Skip to main content

Penggulungan siapa calon PAS Kuala Terengganu.


Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Setelah membaca hujah-hujah anda semua, saya cuba gulungkan satu kesimpulan.

1. Survey ini tidak tulen dengan suara hati Terengganu. Bercampur dengan suara hati luar Terengganu. Sedangkan yang di cari ialah suara hati Terengganu dan pengundi Kuala Terengganu khasnya.

2. Motif thread berjaya mendapatkan hujah bernas dari forumers yang mendakwa pengundi Kuala Terengganu, seterusnya untuk dinilai oleh pemimpin tidak ego tertinggi PAS.

Keutamaan PAS.

Di sini wa susun keutamaan PAS dalam PRK Kuala Terengganu. Tidak kira siapa pun calon PAS (luar atau dalam), keutamaan PAS ialah memenangi kerusi ini. Jadi, keutamaan calon ‘letup parlimen’ seperti Mat Sabu sudah jatuh nombor 2. PAS perlu memenangi kerusi ini, tidak dapat tidak kerana :

1. Imej PAS Terengganu di persada PAS Malaysia.

Ketika PAS negeri lain menunjukkan peningkatan yang mendadak, PAS Terenggnu terus mencatatkan keputusan mendukacitakan. Kekalahan PAS akan mengundang lebih banyak polemik di kalangan dunia PAS.

2. Imej PAS di persada Barisan Rakyat.

Persepsi pengundi Barisan Rakyat kepada PAS hancur luluh akibat skandal-sulit-curiga oleh orang kanan Presiden PAS, Hadi Awang. Skandal yang mempergunakan dalil selepas kantoi itu adalah barah yang merebakkan beberapa kesulitan.

Pengguguran Khalid Samad, pergolakan pergeselan pimpinan PAS, curiga-mencurigai, sinis dunia bloggers adalah antara kesan yang dinikmati hasil skandal guna dalil lepas tertangkap itu.

Jadi, kekalahan PAS selepas kemenangan besar PKR di Permatang Pauh bakal mencipta malapetaka kepada PAS.

“Kita rela kalah asal Islam tidak kalah.” Kata seseorang dari Makkah yang sentiasa tenggelam dari arus politik tanah air. Lembab dan keliru.

Penentu kemenangan.

Melalui perbincangan anda, dapatlah dipastikan, bahawa, penentu kemenangan jatuh kepada 2 faktor :

1. Pengundi atas pagar.
2. Pengundi baru.

“Pengundi hantu!” Sampuk seseorang dari Makkah.

Kita lupakan dahulu kepada alasan tradisi itu, dan biarkan penyampuk itu dalam ilusinya. Kita gunakan apa yang kita ada, bukan apa yang kita tiada.

Totok PAS sudah pasti akan mengundi PAS. Totok UMNO sudah pasti akan mengundi UMNO. Tetapi siapakah yang akan diundi oleh 2 faktor ini?

Jawapannya.

1. Calon tempatan yang dikenali oleh tempatan. Mungkin tidak dikenali oleh media luar, tetapi cukup dikenali dan dimesrai oleh anak tempatan.

2. Calon yang segar dan muda. Yang tidak memiliki jurang usia, jurang dunia yang banyak dengan 2 kelompok ini.

Jadi, kita kembalikan semula kepada pemimpin PAS untuk menilai. Kini penggulungan ini bergantung kepada ego seorang ulama dan ego seorang pemimpin tertinggi.

Kepada pengundi, sentiasa ingat ini. Dia yang inginkan undi kita, sepatutnya dia yang melutut kepada kita. Letakkan maruah anda di tempat yang sepatutnya. Hentikan taksub membuta ala Melayu.

Comments

  1. wah.... bro.... apasal lu tepek gambar wa dalam ni..... malu la wa orang kenal sapa wa..... takpa²..... biar kita kalah asal Islam menang.... ehhh!!! kalau kita kalah sapa nak memenangkan Islam?.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. hahahaa...mau tergelak wa baca...

    ReplyDelete
  3. WOI!! X yah ulasla woi.ni bukan jemaah hang nak ulas2.kalu dah sendiri2 buat cara sendiri2lah.apa hak hang pada jemaah?kalu pemimpin sendiri derhaka.porrah!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.