Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 31, 2008

BZ sedikit.

Oleh : AdukaTaruna

Wa lepak kejap lepas menaip novel. Ada sedikit lagi untuk memasuki fasa terakhir cerita novel ni. Sikit-sikit pun banyak gak la. He. Dalam 20 muka surat kot. Epik sejarah. Sejarah tu memang dah ada, tapi wa memandai-mandai cipta sejarah baru menggunakan latar sejarah yang sedia ada. Hehehe.

Ari tu lepak dengan member wa. Member wa cakap, novel wa ni golongan pembeli adalah sikit. Kalau wa tulis dalam BI maybe leh besar sket. Sebab orang Melayu tak minat baca yang berat-berat. Wa setuju. Tapi, jangan sampai syarikat penerbitan tolak novel wa sebab takder market sudah. Huhu. Banyak lagi buku yang super dupper berat diorang terbitkan.

Sorang lagi rakan cakap wa punya novel klimak dari awal sampai akhir. Gear turbo. Wa cakap, wa guna pendekatan filem misi mustahil omputeh. Dari awal sampai akhir cemas jer. Hehehe. Maleh la wa nak guna pendekatan typikal Melayu. Membuai-buai gitu. He.

Idea ni dah lama. Tak silap wa, sejak wa tingkatan satu. Masa tu mana la minat jadi penulis. Tak terfikir langsung. Cuma imaginasi ni sentiasa berada dalam kepala otak wa ni. Ada beberapa lagi. Takper. Satu persatu wa terbitkan.

Apapun, ini bidang baru wa. Wa akan sentiasa belajar. Doakan wa berjaya.

Amin.

Walaupun market kecil, sekurang-kurangnya wa dah luahkan apo yang berlegar-legar dalam kepala otak wa ni. Dah naik semak dah. Kongsi sket la dengan lu orang. Biar lu orang plak yang semak. Hehe.

Wallahualam.

May 30, 2008

Baju bukan punca gangguan seks!

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/83672

http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/pakaian-putih-pelajar-perempuan.html

Dalam menganalisis permasalahan ini, kita perlu kembali kepada umbinya. Fokusnya apa? Mari hamba senaraikan beberapa fokus dalam masalah ini.

a. Gangguan seksual – Menarik minat si pemangsa.

b. Gangguan seksual – Mendedahkan si pemakai kepada pemangsa.

Di atas ialah pecahan fokus tajuk pemangsa. Si pemangsa pula terbahagi kepada kepada beberapa fokus lagi.

a. Pemangsa remaja.

b. Pemangsa dewasa.

Memang ianya (pakaian putih berkain jarang) bukan faktor terbesar. Tetapi ianya tetap salah satu faktor. Dan faktor-faktor ini perlu ditutup walaupun faktor-faktor utama yang lain masih sukar ditutup.

Kita tidak boleh menunggu atau berbalah perlu tutup yang sana dahulu (faktor), perlu tutup di sini dulu. Tutup sahaja setiap faktor yang mampu.

Tidak jelas? Tidak mengapa, mari kita gantikan faktor pakaian putih berkain jerang ini dengan satu faktor seumpamanya. Yakni dadah.

a. Dadah adalah antara faktor masalah gangguan seksual. Fokus menarik minat pemangsa. (khayal)

b. Dadah adalah antara faktor masalah gangguan seksual. Fokus mendedahkan si pengguna (si pemakai) kepada pemangsa. (sila bandingkan pecahan yang dimudahkan di atas)

Dalam kategori pemangsa pula :

a. Dadah membentuk naluri negatif kepada pemangsa remaja.

d. Dadah meneruskan naluri negatif kepada pemangsa dewasa.

Jadi? Mengapa anda tidak berbalah dalam isu ini? Mengatakan dadah bukan faktor gangguan dalam tajuk gangguan seksual? Mengapa tidak mengatakan krisis nilai puncanya? Jika iman tinggi, penggunaan dadah tidak membawa risiko gangguan seksual.

Tahukah gen bernama Dr itu bahawa pakaian jarang putih itu terletak di bawah tajuk krisis nilai?

"Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,"

Dr bergenetik Melayu, krisis nilai, hakisan pegangan agama itu termasuklah memakai pakaian putih yang jarang, penggunaan dadah, pergaulan bebas, fahaman sekular, hiburan melampau dan sebagainya.

Itu adalah faktor-faktor bagi tajuk masalah gangguan seksual. Jadi, apa perlunya berbalah yang mana adalah faktor utama, yang mana perlu ditutup dahulu.

Nampak tak? Kegagalan gen Melayu mengasingkan sesuatu itu mengikut tajuknya. Inilah masalah terbesar dari segala masalah. Rujuk ini.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/pakaian-putih-pelajar-perempuan.html

Catatan Santai : Melayu Gaduh Negro.


Oleh :
AdukaTaruna

Rujukan :

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Pergaduhan Melayu vs Negro di Mantin ni, bagi orang Seremban, memang tidak hairan. Terdapat satu kolej antarabangsa di situ. Pelajar Negro di sana mendominasi kolej berkenaan. Mereka menyimpan perempuan di asrama tanpa mampu diambil tindakan oleh pak guard Melayu.

Rakan wa pernah menyertai satu diplomasi memujuk negro-negro ini, untuk menyerahkan satu perempuan Melayu GRO. Dia ahli PEKIDA. Negro ini menyimpan Melayu GRO di kediaman mereka.

Di kampung wa dahulu, terjadi juga peristiwa Melayu dengan Negro. Sekumpulan Negro yang dibawa oleh pihak polis telah melarikan diri di Bukit Putus. Akhirnya sampai ke kampung wa. Situasi cemas bagi keselamatan kaum wanita, sebaliknya meriah bagi remaja-remaja lelaki. Mereka berkawal dengan kayu dan besi di waktu malam. Kengkonon hero la tu. Hehe.

Terbaru ini.

Jadi, pergaduhan secara besaran ini, mungkin kemuncak rasa tidak puas hati penduduk tempatan kepada Negro ini. Si perempuan pun satu hal, si Negro satu hal, si Melayu satu hal. Jika perempuan itu adalah GRO, wa rasa dia perlu ditempeleng terlebih dahulu. Menyusahkan!

Tidak salah wa, dahulu, di Johor Bahru, terjadi pergaduhan besar rakyat tempatan dengan warga asing juga. Bangla jika tidak silap. Yang wa ingat, di muka depan Utusan, terpampang seorang pemuda di dalam sungai sedang membelasah seorang Bangla.

Negro ni besar dan keras.

4 hari lepas, wa berpeluang bermain bola dengan player bola sepak NS NAZA. Lamin Conteh dan rakan-rakannya. Mereka sama tinggi dengan wa, tetapi macam besi dan sangat laju. Wa pun besi gak, tapi besi sebab eksiden dulu. Hehehe.

Bersaing dengan Negro dalam dunia bola sepak adalah kali pertama dalam hidup wa. Banyak yang wa dapat perhatikan.

Malaysia semakin global.

Wa pernah terbaca satu kiriman di forum utusan. Tentang sifat rakyat Kelantan yang kuat mengekalkan keaslian Kelantan. Biar kecil asalkan dari oarng Kelantan, dari besar tetapi bukan dari orang Kelantan.

Jika lu orang ke pekan nilai, maka di situ umpama bandar antarabangsa. Wa yakin, bandar-bandar perindustrian lain begitu juga. Rakyat semakin dihimpit oleh kepelbagaian bangsa di dunia. Di kampung-kampung juga tidak terkecuali.

Wa tidak tahu apakah dasar yang ingin di bawa oleh UMNO. Permit-permit perdagangan manusia dibolot mereka. Sehinggakan pekerja katering perhimpunan mereka sendiri menggunakan pekerja asing.

Berapa jumlah pekerja asing, pelajar asing, pemegang pas lawatan sosial di negara kita? Berapakah nisbah mereka berbanding rakyat tempatan di bandar-bandar? Pelbagai lagi angka yang masih samar-samar.

Sekiranya UMNO masih wujud 20 tahun lagi, apakah wajah Malaysia ketika itu?

May 29, 2008

Ezam : Main teka-teka.



Oleh :
AdukaTaruna

Hari ni wa nak bercakap bab UMNO. Wa selalunya malas bercakap bab UMNO ni. Wa banyak bercakap bab PAS. Bagi wa UMNO ni kelas terbodoh yang disembah oleh golongan terbangang. Setelah wa membaca sana dan membaca sini, wa nak teka teki, teka tekuk dengan Ezam ni.

1. Adakah Ezam agen DSAI?

Kalo kita rujuk sejarah, sebuah organisasi Melayu yang berseteru dengan sesebuah organisasi sama ada Melayu atau tidak, belum berlaku lagi. Kata lainnya, Melayu belum cukup berani atau berkemampuan lagi untuk melakukan teknik ini.

Sejarah peperangan Sultan Bangang Melayu negeri A, lawan Sultan Bengap Melayu negeri B, belum ada lagi mana-mana negeri itu menghantar agen ke negeri seteru mereka. Yang ada hanyalah melalui bangsa Inggeris.

Jadi, wa tak fikir sama ada gen Melayu bernama DSAI ataupun si agen itu sendiri, gen Melayu bernama Ezam berupaya atau berani melakukan ini.

2. Ezam kecundang dalam istiqomah.

Bagi wa ini adalah tepat. Perjuangan PKR adalah perjuangan individu sebenarnya. Kemudian, bertukar kepada perjuangan mereformasikan UMNO. Acuan dan mole nya adalah UMNO. Bila sebut tentang perjuangan, maka, perjalanannya sudah pasti panjang dan pedih.

Perjuangan mereformasikan UMNO semakin lenyap. Dah tiada demo ganas ala UMNO setiap hujung minggu. Kemudian, PKR berevolusi menjadi perjuangan multi-racial. Parti Kepala Lembu pun bergabung.

Dalam perjuangan yang panjang, ramai acuan UMNO yang kecundang. Semangat 46 adalah satu bukti. Orang-orang acuan UMNO tidak mempunyai satu kemanisan iman. Standard sama macam wa, Roslan Kassim dan seangkatan.

Ezam adalah gen Melayu acuan UMNO yang mengalah dalam satu perjuangan yang panjang dan pedih. Kantung sara hidup yang mengecil, ketabahan hadapi saingan jawatan, istiqamah dan sebagainya. Ezam melengkapi acuan UMNO yang lainnya.

3. Ezam ditunggangi Khairy.

Selepas ini, sekiranya Ezam dilihat vocal terhadap musuh-musuh Khairy, ianya sah membuktikan, demi sara hidup, ataupun demi satu situasi berlakunya jandanya yang sudah berjaya (PKR berjaya setelah bercerai dengan Ezam), maka Ezam menjadi tidak tentu. Ketenteraman hati sudah bergolak. (Orang lain dah berjaya, wa still macam ni.)

a. Jika Ezam menawarkan diri bertanding di laluan Khairy, sebenarnya dia menjadi daun pengacau pencabar Khairy.

b. Jika Ezam bersuara terhadap Khir Toyo yang dikatakan mempunyai kes rasuah, maka, itu adalah suara Khairy terhadap pencabarnya.

c. Jika Ezam bersuara terhadap Mukhriz, maka, itu juga adalah suara Khairy.

Semuanya ini adalah satu percakaran sempena pemilihan agong UMNO.

Buat Muhyiddin Yassin.

Lu sendiri sudah tahu, bahawa Khairy adalah liabiliti kepada UMNO. Lu sendiri saksikan bagaimana tangan-tangan Khairy ini menghancurkan UMNO. Skang ni, alang-alang lu dah suarakan bunga-bunga bantahan terhadap kemasukan Ezam, lu kena seluk ke pangkal lengan, bro.

