Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT. "Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185) Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya. Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manus

Testimonial Hydro Feul ‘Underground’.

Oleh : AdukaTaruna Sistem ni memang caya. Ramai giler yang pasang and rekemen. Termasuklah mak wa. Hahaha. Terbaru member wa cuba sendiri. Yang wa plak, ntah bile2 ntah nak wat bidio. Hu… Underground tu wa pilih sebab buatan sendiri la. Teknologi yang sama juga mcm yang Paklah lancarkan tu, cuma alatan dan pemasangan yang dipermudahkan. Takder wakil penjual ke, anak syarikat ke, etc. Ringkas dan mudah. Free mentenen kate org sini. Member wa 1. Jenis kereta : Wira SE. Standard bangang. Takder mody2. Pakai sport rim jer. Jenis manual. Suasana pemanduan : Dalam bandar (bukan highway). So, banyak tukar gear, lampu merah, etc. Duduk Kajang, kerja KL, tunang kat Putrajaya (laluan harian dia la). Sebelum ni RM50 sehari. Sekarang dah RM30 sehari duit minyak (cuma masa RM50 ketika RM2.70 seliter, dan RM30 selepas turun 15 sen.) Member wa 2. Jenis kereta : Wira gak. Lagi standard dari kat atas ni. Jangan kata sport rim, side mirror belah kiri yang retak tu pun tak tukar2 lagi. Suasana pemand

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sat | Aug 30, 08 | 7:53:59 am MYT (Harakahdaily) Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini. Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah. Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948. Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan. Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah

Undilah Ustaz Azhan.

Golongan istimewa ini adalah Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai, Johor. Mungkin ada yang beranggapan mengundi ke Bersamamu atau Tabung Harakah adalah lebih baik. Ya, wa bersetuju. Namun, janganlah mengatakan mengundi untuk beliau tidak baik sama sekali. Ini kerana, selaku para penjuang yang berjuang mewujudkan satu suasana Islamik dalam apa jua bidang, termasuk hiburan, anda mempunyai tanggungjawab terhadap bidang hiburan ini. Bukan sahaja politik atau pengurusan negara harus Islamik, industri hiburan ini haruslah dipenuhi oleh golongan seperti ini, di mana, kitalah penyokong mereka. Adalah diharapkan Ustaz Akhil Hayy atau seumpamanya, dapat membantu Ustaz Azhan dalam menyediakan platform untuk beliau bertapak. PAS tidak harus sentiasa dilihat penuding yang menghukum, tetapi harus sentiasa dilihat sebagai penunjuk jalan. Wallahualam.

Pandangan Wa Terhadap Undang-Undang DNA.

Oleh : AdukaTaruna Mula-mula wa isytihar yang wa bukan ahli dalam kimia-kimia ni. Fansuri terer la nih. Tapi, persoalan ini penting untuk kelicinan negara kita. Beberapa pecahan persoalan perlu diasingkan dahulu. 1. Mengapa tergesa-gesa? Tujuan politik dalam satu tajuk. 2. Kebaikan kepada rakyat. 3. Adakah mempunyai peluang untuk disalahgunakan? 1. Tergesa-gesa. Perkara yang dilakukan secara tergesa-gesa selalunya akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Walaupun apa yang mahu dilakukan itu adalah baik pada awalnya, tetapi peratusan menjadi tidak baik adalah tinggi sekiranya bermula dengan niat yang tidak betul, atau tergesa-gesa, atau kelam-kabut. Jadi, berdasarkan pengetahuan yang sedikit dalam kimia dan perundangan ini, pada wa, wajarlah ianya ditangguhkan atas satu pendirian : a. Sebuah kerajaan yang membebaskan agensi penguatkuasaan dan agensi kehakiman dari pengaruh parti politik perlu diwujudkan terlebih dahulu. Selagi ianya gagal, selagi itulah segala undang-undang yang dig

Berikan Kuda Itu Kepada Husam

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui. Husam tidak pernah kenal wa. Wa tidak terbabit sebutir kepentingan pun dengan mamat ni. Tapi, wa telah memilih beliau untuk memberikan saingan sihat kepada pengaruh DSAI dalam perebutan pasaran pengundi baru. Kembali kepada realiti dan landasan sebenar, PAS berjuang dalam wadah demokrasi, di mana memerlukan undi majoriti. Pengundi yang lama akan meninggal dunia dan diganti dengan pengundi baru mengikut keadaan semasa. Kerelevanan PAS adalah bergantung kepada sejauh mana bijaknya PAS bersaing dalam satu-satu zaman. Pengaruh DSAI. DSAI adalah agen perpaduan. Dengan beliau, PAS dan DAP dapat bercantum. Anda tidak setuju, tidak mengapa. DSAI juga adalah agen Islam dan barat bercantum. Betul atau salah dalam hokum, bukan isunya. Isunya di sini ialah agen pencantuman. Dalam persaingan merebut pengundi baru, apa yang wa bimbang ialah ketewasan tanpa sedar PAS terhadap DSAI. Ya. DSAI dan bukannya PKR itu sendiri. Buat masa ini, pengar

