Skip to main content

Selagi Melayu PAS tahap jakun.

Oleh : AdukaTaruna

Susah la macam ni. Kalau ramai penyokong PAS tak pro. TGNA berkata dan menegaskan dalam konteks peribadi dia. Dan orang tua tu sendiri meletakkan kata putus syura (parti) sebagai yang teratas. So, apa masalahnya?

Yang Azman Shapawi pun sama juga. Dia berkata atas sudut suasana pengundi tempatan. Dia lebih ariflah. Tempat dia. Local. Manakala TGNA di atas sudut nasional. Negara. Pentingnya Mat Sabu dalam parlimen.

Buat apa nak marah Azman atau TGNA. Dorang bebas berkata sebenarnya. Tetapi mungkin scenario atau fasa kematangan Melayu PAS belum sesuai walau selepas tsunami politik. Yang tak boleh ialah maki-maki macam kaedah wa. Sebab diorang berbaiah dengan jemaah. Nama baik jemaah, akhlak kena jaga.

Cadangan.

Memandangkan Melayu PAS ni entah bila nak matang, wa cadangkan pakar IT PAS bina satu portal web la. Yang boleh diakses oleh pimpinan PAS semata. Yerla, nak bersuara ikut mensyuarat lambat sangat, atau sukar. Orang-orang tertentu dalam satu-satu tujuan mesyuarat sahaja boleh bersuara.

So, dalam portal atau web tu, setiap pemimpin PAS yang dilantik sah, bermula cawangan sehingga atasan, mempunyai akses. Daftar guna borang la. Ada identity punya. So, bersuara la dalam tu.

Contoh :

"Maaf semua. Ana PT108 (kengkonon identity la ni). Ingin menyampaikan pandangan. Selaku anak tempatan, ana melihat kecenderongan pengundi lebih kepada anak tempatan. Ana mengakui dan bersetuju dengan TGNA, bahawa penting Mat Sabu dalam parlimen.

Tetapi, kemenangan lebih penting. Terdapat 2 faktor penentu dalam kes ini. 1, atas pagar. 2, pengundi baru. Bla, bla, bla."

Ha, pemimpin semua leh baca. Penyokong bengap PAS tak boleh. Tak payah susah-susah nak minta kenalan lain sampaikan dalam mesyuarat. Sebab bukan semua pemimpin PAS dapat hadir mesyuarat. Bila ada benda ni, wa rasa, tak perlulah bersuara menggunakan media awam. Selagi Melayu PAS tahap jakun.

Apa imbangan korang plak?

Comments

  1. Ok gak...buat kaunter(bkn kuanter..) pertanyaan sekali ye..


    ~bergamot~

    ReplyDelete
  2. bro.... lu cakap penyokong bengap PAS tak boleh baca.... kalau pemimpin bengap PAS boleh baca ek?....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...