Islam ditakdirkan memerintah Malaysia, pada ketika itu, wa harapkan, PAS (atau mana-mana jemaah islam yang ditakdirkan Allah), dipenuhi atau diimbangi oleh muslim bukan genetic Melayu.

Sekiranya tidak (jika hanya dipenuhi oleh Majoriti Melayu Muslim), pemerintahan Islam itu (di Malaysia), akan hanya meninggalkan satu sejarah memalukan kepada dunia Islam. Seperti Terengganu 1999-2004, sejarah merakam Parti Islam yang bodoh dalam beberapa tindakan. Ianya akan tersimpan dan dirujuk oleh umat akan datang.

Sepatutnya.

Pada pemerintahan Islam, di mana muslim bukan Melayu adalah majority, wa harapkan golongan-golongan seperti ini diberikan kebebasan. Sediakan satu tempat khas untuk mereka berdemo. Kecuali berdemo untuk menyeru melancarkan perang (diluar demokrasi) terhadap pemerintahan Islam, mereka semua harus diberikan hak-hak.

Apabila mereka berjaya menarik perhatian massa, maka, massa akan kembali menoleh kepada (pemerintah) Islam pula untuk jawapan. Dalam keadaan penyampaian terbuka, pada ketika inilah ulama-ulama bukan Melayu pantas dan berlumba-lumba mengeluarkan jawapan, penerangan sesuai dengan level atau audien sasaran. (Ulama Melayu sibuk poligami. Hadi kata hudud hanya 0.00001%, tapi poligami laju jer.)

Blog-blog muslim bukan Melayu, ostad-ostad bukan Melayu sibuk memberi penerangan terhadap perhatian yang dicetuskan kumpulan demo tadi. Media-media milik muslim bukan Melayu turut tidak terkecuali. Inilah hikmah sebenarnya. Yang ditafsirkan ‘serangan’ (demo) / forum) oleh ulama Melayu tadi, sebenarnya ialah ‘feeder’ atau pengumpan.

Akhirnya, lebih banyak persoalan atau kekeliruan non muslim terjawab. Akhirnya lebih banyak yang memeluk Islam (insyaallah). Hanya mereka yang tahu apa yang mereka keliru. Berikan hak melahirkan kekeliruan itu kepada mereka, dan tugas anda ialah menjawab atau berdakwah. Bukan berasa hero merempuh masuk.

Ulama-ulama bodoh.

Di bawah falsafah ciptaan genetic Melayu : Kepimpinan Ulama, ulama-ulama bodoh ini tidak boleh diganti kepada yang lebih baik. Kerana mereka ialah ulama. Tetapi, di bawah Kepimpinan Islam, tiada ruang-ruang kelemahan walau sekecil pun. Ulama hanya sebahagian dari Islam.

Malah demi Islam, ulama juga boleh diundurkan kepada yang lebih tepat pada satu-satu situasi.
Insyaallah, kita berjumpa lagi dalam isu ‘memberi takut’ kepada kanak-kanak adalah pembelajaran yang perlu dibantah atau tidak.

Wallahualam.

Nov 7, 2008

Kepimpinan Saga : Kecelaruan PAS semakin memudaratkan.

Oleh : AdukaTaruna

Anti-kesegaran tetap akan dihukum alam. Selagi PAS menyimpan pemimpin-pemimpin yang tidak relevan, berpegang kepada falsafah sempit ciptaan manusia (kepimpinan Ulama), selagi itulah PAS semain mengalami ketidak-licinan dalam perjuangan mereka.

Memang benar perjuangan ada pasang surutnya. Tetapi itu di bawah tajuk pengaruh, prestasi dan sebagainya bukan di bawah tajuk ketetapan perjuangan. Ijtihad-ijtihad dalam setiap isu semasa yang timbul. Semua ini memerlukan pemikir, peneraju, pemimpin yang segar dalam satu-satu zaman itu. Pada ketika itu.