Tahniah Anwar Dan PKR

Selamat berjuang di parlimen kepada Anwar, tahniah kepada semua jentera BR dan BN dalam menyuburkan amalan demokrasi. Kini PAS bakal memasuki alam kemerosotan populariti dalam pasaran pengundi baru. Ambillah peringatan ini, jangan sombong.

DAP tidak mahu negara Islam!

Oleh : AdukaTaruna Releks, jangan cemas, jangan menggelabah puyuh. Dah DAP, memanglah dia tidak mahu negara Islam. Bukan DAP sahaja, malah UMNO dan PKR sekali. Tiada apa yang perlu dicemaskan. Sebab mereka bergerak dalam demokrasi seperti mana PAS. Yang perlu PAS fikirkan ialah bagaimana mahu menyelinap ke arah Islamic State dalam demokrasi. Bila isu ni, wa dapat rasakan puak Terengganu dan extrim lain mesti cemas gile. Menggelabah puyuh. Pada hal sama jer keadaannya. Sama ada PAS berada dalam BN, atau di luar secara sendirian, atau berada di dalam BR. Hanya PAS yang mahukan Islamic Sate. Yang korang menggelabah puyuh buat apa? Stay jer dalam BR tu dulu. Dan berjuang dalam kaedah demokrasi. Di masa hadapan, yang dirancangkan, ialah BR mengambil alih pusat. So, negeri-negeri PR adalah kursus atau latihan yang baik untuk PAS menjaga dan mengawal kepentingan Islam. Sekali lagi, jangan menggelabah puyuh. Dah cantik dah ni. Paling cantik, PAS tukar Presiden. Letakkan yang lebih relevan, ya

Blog antihusam vs Khalid Samad tahap “Melayu’.

Oleh : AdukaTaruna Wa baca dalam blog bro penarik beca. Fikrah dia dengan wa berbeza. Wa nak komen pasal fikrah blog antihusam ni. Dalam tulisan dia menyerang Khalid Samad, wa tak berapa kisah point lain, walaupun dia tersasar. Tapi yang wa nak ulas point penggunaan aku-engkau kepada Hadi Awang. Tahap tipikal Melayu. Doa kepada Allah kebanyakan Melayu sebut Engkau. Tak jatuh pulak definasi biadap? Ini pulak setakat Hadi Awang. Ekeleeee.... cuba la bagi point yang ilmiah ma. Kalau Khalid Samad panggill Tuan Guru, atau Doto’, atau Dewa Terhebat kepada Hadi Awang itu lebih baiklah. Tapi, setakat panggil engkau-aku dah dihujahkan membawa kepada kerosakan negara atau jemaah lu orang, wa rasa standard intelek penulis blog antihusam sama level dengan orang yang dia pertahankan tu. Sokongan membawa rebah. Apa definasi biadap bagi orang Melayu yang lemah gemalai penakut bacul ni? Panggil pangkat bagus. Tak panggil pangkat, hanya dalam tempurung budaya. Berdosakah muslim English panggil mak-aya

Nak beli tol kot.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28102#628154 Wa baca kat tko, kata tak jadi turun minyak. Kalau tak jadi, banyak tu duit yang kerajaan jimatkan. Mana pergi duit menggunung tu? Tadi kat TV3 Paklah buang tebiat naik komuter. Pastu buat kelakar, terkejut dengan mutu perkhidmatan itu. Dah macam hikayat raja dulu-dulu dah. Hidup, makan, berak dalam istana emas. Bila keluar mengembara, terkejut beruk. Pembaca blog wa yang bernama mahathir menulis ini : adakah benar.. Kerajaan meminjam drPETRONAS wang yg banyak.. tetapi yg perlu dibayar adalah RAKYAT dengan kenaikan harga ?.. maksudnya kenaikan tersebut (persen) adalah utk menjelaskan byrn pinjaman tersebut.. mngkin kerana negara alami masaalah...masalaahn apakah itu ?.. lojiknya... BILA DUNIA TURUN..KENAPA KITA TAK TURUN...masa NAIK hari tu adalah USD 130 lbh...terus saja naik RM 1.00 !!!!! sekarang dah turun USD 113.00 lbh..kenapa tak turun2..siap kata 1/september

Anwar bacul, Saiful bengap, PAS bongok. Wa tukang maki.

