Skip to main content

Memboikot Media UMNO?

Oleh : AdukaTaruna

Acap kali wa baca, dengar seruan ini. Dan acap kali juga yang menyeru itu (difokuskan kepada PAS) menggunakan media UMNO. Dan acap kali juga ada ahli yang marah kerana melayan wartawan media UMNO.

Perkara ini sukar. Sekiranya pemimpin PAS mengadakan sidang media, pasti menjemput wartawan. Andaikan pemimpin PAS hanya menjemput wartawan pro BR, mustahil wartawan media UMNO tidak hadir, dan mustahil untuk pemimpin PAS menghalau mereka.

Malah, adakalanya, wartawan pro UMNO itu melaporkan benda yang betul, tetapi berubah apabila melalui editor mereka.

Boikot.

Emotional akan mengarahkan otak membebaskan bebanan emosi itu (stress). Ada yang bertabiat menggarukan kepala, ada yang merengus dan sebagainya. Begitulah juga saranan boikot. Tetapi, apa objektif boikot? Sejauh mana boikot mampu membuatkan media UMNO menjadi beretika?

Katakan objektif boikot ialah ingin memufliskan media UMNO. Apabila hampir muflis, secara teorinya, mereka akan kembali kepada kehendak pengguna. Yakni menghidangkan benda yang tepat. Tetapi apakah tepat teori ini, atau sekadar arahan kepada otak untuk melegakan stress?

Sebenarnya.

Sebenarnya, memboikot untuk tidak membeli akhbar cetak media UMNO tidak berkesan. Memboikot untuk tidak melihat media elektronik UMNO juga tidak berkesan. Yang paling berkesan?

Yang paling berkesan ialah seruan memboikot barangan / produk yang diiklankan menggunakan media UMNO. Wa tidak fikir Utusan cetak untung melalui penjualan akhbar. Tetapi, melalui penjualan iklan.

Seruan memboikot produk akan menakutkan pengeluar. Hampir setengah populasi Malaysia adalah pro Barisan Rakyat. Adalah dasyat apabila DSAI atau TGNA mengeluarkan seruan itu. Media UMNO akan cemas.

Tetapi, kontranya ialah, seandainya icon BR yang menyeru, mereka akan dilihat sebagai anti ekonomi. Penyelesaiannya ialah seruan memboikot produk yang diiklankan di media UMNO datangnya dari akar umbi. Ianya menjalar di serata blog. Ada logo, ada slogan, ada ritual.

Seruan boikot dari akar umbi menyebabkan Colgate beriklan bahawa produknya halal. Memperdaya Jakim gen Melayu melalui web Jakim.

Seruan boikot dari akar umbi menyebabkan Silver Bird memperdayakan Hassan Din. Ulama gen Melayu. Mengesahkan produknya bersih, halal dan suci.

Seruan boikot dari akar umbi menyebabkan Dutch Lady mengeluarkan iklan terbaru mereka. Mengeluarkan kenyataan terkecuali dari tindakan Fitna.

Bersediakah bloggers?

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...