Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jul 31, 2008

Lain kali jangan cabar intelek pengundi.


Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."

Sumber :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016106&Itemid=85

Anda berjuang dalam demokrasi secara total, bukan seperti nabi secara tulen. Jadi, sebarang penipuan tidak akan mudah dihadam sebegitu sahaja oleh kami yang puluhan juta ini, seperti 800 000 ahli anda. Jelas?

HarakahDaily Keberatan Tiada Penggabungan Dengan UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Dalam banyak parti politik di Malaysia. PAS paling lurus, skema, lembab, jujur, baik hati. Satu perwatakan budak-budak baik. Ianya adalah kelebihan dalam tajuk prinsip. Jujur dan lurus dalam pentadbiran, kewangan, dan sebagainya.

Tetapi kekurangan dalam taktikal. Contoh terbaru ialah HarakahDaily. Ketika rakyat malaysia, muslin dan non muslim, BR dan BN, berpusat fokus mereka kepada keputusan dari Jalan Raja Laut, HarakahDaily selamba mengambil pendekatan biasa.

Pada saat keputusan diumumkan oleh akhbar kawan dan lawan, pada ketika artikel ini ditulis, 4.00 petang, HarakahDaily kepunyaan PAS dalam mode biasa. Bersungguh tidak, lewa pun tidak. Jujur, lurus dan lembab perwatakannya.

Apakah semua ini berlaku kerana :

1. Gen Melayu?

2. Tiada unsur keswastaan / keuntungan / pernigaan (unsur tipikal kakitangan kerajaan)?

3. Saranan gaji minimum yang dilaungkan Presiden PAS tidak diguna-pakai dalam kumpulan HarakahDaily?

4. Keberatannya kepala kepada Harakah dalam keputusan tiada penggabungan?

5. Keputusan kitorang (HarakahDaily) dahtau lama....

PAS... PAS....

PAS fikir intelek pengundi sekarang taraf ahli mereka agaknya..

Oleh : AdukaTaruna

Skang baghu tohegeh-hegeh nak toghang an. Sobolom ni, kalau buleh soghok bawah karpet, bawah katil ekau soghok. Apo ekau ingat zaman ni zaman 800 000 oghang ahli ekau tu ko? (Pemikir Ganu mesti ketinggalan zaman) Dio oghang ni duduk bawah tompughong gamak eh, tak soda yang puluhan juta pongundi dio bukan ahli dio.

Ahli PAS buleh la koghang nak koncing ko, nak main nyoghok-nyoghok ko, polis n penjahat ko. Somuo eh wala’ beb. Angguk-angguk, ikut saluran. Zaman skang tak dapek do bai. Silap la. Poie jalan la samo tompughong nyio Ganu ekau tu.

Ekau nak jumpo ko, nak main snuko ko, nak botopok-botampa ko, dongan UMNO, bagi tahu pengundi yang bukan ahli ekau ni. Nak botopok-botampa dongan Saripah Aini pon buleh kok ekau minat. Tapi mongaku la siket. Yang ahli takpo do. Ekau suo apo pon doghang tolan. Bagi tau kek kito oghang ni ha.

Tak payah la sampai nak buek sidang akhbar bagi tahu plak. Cukup ngaku yo dan toghang an bilo ditanyo. Bukan bobolit-bolit macam soghoban ekau tu. Ulama lain pakai soghoban yo, tapi takdo la nak cendeke. Ngelat kemain lak tu. Ontah la... tak ghoti den do.

Skang ni bukan zaman golap do PAS oi. Maklumat hujung jari ni ha. Memang fitnah pon banyak, tapi yang ekau pilih dodah an badan ekau kek fitnah sapo sughuh? Cubo ngaku awal-awal, kan sonang. Ini dak, kogheh kepalo. Osah doge oghang maksum ni.

Ontah la.. tak ghoti den do. Agak eh, dongan 800 000 ahli koghang dapek koso PRU13 dongan jalan demokrasi yang ekau pilih ni. Kok jalan poghang den cayo gak la. Golongan kocik banyak dimonang an.

Bawak-bawak la nyawo tu boghubah puak-puak maksum oi....

ontahla... tak ghoti den do.

Malaysia Sebelum UMNO.


Oleh : AdukaTaruna

UMNO adalah buah tangan sekumpulan pakar strategi British. Nama sahaja sudah dalam bahasa mereka. Malayan Union mula adalah satu sandiwara untuk menipu genetik terbangang, yakni Melayu, supaya menyertai beramai-ramai sebuah jemaah bernama UMNO.

Jadi, Malaysia melengkapkan seperti mana negara-negara Islam yang lain, di mana, kemerdekaan diberikan kepada boneka mereka.

Malaysia merdeka melalui rundingan. Satu pelan peralihan kuasa kepada boneka. Hasilnya, dengan restu bangsa Melayu, pekerja asing ketika itu diiktiraf sebagai warganegara.

Kemudiaannya, hasil restu seluruh genetik Melayu secara terbanyak, kita menganugerahkan Singapura kepada Lim Kuan Yew.

Dan hari ini, sekali lagi, dengan seluruh restu genetik Melayu, kita serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapore. Eh, ada lagi, air Johor, eh ada lagi, hutan tadahan air Johor. Eh lupa, perairan lautan Pulau Batu Putih yang paling terbaru.

Yang tidak setuju.

Yang tidak setuju merdeka secara rundingan adalah golongan-golongan yang dimusuhi British. Dalam banyak-banyak golongan yang dimusuhi British itu, ianya terpecah kepada 2. Satu aliran bukan paksi Islam (komunis, kebangsaan Melayu anti British) dan satu lagi yang berpaksi Islam. Kedua-dua golongan ini diperangi British. Dan hari ni, ialah hari Malaysia selepas UMNO.

Jika kita lihat negara yang merdeka dengan darah keringat seperti Indonesia, kita tidak akan menjumpai pengiktirafan perlembagaan negara akan sekolah etnik pendatang, silibus mereka, tulisan mereka dan sebagainya. Semuanya disatukan dalam satu kerangka yang dinamakan BANGSA INDONESIA.

Kontrak sosial.

Jadi, pengkhianat sebenarnya jika ditakrifkan mengikut meter ukuran UMNO hari ini ialah UMNO sendiri. Kelahiran UMNO itu sendiri tidak diketahui oleh ahli UMNO itu sendiri. Begitulah taraf teramat bangangnya satu genetik bernama Melayu. Lahir dan ke liang lahat ditipu.

Dengar sini pembaca non muslim. Hamba menulis dalam kerangka demokrasi seperti mana anda. Kontrak sosial yang telah berlaku harus dipertahankan, kerana kita berada di garisan masa selepas UMNO. Sekiranya ada pihak-pihak mahu mempertikaikan kontrak sosial, kami juga boleh bertindak serupa.

Anda pertikai kontrak sosial ke arah Malaysian Malaysia.

Dan kami pertikai kontrak sosial ke arah sebelum UMNO.

Bagaimana?

Apa akibatnya sekiranya kami berjaya? Dan kami menyakini anda tidak akan berjaya kerana umum mengetahui bagaimana hebatnya muslim (bukan atas tajuk Melayu) sekiranya berjuang melalui darah. Dan kita sendiri tidak akan mahu ianya berlaku.

Jadi, apakah penyelesaiannya?

Islam for all. Anda rujuk Kelantan. Anda bergeraklah dalam idendiri bangsa anda, walau apa pun agama anda, walau apa pun tulisan anda, namun, kontrak sosial hari ini jangan dicabar.

Memang ada kecacatan pada kontak sosial itu. Tetapi, peroalannya, tangan siapakah yang layak untuk memperbaiki kecacatan itu, supaya ianya adil, dan tidak memusnahkan keakraban / keharmonian kita semua?

Jawapannya ialah Islam. Hanya tangan Islam sahaja boleh memperbaikinya. Kerana dalam Islam, tidak kira apa tulisan anda, apa bangsa anda, apa pakaian anda (asal menutup aurat), hensem atau tidak, yang paling mulia ialah takwa.

Dalam merujuk kepada tulisan Cina dan Jawi bagi tanda jalan, ketahuilah bahawa Islam sebenarnya tidak ada masalah dengannya, tetapi keadaan sekarang bukan masanya. Islam perlu diserapkan ke dalam hati, terutama Melayu yang tebal perkaumannya.

Dan dalam Islam sendiri, sesuatu yang membawa lebih mudarat adalah perlu diutamakan dari perkara bertaraf harus. Atau kata lainnya, perkara harus yang bertembung dengan perkara mudarat, hendaklah dielakkan yang mudarat itu.

Atau kata lainnya, tulisan Cina pada papan tanda ialah dibolehkan, tetapi bertembung dalam situasi yang belum sesuai, boleh mendatangkan mudarat, maka, hendaklah tidak memilih papan tanda itu.

Jadi, terimalah hakikat, bahawa kita semua berada di alam masa selepas UMNO. Kekalkan kontrak sosial, berjuanglah ke arah keadilan / ketelusan negara dalam alam masa selepas UMNO.

Wallahualam.

PAS Bukanlah Jemaah Yang Perfect.

Oleh : AdukaTaruna

Kepada yang bersetuju dengan wa, hendaklah sentiasa difahami, PAS adalah seperti mana diri kita. Ianya bukanlah sebuah jemaah yang perfect walaupun diterajui oleh pewaris nabi.

Melayu perlu buang kotak2, tempurung ketaksuban. Mereka perlu tahu siapa penunggang dan siapa yang ditunggang.

Kepada sahabat UMNO wa, wa masih mengekalkan pendirian seperti mana sebelum PRU12, bahawa, PAS adalah jemaah yang kurang buruk berbanding jemaah buruk yang ada di Malaysia. Jadi, di harapkan sahabat semua masih mengekalkan undi kepada PAS ketika waktu ini, sehinggalah sekiranya terdapat sesuatu keperluan kita semua mengundi selain PAS.

Ada yang mengundi PAS kerana mahu check and balance, ada yang mengundi PAS kerana mahu UMNO masuk dalam fasa pembersihan, ada yang mengundi PAS kerana ianya satu-satunya parti paling kurang buruknya.