Oleh : AdukaTaruna Pemerhatian dalam pergaulan seharian wa, wa dapati kebanyakan orang level awam berstatus atas pagar atau bukan fanatik ke mana-mana pihak melahirkan rasa keliru ke atas ulama di senario kini. Kemuncaknya isu sumpah Saiful. Percanggahan ulama, para mufti dan ustaz mengenai sumpah Saiful meresahkan mereka. “Entah yang mana satu betul ntah.” “Macamana kita nak betul, diorang (ulama) sendiri pun tak betul sesama sendiri.” Itulah antara kata-kata luahan masyarakat bawahan. Membuatkan hati wa kosong. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada mereka. Sesungguhnya, di antara mereka (Anwar atau Saiful) pasti ada yang paling salah. Dan yang paling salah itulah patut dilaknat abdan-abda seperti Firaun atau Qarun kerana implikasi pergaduhan mereka yang merumitkan masyarakat awam, termasuk kanak-kanak. Anwar yang bongok. Si bacul bernama Anwar ini pun satu masalah. Apa nak kira ikut perundangan atau tidak? Sumpah sahajalah jika tidak buat. Perundangan tetap perundangan. Tetap

Gambar Khairy Ke Ni?

Wa dapat dalam blog Usin Lempoyang. Ada sesiapa boleh sahkan?

Mengomel sket.

Oleh : AdukaTaruna Mula-mula sekali, walau lewat, wa tetap nak ucap syabas kat PAS Wilayah Persekutuan yang terus fight. Konsert Avil apa ntah dah dibatalkan. Terima kasih kat Rais Yatim. TQ bro. Dalam tajuk ini lah. Dalam tajuk lain belum tentu lagi. Kendian berita terbaru (sumber Utusan) exco Perak antara ditahan BPR. Dalam beberapa orang yang ditahan itu, ada yang terbabit dalam rasuah seks. Mak aih. Di bawah pemerintahan UMNO-BN ini, kanak-kanak Malaysia dapat mempelajari istilah dewasa secara terus. So, wa harap bro Nizar dapat follow cool TGNA. 25 jam dipersilakan BPR siasat. Setiap yang baik perlu disokong. Semuanya demi kebajikan rakyat. Salah ke tak salah jangan pepandai nak komen. Biar siasatan dulu. Yang penting kerajaan Perak dapat menyediakan suasana adil kepada pihak BPR dan pihak yang disiasat. Sebut bab cool, wa teringat kerajaan PAS Kedah. Tak banyak bunyi, tak banyak retorik. Tenang jer. Semoga Kedah terus dipermudahkan Allah. Terima kasih baik kepada PAS Kedah, baik

16 September Impian Kosong.

Oleh : AdukaTaruna Wa secara peribadi, tidak menyokong Peralihan Kerajaan secara ‘pintu belakang’. Dalam perlembagaan memanglah ianya dibenarkan, atau ada ruang-ruang untuk itu. Tetapi, angka 30 adalah mustahil di sudut manusia (di sudut Allah mudah). 30 MP BN melompat masuk BR? 30 tu beb. Sebenarnya, pada wa, itu hanyalah taktikal DSAI untuk membakar semangat penyokongnya. DSAI memang hebat dalam memanipulasi sentimen rakyat awam. Satu tarikh yang dipilih dengan berani, satu tempoh yang pendek, membuatkan orang level awam rasa sangat jelas matlamat sokongan mereka. Umur DSAI sudah 61. Sekiranya beliau menunggu 4 tahun lagi untuk PRU13, sudah 65. Kalau memerintah selama 10 tahun (2 penggal) sudah 85. Satu lagi angka mustahil di sudut manusia. Kalau memerintah 5 tahun (satu penggal) sudah 70. 5 tahun boleh buat apa? Berapa banyak yang boleh dibersihkan? Apa pun, sekiranya wa tersilap, dan ditakdirkan terjadi, wa tumpang gembira. Apa corak permainan PAS? Antara sebab itulah, wa menyalak

Double Standard PAS.