Lu dengar ni wa nak hasut lu jap. Lu kena yakinkan MT bahawa kemasukan Ezam mengundang padah. Lu kena cadangkan kepada MT, bahawa Ezam hanya boleh diterima masuk selepas Pemilihan Agong UMNO. Selesaikan masalah parti lu satu persatu ma.

Bila dah selesai, sapa yang jadi MT, sapa yang jadi ketua, baru lu terima kemasukan Ezam. Skang baru cantik, bro. Ni tengah beroleng kiri dan kanan, tiba-tiba Ezam loncat masuk. Boleh terbalik ma. Gentle wa cakap ni.

Takan wa nak bagi cadangan yang salah plak?*

Wa bukannya ada kepentingan apa-apa pun.

4 Syarat Untuk PAS Sertai BN.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Wa tak pasti tentang ini. Pelbagai sumber khabar angin yang mengatakan ini. Sehinggakan wa berfikir adakah pemergian TGNA ke tanah suci adalah untuk memikirkan tentang ini? Hati wa berbelah-bagi. 70% tidak setuju dan 30% setuju. Walaupun UMNO mengisytiharkan akan komited terhadap Islam.

Wa harap PAS fikir dengan teliti, bukan sahaja rujuk sirah kenabian, tetapi juga sirah sendiri. Kemasukan PAS ke dalam UMNO, wa ramalkan akan mengundang perpecahan kepada organisasi berdaftar bernama PAS ini. Akan wujud beberapa parti serpihan bermula dari ketidaksetujuan keputusan itu. Selepas terpecah 2, satu golongan yang setuju untuk menyertai BN, satu golongan yang tidak setuju, PAS wa ramalkan terus terpecah lagi akibat perbezaan kepimpinan dalam menetapkan hala tuju parti-parti baru.

Sekiranya PAS mahu juga.

Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak terjangkau oleh pengetahuan golongan seperti wa, wa harap PAS pertimbangkan syarat-syarat ini.

1. Dapatkan akhbar harian sendiri tanpa memerlukan permit dahulu. Atau kata lainnya, hapuskan permit untuk memiliki akhbar dan memperbaiki undang-undang akta hasutan / akta mesin cetak.

Akhbar harian PAS sangat diperlukan sekiranya PAS ditendang keluar semula, untuk berdakwah, untuk menjawab isu dan sebagainya. Penambahbaikan akta-akta itu ialah untuk menetapkan berita yang hanya menghina sesuatu kaum dan agama secara jelas sahaja diambil tindakan. Itupun setelah dibuktikan di mahkamah. Manakala penghapusan permit bertujuan tidak berlakunya satu situasi permit tidak diperbaharui.

2. Keluarkan PDRM dari bawah Jabatan Perdana Menteri kepada bawah Yang Dipertuan Agong. Kita tidak mahu apabila PAS tidak diperlukan lagi, maka PDRM akan menjadi samseng yang menghalau PAS.

3. Refomasi SPR. Mungkin ada idea yang lebih baik, untuk menjadikan SPR satu badan yang benar-benar bebas dan profesional. Ini adalah asas yang perlu dipulihkan bagi mana-mana negara yang mendakwa dirinya pengamal demokrasi.

4. Kembalikan peruntukan wajib pusat kepada Kelantan, royalti kepada Terengganu, dan harus profesional terhadap semua kerajaan negeri bukan BN.

Setelah 4 syarat dipenuhi.

Setelah itu, barulah PAS lebih selamat untuk berjuang dari dalam. Sudah ada tilam-tilam tertentu sekiranya ditolak semula ke luar. Langkah awal yang mungkin sesuai untuk PAS uji UMNO setelah berada di dalam ialah membebaskan tahanan politik / ISA.

Jadi wa harap, PAS berfikirlah dengan teliti. Khabar-khabar angin ini agak banyak. Sekiranya ianya sedikit sebanyak merimaskan wa, sudah tentu ianya juga merimaskan penyokong PAS yang lain. Kenyataan Hussam, Mat Sabu dan lain-lain yang menggambarkan kemustahilan PAS merawat UMNO dari dalam sedikit sebanyak melegakan. Dan mungkin perlu diulang lagi pendirian itu dari masa ke semasa.

Wallahualam.

May 28, 2008

Ezam Adalah Saudara Tajuk Kemanusiaan, Musuh Tajuk Politik.



Oleh :
AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Sah! Ezam menyeberang ke dalam UMNO. Perhatikan perbezaan ini wahai pemikir PAS. Ianya penting!

1. Cara Ezam menyeberang adalah menunjukkan dia mempunyai satu tilam peringkat tertinggi. Yakni dia disambut oleh Paklah.

2. Roslan Kasim menyeberang dengan tilam kedua tertinggi. Yakni melalui Najib.

3. Ahli biasa menyeberang dengan tilam murah. Disambut Menteri Besar atau Ketua Cawangan.

Ini bermakna, kemasukan Ezam didorong sokongan penuh manusia tertinggi negara. Muslihatnya? Tidak diketahui.

Nantikan kenyataan PKR.

Sekarang, PAS hanya perlu menumpukan tugas yang diamanahkan. Jika didatangi media, hanya jawab seperti tajuk artikel ini. Dari sudut kemanusiaan, seperti BN yang lain, mereka adalah saudara dan sahabat. Dari sudut politik, mereka adalah cabaran.

PAS tidak perlu terburu-buru mencampuri urusan jiran strategiknya, PKR. Hanya lihat dan perhatikan, apakah kenyataan pimpinan PKR terutama DSAI. Berdiam diri atau sebaliknya. (hehehe)

Apa yang dibimbangi wa, impian DSAI menjadi PM lebih tinggi dari perjuangan yang diucapkannya. Jika kebimbangan ini adalah benar, ianya merumitkan lagi keadaan bagi sudut manusia, dan mungkin memudahkan keadaan bagi sudut perancangan ALLAH.

ALLAH tetap maha mengetahui.

Mudah katanya, dalam ketiadaan TGNA, PAS perlu bertahan dari melulu dan bertahan dari terlewat.

Orang-orang yang diuji.

ALLAH kata mana boleh manusia kata kami beriman sekiranya mereka tidak diuji. Ayat lainnya mana boleh lu kata lu berprinsip tapi lu belum diuji. Hehe.

Jadi, dulu DSAI dah diuji ALLAH. Prinsip vs pangkat UMNO. Berjuang melalui dalam.

Skang manusia bernama Ezam pula. Melengkapi golongan yang dibuktikan ALLAH melalui ujian. Roslan Kasim dan sebagainya.

Wa ni dah kompom la. Tak payah uji dah tau result. Mesti cenderung ke arah duit punya. Hehehe. Pangkat insyaallah tidak la. Sebab wa jenis rimas. Pangkat / publisiti / glamer bagi wa sangat membebankan dan merimaskan.

Kepada Ezam. Selamat menduduki pengkelasan tertentu.

; )

Wallahualam.

May 27, 2008

Ingin Bertanya. Bidang penerbitan buku.



Oleh :
AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Salam kepada pembaca. Wa ingin bertanya kepada mereka yang arif mengenai bidang penerbitan ilmu ini. Harap ada yang sudi kongsi ilmu.

Begini. Wa skang mencuba bidang baru. Yakni bidang penulisan novel. Wa sudah memulakan novel wa ini dan sekarang siap dalam 90%. Jadi, wa ingin bertanya kepada sesiapa yang mengetahui prosedur atau tips atau apa sahaja mengenai dunia penerbitan buku ini.

Di bawah ini wa sediakan antara persoalan wa sebagai orang zero dalam ni. Mungkin kelakar bagi orang yang lama dalam bidang ni, tapi harap lu orang leh share kat wa dan seterusnya kepada mereka yang membacanya. Terima kasih.

1. Wa tulis dalam word. Adakah perlu ada software apa2 sebelum kita menemui mana-mana syarikat penerbitan? Kalau word, guna font apa, saiz berapa, spacing berapa? (mesti lu orang gelak guling2 nih. Hehehe)

2. Macamana kita nak protect tulisan kita? Sebab bimbang jika di bawa ke syarikat penerbitan, tetapi reject, tahu2 dah ada di pasaran dengan nama penulis lain. Mati wa. He.

3. Royalti, harga, hakcipta milik syarikat or penulis, etc.

4.

5. (benda penting lain yang mesti tahu)

Wa ucapkan terima kasih kepada yang sudi menjawab, berkongsi, meng'up'kan. Hehe. Kalo sudi nak bantu wa melalui email : adukataruna2@yahoo.com

Maceyy banyak2 aaaa....

May 26, 2008

Masalah Analisa Lebih Besar Dari Fatwa Gelang Magnet!


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pendahuluan.

Kali ni hamba ingin membincangkan bidang agama. Walaupun hamba bukan ahlinya, tapi hamba bercakap dalam tajuk yang lebih besar dari itu. Taktikal. Sila sediakan kopi sebelum membaca.

Baiklah. Begini. Hamba membayangkan hamba adalah manusia yang cenderung ke arah bidang ini. (Taktikal) Contohnya, hamba boleh melukis, tetapi lukisan dalam tajuk taktikal. Seperti plan, bangunan, kejuruteraan. Benda-benda yang objek. Tetapi sangat lemah dalam lukisan yang bukan taktikal. Seperti abstrak, motif bunga la, batik la, dan sebagainya.

Jadi, hamba hanya bercakap dalam kecenderungan hamba. Para pembaca, sila lah menapisnya sendiri.

Menetapkan keputusan.

Hamba percaya secara peribadi, cara manusia itu menetapkan sesuatu keputusan adalah berbeza-beza. Dan untuk pembahagian yang lebih mudah, hamba membahagikannya kepada gen atau bangsa. Hamba percaya, setiap gen akan mempunyai kebolehan membuat keputusan yang berbeza.

Mari kita ambil contoh isu ini. Isunya ialah gelang magnet. Dalilnya sekian-sekian. Tafsirannya pula sekian-sekian. Kita lihat pengasingan di bawah :

a. Isu / masalah : Gelang Magnet.

b. Fakta / rujukan : Dalil.

c. Agen keputusan : Keupayaan tafsiran.

Isu gelang magnet.

Dalam isu ini, di mana kita jadikan contoh dalam perbincangan kali ini, mari kita gantikan 3 perkara yang diasingkan di atas dengan satu perkara serupa yang lain. Ini adalah salah satu kebolehan menganalisis. Mari kita cuba :

a. Isu / masalah : Tindik kesihatan di telinga / hidung / lidah. (Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada produk ini. Pelbagai fesyen dilancarkan oleh syarikat yang menemui dan mendakwanya.)

b. Fakta / rujukan : Dalil.

c. Agen keputusan : Keupayaan tafsiran.

Sekarang, gunakan kebolehan tafsiran anda, berpandukan dalil, untuk menetapkan keputusan, dalam tindik kesihatan pelbagai fesyen ini.


Dapat?

Sekarang rujuk link ini.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10370

Mari kita membayangkan ini. 4 syarat memakai tindik kesihatan.

1. Pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa tindik itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah.

2. Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

3. Tindik mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

4. Jika pemakaian tindik itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai penutup kepala / hidung yang dapat menyembunyikan tindik berkenaan.

Tamat contoh isu gelang magnet. Kita pergi ke satu contoh lain. Mungkin lebih panas sedikit. Namun hamba tetap akan mengutarakan pendangan ini.

Contoh kedua yang mungkin panas.

Rujuk ini dahulu :

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=1800

Ulama ini ber'gen' Melayu. Kepercayaan yang hamba kemukakan di atas ialah, keupayaan menetapkan keputusan adalah berbeza-beza mengikut gen, walaupun berdasarkan dalil / fakta / statistik yang sama. Sila baca dengan perlahan.

