Skip to main content

Korban Itik 4 kaki.

Oleh : AdukaTaruna

Kenalan wa sms wa, tanya berapa ekor korban. Itik 4 kaki tak kira. Hahaha. Itik kat sini semua kaki 5. Koridor ala Paklah. Ngeee.

Cam biasa. Surau tempat wa ada lapah lembu. 6 lembu, sekor kambin (baca ala loghat zaminc. G takdak) Lepas solat, sebagai belia harapan kg, wa balik rumah tukar baju koboi. Hehehe. Skali hujan plak. Kena lemang 8 ke 9 potong, tetiba rasa ngantuk. Aiseh man…

Pon.. pon.. Tetiba wa dengar sayup2 bunyi hon. Bunyi dia sayup2 la.. tak berapa jelas.
“Ngah, Ngah! Tu Bangchik panggil.” Mak wa kejut.


La.. wa dah tido rupanya. Hahaha. Wa tengok dah kul 10. Bangchik adik wa. Wa jengok kat luar. Hari masih rebas (hujan gerimis).

“Ustaz Atan panggil!” Jerit adik wa dari dalam kete.

Adeh… kantoi la ni. Tak pun bebudak ni semua macam wa. Lepak rumah. Takda belia la tu. Huhu.

Wa pun naik kete n g surau. Sampai2 cam biasa. Kena boo, kena perli dulu kat memember. Hehe. Ada 4 lembu, 1 kambing lagi.

Kitorang guna kaedah tali. Wa ambil tugas tarik lembu ke tempat sembelih. Sepatutnya join bebudak kat sungai. Basuh perut lembu. Wa maleh nak tugas tarik2 ni. Sebab wa koboi baik. Hati cepat kesian. Huhu. Tapi memandangkan terlewat punch card, tempat sungai dah ramai dah.

Last punya lembu, punyala jinak. Sampai tak perlu tarik guna tali (tapi guna gak tali just stanby). Tarik tanduk dia jer. Sampai kat tempat sembelih, dia taknak gerak lagi dah. Baru tarik guna tali. Terkebil-kebil mata lembu tu. Ala… wa dah cair dah. Hehehe.

Tengok jam, kul 1 lebih. Wa chow la, solat zuhur. Hahaha. Tak sampai hati beb.

Dulu jiran wa ada bela kambin. Jinak wo ini kambing. Sampai pernah berlakon drama. Citer apa ntah wa lupa la. Drama RTM. Kambing ni ske pow pakcik penjual aiskrim. Selagi tak bagi, selagi tu dia follow jer motor aiskrim tu.

Lepas tu ske hisap asap motor. Press minyak motor 2 lejang, kambing tu akan letak hidung dia kat ekzos. Hahaha. Kambin pun pandai stim. Then, pandai naik kete. Nama dia Black.

“Black! Balik! Masuk!” Member wa buka jer kete wagon lama dia, Black pun terus melompat masuk kat belakang. Siyes beb.

Tapi itu kenangan lama. Kambin tu kena aqiqah anak jiran wa itu sendiri. Satu family menangis n tak makan daging tu. Apatah lagi tolong melapah.

Salam Aidil Adha….
.

Comments

  1. tempat wa cam biasa meriah sambut aidiladha.... tahun ni Alhamdulillah... rezeki wa murah skit .... tumbang 2 ekor..... nak patah pinggang rasa dok urus lembu.... raya pertama n kedua sampai khamis ni banyak jemputan raya n aqiqah.... tapi masuk hari kedua baru dah muak dah bila tengok daging...
    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. off topic sat..

    dlm tajuk kebengapan Gen Melayu, wa b'kongsi rasa & fahaman dgn lu.. wa dah pikir benda ni sejak sek. men. lg..

    sekor spesis Gen bengap telah ditemui baru2 ni.. si p'buka thread di bwh..

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1321&postdays=0&postorder=asc&start=0

    daya p'asingan tajuk yg lemah, jumud & bengap.. sian melayu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...