Skip to main content

Satu-satu member wa kawen..

Oleh : AdukaTaruna

Tadi member wa kawen. Selamat Pengantin Baru, bro. Wa jer belom laku. Huhu. Member sekolah wa masa di Sek Men Teknik Tuanku Jaafar. Teringat zaman2 jahiliyah dulu. Masa bebudak baru nak up. Hehehe.

Tingkatan 4, wa masuk asrama Sek Men Teknik Port Dickson. Tak sampai setahun, wa ‘bertukar’ ke Sek Men Teknik Tuanku Jaafar. Kat sini lah wa kenal member wa ni. Ada ke dia nak buli wa mase memula wa masuk dulu. Hehehe. Bebudak punyak hal…

Masa kat asrama, wa berniaga. Berniaga rokok. Huhu. Zaman jahilyah ma. Tapi kaya wo. Budak junior mana boleh jual rokok. Selain undang-undang sekolah, di bawah undang-undang senior, itu adalah kesalahan yang paling berat.

Ada 2 block asrama tingkatan 4 zaman wa. Satu block teknik, satu block vokasional. Bayangkan market kedua-dua block junior tu wa pegang. Kaya woo. Dulu sekotak dunhill 20, RM3.60 kalau tak silap. Sehari wa jual lebih kurang 10 kotak.

Harga pengedar senior dan tradisi ialah 50 sen. Tapi wa jual 40 sen. Pendek cerita bergaduh la team wa dengan team senior. Memang wa kalah pun. Tapi, kalah fizikal, menang pengaruh. Lesen wa makin besar. Makan tak perlu beratur, lessen fly / runner (keluar kawasan sekolah waktu malam) bagi junior wa pegang, lessen jual rokok wa pegang.

Sekali nak fly, satu kumpulan kena bayar RM5. Kalau tak, malam tu kena ‘tarik’. Nasib tak baik, kena ‘tarik’ 2 kali. Satu wa, satu senior. Nasib lagi tak baik 3 kali. Warden. (Tarik ialah istilah bagi panggilan / arahan kepada mangsa untuk datang ke dorm yang memanggil. Selalu berakhir dengan kekasaran fizikal.)

Pendek cerita wa ‘bertukar’ ke Sek Men Teknik Tuanku Jaafar. Bukan dibuang, tetapi bertukar. Lain sket bertukar tu sebab ada kisah taktikal sket. Sekolah dah tempat wa. Lagi ligat la wa. Member wa yang kawen ni la antara kaki wa kat asrama. Jual rokok, jual pelbagai lessen. Eh, jual lagu. Nanti wa cerita tentang jual lagu.

Yang kantoi dan di buang asrama, ada rumah sewa. Wa bayarkan sewa, api dan air rumah tu. Rokok jer wa boleh dapat dalam RM30 sehari. Sebulan dalam RM600-RM800 la. RM600 tahun 1998 ma. Banyak gak tu.

Jual lagu.

Masa kat asrama, wa ada buat satu litar elektronik ringkas. Fungsinya ialah memancarkan gelombang radio. Pada satu-satu sukatan gelombang, ianya boleh menindih gelombang asal. Contoh :

Katakan di Port Dickson radio ERA (dulu takda ERA) ialah 90. Litar itu ada satu alat manual yang boleh dilaraskan mencari sukatan radio ERA. Jadi, pada jangkauan alat tu (sekitar 200m persegi), radio ERA akan hilang dari pengguna dan diganti oleh alat ini.

Atau kata lainnya, dalam 200m persegi dari pemancar alat ini, radio ERA telah diambil-alih oleh wa. So, sesiapa pengguna walkman (dulu top walkman, zaman henset belum muncul) yang sedang mendengar ERA akan mendengar ‘stesyen wa’.

Di sinilah munculnya jual lagu. Satu lagu beserta ucapan, RM1. Semalam wa leh dapat belas2 ringgit kot (lupa). Kebanyakan ucapan jiwang2. Hehehe. Pelanggan utama wa ialah pelajar perempuan. Hehehe. Tapi diorang berurusan dengan member wa la. Wa tak rapat dengan pelajar pompon time tu. Ngee (mesti abanghensem berbulu jer baca ni. Hihi)

Yang jadi DJ member wa. Dia memang ‘jambu’. Ramai peminat dia ni. Kalau wa yang jadi kang, kompom la tak laku stesen radio wa. Hahaha. So, upah dia la. Cuma yang tak bestnya, dia ni kena tunggu lepas abes study baru jadi DJ. DJ lain tak glamer la.

Kalau masa dia menjadi DJ tu panjang, maka, banyak permintaan boleh dimainkan. Bila banyak permintaan, maka, banyak la untung. Hehehe. Bisnes ma. Masa tu wa tindih gelombang radio Cina. Sebab takut kantoi kat radio warden. So, semua dah tahu gelombang mana yang perlu diset setiap malam oleh pengguna walkman.

Wa dah nak tido. Wa tahu lu belum tido lagi bro. Hahaha. Selamat Pengantin Baru aaa… Jangan lupa anak bagi nama wa aa. Nama samara kat asrama dulu pun boleh. Hahaha..

Comments

  1. waaa terer lu bro pasal elektronik-monik nih... salute. kecik2 dah otak bisnes. power.
    ohh 1998 tu ekau skolah lagi yo, so tak meraso la air kimia, gas pedih.
    untuk info ko, gas pedih sekarang lagi pedih dari yang dulu.. haha...
    ~zaminc~

    errr pasal nak pi KT tu, ekau pi la ngan berg, eden nak kojo, saro anak2... heheh..

    ReplyDelete
  2. cam cito godfather pun ado....ala2 yakuza ngan gengster mokpo pun yo gak...ishhhh

    ~k.maymot~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.