Skip to main content

Mungkinkah bloggers bakal dipatahkan jari mereka?


Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Kalau kita lihat taktikal bagaimana penjajah menipu genetik Melayu, ianya tidak pernah berubah. Melayu kekal sebagai Melayu. UMNO adalah boneka paksi USA. Regim UMNO harus dikekalkan sebagai pak turut-pak turut USA di dunia PBB.

Melalui sandiwara Malayan Union, UMNO yang bernama Inggeris, ciptaan sekumpulan pakar strategi Inggeris, yang tidak pernah ditangkap atau dipenjarakan, telah menipu seluruh genetik bodoh Melayu ini untuk terus memeluk UMNO sehingga ke liang lahat.

Regim boneka yang semakin membusuk ini harus mempunyai pelapis. Boneka asal tidak tahu siapa boneka simpanan. Mereka sendiri tidak sehaluan sesama mereka. Yang tahu hanyalah tuan kepada boneka-boneka ini. Boneka simpanan kepada UMNO, seandainya UMNO menyentuhi tarikh luput, ialah PKR. Pimpinan DSAI.

Berbalik kepada corak penjajah ini penipu genetik paling bodoh di dunia ini, yang asyik dan asyik dijajah, yang tiada nabi, yang tidak mempunyai tulisan sendiri, yang tidak tercatit sebagai penemu cabang ilmu, yang asyik kalah dalam sukan fizikal dan sukan mental dan sukan IQ, kita sorot kembali apa yang telah berlaku.

1. Dulu media tiba-tiba highlight isu seludup petrol. Letak elemen tambahan di sempadan Kelantan. Akhirnya sebagai cara penyelesaian, kerajaan menaikkan harga petrol.

2. Gula. Mula-mula keluar isu rakyat Kelantan tertinggi kencing manis. Elemen tambahan gula murah dari negara jiran. Penyelududpan berleluasa. Klimaks gula naik harga.

3. Dengan tiba-tiba, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan SPR membuat sidang akhbar. Dakwat pilihanraya diseludup. Mendatangkan bahaya kepada pengundi.

4. Undang-undang mengarut jalan raya. Tanpa memperdulikan basic keselamatan seperti system brek ABS, UMNO mendesak pengguna kereta memakai talipinggang belakang, tidak melebihi 3 penumpang di belakang, etc. Mungkin klimaksnya ialah MPV Proton yang bagus untuk warganegara luar tetapi egen pembunuh di negara sendiri itu laku.

Dan banyak lagi contoh yang telah berlaku dan akan berlaku. Namun, Melayu akan kekal sebagai Melayu walau direndam dalam neraka 1000 tahun.

Yang terbaru ialah secara tiba-tiba blog berkaitan dengan penghinaan Nabi diletak di muka hadapan. Selama ini, punyalah banyak website-website lucah, laman anti-Islam, malah hukum dan cara nabi sendiri dipersenda UMNO, tiba-tiba nada Utusan UMNO ini berubah.

Mungkinkah bloggers akan dipatahkan sayapnya sempena PRU13 yang akan datang, di mana penggunaan internet menjadi lebih hebat, lebih meluas lagi?

Jawapan falsafah.

Dalam satu-satu sub tajuk yang salah, kita tidak boleh membakar keseluruhan buku. Letak dan asingkan sesuatu itu mengikut tajuk, mengikut tempatnya. Filem dibalas filem. Dokumentari dibalas dokumentari, media dibalas media. Forum dibalas forum. Perang dibalas perang.

Penggunaan blog sebagai penghinaan atau mendatangkan kekeliruan kepada awam, hanyalah penyalahgunaan. Dan seandainya mahu menggubal undang-undang berkaitannya, hanyalah perlu menyekat satu-satu sub tajuk yang salah itu. Contoh :

1. Dadah adalah sesuatu yang bermanfaat. Penyalahgunaan dadah tidak boleh mengharamkan dadah itu secara total. Tetapi gubalan satu undang-undang terhadap sub tajuk salah guna dadah sahaja. Yakni, dadah tidak dijual sebarangan. Hanya melalui doktor2 dan farmasi.

2. Senjata api adalah sesuatu yang bermanfaat. Penyalahgunaan harus kepada gubalan undang-undang hanya untuk sub tajuk salah guna sahaja. Ianya bukan diharamkan secara total.

Jadi, seandainya kerajaan mahu membentangkan satu undang-undang berkaitan kandungan sesuatu blog, wa harap wakil-wakil BR (khususnya wakil muslim BR) faham dan dapat mengenalpasti ketetapan falfasah dalam isu ini. Kegagalan anda menetapkan falsafah boleh mendatangkan 2 sebab :

1. Kebebasan bersuara (blog / internet) hilang secara total.

2. Kes-kes penghinaan satu agama terhadap satu agama berlaku dan mungkin berkembang dengan pesat.

Namun begitu, untuk no 2, anda (wakil-wakil BR yang mengimbangi parlimen) perlu tepat dalam memberi definasi terhadap ‘hina’. Hina dan tanya atau bahas adalah berbeza.

Islam tidak dapat ditumbangkan dengan hujah. Dengan kesilapan menyekat tanya dan bahas, ianya adalah kerugian besar kepada Islam.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...