Malaysia semakin terbuka.

Terbaru, luahan seorang individu non Melayu dan non muslim yang mendakwa mewakili sebahagian mereka terhadap PAS (rujuk blog roslan sms). Dia menyamakan PAS seperti UMNO. Tidak boleh dipercayai. Mari kita sorot kembali di mana punca secara time line nya.

Puluhan juta pengundi anti-BN tersentak terhadap maruah PAS selama ini sejak terbongkarnya skandal sulit dan gelap PAS dengan UMNO. Inilah time line permulaan kepercayaan pengundi Malaysia terhadap PAS jatuh berkecai.

PAS menyediakan pemimpin (Presiden) sebelum zaman terbuka. Anti-kesegaran akan dihukum alam. Kini suara hati, luahan emosi dapat dizahirkan, dipancarkan secara meluas. Melalui tulisan, melalui video buatan sendiri, melalui karya, melalui perjumpaan sesame sendiri, pengundi Malaysia mampu melancarkan gelombang, fikrah, apa sahaja.

Seseorang yang direkrud di zaman ceramah adalah system penyampaian, Harakah bercetak adalah system penerangan, dikekalkan menjadi peneraju, pemimpin di zaman terbuka sebegini adalah satu tindakan bodoh. Dahulu, anda tersilap sebutir dua kata, pengundi anda menunggu selama seminggu mendapatkan penjelasan anda. Cetakan Harakah, pusingan road show dinanti bagi mendapatkan cerita sebenar.

Tetapi kini, kepantasan adalah penentu kemenangan. Kepantasan adalah segala-galanya. Anda silap sebutir-dua, ratusan blog, puluhan karya, belasan visual lahir mengiringi kesilapan anda.

Anti-kesegaran akan dihukum alam ma……

Ulama bukan berhala sakti.

Sejauh mana persiapan PAS dalam menjadi pemerintah di zaman terbuka? Fanatik ulama menjadi ulama sebagai berhala sakti. Adakah apabila PAS memerintah Malaysia, berhadapan dengan warga-individu Belanda yang mencipta satu filem pendek menghina ulama, PAS sebagai pemerintah Malaysia bertindak memutuskan hubungan diplomatic dengan Belanda?

Baru satu contoh situasi. Kalau ada 200 negara di mana ada rakyatnya yang melahirkan kreativiti seperti itu, fanatic ulama akan mengasak Malaysia memutuskan hubungan diplomatic? Sudahnya Malaysia terpencil.

Semua ini adalah bodoh bagi ulama yang mendoktrin, Kepimpinan Ulama adalah satu falsafah dari langit. Sepatutnya perang dibalas perang, videa dibalas dengan video penerangan atau video jawapan. Fikrah individu rakyat Negara itu tidak mencerminkan dasar negara tersebut. Asingkan sesuatu itu pada tempatnya.

Baru maki ulama sket dah nak melatah. Tranning sket la bro..

Berikan rakyat kesebelasan terbaik PAS untuk zaman ini di pemilihan depan.

Sekarang wa serahkan kepada ahli PAS yang berdaftar dan berbaiah. Terpulang kepada anda untuk menerima cadangan ini. Islam tetap relevan sampai bila-bila. Tetapi pemandu dan kenderaan itu yang perlu ditukar mengikut kesesuaian kawasan (zaman).

Kawasan off road lu kekalkan / pertahankan Saga Magma tahun 1985 hanya kerana prinsip ciptaan manusia Banyak Jasa dan Kepimpinan Saga, maka, pepandailah dok termenung di tepi jalan perlumbaan off road itu nanti.

Pada ketika itu team anda akan mendengar produk Kepimpinan Saga berkata :

“Kita rela kalah, asal Islam tidak kalah.”

Kemudian semua angguk, walau yang menang itu dah tentu memudaratkan Islam lebih-lebih lagi.

Setiap gen Melayu adalah bebal.