Walau apa pun yang telah sahabat lakukan, pastikan kita semua tidak mengundi atas dasar ketaksuban, melainkan bagi mereka yang telah melafazkan bai’ah kepada jemaah tersebut.

Dalam fasa ‘bukan peperangan’ kita yang tidak berbaiah ini, hendaklah terus mengatakan apa yang perlu; di mana yang lainnya akan menjadi pengimbangan kepada apa yang kita kata; seterusnya menyuburkan idea memacu Malaysia ke arah kemajuan dari takuk yang jakun dan hina ini.

Tingkatkan tebatan stress, fight tanpa memilih.

Wallahualam.

Jul 30, 2008

Menanti Bukti Dari Pendakwa Pewaris Nabi.

Oleh : AdukaTaruna




Jika di klik pada nick yang digunakan, inilah link yang diperolehi.

http://jihadtegakislam.blogspot.com/2008/07/antara-tarbiyah-politik.html


Dan sehingga kini, hamba masih menanti berkenaan itu.

: )

Jawapan Yang Tak Jawab.

Oleh : AdukaTaruna

Subuh tadi wa tengok ada sms. Wa baca, rupa-rupanya member baru wa, Islam4All sms. Pukul 4.43 pagi wa terima. Mamat tu tahajut kot. Sori la bro.. wa membuto. Ngeee...

Smsnya bertulis : Aduka, pemimpin gen melayu mempunyai 2 kelebihan. 1 kaya dengan alasan. 2. Tak memohon maaf bila buat dosa pd public. Mereka suka salahkan org lain. Lu tgk jepun. X buat salah pun mohon ampun. Dan benci pd alasan.

Ah, sudah. Wa sebenarnya dah ambil mode bertolak-ansur dah bab ni. Tapi, apabila pemimpin PAS lain bersuara, dan dibalas dengan golongan penegak benang basah, maka, terpaksala wa fight balik. Benda-benda ni tidak boleh dibenarkan menjadi budaya sapu bawah karpet. Kita kena perjuangkan Malaysia yang maju serba-serbi.

Wa pun keluarlah artikel bacaan awam. Bertajuk, Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya. Dalam keadaan 2 kali wa diban di TKO, sehingga terpaksa daftar baru dengan nick AdukaTaruna3, entah bagaimana artikel wa dilulusterbit juga oleh saudara reformis di ruang depan. Terima kasih la kerana tetap memberi peluang kepada wa.

Dan dibalas oleh saudara Lotus123. Reaksi kepadanya ini tidaklah dihantar ke TKO sebab tidak penting. Cukuplah di blog wa jer. Cuma, jawapan balasnya, pada wa, tiada sepotong ayat pun dalam artikel wa itu yang dijawabnya. Pada wa lah. Tak tahu la pembaca yang lain.

Bagaimanapun, ianya sihat dalam pembentukan satu kebebasan bersuara, satu pengimbangan. Jadi, lu orang bacalah ‘jawapan’ Lotus123 ini. Ambil mana yang baik diantaranya, sama seperti jutaan tulisan / suara yang dinikmati di dunia kekebasan ini. Semoga ianya mematangkan kita.

Selamat membaca.


Salam semua,

Saya amat tertarik dengan pandangan seorang pembaca tetap TKO, Aduka Taruna dalam artikelnya "Pas lupa wadah yang dipilihnya" yang dilulus terbit pada Selasa, 29 Julai 2008.

Secara kasar, tanpa mengambil kira bahawa kehidupan dan pemikiran manusia yang kompleks malah kadang-kadang sukar diramal, maka pandangan Aduka itu boleh dianggap excellent dan fool proof!
Akan tetapi, setelah dinilai secara praktikel dan strategi semasa, maka saya kira artikel beliau itu tidak lebih sebuah cebisan yang memerlukan pengamatan dan pengalaman yang hanya cantik di atas kertas!

Namun, saya tidak salahkan beliau, kerana saya kira beliau bukanlah orang tidak berakal atau kurang siuman, walaupun menghina orang sudah menjadi perkara biasa untuk beliau. Berhujah menggunakan sumber musuh dan mencerca menggunakan logik akal, sudah serasi bagi beliau.

Cuma apa yang saya amat inginkan adalah agar beliau mengkaji dan mengaji sepuas-puasnya sebelum perkataan yang 'menghina' itu dikeluarkan.

'Bodoh', 'bangang' dan 'lembab' bukan perkara objektif, akan tetapi ia adalah subjektif dan relatif! Berlainan dengan 'kafir' atau 'muslim' kerana ia adalah perkara yang objektif. Arnab mungkin berlari pantas berbanding dengan kura-kura, oleh kerana usia kura-kura mungkin boleh menjangkau lebih 100 tahun, maka ia bersabar dengan arnab yang gopoh dan membangga diri, kerana akhirnya kura-kura yang menang!

Kita hendaklah kekadang berlapang dada, bukan kerana kita bersetuju 100% akan tetapi kita juga akur mungkin dengan strategi yang belum kita nampak, yang telah di'perlihatkan' oleh Allah melalui solat-solat sunat hajat dan istikharah Tok-Tok Guru, berbanding dengan kita yang belum tentu bersolat sunat ini.

PENTINGNYA PAS DIPIMPIN ULAMA'

Nampakkah kita, dalam hal yang tertentu yang memerlukan tindakan yang cepat, dan agar ia tidak bertentangan dengan syara' maka pihak Presiden mungkin boleh terus menggerakkan kerja tersebut, tanpa dahulu merujuk diperingkat syura (atau dipanjangkan kemudian).

Ini agak susah berlaku jika Presiden parti bukannya 'ulama. Maka, saya kira dengan kredibiliti Tuan Guru Hj. Hadi (TGHH) selaku ulama' fiqah yang masyhur, maka keputusan berkenaan dengan hukum tidak menjadi persoalan besar. Dengan kefahaman sejarah Islam yang tinggi (bukan sekadar tahu Saidina Umar itu garang atau tahap yang setaraf dengan kita), maka saya berpandangan TGHH lebih layak untuk memutuskan sesuatu yang memerlukan keputusan cepat. Suasana sebenar sewaktu itu mungkin memerlukan tindakan pantas.

Oleh yang demikian, ia sendirinya mematah hujah yang menyatakan bahawa TGHH tidak layak memegang kerusi Presiden.

APAKAH ITUPUN DIKIRA LEMBAB?

Lembab atau pantas itu perkara subjektif, bukan (sekali lagi ditegaskan) objektif! Anda mungkin boleh berkata "kalau lembab, wa kata lembab" tapi tahukah anda apakah ukuran 'tahap kelembapan' itu??? Kita tidak tahu suasana sebenar sewaktu perjumpaan itu berlaku, akan tetapi telah dimaklum dan dijelaskan bahawa:

1. PAS tidak berminat bersatu dengan Umno
2. PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat

and full stop!!!

Pada saya, ia boleh dikira strategi yang sebenarnya memerangkap 'musuh' dalam selimut. Maksud saya, kadang-kadang kita kena ada strategi 'sampingan' yang agar keterlibatan kita dalam Pakatan Rakyat tidak dianggap melukut ditepi gantang, dan jelas sekali kedua-dua pihak masih memerlukan kita! Maka kita kena tunggu strategi seterusnya....

KEDUDUKAN CIKGU PA, USTAZ NASA?

Itu biarlah perwakilan PAS yang tentukan, adalah tidak adil jika anda bukan seorang ahli, tetapi berkempen secara membenci pimpinan PAS. Insya Allah, perwakilan PAS amat matang, mereka sudah mumayyiz dan mampu berfikiran waras untuk menentukan pemimpin mereka.

Saya sangat kasihan terhadap anda, kerana 'menyalak' dari luar rumah yang pintunya terbuka seluas-luasnya untuk anda masuk! Dan saya memohon maaf kerana kita tidak mampu melayan salakan-salakan begini, kerana banyak salakan yang sama juga terdengar di'luar sana' yang mahukan beberapa pimpinan PAS yang lain untuk turut berundur dari PAS termasuk pimpinan yang menjadi idola anda!

PAS MASIH BERPAKSIKAN ISLAM

PAS masih lagi meneruskan perjuangan Islamnya, dan masih lagi menggunakan demokrasi sebagai wadah perjuangan. Namun, selama mana perlaksanaan tidak bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah, walaupun nampak bertentangan dengan demokrasi, maka saya kira PAS masih berada dijalan yang benar.

KESIMPULAN

Tidak lain, saya amat menasihati semua peringkat, ahli atau bukan ahli, gunakan sumber yang sahih dan terimalah penjelasan dengan hati terbuka. Melainkan petanda istikharah anda menyatakan sebaliknya!

Wallahu a'alam.

Lotus123
Petaling Jaya

Jul 29, 2008

Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lupa diri dan sombong kembali kepada usul. Itulah susunan ayat yang hamba pilih. Semakin lama perjuangan PAS, semakin bercampur baur dengan segala rencah, PAS semakin lupa apakah wadah yang dipilihnya.

Saat hamba menulis ini, hamba mengingatkan semua, ketika PAS diambang kerosakan dan perpecahan, bahawasanya; PAS sudah melupakan wadah demokrasi yang dipilihnya dahulu.

PAS sudah lupa wadah demokrasi.

Hamba bukan mahu membincangkan apakah benar atau salah wadah ini, tetapi hamba ingin kupas betapa PAS semakin kelam-kabut akibat tangan-tangan insan yang penuh ilmu bukan pemikir.

Dalam demokrasi, PAS memerlukan undi manusia bodoh (muslim dan non muslim), dan undi manusia cerdik (muslim dan non muslim). Inilah wadah yang PAS pilih, bagi mendapatkan satu kuasa untuk mengawal kesucian Islam.

Manakala, segala nas dan dalil-dalil yang ada, tidak diturunkan sepenuhnya melalui demokasi secara langsung atau tepat. PAS hanya membandingkan sahaja untuk mencari persamaan.

Apabila begitu, PAS terlupa bahawa wadahnya ialah demokrasi secara total, bukan wadah tulen seperti nabi, yakni, ada unsur demokrasi, ada unsur ketenteraan dan sebagainya.