Ulama gen Melayu ini ditawarkan satu perkara timbal balas terhadap satu jasa yang dilakukannya. Dan beliau memilih satu keputusan bertaraf peribadi. Keputusan beliau mengikut kepercayaan hamba ialah dipengaruhi gen.

Mari menganalisis.

1. Kebolehan ulama Melayu ini membuat jasa itu adalah dengan izin ALLAH.

2. Jadi, sekiranya mahu menetapkan keputusan bentuk apa balasan dari orang yang menerima jasa itu, hendaklah dikembalikan semula kepada ALLAH. Betul?

3. Tetapi, oleh kerana keupayaan gen Melayu menetapkan keputusan, maka, beliau telah memilih untuk bersolat di dalam kaabah. Bagi hamba ini bertaraf individu.

4. Sepatutnya, berdasarkan kefahaman dikembalikan semua kepada ALLAH, mungkin ulama Melayu itu boleh menetapkan beberapa pilihan.

Pilihan-pilihan yang mungkin.

1. Oleh kerana orang itu mendakwa sangat berkuasa dan berpengaruh, ulama Melayu tersebut mungkin boleh memohon supaya orang berkenaan dapat menerbitkan satu stesyen TV atau akhbar di Malaysia, di mana, umat Islam dapat menjawab fitnah-fitnah kepada ALLAH.

2. Oleh kerana orang itu mendakwa sangat berkuasa dan berpengaruh, ulama Melayu tersebut mungkin boleh memohon supaya orang berkenaan dapat menekan kerajaan Malaysia untuk membebaskan ulama tahanan ISA supaya kebebasan mereka itu dapat dimanfaatkan di jalan-jalan ALLAH dengan lebih berkesan.

3. Membiayai sehingga berjaya gerakan Islam di Malaysia.

4.

5.

Nampak? Hamba tidak mengatakan beliau memilih keputusan mementingkan diri seumpama ulama yang berkurung beribadat di dalam-dalam gua. Malah mungkin pilihan beliau selepas permintaan utama tidak termampu ditunaikan. Tetapi bercakap atas tajuk kemampuan menetapkan keputusan adalah berbeza-beza mengikut genetik.

Kesimpulan.

Hamba bukan ahli agama. Para pembaca meminta merujuk kepada ahli yang lebih arif. Cuma hamba bercakap dalam tajuk taktikal. Keupayaan individu mentafsirkan sesuatu fakta adalah berbeza-beza. Kerana itu Islam mempunyai pelbagai mazhab.

Apa yang difokuskan, ialah, betapa pentingnya sesuatu keputusan itu dibuat oleh golongan yang sememangnya genius dalam bidang berkenaan. Atau dalam ayat nabi saw, bermaksud, apabila sesuatu bidang itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka, tunggulah kehancuran.

Dan dalam konteks Malaysia, kebanyakan bidang telah diserahkan kepada gen Melayu sebagai ahlinya. Dari kerajaan sehinggalah pembangkang. Untuk kefahaman ini, adalah mustahak, bagi pembaca yang bersetuju dengan hamba, supaya tidak taksub, tidak terikat dengan setiap keputusan yang ditetapkan ahli gen Melayu itu.

Anda berhak bersuara, anda berhak berbahas, anda berhak berhujah. Betul atau salah bukan isunya. Isunya ialah perbahasan yang sihat menjana ke arah satu pemikiran kelas pertama, dan menghasilkan keputusan terbaik.

Tidak semestinya benar.

Wallahualam.

May 25, 2008

Pakaian Putih Pelajar Perempuan.



Oleh : AdukaTaruna

Hari ni wa nak berkongsi rasa tentang isu pakaian sekolah nih. Cantet gak saranan dari persatuan tuh. Secara jujur lagi ikhlas, wa akui, tanpa tudung yang melabuhi dada, wa pon tertarik. Kalau wa dah tertarik, wa rasa amdang81, berg, uma, dan lelaki semua yang normal pon tertarik gak. Hehehe.

Nafsu lelaki.

Skang wa membahagikan nafsu lelaki. Terbahagi kepada 2. Orang lama, dan remaja 'baru naik'. Lain maa. Lu tak caya sudah. Wa bab memerhati nih cukup suka. Meh wa bagi satu contoh.

1. Cuba lu imbau mase memula lu dapat motor or naik motor. Masa remaja. Ghairah. Laju gile lu bawak. Panas baran. Skang? Dah naik muak dah. Kalau buleh nak naik skooter jer. Peras jer minyak. Tul tak?

2. Cuba lu tengok mase zidane / ronaldinho / hendry main kelab utama. Dari kelab bawahan ke kelab dunia. Ghairah gile. Velintino rossi mase memula. Asyik menang jer. Skang? Dah tiada keghairahan. Main senang jer. Passing sana, passing sini.

Setuju?

Hishamuddin.

Si mamat gen Melayu ni, analisis dia cetek. Dia tgk persepsi dia as Menteri or orang lama. Memang la tak teransang tengok baju putih nipis ni. Sebab dia dah muak dunia seksi-seksi ni (tiada bukti).

Yang orang kata ialah naluri ingin tahu bebudak baru nak up nih. Semua dia nak try. Ghairah tahap kemuncak. Kena la plak dunia yang semakin terbuka nih. Artis sana sini. Henpon kamera makin murah.

Tu pasal, owang suh rujuk Islam. Mudah dan selamat. Kalau nak rujuk analisis Menteri Melayu, adeh... gentle dan ikhlas wa cakap. Celah kuku jer standard mereka.

Nenek tua pun kena rogol gak.

"Ini bukan masalah pakaian atau seksi. Nenek tua berlitup pun kena rogol."

Tu la pasal wa cakap, analisis lu cetek. Nenek tua tu bukan agen penaik nafsu. Tapi mangsa. Agen penaik nafsu datang dari banyak tajuk. Seksi boleh, bahan-bahan lucah boleh, filem2 hiburan buleh, buku2 lucah lulusan KDN buleh, dadah buleh. Semua buleh.

Jadi, mangsa adalah orang yang terdedah. Nenek tua pon diorang leh tampal dengan muka Siti Nurhaliza. Kalau ada 2 pilihan mangsa yang terdedah, satu nenek tua, satu cucu dara, sudah pasti cucu dara yang dipilih.

Jelas? Korang paham ke tak ni Sister In Islam? Antara mangsa keadaan dan agen penaik nafsu.

a. Agen Penaik Nafsu

b. Mangsa

Sekali lagi wa ulang balik perenggan atas ni. Tu pasal wa cakap, otak gen lu ni tahap celah kuku. Bila lu sedar diri, otak lu tahap celah kuku, maka, lu orang rujuk la Islam. Dah semua ni ALLAH yang cipta, ALLAH tahu la perkara ni semua.

Kita hanya rujuk jer. Sonang maa...

Cadangan.

Jadi, merujuk pada amdang81, dan berg sebagai sample dalam kes ini, wa cadangkan 2 perkara.

1. Wajibkan tudung labuh. Ingat. Agen penaik nafsu. Jangan sombong dengan ALLAH.

"Tudung labuh pun wat maksiat gak."

Itu dah bab lain la akak oi. Orang cakap tajuk Agen Penaik Nafsu. Bila semua agen2 ni dah selesai ditutup, maka, ianya perlu bergabung dengan pengisian rohani. Tajuk bab Pengisian Rohani pulak.

Benda ni macam tudung saji yang melindungi lauk la. Agen Penaik Nafsu satu lubang yang ditampal. Pengisian Rohani satu lagi lubang yang ditampal. Dasar pendidikan negara lubang besar yang perlu ditampal. Dasar modal insan negara yang mengikat dasar hiburan, sukan, etc juga adalah satu lagi lubang besar yang perlu ditampal.

Paham?

2. Jika non muslim nak pakai baju kurung putih ni, wajibkan pakai kot atau vest (camni ke eja dia?)

3. Pengasingan gender untuk sekolah menengah (mengambil kira umur baligh. Adik beradik berlainan gender kan kena asingkan bilik mencecah umur bape tahun aa? Tulun bagi tau wa sat)

4. Tuko kerajaan. Muahahahaha. Wa dah naik meluat tgk standard Menteri2 Melayu nih. Suh rujuk Islam tak mo. Kunun rujuk barat. Rujuk bab bangang lak tu. Bab yang betul cam ketelusan, etc tak rujuk plak. Adeh... Melayu2...

Kesimpulan.

Semua ni wa taip tanpa homework. Taip sepintas lalu jer. Lu orang pandai-pandai la tapis. Hehehe. Buat para sample, wa ucapkan terima kasih atas kerjasama. Dengan ucapan, tunduk-tundukanlah pandangan. Hihi.

Walllahualam.

Email Dari Penyokong TDM Kepada Wa.


Oleh : AdukaTaruna

Wa ada terima email dari saudara kita sebelah UMNO. Wa lambat buka email. Tapi wa nak raikan suara beliau di blog wa.

TGNA dengan wa bagai langit dengan bumi ma. Hikmah dia, kesabaran dia. Macam2. Hehe. Tapi, wa setuju dengan saudara UMNO kita ni. Harap lu teruskan contohi TGNA. Wa jangan sesekali.

**********************

Email dari saudara UMNO.

assalamualaikum hamba Allah...

pertama sekali ingin saya memohon ampun kepada Allah S.W.T jika kata-kata saya ini melukai hati anda dan jika menjadi dosa kepada-Nya...

Ingin saya memberitahu saudara bahawa apa yang saudara katakan ini pastinya amat mengguris hati saya serta ahli-ahli UMNO yang amat sayangkan mantan Perdana Menteri kita...

merujuk kepada tajuk Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir. Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkara yang berlaku kepada Tun mahathir telah meruntun hati kebanyakan rakyat Malaysia yang datangnya dari kekejaman dan kepentingan diri pemimpin sekarang dan juga pakatan pembangkang yang jelas agendanya hanya untuk tembolok sendiri dan bukannya iklas kerana Allah, negara dan bangsa.

Jika benar Tun mahathir begitu zalim kepada agamanya dan bangsanya sendiri kenapa perlu dia terus menerus membangunkan Malaysia dengan cara Pembangunan islam tanpa mengabaikan mana-mana golongan atau bangsa seperti yang dilakukan pak lah dan kroninya sekarang.

jika dia tidak cukup islam, kenapa perlu dia menggesa negara-negara Arab bersatu di bawah OIC demi untuk menentang anasir-anasir zionis LAKNATULLAH.

Di sini telah jelas dan nyata bahawa anak kelahiran KEDAH ini benar-benar iklas dalam perjuangannya untuk memartabatkan Malaysia dan menjadikan Islam di dunia sebagai Agama yang digeruni dan dikasihi sehingga beliau di geruni oleh musuh-musuh Islam dunia. Perkara ini telah di akui oleh Tuan Guru Nik aziz sendiri semasa Tun mahathir berkunjung ke negeri kelantan.

Pada hemat saya jelaslah bahawa saudara hanya melihat Tun Mahathir dari sudut yang sempit dalam menilai kepimpinannya.