Oleh : AdukaTaruna Sebelum kita memegang kuasa, dan memerlukan ruang dan peluang untuk itu, maka kita pun bisinglah pasal kebebasan suara, hak-hak dan sebagainya. Tapi Allah cakap, mana boleh manusia dakwa dia beriman sedangkan belum diuji. So, ni belum pegang kuasa lagi ni, dah ada kecenderungan takut terhadap suara kebenaran (kelemahan batang hidung). Buat sekian kalinya, wa diban di TKO. Wa hanya datang dengan hujah. Yakni, dakwaan wa, ada elemen hipokrit. Hujahnya sekian. Maka; PAS perlulah kemukakan hujah, bahawa dakwaan atau hujah wa adalah salah. Itu sahaja. Tapi, dipadam terus. Kalau ruang artikel, wa pro la. Ni ruang forum ma. Apa tujuan dibuka ruangan forum? Wa bukan memaki, wa berhujah. Hehe. Hadi... Hadi. Then, wa buka thread lagi. Minta penjelasan. Secara dewasa, wa tulis, jangan bila kena batang hidung kita, kita mengambil standard yang berbeza dari apa yang dilaungkan. Tak sampai beberapa minit, terus ghaib. Hehe. Adakala kebudak-budakan. Bila UMNO buat, marah. Diejek, d

Cadangan buat Saiful dan Anwar.

Oleh : AdukaTaruna Cadangan ni memang susah nak buat. Tapi kalau kedua-dua pihak bersungguh nak buktikan kebenaran, dan berpegang kepada berani kerana benar, apa kata korang tentang cadangan wa ni. Minta mana-mana pihak, seperti Agendadaily yang menganjurkan debat hari tu; anjurkan majlis muhabalah 4 mata. Jemput sekali Mufti Perlis dan Persiden PAS, pihak wartawan dan yang berkaitan. Penyokong tak boleh masuk. Sebab tak praktikal. Muhabalah ni di satu tempat tertutup, di mana, ketika masing-masing melafazkan sumpah laknat, mereka turut diuji dengan mesin pengesan tipu. Hehe... Mesin tu uji jantung berdebar ke tak, peluh jantan kuar ke tak, perut rasa nak terkencing ke tak (ada ke? He..) Amacam? Ada berani? Lepas disahkan oleh saksi-saksi berpengaruh, kita tengok keputusan mesin tu. “Kalau mesin tu cakap dua-dua tak lepas?” “Anggap jer suka sama suka.” Hehe. Apa kata korang?

Isu Sumpah : Hadi Perlu Tonjolkan PAS Untuk Semua.

Oleh : AdukaTaruna Wa sebenarnya tidak setuju dengan kenyataan Hadi dalam hal terbaru ini. Bagaimanapun, ianya adalah hal picisan. Berbanding hal-hal yang wa kritik habis-habisan. Begini. Sebenarnya, sebelum dinilai diperingkat terbuka di mahkamah, walaupun mahkamah yang tempang, sama ada Saiful atau Anwar, masih lagi belum dibuktikan bersalah atau tidak bersalah. Melalui perbicaraan terbuka inilah, walau di mahkamah yang tempang, semua rakyat boleh menilai sama ada benar atau tidaknya sesuatu kes itu. Ketepikan dahulu keputusan hakim. Tetapi isunya di sini ialah peluang sihat rakyat menilai dari hujah kedua-dua pihak. Ini pendirian yang sepatutnya diucapkan oleh PAS, bagi menonjolkan PAS adalah universal. Untuk semua. Sama ada Anwar ataupun Saiful, ataupun rakyat Malaysia. PAS sentiasa konsisten dalam sifat keadilannya. Hak Saiful untuk bersumpah. Hadi boleh melahirkan tidak setuju kepada Saiful untuk bersumpah berdasarkan premis dia sebagai ulama; walaupun ulama seperti Mufti Perlis

Saiful Bersumpah, PAS jangan melatah.

Oleh : AdukaTaruna Secara peribadi, seperti mana artikel wa terdahulu, wa tetap yakin akan teori PPOAAA wa ke atas Anwar. Anwar menepati ciri-ciri untuk ‘sumpahan’ PPOAAA tersebut. Rujuk link ini bagi mereka yang masih belum mengetahui teori PPOAAA. http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8356 Itu secara peribadilah. Tetapi secara organisasi, PAS perlu bertindak secara organisasi. Masalah peribadi liwat Anwar hendaklah diserahkan kepada Anwar sendiri. PAS hanya boleh menasihati Anwar dalam hal ini. Tetapi, seperti mana konsep tahaluf PAS bersama PKR dan DAP yang dipilih, hendaklah diteruskan. Ada banyak sudut yang perlu dilihat dalam kes ini. Di sudut taktikal, keberadaan Anwar di parlimen adalah penting sebagai satu ‘langkah tumpangan’ bagi membuka ruang luas dan selesa PAS berdakwah memnyampaikan perjuangannya. Dan di satu sudut lagi (peribadi), wa seolah-olah tidak sanggup menerima hakikat, sejarah revolusi politik di Malaysia di atas nama liwat

