Skip to main content

Roslan sms mempertahankan kejumudan ulama Hadi Awang.



Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Ok. Mari kita professional. Roslan berhak mempertahankan sesiapa. Dan wa berhak menyanggah sesiapa. Keterbukaan bergantung kepada penilaian penerima (pembaca).

Jumud pertama.

Roslan kata, Lim berhak menyuarakan pandapat. Sama seperti ulama Hadi Awang. Tapi janganlah melabel.

Dalam mempertahankan bos kita, walaupun jauh di sudut hati mengetahui kebankrapan intelek ulama ini, janganlah sampai hujah yang kita gunakan itu menunjukkan kita juga kebankrapan intelek.

Jika Lim tidak boleh melabel dalam kebebasan bersuara, adakah Roslan terlupa atau muflis intelek mengimbau label-label yang pernah dilontarkan oleh ulama Hadi Awang ini terhadap seterunya? Tidak perlulah disenaraikan di sini, label-label yang lahir dalam kuliah agamanya, dalam sidang media, dalam ceramah dan sebagainya.

Cuma apa yang disimpulkan di sini, label adalah salah satu kebebasan mengklasifikasikan dalam kebebasan berhujah, kebebasan bersuara.

Jumud kedua.

Melayu dan kemudiannya baru muslim. Ulama Hadi Awang memberikan syarat Melayu dahulu dan diikuti muslim di belakangnya (Melayu itu). Dan Roslan mempertahankan bosnya walau dalam dunia intelek atau falsafah Islam, ini adalah salah.

Ada yang memberikan hujah, oleh kerana majoriti muslim di Malaysia adalah Melayu, maka Melayulah keutamaan menjadi PM. Dan seandainya Cina adalah majority muslim di Malaysia, maka, Cinalah keutamaannya.

Inilah taraf kejumudan ulama genetik Melayu, sembahan genetik Melayu. Dalam falsafah Allah, yang terbaik perlu dilantik tanpa memperdulikan kelompok bangsa.

Falsafah Allah yang universal mentakdirkan Muhammad seorang Quraish, warganegara Mekah dilantik menjadi PM di kelompok majoriti bukan Quraish dalam warganegara Madinah. Ianya merentasi sempadan bangsa, mejangkaui sempadan negara.

Islam third party.

Ulama selepas Muhammad hanya mentafsirkan Islam berpandukan apa yang ada. Jadi Islam tafsiran mereka adalah Islam second party. Persekitaran mereka cuba disandarkan kepada apa yang dicatatkan oleh zaman Muhammad.

Ulama genetik Melayu pula mentafsir Islam berpandukan Ulama second party. Bermakna Islam mereka adalah Islam third party. Mereka hanya menghafal. Keupayaan berfikir hanyalah taraf gen Melayu.

Dalam satu-satu ijtihad, di bawah tajuk genetik, saiz otak mereka gagal dalam mengenalpasti pemboleh ubah-pembolehubah yang perlu dikunci.

Contoh.

Untuk level seperti Hadi Awang, kita pergi kepada satu contoh paling mudah. Tanaman taugeh. Kita katakan ulama-ulama Melayu sedang berijtihad tentang permasalahan tanaman taugeh.

Tanaman taugeh fasa pertama, kurus-kurus dan tidak segar. Kemudiannya, para ulama gen Melayu ini, menukar bajanya kepada jenama lain. Dari baja jenama Dacing, mereka guna baja jenama Mustapha. Untuk tanaman fasa kedua.

Hasilnya, taugeh tanaman fasa kedua sihat-sihat, gemuk-gemuk dan segar-segar. Lalu mereka berijtihad. Gunalah baja jenama Mustapha. Siap tambah tokok lagi. Jenama Mustapha banyak jenis. Gunalah baja Mustapha Ali.

Tetapi, mereka terlupa pembolehubah lain yang perlu dikunci. Tanaman pertama tidak cukup cahaya matahari misalnya. Atau tanaman fasa kedua jarak-jarak berbanding tanaman fasa pertama. Atau sebagainya.

Akhirnya, tanaman fasa ketiga, taugeh tadi kembali menjadi seperti hasil fasa pertama. Kurus dan tidak segar. Ijtihad telah diwar-warkan. Jadi bagaimana?

Maka keluarlah satu kenyataan dari ulama genetik Melayu ini. Berbunyi :

“"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"

Kita rela kalah, asal Islam tidak kalah.

Ulama Melayu = Pak Lebai Melayu.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Pak Lebai Melayu.

Comments

  1. Insaf menulis:

    Salam.

    Rasulullah di dalam hadis sahih, baginda menegaskan bahawa Khalifah itu mesti dari Quraish!

    Apa tafsiran saudara? Apakah pantas mendakwa Rasulullah saw bersifat assobiyyah? Benarkah khalifah mesti quraish?

    Jika anda gagal menyelesaikan hadis ini, jangan cakap pasal ulama lah...blah lah.

    ReplyDelete
  2. bagi saya,sudah betul apa yang dikatakan oleh presiden pas tu.
    yang pertama,ISLAM.kedua,kita kena lihat teras dalam negara ini.jadi teras dalam negara malaysia ini adalah melayu.lagipun melayu ni walaupun ada yang kafir (mintak maaf) tetapi majoriti penganut islam malaysia adalah melayu.jadi pas kena pertahankan hak2 orang islam ni.maknanya melayulah. lagipun itu adalah tugas pemerintah islam terhadap rakyatnya. sebab tulah presiden cakap camtu.xkanlah dia nak cakap saje2 tanpa fakta dan ilmu sepertimana aduka kutuk tu(genetik melayu).tambahan pula malaysia mengamalkan sistem pilihanraya. salah satu strategi yang berkaitan
    dengan itu adalah kita mahu undi melayu untuk memerintah malaysia. xleh nak harap undi bukan islam selama-lamanya.kene terimalah hakikat ini.undi melayu tu penting. aduka pun pernah kata, strategi untuk pancing pengundi tu
    penting untuk penubuhan kerajaan islam.DAN ini adalah SALAH SATUNYA.

    ReplyDelete
  3. ala haiiii...

    Jangan dilayan sangat si duka ni...dia cakap bukan ikut fakta pun, main taram je...takde hujah, cakap merapu ntah ape-ape..bukan kuat membaca pun...

    ilmu cetek...

    ReplyDelete
  4. TULA..BILA ORANG SELALU KUTUK ORANG.TUHAN AKAN BAGI PAHALA PADA ORANG YANG DIKUTUK DAN MEMBUKA PEKUNG KELEMAHAN ORANG YANG MENGUTUK.SAYA RASA SEKARANG DAH MENAMPAKKAN KELEMAHAN TENTANG PENULIS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.