Bukankah Islam juga menuntut agar Umatnya meningkatkan ekonomi, mendirikan pembangnan, menjaga keharmonian agama,menaiktarafkan cara hidup islam. Pada penilaian saya, sepanjang pemerintahan Tun beliau telahpun memimpin negara mengikut sunnah Rasulullah tanpa rasa was-was.

kejadian di mamali adalah kerana salah mereka sendiri kerana terlalu fanatik dengan Fatwa Hadi Awang yang mengkafirkan ahli-ahli UMNO. Siapa pula Hadi Awang yang sewenang-wenangnya boleh mengkafirkan orang tanpa fakta dan bukti yang kukuh.

saya harap selepas ini saudara dapat menilai semula Tun Mahathir dari kontek yang lebih luas. Saya juga tidak sama sekali menafikan sebagai manusia yang bersifat baharu sudah semestinya beliau juga ada melakukan kesalahan. tetapi dari penilaian saudara itu sudah semestinya salah kerana saudara hanya melihat dari dunia saudara yang sempit tanpa dapat menerima pandangan orang lain

sekian dahulu pandangan saya pada kali ini, semoga Allah bersama-kita dalam mencari kebenaran dan Allah sentiasa memberi rahmat kepada malaysia sebagai bumi Islam dan minta dijauhi dari bala akibat dari tangan-tangan manusia yang jahil lagi durjana...

Apa yang penting di sini, marilah kita sama-sama terus mendokong Islam dan melayu untuk terus bersatu dan maju. Marilah kita mulakan dari diri kita sendiri ataupun dengan langkah pertama kita dalam memperjuangkan kebenaran...

ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!
p/s;
ini hanyalah pandangan peribadi saya tanpa di pengaruhi mana-mana pihak dan sentimen.
Amin..
Wira Haji Abdullah...

*******************

Dan ini balasan email kepada beliau.

Waalaikumussalam wrkt

: )

Maaf lambat jawab. Teruskan hak bro untuk bersuara seperti mana saya. Saya boleh menerangkan kepada bro siapa sbnrnya TDM ini, tetapi, apa yg bro ckp itu adalah fakta juga.

Insyaallah, suatu hari nanti, sama ada bro atau saya yang akan sedar. Yang mana satu yang benar. Sebab antara keduanya, pastu hanya ada satu yang benar secara keseluruhannya.

: )

Di sudut lain, pastikan suara kita, biarpun jelas berbeza, ianya tidak memutuskan persaudaraan, tidak bunuh membunuh seperti memali, padang terap, etc. Professional.

Saya akan siarkan suara hati bro sebagai menghormati kebebasan idealogi, kebebasan bersuara di blog saya. http://adukataruna.blogspot.com/

Manusia yang tidak bersependapat, tidak sepatutnya dibunuh, di ISA, etc. Ia tetap saudara kita dalam konteks demokrasi.

: )

Wallahualam.

Bantahan Kepada PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pertama, diakui bahawa kelayakan wa untuk membuat bantahan ini kepada PAS agak jauh. Ini kerana wa bukan ahli PAS. Cuma di atas tiket pengundi PAS.

PAS telah menunjukkan kematangan demi kematangan atas kerangka universalnya. Wa memang caya. Sentiasa bersih, tulus dan ikhlas menerima sesiapa sahaja ke dalam wadah yang diperjuangkan PAS. Selepas Ibrahim Ali, TDM, kini Ezam pula. Ok. Wa tiada masalah berkenaan itu. Cuma wa ada bantahan sedikit dalam tajuk ini.

PAS seumpama gedung intan.

Dalam situasi perjuangan Islam di Malaysia, dalam satu-satu wadah, pasti akan ada golongan yang ALLAH pilih. Dalam wadah politik Islam, PAS adalah golongan yang terbaik di antara golongan lain yang mendakwa memperjuangkan politik Islam. Atau ayat lainnya, PAS adalah golongan yang sedikit buruk berbanding terburuk yang ada.

Jadi, mungkin sebab PAS pilihan ALLAH, maka, ALLAH mengurniakan PAS pelbagai kategori intan. Dari ulama kerajaan yang keluar menyertai PAS seperti Haron Din, ulama yang disingkir ALLAH untuk menuju ke dalam PAS seperti Ishak Baharom, Ismail Kamus; sehinggalah ke pakar nuclear, pakar ekonomi, cendekiawan dan sebagainya.

Jadi, PAS seumpama gedung intan yang menawarkan kualiti kepada pengguna (rakyat).

Persaingan.

Wujud persaingan sihat yang dibenarkan syarak di dalam gedung intan ini. Ada yang sedaya upaya menyembunyikan kilauannya atas sifat tawaduknya, mengelak persaingan walaupun dibenarkan, ada yang tidak tersorok kilauan dan mutunya dan pelbagai lagi.

Namun, apa yang wa bantah ialah, apabila membawa satu produk intan yang mempunyai standard Quality Control yang berbeza dari luar, wa harap, mereka tidak ditawarkan apa-apa kepentingan secara ‘memijak’ sistem persaingan yang ada dalam gedung PAS ini. Wa bantah sekerasnya walaupun kelayakan wa amat jauh.

Sekiranya Ibrahim Ali memasuki PAS, PAS perlu tegaskan bahawa beliau perlu bersaing dengan permata / intan lain di PRU akan datang, dalam muktamar dan sebagainya. Sekiranya TDM memasuki PAS, begitu juga. Ezam pun begitu juga. PAS bukan parti yang menawarkan jawatan kepada golongan yang dahagakan jawatan.

PAS tidak perlu memberi jawatan seperti Institusi Tok Kenali, kemudiannya ‘tinggal’ apabila mendapat jawatan glamer dan besar. Pengarah Strategik Gudang lain. Orang seperti ini wa pandang sebelah mata dalam tajuk ini.

Penutup.

Jadi, wa ulangi, wa bantah sekeras-kerasnya, sekiranya PAS menawarkan kedudukan tertentu dalam PAS terhadap orang yang dipelawa. Mereka perlu masuk dengan ikhlas, tidak mengharapkan jawatan, glamer, publisiti seperti para intan yang dimiliki PAS.

Ketika satu situasi para permata terbaik dalam PAS yang sedaya upaya tidak mahu bertanding akibat sifat tawaduk, PAS meletakkan manusia tiada standard ini dalam kedudukan PAS, wa rasa ianya adalah sesuatu yang mengecewakan.

Wa tidak kata PAS menjanjikan atau telah melakukan, tetapi, wa bantah sekiranya inilah konsep tawaran yang PAS berikan.

Wa bantah!

Wallahualam.

May 23, 2008

Tahniah Malaysia. Tahniah UMNO, Tahniah Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Wa hari ni agak letih sket. Cuma nak ucapkan tahniah kat 3 di atas ni. Pertama sebab bagi Singapore kat orang. Bangsa lain pun pelik. Kedua bagi lagi pulau lain plak. Pastu bagi lagi WPI plak. Pastu bagi lagi... pastu bagi lagi.... adeh...

Harapan wa, kalau si UMNO ni kalah, harap-harap buku teks sejarah tu tulis balik la. Meluat plak wa. Sibuk dengki sesama sendiri, terlepas benda lain. Rasa cam nak mencarut pun ada. Sebijik macam kuceng wa yang gangster nih.

Wa ada 3 ekor kuceng. Paling otai warna oren. Umur 8 tahun. Parut sana sini. Telinga satu dah cacat sebab bergaduh. Balik rumah sekali dua sehari jer. Tu pun time lapar atau boring.

Kuceng yang paling kecik umur ntah bapa tahun ntah. Sebab wa kutip. Kesian tgk dia kecik2 dah kena buang. Warna putih. (Citer bab kuceng plak. Hehe) Tapi kecik lagi la. Masih zaman kanak-kanak riang.

Nak jadikan citer, tadi, ada sekor riang-riang masuk rumah wa. Main-main kat lampu kalimantang. Wa tengah lepak tengok tv3 suku. Bunyi bising gila riang-riang nih. Si kuceng kecik wa apo laie. Mula la jadi tak tentu arah. Lompat atas tv la, atas meja la. Nak tangkap binatang tu.

Sedang asyik wa tengok tv, tiba-tiba bunyi bising yang ganjil dari binatang tu. Wa toleh, dak kuceng kecik wa dah dapat tangkap. Wa tak tahu cane. Tiba-tiba masuk kuceng otai wa warna oren dari pintu utama. Pintu tak tutup rapat.

Beliau boleh selamba datang kat kuceng kecik wa, rampas riang-riang tu, geget. Senyap binatang tu. Pastu dia blah ke dapur. Eh, wa cakap.

Wa pun bangun tgk la. Kepala riang2 tu dah hancur. Dah mati. Kuceng kecik wa penat kais2 guna kaki depan dia suh riang2 tu gerak. Nak ajak berfoya-foya kot.

Wa pun terus kaitkan kuceng oren wa dengan kes pulau batu putih dalam tv3 yang wa tgk.

Relevan ke?

TGHH : Isu Bloggers.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan 1 : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10283

Rujukan 2 : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14534&Itemid=28

Petang ni wa nak bercakap tentang isu kecil ini. Bagi wa kecil jer isu ni. Lu nak sound bloggers ke, nak alu-alukan bloggers ke, tiada tiada kesan kat blogger yang baru terkial-kial membloggerskan diri, ni. Hehehe. Cuma mungkin ia ada kesan kepada bloggers taikun tanah air.

Memula ce lu orang klik rujukan 1. Study. Tengok cara penyampaian berita itu. Dan tengok penyokong TGHH mempertahankan kenyataan TGHH yang dilaporkan. Hehehe. Kita leh tengok berbagai standard pemikiran di situ.

Penyampaian berita.

Setahu wa Tarmizi Mohd Jam tu orang lama dalam penulisan / kewartawanan tu. Walaupun begitu, bukanlah wa bermaksud dia salah lapor atau betul lapor. Sebab bukan wa berada di situ. Ucapan TGHH pun tak sampai sepenuhnya kepada kita.

Cuma apa yang wa nak ulas ialah, penulisan mengepilkan sekali 2 tindakan yang kontra antara satu sama lain, terhadap "sombody / public figure" PAS, dalam satu tulisan / tajuk, akan memercikkan satu sentimen. Hehe. Benda ni basic. Ayat mudahnya ialah melagakan / membandingkan.

Okeh. Wa tak mahu ulas benda itu adalah etika atau tidak. Setakat yang wa ketahui, TGHH adalah individu yang paling wa kritik. Namun, wa tidak mengepilkan perbandingan dengan TGNA dan sesiapa yang juga 'somebody / public figure" dalam PAS. Dengan tokoh bukan PAS / dunia adalah.

Hujah penyokong TGHH.

Wa tidak mahu komen banyak. Hari ni wa ajak semua pembaca blog wa berfikir petang-petang ni. Wa pun rehat kejap dari buat sesuatu projek perah otak. Jap g nak men bola. Berat dah 71kg untuk ketinggian 172cm. Ideal ke tak, wa tak tahu. Yang wa rasa cam dah gemok jer. huhu.


Jadi untuk itu, lu orang klik Rujukan 2. Fikir-fikir. Bebaskan diri anda. Sapa nak joint wa men bola bagi membalas dendam kepada penyokong Man U, dialu-alukan. Hehehe.

"Pemimpin mesti sedia dikritik dan jangan berkuasa dalam semua perkara. Kalau ada rakyat yang salah maafkan mereka dan bawa pada perbincangan,"

Positifnya, mengkritik orang besar PAS sudah tidak taboo lagi oleh penyokong PAS, lama dan baru.

: )

Wallahualam.

May 22, 2008

Bacaan Berat : Mencilok Negara Islam.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Dan Maha Ego.

Pertamanya, sekiranya anda hanya memiliki fikiran ringan, sila abaikan artikel ini.

Baiklah, sudah banyak kali, terutama akhir-akhir ini, adanya dedahan PKR / DSAI yang menolak Negara Islam. Dedahan yang bertujuan meretakkan perpaduan Barisan Rakyat ini hamba lihat gagal dijawab dengan baik oleh para penyokong PAS. Jesteru itu, hamba berpandangan adalah amat bahaya juga sekiranya tiada penjelasan yang diberikan kepada mereka ini.