Bukti hipokritnya ulama Hadi Awang dan Mustapha Ali.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui. Pendahuluan. PAS mengambil keputusan berjuang mendaulatkan Islam melalui demokrasi secara total. Hanya secebis dari kaedah perjuangan Nabi saw. PAS memerlukan undi dari kami, puluhan juta berbanding 800 000 ahli PAS, yakni undi muslim bodoh, undi muslim cerdik, undi non muslim bodoh dan undi non muslim cerdik. Apabila begitu, pemikir PAS (kebanyakan ulama gen Melayu) tidak sedar apakah pemboleh ubah dalam satu-satu analisis / ijtihad. Dengan keadaan bodoh untuk menyedari PAS hanya mengambil secebis kaedah perjuangan Nabi saw (demokrasi), secara total, PAS mencedok Al-Quran dan Sunnah secara total bagi rujukan kaedah perjuangan mereka yang hanya secebis itu. Atau kata lainnya, PAS menggunakan segala peralatan yang ada di kedai hardware, hanya bagi kaedah membuka tayar. Apabila begitu, terjadilah kecelaruan, kejahanaman seperti ini. Barisan Alternatif hancur di tangan Hadi-Terengganu dan kini Barisan Rakyat bakal menjadi mangsa.

Amaran Kepada Semua Ahli PAS.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui. Baca amaran ini dahulu. Sila tukar kepimpinan tertinggi anda selewat-lewatnya setahun sebelum PRU13 . Jangan memaki dahulu, sila baca sepenuhnya. Mengapa? Apa yang berlaku kini, kucar-kacir yang melanda PAS membuktikan bahawa : 1. Aliran pemikiran PAS Terengganu perlu dikurantin. Setelah memusnahkan peluang Islam bergerak bebas dengan perpecahan Barisan Alternatif gerakan Ustaz Fadhil dahulu, kini, Barisan Rakyat pula menjadi mangsa pemikiran Terengganu. 2. Bukti bahawa PAS tidak mempunyai perancangan bagaimana memanfaatkan kemenangan besar dan beberapa pelan sokongan. Sekiranya ahli PAS gagal menyediakan pucuk pimpinan yang segar. Sekiranya PAS masih mengekalkan aliran pimpinan ini, di mana sekiranya, Barisan Rakyat berjaya membentuk pemerintahan pusat, maka : 1. Kestabilan Malaysia akan bergolak. Kelancaran Barisan Rakyat mengambil alih akan berkocak akibat ada tangan-tangan tertinggi PAS yang berpolitik gelap, gopoh dan ber

Dengarlah sini wahai ulama PAS.

Oleh : AdukaTaruna Pertama sekali wa nak minta maaf kerana cara wa kasar. Hormat wa kat PAS ni, tidaklah tinggi. Wa sokong pun atas tajuk taktikal ke arah Islamic State. Asal jalan yang wa nampak menuju ke arah Islamic State, wa akan fight ikut kemampuan wa. Termasuk la membelasah ulama PAS. Lu nak belasah balik pun tak kisah. Demokrasi, tapi ambillah masa baca artikel ni dulu. Jangan kemaruk suruh pengundi dengar / wala kat lu orang jer, dengar plak dari pengundi ni ha. PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi? Ramai ulama tahu makna dominasi. Sebab kerja ulama gen Melayu ialah belajar dari penemu dan hafal. Tapi berapa ramai tahu cara untuk mendominasi? Ini yang tidak ramai kerana ianya kerja berfikir. Meh sini wa try tunjukkan. Mari kita lihat apa pilihan yang PAS ada dalam mencari kata-kata ulama genetik Melayu ini. Yakni : PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi. Skang wa akan bawa pembaca akan ulama hardisk dan kesannya. 1. PAS ketika dalam Barisan Rakyat.

Andai Salahuddin Al-Ayyubi Seorang Badut.

Oleh : AdukaTaruna Ratusan tahun Melayu tempurungi Islam sebagai hak eksklusif mereka. Dan ratusan tahun juga Melayu menjenamakan Islam mengikut policy mereka. Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu. Sehingga Presiden Parti Islam di Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi bertemu dengan UMNO atas kepentingan Melayu, selain Islam. Bermakna Islam sahaja tidak cukup atau lengkap dari Allah tanpa diiringi agenda Melayu. Forum ‘Memeluk Islam’. Ini link yang diberikan bagi menunjukkan satu perbincangan mengenai isu ini : http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/pandangan-peribadi-isu-forum-memeluk.html Rata-ratanya melatah, emosi yang berpandukan policy jenama, rangka eksklusif Melayu yang ratusan tahun usianya. Atas pengasingan tajuk yang mana akan salahnya forum itu? Adakah secara total atau di atas tajuk-tajuk tertentu? Adakah forum itu salah secara total atau Islam menganjurkan keadilan atau standard keterbukaan yang universal? Bunuh dibalas bunuh. Perang dibalas perang. Hujah dibalas huja

Sorry la geng, member wa sakit.