Jadi, adalah malang apabila PAS merujuk kepada tangan-tangan manusia berilmu bukan pemikir dalam mencari nas-nas yang menghalalkan tindak-tanduk mereka.

Sepatutnya.

Sepatutnya, dalam kefahamanan asas, PAS perlu meletakkan diri sebagai jemaah yang berjuang secara demokrasi secara total. Kemudian barulah menimba dalil-dalil dan nas-nas terhadap tindak-tanduk yang sesuai untuk dirujuk kepada wadah demokrasi itu.

Malangnya, itu tidak mampu dilakukan oleh pemimpin IQ rendah. Peninggalan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya ialah merujuk kepada cara perjuangannya. Maka, adalah kesilapan besar mengalungkan nas-nas luar unsur demokrasi bagi tindakan PAS yang memilih demokrasi secara total.

Natijahnya, Terengganu punah wal ranah hasil golongan yang menepuk dada sebagai sunnah wal jemaah.

Sistem Syura.


Dalam taktikal perjuangan demokrasi secara total, Sistem Syura berperanan menetapkan hukum, bukan penentu taktikal. Dalam 10 taktikal yang dijumpai, ianya ditetapkan oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memilih yang terbaik.

Setelah pemilihan terbaik dibuat, barulah dirujuk kepada Sistem Syura untuk ketetapan hukum. Haram atau tidak. Ini sepatutnya berlaku.

Tetapi, akibat tangan-tangan jahanam dalam gelap, tindak-tanduk mereka membelakangkan Jawatan Kuasa PAS Pusat, apatah lagi Majlis Syura. Setelah berlaku, barulah dimaklumkan kepada Syura. Itu pun didedahkan oleh insan yang anti penipuan dalam gelap.

Dan sudah pasti Majlis Syura menetapkan hukumnya dibolehkan (taktikal yang telah berlaku itu). Sebab tugasnya (Majlis Syura) ialah menetapkan hukum, bukan taktikal. Atau kata lainnya ialah, di bawah tajuk hukum, memang ianya dibolehkan, manakala di bawah tajuk taktikal atau prosedur organisasi, ianya adalah sesat dan jahat.

Hamba tidak pasti sama ada hamba berjaya menyampaikan kepada orang awam atau tidak.

Kembalilah kepada asal.

Jadi, langkah seterusnya, serta-merta, tidak dapat tidak, PAS perlu kembali kepada asal. Sebarang nas-nas yang dipilih haruslah disandarkan kepada kesesuaian demokrasi total yang PAS gunakan.

Jika demokrasi total pilihan PAS ini yang cuba disandarkan kepada nas-nas perjuangan tulen Nabi Muhammad SAW, maka, berlakulah seperti ini. Anda boleh merujuk apa sahaja nas yang ada sekiranya anda berjuang tanpa memerlukan undi muslim bangang atau undi kafir. Jelas atau tidak?

Itu yang pertama. Yang keduanya, fahamilah, bahawa TGNA adalah genius taktikal yang PAS miliki sekarang. Dalam menetapkan hukum (kes taktikal gelap itu), memang TGNA bersetuju dengan ketetapan syura. Tetapi dalam pemilihan taktikal (taktikal lain yang juga tidak haram oleh syura), TGNA adalah penentu terbaik.

Kata lainnya, pastikan mengikut prosedur. Taktikal hendaklah dipilih oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat dahulu, kemudian diluluskan hukumnya oleh Majlis Syura. Bukan seperti ini. Taktikal dilakukankan oleh PAS Terengganu secara gelap dan menipu ahli, kemudian mengheret Syura meluluskannya. Jelas?

Yang ketiga, PAS perlu membersihkan tangan-tangan jahanam di dalam PAS. Mungkin ini isyarat ALLAH supaya PAS berada dalam keadaan mantap menjelang peralihan kuasa memerintah negara. Kami tidak mahu Malaysia diperintah seperti Terengganu 1999-2004.

Untuk membersihkan Mustapha Ali, Nasharudin, Hadi Awang secara serentak adalah sukar. Masa suntuk, dan situasi kritikal. Adalah cukup mengganti Presiden supaya Musthapa Ali tidak mampu lagi mempengaruhi tindak-tanduk Presiden PAS. Ini dahulu untuk masa ini.

Setiap tulisan adalah sejarah. Jika anda tidak percaya, baca semula tulisan ini selepas PRU13. Ingat kembali wadah apakah yang dipilih PAS.

Wallahualam.

Fight PAS fight! Tunjukkan pintu keluar kepada musang !




Oleh : AdukaTaruna.

Siapakah yang sepatutnya mengangkat tangan mengakui mereka beriman sedangkan mereka belum diuji? Selepas diuji dengan kemenangan besar, mungkin ini isyarat ALLAH supaya pembersihan pengkhianat kepada Islam dilakukan.

Ayuh PAS! Tunduklah kepada Tuhanmu melebihi pemimpinmu!



Rujukan 1: http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/gen-mamak-sudah-bersuara-gen-melayu.html

Selepas Gen bukan Melayu, saudara Hanipa Maidin bersuara, demi Islam yang lebih tinggi dari pemimpin kepartian, kini Mahfuz tampil secara anak jantan yang gentleman memohon maaf kepada semua pengundi Pakatan Rakyat.

Rujukan 2 : http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/mahfuz-yang-gentleman.html

Selepas Mahfuz tampil dengan jiwa yang sangat besar, dengan penuh tanggungjawab dan berani, Kamarudin Jaafar pula mengorak langkah terjun bersama rakyat akar umbi. Memahami kekecewaan rakyat terbanyak.

Rujukan 3 : http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/terharu-baca-surat-terbuka-haji-mahfuz.html

Selepas Kamarudin Jaafar bersama dengan rakyat terbanyak, berbanding musang yang ego dan bersembunyi, giliran Mat Sabu pula bersuara.

Rujukan 4 : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16042&Itemid=1

Mat Sabu menyeru semua bertenang, dan menolak idea-idea yang menggugat parti. Siapakah pemikir idea itu?

Bukan Mat Sabu telah meneka :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/sejuta-makna-sejuta-fikir.html

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pas-terengganu-perlu-dikuarantinkan.html

Teruskan fight wahai PAS. Masa depan PAS terletak kepada anda. Walaupun sang musang terus selamba menjadi ayam.

Mungkin ini takdir Tuhan untuk pengasingan.

Wallahualam.

Jul 28, 2008

Mahfuz Yang Gentleman.



Di sini wa pastekan kenyataan gentleman Mahfuz. Memang caya. Terasa dunia beliau memang rapat dengan dunia rakyat. Good bro.

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.


Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.


Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.


Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.


Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.


Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.


Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.


Maafkanlah saya.


Sekian, wassalam.


Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sejuta Makna, Sejuta Fikir.



Wa bertanggungjawab atas kartun yang wa lukis. Penceritaan sejuta makna, haruslah difikirkan sejuta tapisan. Selamat berfikir.And here is the rest of it.

Jul 27, 2008

Petisyen Selamatkan Barisan Rakyat!

http://www.petitiononline.com/savePR/petition.html

Barisan Rakyat perlu diselamatkan. Masing-masing yang bersetuju mempunyai pelbagai sebab. Sebab hamba semua jelas seperti terkandung dalam Bacaan Berat yang hamba keluarkan dahulu.

Namun, walau apa sahaja alasannya, hamba menyeru kepasa semua yang bersetuju, dengan petisyen ini, untuk turut menurunkan tandatangan.

Sebarkan.

Selamatkan Barisan Rakyat (Pakatan Rakyat)

http://www.petitiononline.com/savePR/petition.html

Kesan Tangan-Tangan Jahanam Hadi Awang Muncul Lagi.


Tahniah Hadi Awang. Sudah 2 kali selepas Barisan Alternatif. PAS kembali menjadi anjing. Tiada kuasa untuk menyalak kemungkaran. Ketenteraan tidak, demokrasi pun tidak. Yang ada, hanyalah :

Wuf! Wuf!

Sebuah fikrah PAS Terengganu.

Tahniah UMNO for next PRU. Anda tidak secerdik mana, cuma PAS terlalu bengap.

KUALA LUMPUR: Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan PAS.

PAS ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada PAS patut terus dibenarkan menganggotainya," kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam kenyataan di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita barubaru ini yang mengesahkan bahawa PAS dan Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini.


"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakanrakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.
"

Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya.

Beliau juga menyelar langkah PAS mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, memerintah lima negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


Pepecahan gabungan ini akan menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan di negeri terbabit, kecuali di Kelantan di mana PAS mempunyai majoriti lima kerusi.


Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno atau menyertai Barisan Nasional.

"Jelas sekali, kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Karpal.

Bagaimanapun, kenyataan Karpal juga mengandungi kesilapan apabila beliau menyebut Nasharudin Mat Isa sebagai setiausaha agung PAS, sedangkan orang kuat PAS itu adalah timbalan presiden parti berkenaan.

"Minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat.

"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

Beliau berkata pilihan raya umum pada 8 Mac lepas memberi mandat kepada gabungan pembangkang untuk memerintah lima negeri dan mempamerkan dengan jelas bahawa rakyat mahukan sistem dua parti.


"Perkara paling penting, rakyat tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia," katanya.
- BERNAMA

Gen Mamak Sudah Bersuara, Gen Melayu Masih Dayus.


Oleh : AdukaTaruna

Yang ini wa tulis. Tiada kena mengena dengan fikrah penulis artikel yang wa akan pastekan ini. Wa bertanggungjawab setiap inci tulisan wa sendiri. Wa dapat dari Penarik Beca. Pun begitu, dia tiada kena-mengena dalam membentuk fikrah wa. Pro. Tiada kena-mengena, malah ada yang berlawanan.

Ahli PAS dayus, atau setiap genetik Melayu itu dayus? Keputusannya bergantung kepada selama mana Presiden uncerdik ini dikekalkan. Jarak masa berkadar terus dengan kemusnahan PAS.

PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .

Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’. Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.

Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.

Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.

Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.

Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.
Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat meraskan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.

Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.

Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.

Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar al-amin Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.

Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.

Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”

Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya mejuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.

Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.

Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.

Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!

http://peguampas.blogspot.com/2008/07/pas-mungkin-akan-sukar-dipercayai-lagi.html

l

“Apakah tuan Ustaz Fadhil?”


Oleh : AdukaTaruna

Suasana sangat nyaman. Dingin tidak, panas pun tidak. Beberapa lelaki berwajah jernih dan bersih kelihatan bermalas-malas di sana. Berbual sambil menikmati rezeki. Ditemani wanita-wanita cantik seakan bidadari.

Ah, mungkin benar bidadari.

Sekumpulan lelaki yang lain, sama seperti kumpulan-kumpulan lelaki yang lain. Berjalan dan berjalan. Bersapa dan bertanya pada setiap kumpulan yang dijumpainya. Umpama burung yang hinggap dari pohon ke pohon.

“Jangan takut kanda.. mari dinda tunjukkan rakan-rakan yang mungkin kanda kenali. Mari.” Lembut dan lunak wanita cantik itu menjemput.

Lelaki itu teragak-agak. Sibuk membelek kulit tangannya dan meraba pipinya. Hairan.
Wanita cantik itu tersenyum lagi. Matanya bersinar dan giginya sangat putih.

“Di sini, semuanya kembali muda, kanda. Jangankan berkedut, berpeluh pun tidak. Hihi.” Wanita berbulu mata lentik itu tertawa nakal.

“Mari..”

Lelaki itu menurut apabila tangannya ditarik wanita itu.

“Itu. Dinda tunggu di sini. Kanda tegurlah kumpulan itu. Dinda rasa orang dari tempat kanda juga.” Wanita cantik itu menunjuk ke satu arah.

Ya. Di sana kelihatan manusia sewarna kulit dengannya. Sedang berbual-bual.

Lelaki itu maju merapati.

“Assalamualaikum.” Sapanya takut-takut. Gementar.

“Waalaikumussalam.” Jawab mereka hampir serentak.

“Nampaknya, kita mendapat rakan baru.”

“Ah.. bahasa Melayu?” Bisik hati kecil lelaki itu.

Mereka berdiri dan memeluk lelaki itu. Ada yang mencium pipinya. Lelaki itu kaku. Terkejut.
“Kita mendapat rakan baru?” Tegur satu suara lelaki. Lembut.

Mereka semua menoleh ke arah suara itu. Empunya suara itu senyum dan berdiri tenang.

Lelaki baru tadi terkejut.

“Benarkah apa yang ku lihat ini?”

“Benar. Kamu berada di alam roh. Di persempadanan ke alam akhirat.” Jawab lelaki yang menegur itu sambil tersenyum manis.

Air matanya mula bergenang.

“Apakah tuan Ustaz Fadhil?” Bergetar suara lelaki itu bertanya.

Yang lain hanya memerhati tersenyum. Begitu juga wanita cantik yang berdiri jauh itu.

Ustaz Fadil tersenyum sambil mendepakan tangan. Lelaki itu meluru dan memeluknya. Menangis semahunya. Ustaz Fadhil mengusap-usap belakang lelaki itu.

“Apa khabar jemaah kita?” Tanya Ustaz Fadhil sambil mengusap-usap belakang lelaki itu.

“PAS hampir berpecah ustaz, PAS hampir berpecah. Pemimpin tertinggi menipu ahli.” Jawab lelaki itu dalam esakan.

Semua lelaki itu berubah mukanya.

“Kenapa pakcik menangis?”


Oleh : AdukaTaruna

“Kenapa pakcik menangis?”

Diam. Bungkam.

“Ada masalahkah? Boleh saya bantu? Atau pakcik perlukan ruang?”

“Subhanallah.. wallhamdulillah.. walaila.. haillallah.. wallahuakhbar...” belasan ribu di sana dan di sini, di sekitar Kuala Lumpur berzikir. Pada hari itu Kuala Lumpur bermandi kuning.

“Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!”
“Jangan berpecah! Jangan berpecah!”

Puluhan anak muda berbaju merah berpeluk dan tunduk kesakitan menahan panahan air berbisa.

“Jangan berpecah! Jangan berpecah! Lindung muslimah! Lindung muslimah!”

Nekad. Puluhan lelaki berbaju merah itu nekad melindungi ratusan muslimah dan anak-anak kecil di luar Masjid Jamek.

(Bunyi siren dan loceng)

“Kamu semua diminta bersurai! Bersurai!”

Suara itu bergema lagi. Keadaan kalut.

Rat! Rat tat tat tat tat!

“Allahuakhbar! Allahuakhbar!”

Tembakan bertubi-tubi. Memecah kedinginan dan kesunyian. Bertelingkah dengan laungan takbir.

Beberapa lama kemudian senyap semula. Gugur dan syahid beberapa pejuang mempertahankan maruah Islam. Kampung itu musnah. Musnah yang disambut fitnah dan deraian ketawa kemenangan.

Kini, segalanya berderai dan berkecai. Hanya kerana tangan-tangan manusia jahanam. Rupanya menang adalah kalah dan berdebu. Jemaah ditipu secara gelap demi sebuah nas dan dalil politik damai. Buat dahulu, nas kemudian.

“Kenapa pakcik menangis? Tanyaku lagi.

Diam dan bungkam lagi.

Wajah separuh abad itu dibasahi air kesedihan yang teramat. Pilu.

Kemenangan yang ditalkinkan oleh tangan-tangan jahanam bersama penderitaan para pejuang ke perut bumi.

Selamat Datang UMAS, damailah engkau di sana PAS.

Jul 26, 2008

Idea Kepada PAS Perak. Idea Kepada PAS Terengganu.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Perak.

MB Perak, Nizar perlu mempunyai tunjang yang kuat terhadap asakan. PAS Perak perlu mempertahankan kerusi MB Perak pada PRU13. Usaha giat menarik sokongan muslim perlu maksimum. Dan PAS perlu bersedia untuk melepaskan kerusi MB Perak, demi kestabilan ketika situasi masih belum matang / mengizinkan.

Mengapa?

Adalah dibimbangi DAP meletakkan calon Melayu pada PRU akan datang. Kita andaikan Melayu seperti RPK menjadi calon DUN DAP di Perak, maka, peluang DAP menjadi MB Perak adalah besar. Dalam demokrasi tiada masalah. Dan dalam demokrasi juga wa mengutarakan kemungkinan ini.

Dan, juga dalam demokrasi, PAS perlu mempertahankan kepentingan Islam. Profesional. Kerjasama dengan DAP tetap kerjasama dalam satu-satu tajuk yang bersamaan. Namun, perjuangan PAS tidak boleh digadaikan sekiranya berlaku pertembungan seperti ini.

Jadi, secara ikhtiar manusia, pilihannya 2. Pertama, usaha maksimum tidak berhenti bermula sekarang. Dan yang keduanya, PAS terpaksa menyerahkan kerusi MB kepada UMNO. Hanya di Perak sahaja, PAS mengambil keputusan itu. Manakala, penggabungan di negeri-negeri lain terus berlansung. PAS adalah ‘taiko’ yang menjaga kepentingan Islam, dan kepentingan semua mengikut neraca Islam.

Secara mudahnya, sekiranya mahu dikekalkan Barisan Rakyat di Perak, kekalkan MB kepada PAS.

Muktamat!

PAS masih bertindak dalam kerangka demokrasi sebagaimana DAP (dalam gambaran ini). Fight dalam demokrasi!

Terengganu.

Kawan PAS wa (bukan PAS Terengganu), bertanya kepada wa. Apa masalah PAS Terengganu sebenarnya? (pada sudut wa)

Wa menerangkan begini. Kita ambil seorang ahli tabligh dan seorang Melayu biasa yang normal dalam dunia akhir zaman. Jahat setengah, baik setengah. Dalam sebuah kampung.

Si tabligh selalu berpesan-pesan tentang kebaikan terhadap orang kampung. Dan selalu lantang bersuara sekiranya ada maksiat. Kampung nak buat joget lambak pun terhalang. Manakala Melayu biasa ini hidup macam biasa. Surau pergi, joget lambak pun pergi.

Pada suatu hari, si Tabligh melakukan sesuatu yang janggal kepada si Tabligh, hanya kerana dia seorang Tabligh. Si Tabligh telah bergaduh dengan Melayu biasa tadi kerana berebut anak dara.

Oleh kerana ini adalah dunia Melayu, maka, yang paling janggal dan jahat dilihat ialah si Tabligh. Walaupun Melayu biasa tadi turut jahat yang sama. Malah, itulah pertama kali si Tabligh buat silap.

Jadi.

Begitulah juga dengan PAS Ganu. Kesilapan yang dibuat oleh PAS Ganu memang sedikit dari UMNO semasa memerintah dulu. Tetapi kerana PAS berimej Pak Lebai, jadi, memang hancur habis kepercayaan rakyat Ganu.

Rakyat Ganu memang sedar akan kejahatan UMNO, tetapi ianya adalah biasa. Satu kebiasaaan. Tetapi, sukar untuk mempercayai si Tabligh yang bergaduh hal anak dara itu semula. Melayu biasa tadi lebih mudah diterima dalam masyarakat berbanding si Tabligh.

Apa penyelesaiannya?

Sukar. Tetapi tetap ada penyelesaiannya.

1. Tukar kepimpinan yang merosakkan imej Islam ketika dahulu. Haron Taib, Mustapha Ali dan TGHA. Rebranding semula PAS Terengganu.

Tetapi seakan mustahil mahu ditukarkan melainkan mereka sedar diri, dan ahli PAS Terengganu sendiri sedar diri. Bila keadaan ini, maka kita pergi ke nombor 2.