Jadi, hamba cuba menjawab atau memberikan penjelasan, berkenaan pertembungan ini. Walaupun tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya, inilah jawapan yang mungkin boleh menunjukkan jalan menuju ke arah menubuhan Negara Islam. Namun, buat masa ini, hamba berpendapat, biarlah ‘nobody’ dalam PAS yang bercakap isu ini, buat masa ini.

Penubuhan Negara Islam.

Penubuhan Negara Islam yang syumul, hamba cuba katakan sebagai cubaan memudahkan pemahaman, ialah Pengurusan Islam + Undang-undang Jenayah Islam. Sila baca dengan teliti dan perlahan.

a. Pengurusan Islam

b. Perundangan Jenayah Islam

Pengurusan Islam.

Pengurusan Islam ini hamba lihat tiada masalah, tiada tentangan baik dari dalam atau luar negara. Semuanya memperjuangkan, bercakap mengenai hal ini. Rasuah, ketelusan, penjimatan, kesederhanaan, kebersihan, keadilan dan sebagainya. Dan di sudut PAS, melalui Kelantan, inilah model yang harum, yang berjaya dibuktikan oleh PAS.

Dari ‘somebody’ non muslim sendiri seperti Lim Guan Eng sehingga ‘nobody’ non muslim. Semuanya mencontohi, menyokong model ini. Berselerakan Kelab Non Muslim PAS di serata Malaysia. Hangat.

Undang-undang jenayah Islam.

Bahagian ini yang masih bermasalah setakat ini. Ianya ditentang oleh banyak pihak, baik dari dalam negara sehingga ke peringkat kuasa besar dunia. Untuk mengecualikan bahagian ini, maka definasi negara Islam secara syumul tidak dapat ditegakkan. Mengundang kemurkaan ALLAH Yang Maha Ego sekiranya manusia menyembunyikan sebahagian perintah ALLAH ini, di belakang punggungnya.

Di sudut pihak dalam negara, kekhuatiran mereka ialah terhadap satu situasi di mana mahkamah syariah lebih tinggi dari mahkamah sivil. Ini pokok yang paling asas, apa yang dibimbangi mereka. Sama seperti sebelum PAS mempunyai model Kelantan dalam bahagian Pengurusan Islam. Kita perlu tahu persepsi mereka ini, akibat media dunia yang fitnah mereka sampai ke pintu-pintu rumah.

Genetik Melayu.

ALLAH kata, ujian itu mengikut taraf kemampuan hambanya. Genetik Melayu secara faktanya, adalah genetic yang lemah dan bangang. Dijajah bertubi-tubi. Tidak mempunyai nabi. Tidak mempunyai tamadun atau tercatat dalam mana-mana sejarah empayar dunia.

Jadi, sekiranya Negara Islam itu ditegakkan secara syumul di waktu ini, di mana, tiada satupun kuasa besar Negara Islam yang melindunginya, adakah layak manusia genetic Melayu menjalani ujian seperti genetic Parsi di Iran, Pakistan, Lebanon, Syiria, genetic Arab di Iraq, Palestin dan genetic Eropah di Bosnia?

Fikirkan.

Jadi bagaimana?

Secara taktikalnya, kita ciloklah. Biarkan Barisan Rakyat memerintah dahulu. Tegakkan satu bahagian dahulu. Yakni bahagian Pengurusan Islam. Step by step ma… PAS perlu diam dahulu mengenai Negara Islam. Wan Azizah jadi Perdana Menteri dilatari oleh DSAI. Bila pengurusan negara sedikit pulih, terutama SPR, maka, mana-mana MP PKR atau Wan Azizah sendiri boleh meletak jawatan untuk menjadi seperti dahulu, dan DSAI bertanding dalam Pilihanraya Kecil.

Apabila DSAI menjadi Perdana Menteri, berikan masa beliau memulihkan pengurusan negara. Royalti diberikan kepada Terengganu semula, Kelantan menuntut jumlah peruntukan selama 18 tahunnya, SPR / BPR / PDRM di bawah Parlimen atau Yang Dipertuan Agong atau sebarang cadangan lain. Pendek katanya, selesaikan dahulu bahagian pertama Negara Islam, yakni Pengurusan Islam.

Jelas?

Kemudian.

Apabila stabil, barulah Kelantan memohon atau menuntut hak melaksanakan undang-undang jenayah Islamnya. Hanya di Kelantan dahulu. Ketika ini, pengurusan negara sudah pulih. Dengan medianya, dengan agensi penguatkuasanya, seperti polis, BPR, Kastam dan sebagainya, semuanya sudah professional. Memang akan ada tentangan. Dan ketika inilah, kita melihat sama ada DSAI adalah halangan selepas BN atau tidak. Yang penting, sekurang-kurangnya PAS sudah ada akhbar harian bernama Purnama yang menjawab dan berdakwah tentang ini.

Jika DSAI / PKR membenarkan, maka, laksanakan undang-undang ini, yakni, sebahagian lagi daripada definasi mudah Negara Islam Syumul itu. Di peringkat negeri. Model. Macam mula-mula dulu.

Bila sudah cantik, non muslim tertarik betapa aman, selamat dan makmurnya statistic jenayah Kelantan berbanding negeri lain, barulah open berbahasan sihat untuk ditranfer kepada Kedah. Sekiranya Terengganu dan Perlis sudah menjadi milik PAS, Kedah jatuh ke tempat ke 4 selepas Terengganu dan Perlis untuk mengguna-pakai model Kelantan dalam tajuk undang-undang jenayah. Ikut majoriti muslim.

Sekiranya sama seperti BN.

Maka, demi ALLAH, kita akan tentanglah. Halangan selepas halangan. Kerusi majoriti non muslim di Malaysia, PAS perlu letakkan calon Kelab Non Muslim PAS, di bawah bendera yang sama, tetapi perlembagaan kelab tersebut lain sedikit berbanding PAS. Kita bicara hal ini di artikel lain.

Jadi, Kelab Non Muslim PAS, akan menentang calon non muslim dari DAP / PKR / MIC -etc (BN mungkin berkubur selepas tumbang). Undi non muslim anti-hudud akan terpecah kepada beberapa bahagian (DAP-PKR dan MCA-MIC-PPP-etc). Sebaliknya, undi non muslim pro-hudud tidak terpecah dan bergabung dengan undi muslim pro-hudud.

Bahasa rock : Wa tak pasti sama ada wa berjaya pahamkan lu orang ke tidak, setakat ini. Apa yang wa try sampaikan ni tidak muktamat. Tetapi atas tajuk taktikal dan terbuka untuk perbahasan di situasi kini. Dengan syarat, anda adalah ‘no one’ dalam PAS. Jika lu ‘somebody’ dalam PAS, bincang secara tertutuplah.

Kesimpulan.

1. Buat step by step. Kejayaan hak ALLAH. Hak kita ialah perintah ALLAH. Jika tidak kita, anak kita. Jika tidak anak, cucu kita. Insyaallah. Yang penting ada usaha kita, termampu kita berjuang ke jalan ALLAH.

2. Selesaikan dulu Pengurusan Islam. Kemudian baru tegakkan Undang-undang Islam di peringkat negeri dahulu. Tak boleh peringkat kepala, lu cilok dari ekor.

3. “Somebody / public figure” dalam PAS perlu hati-hati buat masa ini. Otak perlu taktikal sedikit. Jangan lurus bendul.

4. Artikel ini bertujuan menyediakan sedikit kefahaman dalam bentuk helah bagi orang awam yang bercita-cita menegakkan Negara Islam.

Tidak semestinya benar.

Wallahualam.

p/s : Jika PAS + Kelab Non Muslim PAS 2/3 majoriti dalam parlimen, dan wa panjang umur, wa publish Dokumen Islamic Republic Of Malaysia (IRM) tulisan wa. Majlis Syura dok atas sekali, System sultan bangang dihapuskan.

May 21, 2008

Abah Wa Pantang Wa Mandi Lombong


Oleh : AdukaTaruna

Dulu, mase wa bebudak, wa macam budak-budak lain gak. Nakal. Dalam banyak-banyak kenakalan, abah wa paling pantang kalau wa mandi lombong. Tapi best woo mandi lombong. Dulu mana ada kolam renang.

Kalau mandi lombong, ada kesan yang susah nak sembunyikan. Badan akan kepoh2 (kesan2 lumpur). Kalau silap mandi, tak sabun betul2, bila badan dah kering, tanpa disedari kepoh2 tu akan timbul. Time ni la kantoi. Kena getah paip warna merah.

Satu lagi mata akan merah. Yang ni memang tak boleh hilang. Setelah disoal-siasat, kena lagi getah paip warna oren plak. Padan muka wa.

Namun, ianya tidak memadamkan keinginan wa mandi lombong. Paling best bila menang lumba renang, menang tahan nafas dalam air, main perang2 lumpur. Buat aksi rambo yang nyorok dalam lumpur dan sebagainya.

Bila mandi lombong, dan balik rumah, maka, wa menjadi tak tentu hala. Memula panjat bukit. Tengok ada tak motor vespa abah wa. Kalau takder, cantek. Pastu menyelinap dalam jamban rumah. Jamban wa pintu di luar. Kat situ la bersihkan kotoran. Selalu sebelum mandi dah stanby sabun, pakaian, etc.

Sebelah malam, wa akan elak dari bertentang mata dengan mak n abah wa. Sebab mata kompom merah. Selalu lepak dalam bilik, kengkonon wat kerja sekolah. Bila terdengar abah wa panggil, wa dah mula menggelabah. Padahal suruh solat atau benda-benda lain. Jadi, wa namakan sindrom ni, sindrom takut dengan bayang-bayang sendiri. Hehehe.

Setelah merapu kisah wa, wa mengumpat pasal Mahathir plak. Wa rasa Mahathir ni sama dengan wa la. Takut dengan bayang-banyang sendiri. Mase seronok berkuasa tak ingat. Skang ni dah mula meracau. Wa rasa dia takut gile kalau Anwar jadi PM. Dia takut Paklah tak lindungi dia. Dia takut umur dia panjang, umur pendek pun dia takut gak. Semua la.

Jadi, doa wa semoga umur lu panjang dan sihat sehinggalah lu saksikan sendiri UMNO Baru lu musnah, dan aib lu Live and exclusive! ditonton dunia.

Kepada Penyokong PAS Dan Penyokong Maza

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Latar Belakang.

Pertamanya maaf kerana isu ini mengundang sedikit pergolakan sesama kalian. Terlalu banyak yang perlu direnungkan dalam peristiwa ini oleh kita bersama, terutama saya sendiri. Nanti kita akan bincangkan antaranya.Baiklah, begini. Saya mengishtiharkan saya bukan ahli PAS berdaftar. Walau saya ada juga mengambil bahagian dalam program-program PAS, aktiviti-aktiviti PAS, kerja-kerja masyarakat oleh PAS, namun saya tidak menjalani proses tarbiah oleh PAS secukupnya.

Saya lahir dalam masyarakat dan keluarga UMNO. Dan saya mengetahui mengenai PAS semasa berada di asrama Politeknik Port Dickson. Tingkatan 4 tahun 1997. Pelajar senior yang hatinya rapat dengan masjid ketika itu adalah majoritinya dari Kelantan. Di sini lah saya mengenal PAS. Dan saya mengkaji sendiri melalui Harakah yang saya beli di Terminal One setiap kali ‘outing’.

