Skip to main content

Hadi Awang : Ini yang sepatutnya.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Ada 2 sudut yang boleh dipilih. Kita masuk satu-satu di dalamnya.

Waraq dan akhlak.

Kalau ikut waraq dan akhlak ulama ini, wa percaya kenyataan ini di bawah tajuk ikhlas. Teringin sangat dan berharap sangat rakyat Malaysia menikmati penambahbaikan dalam pentadbiran negara.

Permasalahan rasuah dan kehakiman sangat penting. Dan gesaan supaya Paklah menyelesaikan perkara ini sebelum diserahkan kepada Najib adalah penting dan bijak.

Najib belum pasti lebih baik dari Paklah. Kerisauan ini turut dilahirkan oleh Mufti Perlis. Jadi, adalah besar harapan dan keihklasan ulama ini untuk Paklah menyelesaikan apa yang dijanjikan sebelum menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

Fatonah dan licik.

Wa tetap dengan kepercayaan orang-orang berakhlak dan baik genetik Melayu adalah lurus bendul. Lembab dan senang dimanipulasi. Jadi, adalah kejutan apabila kenyataan ini lahir dari Hadi Awang. Sebelum ini, elemen licik ini (tajuk peralihan kuasa Paklah-Najib), hanya lahir dari MAZA.

Di bawah tajuk licik, ianya adalah satu senjata menguraikan kekuatan musuh Islam. Benteng-benteng mereka. Cuma, perkataan pecah dan perintah telah dinegatifkan oleh ulama genetik Melayu kerana digunakan oleh pihak British.

Pada wa, pecah dan perintah adalah salah satu teknik peperangan. Ianya tidak terletak di bawah tajuk matlamat yang menghalalkan cara. Khalid Al-Walid adalah antara pemecah kesatuan musuh yang hebat. Terdapat juga doa yang meminta Allah musnahkan kesatuan musuh Islam.

Seruan dan harapan ini boleh mendatangkan ketengangan kepada Najib dan Paklah. Team vs team akan menyerpihkan beberapa lagi team.

Kesimpulan.

Jadi, dari dasar mana lahirnya kenyataan Presiden Parti Islam terbesar Malaysia ini, wa cenderung memilih di bawah tajuk ikhlas beliau. Wa masih belum mempercayai ianya lahir di bawah tajuk Fatonah.


Di harapkan sebagai Presiden Parti Islam terbesar Malaysia, Hadi Awang tidak terlalu bendul dengan sentiasa tenggelam dalam arus politik tanah air.

Ingatlah bahawa anda menggunakan wadah undi majority. Ini bermakna ianya adalah wadah popularity.

Wallahualam.
span>



Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...