Skip to main content

Jawapan PAS lewat umum calon.

Oleh : AdukaTaruna

Sebenarnya tiada langsung isu tentang ini. PAS lebih awal umumkan tarikh pengumuman calon mereka. Ustaz Nasha umumkan tarikh pengumuman calon PAS semasa Ustaz Hadi di Mekah lagi. Bermakna mereka berada dalam jadual. Satu gerak kerja yang terancang.

Tetapi, kejadian pengumuman awal calon oleh BN menunjukkan Najib memiliki tink-tank yang bijak. Mereka memanfaatkan perbincangan hangat, polemik percalonan PAS. Tindakan cerdik ini bukan kerja pasukan Paklah. Dan ini menunjukkan betapa bahayanya Najib kepada PAS yang memiliki Presiden yang naïf.

Damage memang ada. Sedikit sebanyak memang ada. Level awam tetap standard level awam. Wa berpendapat perlunya PAS mengeluarkan kronologi yang menunjukkan tiada langsung isu kelewatan calon. Ianya berada dalam jadual yang telah disusun secara tradisi.

PAS juga boleh counter-attack dengan menggunakan media sendiri. Sekiranya Harakah terlalu lembik, mohon sahaja Malaysiakini mendapatkan komen dari calon-calon BN yang disebut-sebut sebelum ini. Apa komen mereka, dan cari elemen kecewa dalam kenyataan mereka.

1. Pengumuman awal calon BN bermakna lawan kepada BN boleh memanfaatkan pertembungan sesama mereka. Atau kata kasarnya (taktikal peperangan), masa untuk mereka dilagakan mencukupi.

2. Pengumuman awal calon BN boleh dimanfaatkan PAS. Yakni, PAS tidak memperjuangkan calon individu, perjuangan individu. Tetapi perjuangan Islam. Calon adalah kemudian, tetapi falsafah perjuangan itu yang utama. Point, point PAS perlu lebih kepada pengundi baru + atas pagar. Seperti tingkatkan check and balance dengan memilih selain BN, BN akan terdidik apabila kita menolak mereka, dan sebagainya.

3. Jadual yang disusun PAS (tarikh pengumuman calon) wajib jatuh pada hari kelapangan TGNA, DSAI, Lim KIT Siang. Tidak dapat tidak, TGNA, (selain Husam, Khalid, Mustapha Ali, Hasan Ali) harus ada pada tarikh pengumuman oleh Presiden PAS. (DSAI kalau tidak hadir seperti mana TGNA hadir di Permatang Pauh, memang wa maki habis-habisan. Jangan besar kepala.)

4. Pengumuman awal calon BN membuatkan BN tiada elemen dinanti-nanti rakyat. Fokus rakyat seterusnya ialah kepada PAS. Ketika inilah PAS sepatutnya mengaturkan satu majlis yang grand, berpenyokong ramai, meyakinkan, mesra dan segar.

Kesimpulan pertamanya, ini bukan isu kelewatan. Cuma isu BN yang tiba-tiba awal. PAS telah mengumumkan jadualnya, dan hanya perlu memetuhi apa yag telah disusun.

Kesimpulan keduanya, Najib mempamerkan satu pasukan yang bijak menyamai Mahathir. Ini mendatangkan bahaya kepada ahli-ahli politik lawan yang naïf dan lurus bendul.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...