Dan Harakah itulah yang saya bawa dan tinggalkan di rumah apabila saya ke asrama semula. Melalui satu peristiwa, saya ‘bertukar’ ke Teknik Tuanku Jaafar. Duduk di rumah sendiri. Dan sudah pastinya saya mampu mendapatkan Harakah pada setiap keluaran untuk dikongsi oleh keluarga.

Di pendekkan cerita, tradegi DSAI adalah kemuncak abah saya mendaftar menjadi ahli PAS, kecuali saya sehingga kini (adik-beradik, emak dan nenek hanya mengundi / menyokong PAS). Saya tidak mendaftar atas sebab-sebab yang tertentu. PRU 4-5 tahun sekali. Walaupun undi itu ‘rahsia’, tetapi, sepanjang ketahuan saya, abah adalah penyokong UMNO. Saya pernah menampal kereta Proton Saganya dengan bendera BN ketika kecil. Penuh dengan bendera BN. Untuk membawa orang.

Saya amat bersyukur kerana abah dan nenek mengundi kepada Islam di PRU terakhir dalam hidup mereka. Malah Sijil Ahli PAS abah diterima keluarga kami selepas abah berada di dalam tanah. Semoga damailah abah dan nenek di sana. Bukanlah damai kerana mengundi PAS, tetapi sekurang-kurangnya melepasi satu masalah. Yakni assobiyah.

Surat-surat kepada Dr MAZA.

Sepanjang saya terbabit dalam penulisan, saya pernah terbitkan 2 surat kepada beliau. Surat pertama bercorak sindir / keras / angkuh. Kerana pada situasi itu (bagi pihak saya) Dr MAZA berada dalam mode teruja. Habis semua yang dirasakan tidak sesuai pada ilmunya disanggah secara terbuka. Sehingga satu kemuncak sanggahannya disokong oleh Sister In Islam.

Selepas beberapa lama memegang jawatan mufti, saya melihat Dr MAZA telah cool dan sedikit matang. Keghairahan sudah kendur. Mungkin darah anak muda membuat sesiapa sahaja begitu apabila memegang jawatan tertinggi secara mendadak tanpa peningkatan yang beransur-ansur.

Mungkinlah.

Surat yang terbaru ini.

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8974

Tujuan surat itu ialah membangkitkan satu persoalan. Ianya tidak terbukti selagi yang didakwa tidak menafikan atau menjawabnya. Ini professional. Berkenaan ilmunya terhadap sanggahan Islam Hadhari pula adalah dialu-alukan. Malah saya sendiri perlu belajar daripada beliau.
Dalam surat itu saya tidak mendakwa dia atau saya dalam mana-mana aliran. Wahabi ke, Syiah ke, Salaf ke, Khalaf ke. Malah saya bukan aliran agama. Saya aliran teknik. Definasi mengenai istilah-istilah itupun masih kabur pada saya. Saya tidak mempertikaikan ilmu agamanya, tetapi saya mempersoalkan ilmu tektikalnya. Ini bidang saya.

Situasi yang mengecewakan.

Apabila persoalan ini disuratkan, maka, berlakulah pertembungan penyokong PAS dengan penyokong MAZA. Keji mengeji, caci mencaci. Sedangkan yang didakwa cool sahaja. Profesional. Tidak bolehkah kita semua berhujah secara professional? Jika menuduh Dr MAZA agen Saudi, kemukakan buktinya, jika menuduh PAS agen Syiah, kemukakan buktinya.

Untuk apa kita menjaraknya saf sesama golongan agama? Mengapa harus dikeji dan dimaki penyokong MAZA seolah-olah kezaliman mereka setanding dengan TDM? Mengapa harus dikeji dan dimaki penyokong PAS seolah-olah kebusukan mereka setanding dengan UMNO? Berapa banyak setinggan yang penyokong PAS robohkan? Berapa banyak masjid dan surau yang penyokong PAS musnahkan?

Profesonal lah. Jawablah pada isu dan ilmunya. Untuk apa kita keji-mengeji. Saya berhak bertanya atau membangkitkan bertanyaan. Maka saudara berhak menjawab atau memilih berdiam diri. Itu saja. Jika soalan bab ayam, maka jawapan perlulah bab ayam. Bukan bab engine kereta yang dipasang di Arab Saudi di mana kilangnya adalah usahasama antara Ford dan anak tempatan.

Persediaan dan hasil oleh PAS.

Mari kita belajar dari peristwa ini. Mungkin sebelum ini, forum internet seperti ini tiada, tetapi kita kesampingkan dahulu factor ini. Pemimpin atasan PAS perlu baca ini. Ini adalah penting demi survival PAS masa hadapan.

Baiklah. Begini. PAS sebelum tragedy DSAI dicorakkan oleh kumpulan A. Kumpulan A ini adalah kumpulan yang memilih PAS tanpa peristiwa besar. Sebaliknya kerana ilmu dan kesedaran yang tinggi. Atau kata lainnya, tanpa memerlukan satu pengajaran, mereka memilih wadah Islam ini. Mereka mempunyai satu attitude Tamat satu bahagian. Kita pergi kepada bahagian 2. Baca dengan perlahan.

PAS selepas tragedy DSAI dicorakkan oleh kumpulan A dan B. Kumpulan B ini hanya memilih PAS kerana diberi pengajaran atau setelah satu peristiwa besar. Tanpa ilmu, tanpa attitude Islam, mereka memilih PAS kerana factor emosi dahulu. Kemudiannya, mereka ini dibiarkan di dalam PAS tanpa program tarbiah yang secukupnya. Para pemimpin pula begitu bangga dengan penghijrahan demi penghijrahan ini ke dalam PAS. Kuantiti dan dibiarkan kuantiti itu tanpa program membentuk kualiti yang mapan dan berterusan.

Hasil.

Inilah hasilnya. Lihat sahaja di forum-forum atau di mana-mana. Lihat attitude ahli PAS selepas tragedy DSAI. Termasuk saya, majoriti anak-anak muda, dan majoriti orang tua yang memilih PAS atas factor emosi, terumbang-ambing dalam sahsiah diri. Mereka inilah yang diberikan hak memilih memimpin PAS di masa hadapan. Ketika ini, kumpulan B diimbangi oleh kumpulan A. Tetapi bagaimana survival PAS selepas kumpulan A menemui ALLAH? Kumpulan B akan mengambil alih dan bergabung dengan kumpulan C.

Kumpulan C.

Kumpulan C adalah kumpulan selepas PR memerintah negara. Satu demi satu kebobrokan UMNO-BN dibongkar. Faktor tragedy lagi. Faktor emosi lagi. Bukan factor kebijaksanaan dan ilmu. Sila baca ini.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8287

Jika ini tidak ditangani, dan pemimpin PAS asyik kembang-kempis dengan kuantiti demi kuantiti, selepas PR memerintah, PAS akan tenggelam dalam 50-60 tahun. PAS akan dipandu oleh kumpulan E, F dan G. Dan ALLAH akan mendatangkan kumpulan lain pula untuk kembali memperjuangkan agamaNya dalam wadah politik di Malaysia ini.

Wallahualam

AdukaTaruna

Kalaulah Barisan Rakyat Ada Team Media Agresif




Oleh : AdukaTaruna

Barisan Rakyat wa rasa perlu wujudkan satu team wartawan 'kering'. Macam Karam Sigh Walia la. Donet la duit dari 5 negeri Barisan Rakyat bayar gaji team ni. Kerja team ni menyerang jer. Tapi bukan kasar dan kurang ajar la. Cuma kaedah serangan. Barisan Rakyat cuma ada 4 tahun sahaja lagi ni.

Meh wa membayangkan satu situasi. 128 kanak-kanak hilang. Jawapan parlimen. Team media ni, terus pergi cari budak poyo yang buat laporan polis tentang kegagalan Selangor laksanakan manifesto tuh.

"Hari kita kita akan menjejaki pemuda ini. Sekarang kita berada di Shah Alam."

Buat macam program realiti tu. Kamera goyang2 sket. Kasi suspen sket.

"Alhamdulillah. Kita sudah berjaya menemui beliau. Kita akan tanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis atau tidak kerana manifesto BN ialah aman, selamat dan makmur. Kehilangan 128 kanak-kanak menandakan kegagalan BN melaksanakan manifesto mereka."

"Assalamualaikum. Saya dari media alternatif ingin bertanya satu soalan. Adakah saudara akan membuat laporan polis sekiranya BN pula yang didapati gagal melaksanakan manifesto mereka?"

"Err.. ape ni? Err.... saya... er....."

Dapat satu episod dalam 5-10 minit seminggu mesti gempak beb. Ramai yang tunggu.

*******************************
"Minggu ini kita akan selongkar mengenai isu Tun Dr Mahathir keluar UMNO. Kami mendapat maklumat bahawa Tun sekarang berapa di Hotel sekian untuk tujuan forum sekian anjuran sekian. Kita akan cuba mendapatkan komen beliau."

"Kita sudah sampai di hotel sekian. Kita akan letak kereta dulu, then menyertai kumpulan media di sana."
Aa... lebih kurang la. Wat cam program realiti Amazing Race tu. Hehe...
Wallahualam.

Wa Ingat Sheikh Muszaphar Dah Insaf.














Oleh : AdukaTaruna

Salam bro Sheikh Muszaphar. Kalau lu terbaca ni, lu jangan marah plak. Wa bercakap atas tajuk, ok. Yang lain-lain lu lebih hebat dari wa.

Wa Ingat Sheikh Muszaphar Dah Insaf. Sebab kata angkasawan kedua membazir. Yang pertama secara percuma. Memang perlulah. Sebab dah pakej. Maka, mengamuk ka Kapten Faiz. Yerlah, peluang nak g ke angkasa. (motif peribadi sungguh)

Alih-alih, skang, dia suruh kerajaan beli soyuz si kapsul tuh. Gilo apo. Duit mak bapak, sanak keluarga Malaysia ni nak belanja beli benda alah sentimental value lu tuh. Wa harap Ibrahim Ali kasi basuh sket mamat ni.

Sebab lu hensem dari yang lain jer, lu terpilih, bro. Selain lu Melayu. (Melayu ke lu?) Pada wa la. Sebab pakej hensem lu, leh jadikan lu ikon kebanggaan nasionalime. Cuba wa masuk, mesti .... wa pun kalah.

Nasihat wa, dah la bro. Soyuz si kapsul manjakani tu, bio jer la Russia tu wat tukun. Kalau nak beli, tunggu jadi besi buruk dulu, baru beli sebagai besi buruk. Takder pekdah langsung. Setakat nak jadikan satu semangat untuk budak-budak supaya minat angkasa, lu boleh buat replika je. Kalau alasan lu perpindahan teknologi, lu jangan nak kencing wa la, bro.

Wallahualam.

Syiah vs Sunnah.

Oleh : AdukaTaruna

Hari ini kita bercakap bab Syiah dan Sunnah. Pertama, wa bukan ahli agama. Wa adalah mat rock. Meh sini kongsi pandangan dari seorang mat rock. Mat rock yang melontarkan perasaan berbulu dengan isu tak abes-abes ni. Lu orang yang membaca, sila rujuk kepada yang ahli. Jangan main kutip plak.

Sunnah. Majoriti kat Malaysia ni mengaku ahli sunnah. Diorang kata diorang betul. Syiah sesat. Masalahnya macamana nak tahu yang sunnah ni dijamin betul-betul sah? Bukannya ada Nabi Muhammad yang sahkan.

Syiah plak. Diorang kata diorang betul. Sunnah sesat. Masalah yang sama. Kalau sunnah bawa sekian dalil Al-Quran, sekian hadis, Syiah pun bawa yang sama. Kalau Syiah bawa sekian sejarah, sunnah pun bawa sekian sejarah. Ah sudah. Pening mat rock macam wa.

Meh kita fikir jap.