2. Rakyat Terangganu benci UMNO, tetapi lebih benci PAS Terengganu mengikut konsep penerangan di atas. Jadi, tubuhkan alternatif kepada PAS. Memang sukar, tetapi tidak sesukar menggulingkan 3 tonggak di atas.

a. Tubuhkan satu parti baru. Dan motif parti ini ialah menyelamatkan Terengganu melalui pintu belakang. Setelah menang, sertai PAS (jangan lompat masuk PAS dulu, tetapi bergabung dengan PAS. Masih guna PIT. Step by step). Hanya bertanding DUN Terengganu sahaja.

b. Guna pendekatan kenegerian dan keIslaman. Sebagai contoh Parti Islam Terengganu (PIT). Manifesto perlu menarik 3 golongan pengundi. Atas pagar, UMNO dan PAS. Sebagai contoh, manifesto yang sesuai ialah :

“Jujur laksana Kelantan, makmur ibarat Johor.”

c. PIT akan bergerak menarik sokongan rakyat Terengganu terhadap model ketelusan dan kejujuran pentadbiran Kelantan. Dan bergerak menarik sokongan rakyat UMNO Terengganu apabila menjual nama Johor.

3. Kena pada caranya, PIT akan menang kerana, rakyat Terengganu memang sedar kejahatan UMNO, tetapi serik akan kesilapan PAS. Itu yang pertama.

Yang keduanya, PAS akan menang kerana undi UMNO akan terpecah 2. UMNO hanya mendapat undi totok + undi pos + undi kakitangan kerajaan. Tetapi pengundi muda, atas pagar, kurang UMNO akan pergi kepada PIT.

Wallahualam.

Jul 25, 2008

Teruskan Fight PAS!


Heh! Memang caya. Permulaan yang baik. Teruskan berjuang. Tetapi ingat; kontrol keghairahan.

Konsert Inul diberitakan telah dibatalkan. Kemenangan semua pihak. Baik PAS, baik UMNO. Mari kita baca petikan berita ini.


Konsert “Ratu Gelek Indonesia” Inul yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 ini telah dibatalkan. Pihak Pemuda Wilayah telah menghubungi syarikat IMS Prima Sdn Bhd, yang menguruskan konsert berkenaan petang tadi. Pegawai syarikat berkenaan yang enggan memberitahu namanya, memberitahu bahawa konsert tersebut telah dibatalkan.

Konsert tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat permit daripada pihak DBKL ekoran ramai yang membantah dan tidak bersetuju dengan konsert tersebut, termasuk bantahan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Selain itu ia dikhuatiri akan menimbulkan kekacauan dan gangguan awam.

Pada 23 Julai 2007 yang lepas, rombongan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Sdr Kamaruzaman telah menghantar memorandum bantahan kepada konsert Inul. Memorandum tersebut telah diterima oleh pegawai khas Datuk Bandar Wilayah Persekutuan.

Sejurus selepas itu Kamaruzaman mengumumkan Pemuda Wilayah akan turun ke Stadium Bukit Jalil bagi mengedarkan 10 000 risalah bagi memberi mesej kesedaran kepada orang ramai.

Saudara Kamaruzaman yang dihubungi tadi melahirkan rasa gembira dengan berita pembatalan konsert ini. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap agar konsert-konsert seperti ini, tidak lagi dibenarkan kerana ia akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada negara kita.

Heh. Camtu la. Apa barang mengalah.....

Jul 24, 2008

Yang tersirat dan tersurat disebalik Dato' Fauzi menyertai PKR


First time wa paste artikel orang dalam blog wa. Selalu bagi link jer. Wa rasa benda-benda 'remeh-temeh' bagi pucuk pimpinan ini penting. Lembab akan selalu tertinggal. Dan semakin tertinggal apabila lembab dipertahankan.

Baiklah, mari kita baca sama-sama. Kemudian, dapatkan pengimbangan dari yang lain sebelum ditelan untuk dihadam. Ini adalah linknya :

http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/

Oleh : Abu Najmi

Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai di rumah setelah menyampaikan kuliah di Keratong 9.

Bukan satu rahsia lagi Dato Fauzi akan menyertai PAS. "Menyertai parti lain adalah adat (kebiasaan), bersama PAS adalah ibadat" Inilah juga komitmen beliau semasa bertemu pimpinan PAS peringkat negeri Pahang.


Saya tidak katakan Dato Fauzi memungkiri janji. Tetapi semua ini berlaku kerana kelemahan kita (baca pimpinan PAS). Pimpinan PAS Pahang telah menghubungi Pimpinan A (bukan nama sebenar) untuk tindakan selanjutnya sehinggalah telah ditetapkan tarikh pengisytiharan beliau ke dalam PAS. Bloger MSO telah mewar-warkan penyertaan bekas Timbalan Menteri dari Pantai Timur ke dalam PAS dalam blog beliau.

Saya dimaklumkan beberapa kali Dato Fauzi menghubungi sahabat kita di Kuantan bertanyakan bilakah pimpinan A akan menghubungi dan mengunjungi beliau.

Mungkin kecewa dengan kerenah pimpinan PAS yang lambat bertindak untuk menguruskan kemasukannya. Kelihatannya pimpinan A bertaraf Dewan Harian Pusat tidak berminat untuk menarik tali yang kami berikan. Beliau lebih berselera untuk bertemu pimpinan tertinggi UMNO malah sampai tiga kali bertemu, sedangkan hasilnya hampir-hampir PAS terjebak dalam jerangkap samar UMNO.

Sepatutnya di Pahang bulan Julai ini akan menerima 2 kemasukan anggota baru, Rakan Ezam dalam GERAK Zukri Aksah dan Bekas Timbalan Menteri Dato Fauzi Abd Rahman.

Saya tak berniat untuk merosakkan reputasi mana-mana pimpinan PAS Pusat. Belajarlah dari kelemahan ini. Antara Abu Jahal dan Abdullah Umi Maktum, Allah memerintahkan nabi pilih Abdullah Umi Maktum kerana beliau berkehendak pada hidayah berbanding Abu Jahal yang angkoh dan sombong. Kenapa bertemu dengan pemimpin UMNO, geraknya pantas, bertemu dengan mad'u bergerak agak malas.

Abu Sufian menanggalkan baju Jahilliah selepas merasakan beliau tetap mendapat pengiktirafan nabi walaupun awalnya adalah penentang dakwah. Bukan tujuan saya untuk menyamakan Dato Fauzi dengan 2 sahabat nabi ini, namun belajarlah dari kebijaksanaan nabi.

Manusia yang telah berada di depan pintu rumah kita, yang sepatutnya kita tarik tangannya masuk ke dalam rumah, namun kita biarkan dia terus berdiri seumpama peminta sedekah, akhirnya beliau beralih ke rumah jiran sebelah.

Pun begitu kita ucapkan kepada Dato Fauzi selamat berjuang dalam Pakatan Rakyat.

Tolak ansurla hal isu pokok.

“Wa rasa tak selesai lagi isu pok, bro.”

“Ala.. bertolak-ansur la, bro. Masing-masing dah dapat pengajaran. Termasuk wa sekali.”

“Itu la bro. Tapi wa memang terluka la. Hal muzakarah-muqabalah wa faham. Yang wa terluka hal menipu. Kata tak wujud pertemuan, siap nak saman-menyaman.”

“Kita ambil jalan tengah lah bro. Mungkin penafian itu tak wujud pertemuan di London, kot. Tapi kat tempat lain.”

“Dah tu kenapa tak jelaskan? Kenapa baru kelam-kabut bagi tau lepas Paklah bocorkan?”

“Ala.. bro. Settle la. Mungkin sebab tu presiden bagi tahu hal itu adalah muzakarah, bukan penggabungan. Dan kemudian dibetulkan oleh Syura semula, yakni muqabalah.”

“Yerla, jumpa jugak la kan. Napa menipu?”

“Adeh.. lu ni. Ambil tengah-tengah la. Bukan menipu, tapi menafikan jumpa kat London kot. Jumpa kat tempat lain jer yang tak diumumkan time menafikan jumpa kat London tu.”

“Tapi tak telus la, bro. Apa ni main sorok-sorok? Mengaku jer la. Dah macam UMNO dah.”

“Tu pasal la wa cakap, harap semua ambil pengajaran la. Tolak ansur la kes ni.”

“Tak boleh nak minta maaf ke?”

“Ego orang politik, bro. He. Dah la. Harap settle la. Skang masa kembali buat kerja.”

“Kerja apa lu dalam PAS? Wakakakaka.”

“Mengerjakan PAS la. Hahahaha..... bukan wa la. PAS la maksud wa.”

Pengajaran Buat Kita Semua, Termasuk Sahabat UMNO Hamba.




Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Terima kasih kepada Syura Ulama. Inilah keuntungan berada di bawah satu sistem dari Pencipta segala pencipta. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Banyak pengajaran yang dapat kita kutip melalui takdir ALLAH ini, di atas asbab kesilapan manusia ini.

Buat sahabat UMNO.

Kepada sahabat Melayunet, anzawan, akubaik5, saudara Mykmu dan sebagainya, ada telah menyaksikan ini semua. PAS adalah sebuah jemaah yang sangat terbuka, dan sesuai terutama golongan pemuda berjiwa memberontak seperti kita.

Sahabat UMNO boleh melihat bagaimana penyokong PAS, sama ada ahli atau bukan, bebas bersuara, melahirkan perasaan tanpa halangan secara total. Sahabat UMNO juga boleh melihat bagaimana Syura Ulama PAS mendengar rasa hati insan-insan kerdil seperti kami.

Hamba tidak mengajak saudara UMNO sekalian supaya berdaftar dengan PAS, malah menggalakkan saudara semua berjuang memulihkan UMNO. Namun, diharapkan, saudara UMNO semua masih mengekalkan undi saudara kepada PAS.

Hamba tidak mengharapkan pujian kalian kepada PAS, tetapi konsep pengundi bijak itu dikekalkan. Yakni di antara kumpulan buruk, pilihlah yang paling kurang buruknya.

Buat Mufti Perlis dan Mufti-mufti.

Terima kasih kerana tidak merumitkan masalah rakan kumpulan Islam kalian. Terserlah kebijaksanaan para mufti, terutama Mufti Perlis dalam memilih tidak menggunakan media terbuka atas masalah ini. Hamba sangat bimbang sekiranya ada pihak-pihak tertentu menggunakan institusi mufti bagi mendapatkan pandangan yang seterusnya merumitkan lagi perpaduan umat Islam.