Oleh : AdukaTaruna Sorry la geng, wa lama tak update blog. Wa g Perak la (2 hari). Hantar member wa yang pernah wa story pasal awek indon (tgk artikel wa dulu2) tu sakit. So, wa hantar dia balik kampung, kat Kuala Kangsar. Dekat dengan Sauk tempat Al-Maunah tu. Hehe. Wa lalu Kati. Wa teringat blog Mat Saman Kati. Agaknya brader tu duduk situ kot. Hahahaha. Pasal Hydro Fuel. Wa test tak rasmi (takder bukti video dan fakta rasmi), RM10 boleh pergi (ikut highway la, jalan biasa tak dapat kot) lebih kurang 70km kot. Kot la. Nanti wa test betul2. Insyaallah. Wa bz tolong member wa la. Cuma, pengalaman wa, setelah guna alat ini, seperti / seolah-olah kita menggunakan minyak harga lama sahajalah. Pastu wa baca kat komen pasal artikel jimat petrol tu. Ada yang suruh wa bercuti sebab dia dah menyampah baca tulisan wa. Hahaha. Tersenyum wa. Dah menyampah, tak payah la baca. Hihi. Bermaknya, menyampah-menyampah pun baca gak la tu sket-sket sampai leh bagi komen kat artikel lain. Hahahaha. Kelaka

Bar Council : Hak Tanah Melayu Sebelum UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sebenarnya, dalam kerangka demokrasi, apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam itu adalah patut. Dan dalam kerangka demokrasi juga, apa yang dilakukan oleh NGO Islam berdemo atau membantah forum itu juga adalah patut. Habis apa yang tidak patut? Yang tidak patut ialah kononnya penemuan bom di hadapan bangunan. Pada hamba ini ialah cara UMNO. Menakutkan dengan cara seperti itu bukan cara Islam. Islam memberi ruang kebebasan kepada bukan Islam untuk mempersoalkan Islam dengan hujah. Banyak kisah-kisah semasa zaman kegemilangan Islam terdahulu yang boleh dilampirkan sebagai rujukan, di mana, bukan Islam dibenarkan mempersoalkan Islam dengan hujah. Jadi, selain dari berdemo secara aman, menggunakan peranan media milik Islam, baik BR atau BN, akan kepentingan isu ini, NGO Islam juga berhak melakukan yang sama. Yakni forum yang sama. Sebagai contoh, anjurkan forum ‘Malaysia Sebelum UMNO’ bagi memperlihatkan dan mengin

Jimat petrol guna air. Memang jimat. Kalah kodai Jimat.

Teknologi dapatkan hidrogen dari air untuk membantu petrol semakin mudah dan murah. Wa sudah cuba sendiri, memang menakjubkan. Alhamdulillah. Berbeza daripada syarikat perdana yang menyediakan kawalan elektronik, alat / sistem ini ‘free maintenance’. Kira sesuai untuk golongan pemalas macam wa atau wanita-wanita la. Meh wa terangkan serba sedikit alat / sistem ini. Selebihnya lu orang tepon sendiri tokey bengkel tu. 1. Air yang digunakan adalah jenis suling atau jenis yang dibeli dari mesin air yang banyak didapati di hadapan kedai-kedai runcit. 2. Menggunakan tabung air untuk pancutan cermin, so, keburukannya tidak boleh lagi diletak sabun atau cemical dalam tabung air untuk cermin hadapan itu. Anda boleh memilih untuk menggunakan tabung air berasingan, tetapi harga lebih sedikit kerana kos pemasangan dan kos tabung air. 3. Tiada penyelenggaraan diperlukan. Asalkan tidak mengusik ‘setting’ yang telah dilakukan, pengguna hanya perlu menambah air di dalam tabung sahaja. 4. Peratus penji

Sebab Penarik Beca Ditahan : Kenapa Baru Sekarang?

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tindakan polis menahan penulis laman blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohd. Rashid kelmarin, adalah kerana cubaannya menghina dan menghasut orang ramai supaya membenci pasukan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini dilakukan penulis itu dengan menukar lambang kepala harimau pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada kepala anjing dan ia dipaparkan dalam blognya. Katanya, langkah tersebut jelas menghina PDRM sebagai sebuah pasukan yang bertanggungjawab dalam menegakkan keamanan, keselamatan dan keadilan. “Dia (Abu Bakar) telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana menghina dan menghasut orang ramai. “Bagi saya, kita akan ambil tindakan tegas terhadapnya (Abu Bakar),” katanya selepas menutup Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan di sini hari ini. Beliau diminta mengulas penahanan Abu Bakar oleh JSJK di rumahnya kelmarin, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (

Penahanan Blogger Satu RnD.