Skang cuba lu jadi Syiah jap. Datang ke sini melihat sunnah. Ahli PAS la. Tak pon ahli UMNO. Dengan merokoknya, dengan rasuahnya. Dengan berbunuhan sesama sendirinya (Memali, Batu Buruk, etc), dengan tangkap menangkap sesama sendirinya, dengan rasuah, buang anak, etc, blab la bla. Bukan tajuk akidah? Tajuk maksiat?

Skang cuba lu jadi sunnah pulak. Datang kat negara Syiah. Berperang melawan Israel, USA, maksiat kurang, bertungkus-lumus menjaga negara. Memajukan negara / umat Islam. Tiada satu pun ALLAH izinkan negara Islam sunnah. Semua berkiblatkan USA / Israel.

Kalau sunnah dakwa dulu sunnah takluk 2/3 dunia, masalahnya, yang menakluk itupun tak tentu diorang ishtihar diorang sunnah. Agak-agak lu la, cuba lu bawa mana-mana khalifah Islam dulu-dulu kat zaman skang ni. Suruh dia istihar sokong mana, sunnah ke syiah.

Nak sokong sunnah? Dengan Arab yang mewah2, beli senjata USA untuk perang Iran, takluk Kuwait, bunuh Kurdish, penggal Syiah. Dengan Israel pun penakot, Palestine dibiarkan, janji aku selamat. Liga arab la, mesyuarat itu la, forum ini la. Sokong sunnah ke sokong Syiah khalifah terdahulu tu? Sokong sunnah? Eh, macamana pun syiah sesat. Kita perlu serang Iran dulu. Kerjasama dengan USA dan Israel. Kemudian baru kita berpaling tadah. Macam tu? Bongok!

Apa yang korang rumit-rumitkan wa pun tak tau.

Bab Syiah biarkan la dia dengan syiahnya. Yang lu sunnah, teruskanlah dengan sunnah lu. Janji sama-sama lawan Israel. Ini tak, yang lu tak lawan, nak turun demo pun susah, lu pertikai cara Syiah berjuang plak. Pelik wa. Masing-masing ada cara sendiri, kemampuan sendiri. Hormatilah.

Skang ni ada isu Osama Laden pertikai Syiah tak serius lawan Israel. Betul ke dari Osama Laden tu? Osama Laden sendiri umpama bayang-bayang. Yang Iran realistic. Nampak dengan mata kepala. Bukan wa nak pertikai Osama Laden tu sahih ke tak. Tapi ini fakta. Al-Qaeda seumpama bayangan. Manakala Iran adalah objek.

Kalau lu sokong Osama Laden, sokong la. Jangan dok pertikai cara orang lain berjuang. Yang sokong Syiah, sokong la, jangan dok pertikai cara Osama Laden berjuang. Yang peliknya, yang heboh kita. Macam gua ni, menulis jer pandai. Cuba suruh pegang senapang. Kompom belum tentu lagi. Tapi takdo plak datang Syiah atau sunnah yang pertikai cara berjuang melalui penulisan?

Berhentilah wei.

Rimas tahap babas wa dengan orang agama ni. Belajar agama bukan nak mudahkan orang awam, tapi nak tunjuk itu sesat, ini sesat. Macam puak-puak yang ngaku salaf. Ntah macamana dia iktiraf dia salaf, wa pun tak tahu. Yang memang asal zaman salaf sendiri, kalau di bawa ke zaman ini, silap-silap tak setuju dengan puak salaf ni. Salaf bukan pertikai bab feqah, tapi bab akidah. Yo memang betul. Tapi cara tafsiran bab akidah tu, macamana anta boleh jamin, yang inilah salaf?

Dah la wei, puak agama. Cuba hang hormat menghormati. Ini bukan pasal pengikut ayah pin yang sekelumit, ini pasal sunnah-syiah yang membahagi 2 muslim di dunia. Besar ma… kalau syiah ni ratus-ratus jer, boleh gak la korang nak berdebat-berdebik. Tak rugi sangat. Ini tak, yang sunnah debik syiah, yang syiah debik sunnah. Yang senyum?

Kalau wa cane?

Kalau wa la, melihatkan sunnah yang bengong2 ni, baik wa jadik syiah yang extreme. Bab akidah wa tak tau. Wa muslim pun sebab keturunan. Tapi ikhlas wa cakap, dari sunnah yang bangang, terkial-kial mencari hala tuju, baik wa jadi syiah yang extreme.

Ksimpulan. Berhentila wei. Lu respek la each other. Ntah betul ke tak wa speaking ni. Yang sunnah, nak bom berani mati ke, nak gerila ke, nak nyorok dalam gua pastu seru orang lain berjuang ke, silakan. Janji lawan musuh ALLAH, Israel, USA.

Yang Syiah, nak perang ke, nak berdebat ke, nak tayang senjata ke, nak mogok ke, silakan. Janji lawan musuh ALLAH, Israel, USA.

Sekian dari wa.

May 20, 2008

Man U Akan Kalah Minggu ni!

Oleh : AdukaTaruna

Chelsea menang. Sebab :

1. Pakar taktikal Man U, Khairy sibuk bantu babah dia dari serangan Tun sepanjang minggu ni.

2. Peperangan Air Asia - MAS mengganggu tumpuan Man U apabila Air Asia menggugut melakukan penerbangan rendah di stadium Moscow.

Tak caye tengok la. He...

Bila Queen Mati, Banyak Lubang Serang.

Oleh : AdukaTaruna

Barisan Rakyat boleh duduk di belakang NGO untuk mengaturkan satu forum atau seumpamanya, di mana, menghimpunkan beberapa individu ini untuk melepaskan suaranya.

1. Tun Dr Mahathir.

2. Rashid SPR.

3. Sanusi Junid.

4. Tengku Razaliegh

5. Shahidan Kasim.

6. Mukhriz.

7. Khir Toyo.

8. Ishak bekas ADUN Lenggeng.

Buat live di internet. Pasti bergegar. Kalau nak glamer, forum ini dianjurkan oleh www.tranungkite.net. Moderator majlis ialah nosferatus. He...

Apa Lagi Presiden PAS / DSAI / LKS

Oleh : AdukaTaruna

UMNO ialah tonggak BN. Sekarang ini, memandangkan kapal BN dah patah tonggaknya, serulah mana-mana kompenan BN untuk menyertai Barisan Rakyat. Bersama memulihkan Malaysia. Bersama memacu Malaysia. Bersama memutihkan Malaysia.

Sekarang bukan masa nak gaduh-gaduh. UMNO ni jahat ya amat. Kemungkinan untuk sabotaj peluang 'kebebasan Malaysia' adalah tinggi. Jadi, tarik kompenan BN menyertai Barisan Rakyat. Apabila ini berlaku, sebarang perbuatan sabotaj tidak mendapat kerjasama pihak-pihak lain. Atau kata mudahnya, UMNO sabotaj sorang-sorang diri.

Bagi pihak PAS, jangan ungkit Negara Islam waktu ini. Waktu nak tarik kompenan BN kepada Barisan Rakyat. Biar Wan Azizah jadi PM dulu bertonggakkan DSAI. Selesaikan satu-satu masalah, stabil dan sebagainya, barulah mana-mana MP Keadilan beri peluang DSAI bertanding PRK. Atau Wan Azizah sendiri letak jawatan untuk kembali seperti dulu.

Then, barulah Kelantan tuntut segala hak-hak yang dinafikan selama ini. Berapa jumlah bantuan 18 tahun dulu. Kembalikan royalti secara hitam putih kepada Terengganu. Bila dah stabil 2-3 tahun, dah lancar, baru mohon kuatkuasakan undang-undang jenayah Islam. Hanya di Kelantan dulu.

Time ni la baru peluang dakwah terbuka luas. Dengan medianya, dengan tumpuan non muslim terhadap gagal-jayanya akan undang-undang jenayah itu, dengan kerjasama agensi-agensi pusatnya. Bila dan cantik sepenggal dua, baru open perbahasan secara sihat sekiranya ditranfer ke Kedah.

Step by step ma. Kalau tak di zaman kita, sekurang-kurangnya di zaman anak. Jika tidak di zaman anak, insyaallah di zaman cucu. Janji ada jawapan kat ALLAH. Berjaya tidak, bukan milik kita. Yang jadi milik kita ialah usaha melaksanakan perintah ALLAH.

Mustahil untuk laksanakan di peringkat negara dalam keadaan USA menguasai dunia. Melayu bukan sehebat bangsa lain. Jadi, buat yang mampu dulu lah. Janji dalam Malaysia, ada negeri model Islam secara total. Takluk dan dakwah perlahan-lahan. Insyaallah.

Wallahualam.

May 19, 2008

Penyokong PAS Adalah Duta Kecil.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Dan Maha Ego.

Penyokong PAS bermakna umum. Ahli berdaftar yang aktif, ahli berdaftar yang pasif, bukan ahli berdaftar yang aktif dan juga bukan ahli berdaftar yang pasif. Semuanya ini diletakkan di bawah kategori yang satu. Yakni penyokong PAS.

Sudah puluhan tahun PAS ditubuhkan. Melalui beberapa fasa. Namun, pada pandangan hamba, focus atau cara fikir penyokong PAS tetap berada dalam standard atau kelompok Melayu. Kata kuncinya mudah. Asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya. Tetapi, mempraktikannya, mengaplikasikannya tidak semudah itu.

Penyokong PAS,

Anda semua ibarat duta kepada organisasi Islam ini. Andalah imej pertama kepada mereka yang bukan penyokong PAS. Puluhan juta berbanding anda. Mereka ini dipengaruhi oleh sumber konvensional. TV, radio, akhbar dan sebagainya. Jadi, anda perlu sentiasa berada di sudut mereka. Bagaimana mahu mempromosikan organisasi anda.

Penyokong PAS,

Apabila menyebut PAS, terdapat 2 tajuk di situ. Pertama ialah organisasi Islam. Kedua ialah organisasi politik demokrasi sebagai wadahnya. Penentuan tajuk awal adalah penting. Ini bagi mencapai maksud mengasingkan sesuatu itu mengikut tempatnya.

Tun Dr Mahathir.

Baiklah. Begini. Kita ambil contoh terbaru. Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO. Sebagai penyokong PAS, anda adalah duta PAS. Sebagai duta PAS, anda harus menguasai konsep ini. Letakkan sesuatu itu mengikut tempatnya.

Dalam tajuk Islam, kita tetap menegur dan berpendirian perbuatan Tun Dr Mahathir adalah salah, kenyataannya bercanggah dengan Islam atau sebagainya. Tetapi bukan di bawah emosi. Sebaliknya di bawah hujah. Seperti di atas ini, ALLAH Maha Ego. Atas sekian-sekian, di bawah tajuk Islam, ianya adalah salah.

Itu dalam tajuk Islam lah. Dalam tajuk politik pula, ianya adalah seteru politik kepada organisasi PAS. Pengaruh politik Tun, kuasa yang ada pada Tun menjadi penghalang kepada matlamat organisasi PAS. Jadi, sebarang pertembungan dengan Tun, dalam tajuk politik, haruslah berada dalam ruang lingkupnya. Apatah lagi politik PAS setakat ini ialah politik Islam.

Namun, di bawah tajuk kemanusiaan, dengan konsep meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, Tun tidak wajar dibalas dendam, dibenci atas sifat diri seperti hidung besar, rabun, nyanyuk atau sebagainya. Ini adalah menyalahi konsep. Dosa-dosa Tun wajar diambil mengikut undang-undang Islam, mengikut tindakan politik Islam, sesuai sebagai duta kepada PAS. Jasanya tidak dilupakan, malah perlu jujur untuk kita akui. Jasa di tempat yang lain, zalim di tempat yang lain.