Jauh di sudut hati, bila tima masanya nanti, kita semua, akan bersatu di bawah payung Islam, menggunakan Sistem Syura Ulama. Politik damai yang diusulkan oleh Ustaz Nik Abduh. Insyaallah. Selesaikan satu-persatu.

Buat DSAI.

Walau hamba tidak suka kepada saudara dalam beberapa tajuk tertentu, tetapi terima kasih kerana turut memberi peluang dan ruang kepada PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman sendiri. Tidak melakukan satu kenyataan terbuka yang merumitkan keadaan. Atau membalas kenyataan tertentu secara terbuka.

Buat ulama-ulama muda.

Anda perlu belajar dan sentiasa memerhati dengan pantas apa yang dilakukan oleh ulama-ulama sedia ada. Andalah pelapis benteng kiri dan kanan kami yang menjaga kami dari terjerumus ke dalam gaung.

Inilah pembelajaran depan mata yang lebih sesuai dan mudah difahami, berbanding kisah-kisah sirah. Keadaan di Malaysia ini mungkin akan berulang-ulang di masa hadapan. Dan ketika itu, sekurang-kurangnya, ayahanda-ayahanda kalian (Syura Ulama sekarang) sudah menunjukkan jalan-jalan penyelesaian.

Buat golongan bukan ulama seperti hamba.

Sebab itu, hamba menggalakkan kebebasan bersuara dan berhujah. Ini step pertama. Berhujah dan berdebik dahulu, walau dengan golongan ulama. Adab belakang kira (tafsiran adab berbeza-beza. Dulu lagi biadap. Ada yang berhujah dengan pedang dengan khalifah). Asalkan bersuara dahulu.

Bukannya bertindak dahulu, bersuara kemudian. Sebab padahnya sangat besar. Hamba terpaksa menulisnya semula bagi memberi contoh :

1. Hishamuddin Rais. Berhujah dengan ustaz tidak mampu dalam hal artis jemputan demo 678. Tetapi bertindak tanpa berhujah. Padahnya?

2. Mustapha Ali. Berhujah dahulu. Bersuara dahulu. Bukan bertindak membelakangkan ulama. Nampak atau tidak padahnya?

Biar seluruh alam Melayu kata kita biadap terhadap ulama dalam berbicara, dari memusnahkan satu organisasi ulama dengan tindakan.

Hikmahnya tetap ada.

Kesilapan manusa tetap kesilapan manusia. Ia satu tajuk. Dan ini adalah tajuk yang lain, yakni hikmah yang mungkin tersembunyi.

1. Kini, muslim dan non muslim, melalui medium elektronik dan cetak yang mencapai setiap ceruk tanah air, melihat satu peranan penting yang agak asing pada mereka. Yakni Sistem Syura Ulama milik PAS.

Klip, gambar, berita yang menunjukkan sekumpulan ulama berwajah penyayang dan tenang, dilihat seluruh Malaysia. Turun dan berhimpun dalam menyelesaikan satu-satu kes perpaduan umat Islam yang bergolak.

2. Mungkin (pendapat) sudah tiba masanya Presiden PAS diberikan kepada bukan ulama, supaya Sistem Syura itu dilihat rakyat Malaysia sebagai ‘teragong’.

Anda bayangkan jika bukan ulama menjadi Presiden sewaktu kes-kes seperti ini. Tajuk isunya ialah :

PRESIDEN PAS DIPANGGIL MENGADAP SYURA - Utusan Malaysia

MAJLIS SYURA MEMBATALKAN KENYATAAN PRESIDEN - Malaysiakini

3 INDIVIDU DIGANTUNG TUGAS. SYURA MELANTIK BADAN SIASATAN BEBAS - Harakahdaily

18 NGO MAHU BERJUMPA MAJLIS SYURA - Sinar Harian


SIARAN LANGSUNG DIALOG SYURA DENGAN BUKAN ISLAM ESOK - klpos MAJLIS

SYURA PANTAU DEBAT PRESIDEN - SHAHRIR - tranungkit
e

Wallahualam.

Jul 23, 2008

Level Awam : Kupasan Isu Muzakarah.



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Pertama sekali, huraian ini diolah untuk level awam. Jadi, ianya adalah panjang. Sekiranya anda jenis yang malas membaca, atau hanya membaca secara rambang, sila berhenti membaca sebaik sahaja memandang noktah ini.

Mari kita melihat betapa besarnya kerosakan yang merempuh PAS akibat dari isu muzakarah ini. Kerosakan yang membuka ruang lawan memarakkan lagi nilai kerosakan itu. Siapa sangka, sebuah organisasi paling stabil dan tenang sepanjang 100 hari menerima kerosakan ini. Mari kita siasat untuk dijadikan pengajaran masa hadapan.

1. Hasil tarbiyah kepada penyokong PAS.

PAS banyak membentuk penyokongnya melalui ceramah politik. Puluhan tahun. Tetapi corak penerangan isu itu lebih kepada satu doktrin membenci (UMNO-BN). Penjelasan ilmiahnya tenggelam. Puluhan tahun mereka dibentuk supaya simpati kepada PAS dan membenci UMNo. Mereka tidak diajar teknik pengasingan tajuk.

Memang ada pembentukan melalui usrah, tamrin dan sebagainya, tetapi hamba memberikan secara terbanyak. Usrah hanya dihadiri oleh manusia kualiti yang istiqamah sahaja. Jumlahnya mungkin 1% daripada 800 00 ahli berdaftar, atau 0.001% dari penyokong PAS.

Untuk contoh ceramah, kita ambil Mat Sabu. Ketika berceramah menghentam UMNO-BN, katakan dalam isu ISA, beliau akan bertanya kepada hadirin.

“Sekiranya kita memerintah, kita sumbat mereka semua ke dalam ISA. Setuju atau tidak? Setuju atau Tidak?”

“Setuju!!!!!!” Para hadirin menjawab.

“Tidak. Saya tidak setuju. Kita tidak boleh double standard. Kita tidak boleh berdendam sebegitu.”

Di atas ini adalah nilai yang sepatutnya ditanam oleh setiap siri penerangan PAS. Tetapi terlalu sedikit. Yang selebihnya ialah menghentam tanpa diberikan apakah alternatifnya. Benci, membenci, musuh, bermusuh yang disua dan dilambakkan kepada ahli PAS puluhan tahun.

Kesimpulan siasatan 1.

Jadi, apabila berlaku sesuatu benda yang secara samarnya seolah-olah bergabung atau berpelukan dengan UMNO, mereka akan memberontak mengikut apa yang dibentuk oleh PAS sendiri selama puluhan tahun. Penderitaan mereka, derma jihad mereka dirasakan berkecai apabila mendengar / membaca persepsi itu. Sedangkan muzakarah tidak semestinya bergabung.
Mereka gagal dalam pengasingan tajuk kerana mereka didoktrin sebegitu oleh PAS.


*****

2. Peneraju yang tiada daya kawalan.

Kegagalan peneraju PAS, dalam mengawal tindakan-tindakan individu tertentu, di luar prosedur organisasi, oleh senior politik senegerinya, atau sahabat handainya, adalah punca kepada kerosakan ini.

(Sila baca dengan perlahan perenggan di bawah secara berulang-ulang)

Jika PAS diibaratkan kapal, dan PAS membina dinding luar kapal itu (ahli) dengan satu bahan berkualiti rendah (doktrin membenci berbanding doktrin pengasingan tajuk); dan kemudiannya PAS memilih laluan yang bergesel dengan batu karang (bermain politik gelap dan memilih menipu ahli), maka berlakulah kerosakan kepada kapal itu. Satu kerosakan yang besar, yang telah kita saksikan ini.

Mari kita lihat apa itu politik gelap yang tertangkap :

1. Beberapa individu PAS, hasil ketidakupayaan kawalan Peneraju, telah melakukan kerja pertemuan ini secara gelap. Ahli PAS / penyokong PAS yang didoktrin berjiwa membenci UMNO secara total tidak diberitahu. Malah Syura sendiri belum diberitahu. Pertemuan dahulu. Istilah muzakarah belum muncul.

2. Kemudian, ditakdirkan terbocor maklumat secara gelap, di mana, ada pemimpin PAS telah bertemu dengan pemimpin UMNO.

3. Peneraju PAS menafikan, Ketua Penerangan kata fitnah, Timbalan Presiden mahu menyaman pembawa fitnah.

4. Tekanan hebat kepada Peneraju PAS, ketika ketokohannya yang tenggelam di bawah DSAI, sedangkan jentera paling power. Dan tekanan hebat itu semakin menggila menjelang muktamar.

5. Akibat tekanan, Peneraju telah membuat satu kenyataan berani. Tetapi, berani seorang berIQ rendah. Ter flip-flop dengan kenyataan asal bahawa tiada pertemuan.

6. Ketika inilah munculnya istilah muzakarah.

7. UMNO mainkan isu penggabungan Melayu / penyatuan Melayu (PAS guna istilah muzakarah).

8. Paklah counter attack dedahkan ada pertemuan dengan beliau.

9. Peneraju PAS terpaksa mengakui dan sahkan 3 identiti yang bertemu. Rupa-rupanya Timbalan Presiden yang mahu menyaman tadi terlibat sama. Berlakulah satu penipuan Peneraju PAS (pewaris nabi) kepada ahli berbaiahnya.

10. Jiwa ahli PAS yang dibentuk puluhan tahun itu mula mengganas akibat perkataan UMNO. Tiada pengasingan tajuk, tiada apa yang perlu dilihat, melainkan perkataan UMNO.

11. Bergolak dengan hebatlah ahli PAS ketika ini. Rosak yang hampir memecahkan kapal. Membuka ruang lawan menyeludup masuk dan menambah kekalutan.

Kesimpulan siasatan 2.

Yang berjasa tetap berjasa. Namun, keupayaan untuk berjasa selamanya adalah mustahil. Maradona yang hebat ketika dahulu tidak dijadikan tiket oleh Argentina untuk mengekalkannya dalam kesebelasan utama sepanjang zaman.

Dunia semakin mencabar. Demi Islam, individu tidak penting. Jasa dibalas ALLAH. Jasa bukan untuk dibalas pangkat. Peneraju adalah satu kedudukan yang sangat penting.