Oleh : AdukaTaruna Sebelum ini, penahanan blogger hanya berlaku kepada yang ada jaringan dengan DSAI. Atau kata mudahnya, kebanyakan blogger yang ditahan adalah fikrah PKR. Tetapi jarang blogger fikrah PAS yang ditahan. Aktivis PAS selalunya ditembak dengan peluru hidup atau dibunuh secara beramai-ramai sahaja. Tidak lebih dari itu. Persoalannya mengapa? Dan mengapa pada kali ini seorang blogger berfikrah PAS menjadi giliran? Untuk mencari jawapan secara tepat adalah mustahil melainkan Paklah atau Syed Hamid selaku Menteri Dalam Negeri yang mengawal polis adalah rakan bertepuk-bertampar anda. Tetapi, mencari kemungkinan yang hampir boleh dilakukan dengan mencari persamaan terhadap pengkelasan yang telah dibuat. Apa persamaan Penarik Beca dengan blogger yang ditahan sebelum ini? Pada hamba, satu persamaan yang boleh direnungkan ialah Penarik Beca telah membongkar cerita-cerita sulit bernilai eksklusif melibatkan UMNO, sama seperti blogger PKR. Umum mengetahui kemampuan risikan PKR terha

Takdo cerito time ni. Ulama Badut jer.

Oleh : AdukaTaruna Eden togah buek penghalusan novel den. Kalau ado pon yang ringan2 yo. Yang berat2 lopeh Permatang Pauh. Anwar perlu berada di parlimen walaupun wa tak suka dia dalam banyak hal. Wa menjangkakan popularity Anwar akan merudum teruk sebaik sahaja manjadi PM. Atau sekurang-kurangnya menjadi Ketua Pembangkang. Dan dalam kes ini, adalah rugi yang amat apabila PAS meletakkan Hadi yang hanya hebat berpidato, tapi serba bodoh (istilah yang memberi makna kurang cerdik) dalam praktikal sebagai icon PAS (presiden). Memang rugi gile. Ntah bila la Hadi nak sedar diri atau PAS nak buat pembaharuan. Mungkin PAS masih beranggapan Malaysia dihuni dan diundi oleh 800 000 ahli mereka, tanpa puluhan juta pengundi bukan ahli PAS dan berjuta demi berjuta pengundi baru yang perlu direbut dalam pasaran demokrasi. Semua itu akan disalak semula selepas Permatang Pauh. Kepimpinan Islam atau kepimpinan ulama? Kalau kepimpinan ulama ciptaan manusia bernama Mustapha Ali ini, asal ulama perlu dik

Korang tak pelik ke dengan blog Chedet?

Member wa, IslamUntukSemua sms wa. Lu tak pelik ke dengan blog chedet? Nape? Komen cecah ribu. Anwar pun tak dapat camtu. Arus apa yang melanda TDM? Entah la. Mungkin sebab fisrt time bekas PM Malaysia ada blog, dan rakyat berpeluang luahkan direct kat dia kot. Then kemudian terfikir gak wa. Entah-entah chedet upah sekumpulan orang bagi komen kot. Kan ke TDM kita ni suka populariti. Hahaha. Apa pandangan lu orang? He... Cer korang komen sampai ribu2 kat sini sat. Hahahaha...

Rosmah Mansur Sebilik Dengan David Beckham.

Oleh : AdukaTaruna Ada pakcik tu cerita kat wa. Tapi dalam loghat negeri la. Wa cerita balik kat lu orang dalam bahasa mudah. “Ngah. Kau nak dengar satu cerita tak?” “Cerita apa cik (pcik)?” “Cerita pembalasan pemimpin kat akhirat.” Alamak. Bisik hati wa. Time tu time maleh nak dengar syarahan. Wa sangka mesti wa kena skolah la nih. “Boleh gak cik. Tapi tak leh lama. Jap g nak main bola.” Wa cari pintu keluar dulu. Hehe.. “Kejap jer la cerita ni. Kau ni, kalau cerita agama ada je hal kau.” Dah. Wa dah kena tiaw dah. Sejak bila plak pcik ni minat cerita serius ni? Sedangkan pcik ni terkenal kat kampung wa dengan cerita lawak. “Yerla.. yerla. Ceritala..” “Ceritanya begini...” Wa dengar ala kadar jer la. “Kat zaman akhirat, time manusia kena bicara, ratus-ratus tahun lamanya.” Wa angguk2 jer.. “Sampai turn manusia kat Malaysia, mahkamah bermula dengan pemimpin dulu.” “Pcik time tu kat mana?” Wa tanya. “Ekau donga la dulu.” “Dengar la ni...” “Pemimpin yang paling jahat, akan dihukum. Huk

Yahoo! Novel Wa 98% Siap.

