Skip to main content

Hudud untuk semua manusia?

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Wa ditanya tentang ini. Sila rujuk kepada rujukan yang diberi di atas. Wa terang secara logic akal. Begini.

PAS hanya salah sebuah jemaah Islam yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Ada banyak jemaah lagi. Salah satu yang diperjuangkan oleh PAS ialah hudud. Dan PAS memilih wadah demokrasi total.

Pedulikan jemaah Islam lain, PAS tidak berjuang setulen Nabi. Suku kepada cara perjuangan Nabi. PAS memerlukan undi non muslim. Ini bukan mahu membincangkan betul salah wadah PAS berbanding wadah lain. Tetapi perbincangan apa yang boleh dilakukan oleh PAS. Apa yang dimiliki oleh PAS.

1. PAS perlu taktikal dalam tajuk demokrasi untuk tajuk hudud. Jemaah lain pula perlu taktikal dalam tajuk wadah masing-masing.

2. Katakan Hizbut Tahrir tidak melalui demokrasi, untuk memperjuangkan hudud, di Malaysia, sila kemukakan reality bagaimana cara jemaah mereka mahu menegakkan hudud. Secara senjata? Secara dakwah pintu ke pintu?

Kemudian, sila lakukan gerak kerja anda. Semoga berjaya. Jika anda berjaya lebih awal, PAS boleh menyertai anda. Jika PAS berjaya lebih awal, walau anda tidak mahu menyertai PAS (di Malaysia), sekurang-kurangnya sebahagian perjuangan anda telah dimudahkan.

3. Tajuk kejayaan PAS (dalam hudud), PAS melaksanakan hudud hanya untuk kes membabitkan muslim dalam satu-satu kes terlebih dahulu. Kes sesama non muslim, tertaktul kepada undang-undang mereka sendiri.

Anda berkata PAS sesat? Sekurang-kurangnya PAS berjaya laksanakan hudud untuk fasa kesesuaian itu dahulu. Mungkin apabila keberkesanan hudud dilihat, pembelaan hudud itu kepada masyarakat muslim itu dicemburui, maka, hudud boleh diluaskan menjadi undang-undang tunggal di Malaysia (untuk semua manusia). Step by step, sesuai dengan wadah PAS.

Kesimpulannya, wadah anda adalah wadah anda, kami doakan anda berjaya. Wadah PAS adalah wadah PAS. Taktikal masing-masing perlu disandarkan kepada wadah yang disertai masing-masing. Setakat berbalah berkata hang salah, aku betul, sibuk ganggu gerak kerja jemaah lain, baik lupakan hudud. Itu semua hanyalah retorik air liur.

Yang PAS pula, perlu sedar diri. Tahu apa pembolehubah. PAS tidak berjuang dalam wadah setulen Nabi. Hanya suku. Sebab itu tidak semua Al-Quran dan Hadis boleh dirujuk. Umpama seluruh barangan di kedai hardware digunakan PAS bagi tujuan hanya untuk membuka tayar.

Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...