
Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sebelum pembaca meneruskan pembacaan, sila letakkan diri anda di satu asas kefahaman bahawa, tulisan ini hanyalah perspektif peribadi penulis semata. Kali ini, penulis tidak mampu membawa fakta yang kukuh bagi menyokong setiap yang disampaikan, sekiranya dibahaskan atau sekiranya diminta. Jadi, anggaplah sebagai satu pengetahuan dalam bentuk kemungkinan sahaja.
Liwat dahulu.
TDM adalah seorang manusia yang licik dan cerdik. Apatah lagi dengan bantuan kuasa yang dimilikinya. Penulis percaya, secara peribadi, DSAI adalah seorang peliwat. Berada di dalam dunia UMNO tidak memustahilkan ini berlaku.
Bagaimanapun, liwat bukanlah motif TDM menyingkirkan DSAI. Tetapi pertembungan karisma. Karisma yang dimiliki DSAI semakin menenggelamkan karisma yang dimiliki TDM. Jadi, seperti penyingkiran TPM terdahulu, DSAI turut menerima nasib yang sama. Cuma DSAI bertelur berbanding TPM terdahulu. Dalam banyak-banyak skrip yang boleh dicipta oleh TDM, mengapa TDM memilih liwat?
Itu dari tajuk perspektif peribadi tanpa asas lah. Namun, di atas tajuk prinsip / kebenaran, selagi penuduh tidak berupaya mengemukakan saksi mengikut Islam, maka DSAI tidak bersalah.
Liwat sekarang.
Kini, ulangan semula peristiwa yang lalu. Untuk yang ini, penulis mempercayai percaturan pihak-pihak tertentu. Penulis percaya, hampir kesemua rakyat Malaysia, sama ada yang bangang atau yang cerdik lebih mempercayai konspirasi kali ini. Tetapi persoalannya ialah motif. Motif akan membuatkan yang diserang faham dan merancang pertahanan.
Salah satu kaedah mencari motif ialah mencari siapa. Siapa yang mengaturkan semua ini? Ada banyak manusia yang perlu dianalisis.
Khairy / Paklah.
Sekiranya Khairy / Paklah yang merancang semua ini, apakah motif mereka?
1. Menghalang sejarah 16 September 2008?
2. Mengapungkan keburukan TDM setelah keburukan Najib terapung oleh isu Rosmah-Altantuya?
3.Menarik telur Paklah yang berada di hujung tanduk ke kepala buat sementara. Mengalihkan tekanan Malaysia dan dunia terhadap undi tidak percaya dan pergolakan BN?
4. Permainan Ezam untuk kekandanya Khairy?
5. Cubaan menahan DSAI sekurang-kurangnya selepas 16 September?
6. Atau yang terdekat (tempoh) ialah melupuskan suara Anwar dari ke udara melalui RTM. Debat dengan Menteri Penerangan. Adalah berbahaya kepada UMNO, sekiranya Anwar dibenarkan live bersuara di TV. Satu medium yang menembusi dari bandar hingga ke kampung-kampung. 30 minit menyamai 30 hari.
7.
8.
Kem Najib.
Penulis memilih tajuk kecil Kem Najib berbanding Khairy yang tanpa diiringi perkataan kem. Kerana pada penulis Najib sangat penakut orangnya. Malah terlalu dayus dan bengap. Mustahil idea ini terbit dari Najib sendiri. Tetapi boleh jadi dari kem Najib.
Isu ini penulis lihat adalah peperangan kem Najib vs DSAI. DSAI jarang menyerang Paklah. Penulis percaya, akuan bersumpah RPK ialah buah catur kepada DSAI. Dan kem Najib membalas dengan laporan polis (liwat) ini.
Dengan tercetusnya isu liwat ini, bola kembali kepada kem Najib. Isu Rosmah tenggelam. DSAI pula bertungkus-lumus mempertahankan gawang.
Cubaan bunuh DSAI.
Dakwaan cubaan bunuh DSAI pada penulis tidak logik. Pengaruh dan popular DSAI bukan seperti Ibrahim Libya. DSAI diperhatikan dunia. Paklah / Najib tidak sefiraun TDM. (Altantuya dibom tajuk lain)
Dakwaan cubaan bunuh DSAI pada penulis adalah pergerakan percaturan di pihak DSAI. Dengan dakwaan ini, DSAI mempunyai alasan kepada dunia bagi menyembunyikan diri. Motif menyembunyikan diri ialah mengelakkan ditahan polis, sekaligus menyempitkan pergerakan DSAI menjelang 16 September.
Cabar sahaja DSAI bersumpah cara Islam.
Penulis bersetuju dengan Mod TKO, untuk DSAI bersumpah secara Islam, bahawa tidak pernah melakukan liwat. Atau pilihan kedua, DSAI bersumpah secara Islam, bahawa tidak melakukan liwat, untuk kali ini.
: )
Bagaimana dengan PAS?
Adalah rugi pada penulis apabila Melayu PAS meletakkan satu manusia yang silap, yang sentiasa tenggelam sebagai Presiden. Satu ketokohan yang menyebabkan PAS dipandang parti nyamuk. Apa kena-mengena dengan isu ini? Penulis memilih tidak menghuraikannya.
Pelepah pisang enggan melihat cermin.
Wallahualam.

