Oleh : AdukaTaruna Alhamdulillah. Novel wa 98% siap. Punyala lama. Maklumlah buat part time. Melayu plak tu. Hihi. Tinggal nak pilih teknik nak ‘checkmate’ jer lagi. Bentuk Epik Sejarah. Penuh dan berat dengan taktikal. Wa susun ikut imaginasi wa. Pembaca baca muka 10, muka 20 baru jelas. Contoh : “Owh.. patutla tadi tulis benda tu tadi.” Ada banyak elemen sebegini yang wa cipta. Tak tahu lepas ke tak oleh penyunting syarikat penerbitan. Sebab takut gak wa sorang jer paham sedangkan pasaran tak faham. Hahahahaha. Padan muka wa. Hu. Kire syok sendiri la. He. So, jikalau berada di pasaran nanti (penyunting kata lulus), pembaca akan ditipu berkali-kali dalam jalan cerita tu. Muahahaha. Contoh : Cerita bab kambing. Latar dia ada seekor ayam melintas. Jauh di muka surat depan, baru pembaca faham yang sebenarnya ayam yang melintas tu adalah isi penting dalam cerita kambing tu. Hahaha. Apa yang wa merapu ni? Cerita dalam cerita la.

Satu Ramalan : Apa Bahana Menanti Anwar Di Permatang Pauh?

Oleh : AdukaTaruna Ya. Wa memang tak suka Anwar. Tetapi secara pengasingan tajuk. Untuk PRU ini, wa memilih untuk sokong Anwar supaya dia berada di dalam parlimen. Umum mengetahui Permatang Pauh adalah lubuk neraka bagi UMNO. Tetapi jangan dilupakan bahawa kunci neraka itu dimiliki UMNO. Berada dalam simpanan SPR. Wa cuba senaraikan apakah langkah-langkah yang mungkin terjadi bagi menghalang Anwar bergegar di parlimen. 1. Tangkap Anwar atas kes liwat sebaik sahaja dia selesai membuang undi. Di atas kertas, Anwar memang akan menang. Untuk mengalahkan Anwar, UMNO perlu menyediakan sekurang-kurangnya 14 000 pengundi hantu, atau 2800 orang yang memiliki 5 identiti setiap satu untuk mengundi. Agak sukar. Risiko tinggi. Fokus Malaysia / dunia sedang tertumpu pada satu pusat. Sebarang kesilapan mengundang kerosakan imej yang teruk kepada BN yang sedia ada rosak. Paklah perlu menjaga imejnya menjelang Pemilihan Agong UMNO. Jadi, pilihan terbaik adalah membenarkan Anwar menang, tetapi tidak m

PAS Menyediakan Produk Anti Pasaran.

Oleh : AdukaTaruna Mari berfikir. PAS tidak berjuang setulen nabi. Hanya melalui salah satu unsur perjuangan nabi, yakni demokrasi secara total. Dan kelakarnya, dalam kehendak pasaran demokrasi itu, PAS menyediakan produk yang 'aneh'. Dan 2 kali ganda kelakar apabila si produk enggan menarik diri dari pasaran! Hmmm.... selamat menuju kemerosotan. Gen Melayu sudah sinomin dengan terhantuk baru tergadah.

PAS Parti Islam Atau Parti Hadi Awang?

Oleh : AdukaTaruna Dalam sejarah kelahiran wa, dan mungkin pertama kali dalam sejarah wujudnya PAS, telah tercatit dalam lipatan sejarah, PAS pernah penipu ahli dan pengundinya. Ini kenyataan. Di bawah tangan Hadi Awang, sekurang-kurangnya PAS telah merakam 3 perkara negatif besar : 1. Merosakkan imej pemerintahan Islam sepanjang pemerintahan PAS di Terengganu 1999-2004. Malaysia (PAS Pusat) pun aku pegang, Terengganu pun aku pegang. Penyudahnya yang dikendong tercicir, yang dikejar tak dapat, trauma masyarakat masih ada sehingga kini. 2. Memusnahkan Barisan Alternatif akibat pemikir Terengganu menerajui PAS Pusat. Gelojoh, keras kepala, tidak mahir menyelinap. 3. Menipu puluhan juta pengundi PAS selain 800 000 ahli berdaftar, akan penafian pertemuan sulit dengan UMNO. Terakam sudah dalam sejarah. Maklumat terbaru. (sekiranya benar sahaja) Pembaca cari sendiri blog yang mendedahkan itu. Wa tidak mahu beri link bagi mengelakkan tulisan ini turut memburukkan imej beliau, seolah-olah tu