*****

Huraian antara 2 siasatan.

Sebenarnya, tiada masalah untuk muzakarah ataupun bergabung dengan UMNO sekali pun. Tetapi, caranya biar tepat. Waktunya perlu kena. Persiapan untuk itu perlu digerakkan, dan dijelaskan lebih lama dan panjang dari melakukan sebuah demo gergasi.

Ada pihak mengemukakan ilmu politik damai. Pada hamba, golongan ulama harddisk hanya mempamerkan databasenya. Tetapi kemahiran untuk aplikasikan databe itu dengan ketepatan situasi bukan kemampuan harddisk. Itu kemampuan processor.

Yusof Al-Qardhawi sendiri memecahkan ulama dengan pemikir. Politik damai bukan diaplikasi sebarangan. Kena nilai situasi musuh, malah situasi kekuatan organisasi itu sendiri, dan sebagainya. Semua ini bukan kerja ulama harddisk. Jika tidak jadilah apa yang berlaku ini.

Politik damai tidak dijalankan secara gelap dan menipu pimpinan yang lain. Gerak kerja gelap dan samar-samar yang tertangkap bukan definasi politik damai. Database hadis-hadis, dalil-dalil ilmu politik damai tidak wajar dilacurkan bagi memperisai sebuah gerakan luar prosedur organisasi.

Jelas? Oleh kerana olahan ini untuk level awam, hamba cuba sekali lagi dalam satu ayat lain. Iaitu, pertemuan secara sembunyi bukan muzakarah, tetapi skandal.

Kesimpulannya.

Hamba tidak tahu sama ada ini diluluskan di TKO atau tidak. Hamba adalah individu bebas. Gerak kerja, taktikal, suara hamba tidak tertakluk pada organisasi. Orang lain berhak memarahi, tetapi hamba tetap dengan cara hamba.

Dan untuk ini, level awam ini, hamba mengajak semua pembaca yang masih meneruskan pembacaan, untuk kembali berfikir untuk menetapkan satu pendirian. Sila baca dengan teliti. Ini adalah kemuncak susunan gerak-kerja hamba.

Memang benar muzakarah wajib disokong. Cenderung kepada perdamaian dan sebagainya. Tetapi, setelah kita menyiasat seperti di atas, adakah definasi muzakarah itu terjatuh dalam kes ini? Hamba ulang balik untuk level awam.

Pertemuan secara sembunyi bukan muzakarah, tetapi adalah skandal.

Dapat? Baiklah. Sekiranya dapat, sila baca artikel meluat dan menyampah ini. Sekali lagi, ini adalah cara / gerak kerja hamba secara individu. Hamba tidak peduli dibenci dan dimaki untuk melakukan imaginasi gerak kerja hamba sendiri.

Baiklah. Ini adalah artikel meluat dan menyampah tersebut :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/wa-dah-bersuara-sejarah-sudah.html


Sudah baca? Ok. Hamba sambung lagi untuk level awam. Perhatikan perenggan Tuan Guru Nik Aziz di situ. Dan, sepatutnya kalian semua sudah faham, mengapa TGNA tidak setuju dengan ‘muzakarah’ itu.

1. Kerana definasi muzakarah itu adalah salah.

2. Kini anda melihat sendiri betapa geniusnya ‘orang tua’ itu. Level awam hanya faham setelah ini semua dijelaskan mengikut standard level awam.

Baca lagi seterusnya. (separuh penting)

Setelah anda faham kegeniusan TGNA dan perbandingan yang meluat dan menyampah dengan diri hamba, hamba bawakan anda semua kepada satu situasi kecemasan sekiranya ‘orang tua’ genius ini dipanggil ALLAH. Kita semua akan kehilangan beliau.

Namun, semua ini adalah imaginasi (ramalan) semata. Sebab itu ianya separuh penting. Jadi, sila baca artikel ini.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pas-terengganu-perlu-dikuarantinkan.html

Hamba telah susun gerak kerja ini mengikut imaginasi hamba sebagai individu bebas (novel wa, wa buat macam ni la. Klimaks dulu, permulaan cerita tengah-tengah, klimaks balik).

Apapun, semua berhak meluat atau memaki. Profesional.

Wallahualam.

Jul 22, 2008

Satu Lagi Tangan-tangan Kepada Tangan-tangan Jahanam Hadi Awang.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Ini adalah rumit dan dalam. Hamba yakin, hampir seluruh Melayu tidak mampu mencapai ini, apatah lagi IQ berlevel Hadi Awang.

Secara keseluruhan PAS menggerakkan jentera penerangannya melalui ceramah politik. Dari ceramah ini, ianya bertebaran rata ke pelbagai medium lain. Internet, VCD, mulut ke mulut dan sebagainya.

Dan ceramah-ceramah inilah yang membentuk sahsiah ahli PAS selama puluhan tahun. Tidak jelas? Baca lagi.

Apakah konsep ceramah (penerangan PAS) secara keseluruhan?

Termasuk Hadi Awang yang berIQ rendah ini, konsep penerangan PAS bukan kepada tajuk-tajuk yang diasingkan, tetapi lebih kepada doktrin membenci (UMNO). Apa jua isu yang perlu dijelaskan, pemimpin PAS akan menghentam UMNO-BN (jika isu melibatkan UMNO-BN) sehingga menenggelamkan hujah ilmiah penerangan itu.

Sebagai satu contoh, kita ambil Mat Sabu. Ketika berceramah menghentam UMNO-BN, katakan dalam isu ISA, beliau akan bertanya kepada hadirin.

“Sekiranya kita memerintah, kita sumbat mereka semua ke dalam ISA. Setuju atau tidak? Setuju atau Tidak?”

“Setuju!!!!!!” Para hadirin menjawab.

“Tidak. Saya tidak setuju. Kita tidak boleh double standard. Kita tidak boleh berdendam sebegitu.”

Di atas ini adalah nilai yang sepatutnya ditanam oleh setiap siri penerangan PAS. Tetapi terlalu sedikit. Yang selebihnya ialah menghentam tanpa diberikan apakah alternatifnya. Benci, membenci, musuh, bermusuh yang disua dan dilambakkan kepada ahli PAS puluhan tahun.

Apa natijahnya?

Ahli PAS, terbentuk dalam jiwa mereka satu persepsi jijik dan benci terhadap UMNO secara membuta. Tidak mampu mengasingkan tajuk. Tidak mempunyai nilai profesionalisme. Inilah kerja-kerja ulama bergenetik Melayu. Puluhan tahun.

Jadi, sekarang ini, hendaklah kita fahami, bahawa, majoriti ahli PAS terutama yang totok, memiliki pemikiran seperti seekor babi yang buta matanya. Asal UMNO adalah hina. Pengasingan tajuk yang gagal.

Berbalik kepada isu muzakarah.

Baiklah. Sekarang, hamba bawa semula pembaca kepada isu terkini ini. Muzakarah. Sila baca dengan teliti.

1. Anda (PAS) lakukan kerja pertemuan ini secara gelap. Ahli PAS yang didoktrin berjiwa seperti babi tidak diberitahu. Malah Syura sendiri belum diberitahu. Pertemuan dahulu. Istilah muzakarah belum muncul.

2. Kemudian, ditakdirkan terbocor maklumat secara gelap, di mana, ada pemimpin PAS telah bertemu dengan pemimpin UMNO.

3. Presiden terbengap PAS dalam sejarah menafikan, Mahfuz kata fitnah, Timbalan Presiden mahu menyaman pembawa fitnah.

4. Tekanan hebat kepada Presiden terbengap dalam sejarah PAS, ketika ketokohannya yang tenggelam di bawah ketiak DSAI, sedangkan jentera paling power. Dan tekanan hebat itu semakin menggila menjelang muktamar sebagaimana yang dirasai Paklah.

5. Akibat tekanan, Presiden terbengap PAS dalam sejarah telah membuat satu kenyataan berani. Tetapi, berani seorang berIQ rendah. Ter flip-flop dengan kenyataan asal bahawa tiada pertemuan.

6. Ketika inilah munculnya istilah muzakarah.

7. UMNO mainkan isu penggabungan Melayu / penyatuan Melayu (PAS guna istilah muzakarah).

8. Paklah counter attack dedahkan ada pertemuan dengan beliau.

9. Presiden terbengap PAS mengakui dan sahkan 3 identiti yang bertemu. Berlakulah satu kencing Presiden PAS pewaris nabi kepada ahli berbaiahnya.

10. Jiwa babi ahli PAS yang dibentuk ulama bergenetik Melayu puluhan tahun mula mengganas akibat perkataan UMNO. Tiada pengasingan tajuk, tiada apa yang perlu dilihat, melainkan perkataan UMNO.

11. Bergolak dengan hebatlah ahli PAS ketika ini. Akibat satu acuan oleh ulama bergentik Melayu, ahli berbaiah bergenetik Melayu, Presiden bergenetik Melayu yang dipilih dan dikekalkan oleh genetik Melayu sendiri.

Inilah apa yang sebenarnya berlaku. Ianya mustahil dicapai oleh anda secara keseluruhan.

Isu ini tidak akan berlaku.

Isu ini tidak akan berlaku sekiranya :

1. Presiden PAS adalah seorang yang bijak. Paling tidak kembali menyamai Ustaz Fadhil.

2. PAS Terengganu menang seperti PAS negeri lain. Maka, ketika ini, Musthapa Ali, atau seorang ualama yang tamak kuasa seperti Haron Taib mustahil mempengaruhi Presiden yang lembab dan bengap itu, untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Adalah mustahil!

Satu Lagi Tangan-tangan Kepada Tangan-tangan Jahanam Hadi Awang.

Jul 21, 2008

Wa Dah Bersuara, Sejarah Sudah Membuktikannya.

Oleh : AdukaTaruna

Bukan wa nak takbur, malah wa sendiri selalu silap. Tapi, inilah dunia wa sejak kecil. Apa yang wa nampak mendahului dari orang kebanyakan . Dah puas sejak kecil wa bertekak dan bergaduh untuk memberi nampak. Bila dah besar, wa hanya bersuara tanpa bergaduh untuk memberi nampak.

