Skip to main content

Hadis : Khalifah dari Quraish.

Oleh : AdukaTaruna

Ada pembaca suruh wa selesaikan hadis sahih yang mengatakan khalifah haruslah dari Quraish. Sedangkan dalam artikel itu telah diterangkan konsep Islam Third Party dan kegagalan mengenalpasti pemboleh ubah.

Kata-kata Muhammad SAW dicatatkan mengikut persekitaran di zamannya, pada scenario semasa ianya diucapkan. Jadi, ulama third party tidak pasti di bawah tajuk mana kata-kata itu dilafazkan. Adakah di bawah tajuk taktikal atau di bawah tajuk falsafah?

Di bawah ulama selepas Muhammad, ada yang berkhilaf mengenai ayat Al-Quran yang dimansuhkan selepas kedatangan ayat terbaru.

Walaupun wa secara peribadi tidak setuju ayat Al-Quran yang dimansuhkan, tetapi wa bersetuju, kata-kata Muhammad ada yang dimansuhkan selepas perubahan scenario atau persekitaran, seandainya kata-kata Muhammad itu diletakkan di bawah taktikal, bukan falsafah. (sila baca dengan perlahan dan berulang-ulang)

Semua ini terletak di bawah kupasan pembolehubah dan ulama third party. Pada tahun A Muhammad berkata 123, tetapi pada tahun M Muhammad boleh berkata bertentangan dengan 123, seandainya ini di bawah taktikal, bukan falsafah.

Akan tetapi, keobodohan ulama itu gagal mengenalpasti pembolehubah. Adalah malang sekali apabila kesemua kata-kata Muhammad dilonggokkan di bawah satu hadis tanpa diklasifikasikan yang mana di bawah taktikal, yang mana di bawah falsafah.

Di bawah taktikal, kata-kata Muhammad tidak boleh dipegang secara muktamad. Tetapi di bawah falsafah, kata-kata Muhammad wajib dipegang secara muktamad.

Terdapatkah penerangan atau pemikiran ini dalam kitab kuning? Catitkannya.

Comments

  1. "Walaupun wa secara peribadi tidak setuju ayat Al-Quran yang dimansuhkan" - macam ada something wrong je mengenai penyataan ni?

    Anyway mengenai khalifah yang mesti dipegang oleh Quraisy, memang ada unsur2 taktikal dan falsafah sekaligus di dalamnya.

    Kata2 nabi ni punyai pandangan hadapan.. Khalifah Umayyah, Abbasiyyah, Usmaniyyah rata2 dari kaum Quraisy.

    Now takder dah khalifah dan insyaallah zaman mahdi pun akan diangkat khalifah dari kaum quraisy juga...
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  2. Maksud wa, wa tidak setuju terdapat pemansuhan ayat Al-Quran dengan ayat Al-quran.

    Tetapi setuju dengan pemansuhan hadis dengan ayat Al-Quran, ATAU hadis dengan hadis.

    Dalam longgokkan hadis sahih, ulama bodoh dalam mengetahui betapa perlunya mereka mengkhlasifikasikan yang mana ramalan (fakta) masa hadapan, yang mana falsafah (hukum), yang mana taktikal.

    Belajarlah sehingga ke Al-Azhar, ulama tidak akan menjumpai keperlyuan ini sehinggalah ianya diterangkan hari ini.

    Inilah fungsi perdebatan/ perbahasan / pertembungan ilmiah. Walau kasar dalam medan hujah, tetapi '0-0' (bersaudara) di luar. Profesional.

    Wallahualam.

    AT

    ReplyDelete
  3. yo lah ostat duka...apo2 yo lah,,

    ~k.maymot~

    ReplyDelete
  4. Woi bahalul.ko x setuju ayat quran mansukh ayat quran yang lain??apa punya pemikir ni.kalau xada nasakh mansukh ayat quran, aku rasa aduka teruna dah tentu minum arak pagi2 ganti teh 'o'.ko tau x aduka?pengharaman arak ada 3 kali ayat berkenaan dengan tu.pertama,boleh minum untuk tujuan berubat.kedua boleh minum tapi jgn minum masa nak sembahyang.last sekali xleh minum langsung.aku baca tulisan ko tentang yang ni,dah.dah.aku dah boleh buat kesimpulan yang pemikiran ko ni jauh dari nur.jauh dari aliran pemikiran islam,duk pakai pala hotak ko je buat analisis.pigi daa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.