Isu JAIP.

Penyokong PAS,

Begitu juga dalam isu di Perak ini. Yang utama ialah sasaran mendapatkan sokongan Melayu Perak. Itu salah satu tajuk. Sentimen memusuhi mufti adalah satu lagi tajuk. Secara mengasingkan sesuatu itu mengikut tempatnya, institusi mufti bukan institusi politik. Untuk menghalakan sentiment politik terhadapnya adalah tidak sesuai. Sekiranya ada yang perlu diperbetulkan, hendaklah mengikut kebijaksanaan. Mana yang lebih penting, mana yang lebih kurang memudaratkan, dan sebagainya.

Dan apabila ditegur dalam satu-satu tajuk, kita tidak boleh menarik tajuk lain sebagai perisai. Sebab teguran itu hanya khusus untuk tajuk itu. Jika kita tegur dalam tajuk, perbuatan A adalah salah, kita tidak boleh mengungkit jasa-jasa orang yang buat salah itu. Ini menyalahi konsep. Tajuk jasa kekal sebagai tajuk jasa. Tajuk kesilapan terkini itu kekal sebagai tajuk kesilapan terkini. Jika mahu dipertahankan, hendaklah berada dalam tajuk itu, hujah itu.

Sekiranya begitu, sekiranya kita membantah Tun membunuh belasan muslim di Memali sebagainya, patutkah pembelanya menggunakan jasa mewujudkan Proton sebagai perisai? Atau kerja kerasnya selama ini sebagai hujah? Konsep yang salah. Sudah puluhan tahun PAS wujud.

Kesimpulan.

Penyokong PAS,

Sudah tiba masanya kita tinggalkan takuk ini. Hamba sendiri sentiasa melakukan kesilapan walaupun membentangkan perkara ini. Tegurlah atas tajuk yang tepat. Dan tajuk-tajuk lain akan kekal dihormati. Kita sudah berada satu kaki dalam pemerintahan Malaysia. Dan kita perlu membuang sifat-sifat kebodohan Melayu sekarang.

Berdebik di tempatnya, bergurau / bersaudara selepas meninggalkan tempat itu. Tajuk politik kekal sebagai tajuk politik. Tajuk kemanusiaan adalah tajuk kemanusiaan.

Wallahualam.

http://adukataruna.blogspot.com/

Jika Saddam Sembunyi Dalam lubang, Mahathir Mungkin Juga.

Oleh : AdukaTaruna

Pertamanya, ini bukanlah berdasarkan fakta. Tetapi berdasarkan imaginasi. Mula-mula TDM nak jumpa Najib. Takut ada halangan, TDM pun umumkan Paklah halang Najib jumpa beliau. Pendek cerita, berjayalah TDM jumpa dengan Najib.

"Najib oh Najib, apa.. nama.... cek boleh naikkan hang jadi PM. Tapi hang kena janji dengan cek na. Apa nama.... bila hang jadi PM, hang kena padamkan dosa-dosa cek."

"Beres.. saya dah lama teringin dah tu."

Selepas jumpa Najib pun buat kenyataan. Kes Linggam tidak semestinya berakhir dengan pendakwaan. Kemudian, TDM pun keluar UMNO. Bagi tekanan kat Paklah. Kalau buat PRU, kompom kalah mengikut PRU12 lepas. Silap2 lebih kalah lagi sebab Sabah dan Sarawak dah tersedar.

Paklah pun fikir gak. Kalau dia letak jawatan, dia selamat. Kalau PRU13 kalah dia akan teruk. Wooo... susah ni maa.... Kalau prestasi kekalahan tu hampir sama, Paklah terpaksa lalui tekanan seperti mula-mula keputusan PRU12 itu sekali lagi.

Jangan bimbang, Paklah.

Meh wa tolong. Paklah kumpulkan orang-orang yang tuntut gantirugi kerajaan dalam kes Memali. Alihkan isu. Semua Melayu memang tak suka TDM ma... buktinya 1999. Kan Paklah menang besar 2004. Yang suka TDM pemimpin veteran dan segelintir orang kampung. Secara majoriti, orang benci ya amat dengan TDM tu.

Jadi, ikhlas wa cakap ni. Ala-ala Razak Beliau la. Paklah perlu bongkar lebih banyak dosa TDM. Biar lu bergaduh, kebenaran semakin timbul. Lu dengan TDM boleh bungkus.

Ikhlas tak wa?

Cadangan Kepada Mahfuz.

Oleh : AdukaTaruna

Salam bro.

Sempena isu panas yang menggegarkan negara, yakni TDM keluar UMNO, apa kata bro tanya soalan di parlimen tentang Institut Pemikiran Mahathir. Berapa kos, perbelanjaan, hasil / pulangan setakat ini. Hehehe....

Buat media alternatif, kalau boleh atau sesuai tanya Mukriz sekali sama ada seruan ayah untuk keluar UMNO atau parti yang lebih penting. Sebab Mahathir dulu ayik cakap individu tak penting, yang penting ialah parti.

Cadangan jer bro...

Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Lagi Maha Ego.

Selepas masyarakat dunia menyaksikan bagaimana ALLAH menghina Saddam yang dihancurkan oleh kumpulannya sendiri, yakni USA, kini masyarakat Malaysia pula menyaksikan secara live and exclusive! Bagaimana ALLAH yang maha ego ini menjalankan perbicaraan terhadap Tun Dr Mahathir.

Perbicaraannya disaksikan oleh para generasi yang dibentuk olehnya sendiri. Yakni mereka yang lahir pada tahun 1981. Antaranya ialah hamba sendiri. Apa yang berlaku ini semakin mengukuhkan untuk hamba meletakkan Ustaz Fadhil Noor sebagai manusia genius.

Belasan kezaliman yang dilakukan oleh manusia ini. Manusia yang diagungkan oleh genetic Melayu. Pembunuhan belasan muslim di Memali, penderaan terhadap ulama, gerak kerja melemahkan gerakan Islam, pembunuhan terancang, bapa segala kepincangan, bapa segala rasuah. Memang benar, banyak juga jasanya terhadap Malaysia, tetapi itu sudah kewajipan dan amanah. Manakala kemungkaran / kezaliman yang dilakukannya tidak dituntut kepada mereka yang memohon memegang amanah.

Insaflah kita.

Terutama diri yang menulis ini, marilah kita menginsafi betapa besar dan egonya ALLAH. Setiap helaian daun tertakluk dalam pengetahuan ALLAH. Begitulah anda wahai pemimpin Barisan Rakyat. Begitulah kita yang memberikan undi kepada Barisan Rakyat. Amanah adalah dituntut. Kemungkaran dan kezaliman jangan sesekali.

Kita melihat bagaimana Saddam dihancurkan oleh puaknya sendiri. Kemudian mengishtihar bermusuh dengan puaknya. Kini giliran Tun Dr Mahathir pula. Dihancurkan oleh puaknya sendiri. Dan kini mengishtihar bermusuh dengan puaknya itu. Sedikit demi sedikit kejijikannya dibongkar. Sehebat Tun merancang, ALLAH lebih maha hebat, sehingga perancangan Tun termasuk dalam gerak kerja ALLAH. Wallahualam.

Perlu adanya pencatit.

Peristiwa sunnah ALLAH terhadap manusia ini sentiasa berulang-ulang. Konsepnya sama. Cuma latarnya berbeza. Muslim di Malaysia perlu mencatitkan ini untuk generasi akan datang. Ianya berada dalam lipatan sejarah Islam. Sebaris dengan Namrud, Firaun, Saddam, dan sebagainya.

Kepada Tun, selamat melalui perbicaraan ALLAH. Semoga anda dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

Buat Mukhriz, hamba tahu anda dalam dilemma. Antara kerusi Ketua Pemuda dengan seruan si ayah meninggalkan UMNO.

: )

Wallahualam.

May 18, 2008

Dear Karpal and supporters.

Oleh : AdukaTaruna
Terjemahan : Fansuri

In the name of ALLAH, the Most Beneficient, the Most Merciful.

Good day to you sir Karpal. May you be in the pink of health with your lovely family and avid, loyal supporters.

:)

I am writing this letter for I feel intrigued by your lavish attention towards the Barisan Nasional (BN) and the central UMNO division especially in the time of crisis such as now. It makes me wonder, which one is your focus to channel your energy towards 'freedom' in our country? Focus towards PAS or BN? On the other hand, one needed to ask, just how much country reserves that PAS has mishandle? Just how many non-muslims has PAS deliberately make them dissapear? I wonder....

:)

Dear Sir,

In my humblest opinion, your perception towards PAS needs to be postponed. Solve each problems as they come, one by one. Utmost important, as one should know is to free the people's right from the autocracy and atrocities of UMNO. If Barisan Rakyat (BR) should ever come into power, PAS still would not be able to 'convert' Malaysia into an Islamic State. Hence, why should you worry so much. Certainly, your worriness has its merit, however, it fundamentally doesnt have a valid reason. Are you worried that the 70 MP seats won by UMNO will eventually cross-over to PAS? Even if it happens, is it enough for PAS to build an Islamic State? Doubtly.

:)

Dear Sir,

Between perception and facts, you should always uphold facts. In times of sabotage, provocation by Muslim's enemy, after 18 years of governing Kelantan, do you see any prove that the Islamic state of Kelantan being cruel and deny the rights of the non Muslim in Kelantan? If your answer is yes, then how come PAS has come up with an intiative to establish the NON MUSLIM CLUB FOR PAS SUPPORTERS all over Malaysia? Frankly, I am surprised, for such a person like yourself who has contributed alot towards this country, for being prejudiced towards PAS who has also contribute alot for this country.

:)

Dear Sir,

What you are fighting for is in line with what Islam is all about. Transparency in governing and management, honesty, cleanliness, social welfare etc. What you probably is so against for is actually the notion of establishing Islamic State which practices Islamic Law.

In my opinion, such that PAS never interfere with the practices and regulations in other religions and is always on going in its support with freedom of practising any religion, likewise, you should never interfere in how we practise our religion. Islamic law is only applicable towards aMuslim. Simple and logic.

If you ever in doubt, even if Barisan Rakyat can take over the ruling of Malaysiangovernment in due future, nough for PAS to build an Islamic State. So, you should give PAS the opportunity and some allowance for them to comfortably prove that by implementing Islamic Law in Kelantan, it will only bring greater good to the Kelantanese. This can be done by exercising the power bestow from the central government to the state level government. How beauty is that?

:)

Dear Sir and avid supporters,

Again, in my humblest opinion, we should now focus on the first hurdle. That is to lend freedom to our country reserves and crawl our way out of the dictatorship of UMNO leaders. And to achieve this, we should never let ourselves to be used by them by giving them the leverage that they want. Until we demolish the central UMNO that holds all the power in this country, then all other aspects and people in UMNO, BN, Sabah and Sarawak will always be 'the other stepson'.

PAS Model of Islamic State never deny the right of the Non Muslim. If you recall, 13th May didn't happen in Kelantan, Kampung Medan tragedy also didn't happen in Kelantan, no riot happened in mosque-temple unlike in Penang, no riot such as what happened in Pasir Gudang / Masai in Kelantan and obviously, no such this as Memali Tragedy ever repeated itself in Kelantan. PAS has never abuse the rights of Non Muslim in Kelantan. Period.

If you and your avid supporters are still in doubt, don't you ever worry. PAS has not establish any Islamic State under Barisan Rakyat. But, on the basis and fundamental of the right of PAS to implement and uphold The Constitution, give them the opportunity to govern, the state of Kelantan, as a truly Islamic State as instructed by The Almighty God.

:)

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.

AdukaTaruna