Skip to main content

Menyeru dan merayu kepada semua bloggers.

Oleh : AdukaTaruna

Kepada bloggers yang sebaya dan bawah wa (baik tajuk usia blogger mahupun tajuk usia blog), wa pilih istilah menyerulah. Kepada bloggers yang atas pada wa, wa pilih istilah merayulah.

Menyeru dan merayu, terutama pada diri wa sendiri, untuk memperlahankan kritikan terhadap Barisan Rakyat (BR), supaya kita kembali di dalam saf pada fasa PRK Kuala Terengganu. Keutamaan yang lebih utama perlu diutamakan.

Keutamaan kita ialah meruntuhkan BN. Objektif meruntuhkan BN pada setiap kita mungkin berbeza. Tetapi persamaannya ialah meruntuhkan BN. Keutamaan pembinaan BR melalui tulisan dan fikrah telah jatuh ke tempat kedua.

Ada bloggers ingin meruntuhkan BN secara total. Ada bloggers ingin menjatuhkan BN supaya BN itu sendiri pulih seterusnya memulihkan taraf politik Malaysia. Ada orang ingin menjatuhkan BN kerana dendam, dan sebagainya.

Apapun objektif kita terhadap kejatuhan BN, kita berada di dalam persamaan yang tepat ketika ini. Seperti yang dihuraikan Roslan sms, PRK Kuala Terengganu adalah sangat penting dan kunci kepada perubahan lanskap politik tanah air.

Kekalahan BN adalah seumpama seruan yang dihantar ke seluruh negara, sama ada melalui medium BR atau BN sendiri, yakni menamatkan pemerintahan BN. Isyarat ini berpotensi menjadi satu trend yang sangat dasyat kepada pengundi muda, dimana, pengundi lama 50%nya sudah meninggal dunia.

Adalah diharapkan, Anwar, Lim Kit Siang yang masih sihat, dapat memberikan komitmen mereka terhadap jentera PAS di Kuala Terengganu, sebagaimana TGNA yang turut sama di Permatang Pauh, berpanas dan bersesak walau pada keadaan uzur.

Kepada jentera PAS Terengganu, wa memberikan cadangan, supaya bertukar konsep dari jentera penyerang kepada jentera penerang dan penyelamat. Semoga PAS (kita semua) mengubah lanskap politik tanah air kita yang tercinta ini di titik Kuala Terengganu.

Wallahualam.

Comments

  1. bukan hanya PRK di ganu aje yg penting, malah setiap yg ada pilihan semuanya ada kepentinganya cumanya yg besar dipanggil raya, spt p/raya, hariraya, lebuhraya malah hanturaya pong sesetengah ore beranggapan besar jugak ler, dah lama sgt aku dengor dan senentiasa diulang-ulang PRK menjadi titik perubahan landscape politik tanahair la hape2 la, blogger bebal mcm hang pong merayu mendayu bersama2 ..Hahahaha

    sebenarnya yg boleh merubah iklim politik negara apabila manusia berubah daripada kebebalan kepada kebijaksanaan, kepatuhan dan ketaatan serta ketaqwaan kpd yang Maha Esa. mcm mana nak menjadi spt demikian? didiklah dirimu, keluargamu dan ahli masyarakatmu dgn ilmu, setelah berilmu nak merayu ke nak menyeru ke serulah, jgn mendayu2 udohle...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...