Sudah lama wa memberi tahu ahli PAS, supaya tukar Presiden, tukar Presiden. Tapi wa dimaki. Profesional la, dimaki, Wa tiada hal. Sekarang budak-budak PAS yang maki wa hal Presiden kat TKO dulu, dah mula mempersetujui wa. Jarak hampir 2 tahun wa mendahului mereka.

Secara peribadi, wa kalah dengan TGNA n abah wa jer. Yang lain, wa mendahului. Dulu wa tak sokong TGNA akan hal konsert Mawi. Kemudian baru wa nampak apa yang TGNA buat. Begitu jugak dengan abah wa. Memang rumit nak faham Abah wa beb. Tapi kemudian baru faham. Adik-adik wa tahu la bagaimana Abah wa ni.

Wa dok kata aliran pemikiran PAS Ganu sedang membahayakan PAS. Tapi wa yang dimaki dan dikatakan agen pemecah-belah. Dulu lu tak percaya Presiden PAS perlu ditukar. Apa yang wa suarakan adalah demi kebaikan PAS mengikut tafsiran wa. If lu orang tak setuju, patahkan dengan hujah. So, yang lain boleh menilai dengan sihat. Bukan memaki.

Secara keseluruhan, wa berada jauh di hadapan dengan orang kebanyakan. Masa wa tolak menjadi ahli PAS dulu, semua persoalkan wa. Sempit la, jangan jadi serigala la. Wa senyum jer. Sebab diorang tak nampak, apa yang wa nampak.

Ini wa cakap secara manusia la. Tak percaya, suruh TGHA tu main chess wa. 800 000 ahli PAS boleh bantu dia, tiada masalah. Objektifnya ialah membuktikan tahap imaginasi Presiden PAS (TGHA) itu dan ahli PAS secara general. Secara hukum alamnya, wa ramalkan, TGHA akan kalah bawah 10 langkah sekiranya TGHA berlawan secara berseorangan. Kuasa ALLAH lain bab la. Buat wa demam or diblurkan ALLAH, memang wa kalah la.

Wa sifatkan ini semua seperti manager bola sepak. Bagaimana mahu mendapatkan satu team terbaik berdasarkan apa yang kita ada? So, inilah yang wa buat, siapa penjaga gol terbaiknya, siapa yang diletakkan sebagai penyerang, pertahanan siapa dan sebagainya.

Jadi, kesimpulannya, lu semua berhak memaki hamun wa, sebagaimana beberapa kaedah / watak penulisan yang wa gunakan.

Namun, sejarah tetap sejarah. Anda akan melalui apa yang wa nampak beberapa tahun sebelumnya.

Wallahualam.

PAS Terengganu Perlu ‘Dikuarantinkan’.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Pertamanya sekali, hamba bukanlah ahli PAS. Dan hamba bukan orang yang memiliki maklumat dalaman PAS. Apa yang hamba tuliskan ini adalah dalam bentuk idealogi / pemikiran dari atas permukaan air.

Keadaan dalam air tidak sama sebagaimana dilihat dari atas air, walau sebagaimana jernih pun air itu. Kayu yang lurus akan dilihat bengkok. Biasan cahaya. Namun, walaupun tidak sama 100% tetapi tetap memberi sedikit sebanyak kefahaman tentang keadaan dalam air.

Baca dengan tenang dan tapis setiap butir.

Sekarang ini, TGNA boleh dikatakan faktor menentu setiap hala tuju PAS. Untuk menukar sedikit haluan kapal, dalam laluan yang dipenuhi batu karang, TGNA adalah faktor penentu dalam menetapkan, kanan atau kirinya haluan yang mahu dipilih itu. Buat ketika ini. Diulangi sekali lagi, buat ketika ini.

Sekarang, anda fikir, berapa sudah umur TGNA? Dan ramal berapa lama lagikah penentu terakhir PAS ini bersama dengan PAS? Dalam keadaan minit-minit terakhir TGNA, PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan satu kumpulan pendesak taktikal yang sangat lemah atau bengap. Pemikir / pendesak dari Terengganu, sedang mengelilingi / mengasak TGNA.

Dalam hal demokrasi ianya adalah sihat. Dan dalam hal demokrasi juga hamba mengemukakan ini, yang sudah pasti tidak mampu dicapai oleh lebai-lebai PAS secara kebanyakan.

PAS Terengganu adalah model ‘reject’.

PAS Terengganu pada hamba secara peribadi adalah satu model reject, di mana PAS negeri lain belajar setiap inci kesilapan model itu. Kegopohan, tidak berhikmah, berpuak, jumud dan sebagainya masih tebal. Anda bayangkan dalam keadaan situasi PAS tidak memiliki media yang luas, tidak stabil dan diperhatikan, PAS Terengganu boleh bertindak sesuatu yang mudah dimanipulasikan seperti isu Tadika dahulu. Salah satu contoh betapa bengapnya pemikiran peneraju PAS Terengganu dalam hal-hal taktikal.

Sesesaat memilih untuk dimanipulasi, sepuluh tahun belum mampu dijelaskan. Salah satu contoh bengap yang dikemukakan di sini.

Isu terkini.

Kenyataan flip-flop Presiden terbengap PAS, produk Terengganu, akan hal pertemuan dengan UMNO adalah sesuatu yang sangat mengaibkan. Tangan-tangan pemikir Terengganu seperti Mustapha Ali, Haron Taib, mencengkam Presiden yang sepatutnya mewakili PAS secara keseluruhan, bukan mewakili Terengganu. Malah sepatutnya menonjolkan diri sebagai Presiden mewakili rakyat Malaysia.

Flip-flop statement ini tidak mampu dilihat oleh ahli angguk dan telan PAS, tetapi dinilai oleh puluhan juta pengundi PAS yang bukan ahli, muslim dan non muslim, dan juga puluhan juta yang sedang mempertimbangkan memberi undi kepada PAS dari undi kepada BN lepas.

Ulama tidak semestinya bijak.

Yusof Al-Qardhawi memecahkan 3 kelompok yang perlu bagi menjadikan sesuatu organisasi Islam itu sangat berkuasa. Yakni ulama, aktivis dan pemikir. Ulama tidak semestinya pemikir. Apatah lagi ulama yang telah dibuktikan melalui ujian ALLAH, Terengganu 1999-2004. Sebuah pemerintahan yang caca marba hasil kombinasi 3 manusia ini. Mustapha Ali + Haron Taib + boneka mereka berdua. Yakni Haji Hadi.

PAS sedang dijurang malapetaka.

Secara peribadi, sekiranya PAS Terengganu gagal dikuarantinkan oleh massa PAS, diambang penghujung usia TGNA, maka, PAS akan menjadi 'PAS Terengganu' di peringkat Malaysia. Sekiranya khalayak PAS masih pahit menerima pemikiran ini, walaupun sekurang-kurangnya untuk tapisan, bersedialah PAS menerima sebuah kombinasi penentu PAS yang baru ini (selepas ketiadaan TGNA).

PAS tidak mempunyai masa yang banyak. Pelapis atau gantian TGNA perlu disediakan. Tidak kira sama ada Tuan Guru Haron Din atau siapa sahaja, tetapi, buat ketika ini, PAS Terengganu perlu dikuarantinkan dalam bentuk idea dan desakan mereka. Kembalikan TGHA kepada Terengganu, suruh 3 kombinasi itu memperbaiki PAS Terengganu terlebih dahulu sebelum memperbaiki Malaysia.

Sebuah pandangan dari atas air.

Wallahualam.

Jul 19, 2008

Siapa nak jawab ni?


Cuba lu orang baca dulu. Then fikir-fikir sendiri, baru telan mana yang lu orang rasa betul.

Artikel satu.

http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/engagement-tu-jargon-baru-untuk-apa.html

Artikel dua.

http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pendedahan-dalang2-yang-hendak-membawa.html

Kalau wa ? Tukar Presiden PAS sebab :

1. Keupayaan beliau untuk tidak dipengaruhi oleh orang-orang senior Terengganu adalah rendah. Kita dapat lihat bagaimana caca marba pemerintahan PAS Terengganu dulu. Perumpamaannya, 6 kebaikan dari 10 markah. 6/10 bukanlah markah cemerlang PAS kerana level PAS adalah tinggi. Lainlah kalau UMNO. 3/10 sudah tahap selamat bagi rakyat Malaysia.

2. Tetokohan yang rendah. Menyebabkan hampir semua penyokong PAS rasa tidak selesa. Tidak selesa melihat tenggelam bawah ketiak DSAI, tidak selesa melihat kelembapan memimpin rakyat awam dalam isu demi isu, lemah taktikal, lemah aura dan sebagainya.

3. Paling mudah dimanipulasi media. Imaginasi rendah untuk membaca 2-3 langkah di hadapan.

4. Yang peliknya, memekakkan diri terhadap kritikan. Kesedaran / keupayaan muhasabah yang rendah. Tidak berusaha untuk memperbaiki dengan giat, buat badak jer. Hanya sesekali meletakkan PAS berada di hadapan, yang selalunya tenggelam dan tenggelam.

5. Orang paling dibimbangi oleh ahli setiap kali PRU. Sesaat diputar-belit media perdana, 5-10 tahun belum tentu dapat dibersihkan / dijelaskan.

6. Orang paling dibimbangi oleh wa secara peribadi sekiranya terdapat jemputan / cabaran berdebat hal-hal pengurusan negara (ekonomi / minyak / diplomatik / penguatkuasaan / etc).

Tidak terfikir wa Presiden yang ditawarkan PAS ini mampu mengawal sifat gopoh apabila diasak atau diprovoke, memikat audien dengan bahasa badan, kepintaran membaca hujah, malah pengetahuan asas hal-hal pentadbiran negara itu sendiri.

Belum cuba belum tahu. Tapi, sekali terbukti kerunsingan wa, abadan abada lah keaiban ini kepada PAS. Selagi youtube, internet, storan itu wujud, selagi itulah.

Ontah la PAS. Sampai bila lah nak simpan sesuatu yang menjadi liabiliti dalam satu kehendak pasaran yang mendesak ini...

Siapa nak jawab ni?