Skip to main content

Catatan Kehidupan : Sebelum tidur..

Oleh : AdukaTaruna

Satu makcik bercerita pada wa, tentang rasa hatinya mengenai penggiliran balik kampong hari raya. Wa tidak mahu ulas yang itu, cuma wa teringat arwah abah wa. Wa teringat mak wa. Caner la kalau anak-anak mak wa semua dah kawen nanti.

Dulu, masa wa politeknik lagi wa dah cakap sama Along dan adik-adik wa, yang wa nak susun jadual balik kampong. Kalau tahun ni balik, semua harus balik pada hari serentak. Bukan senang nak berkumpul setahun sekali tu.

Katakan tahun A giliran Along balik kampong sendiri (seandainya Along kawin dulu. Peraturan akan ikut siapa kawin dulu), maka, yang lain akan turut sama.

Tak timbul kes mak akan kesunyian, kerana tidak semuanya yang duduk jauh dari rumah mak. Wa tak mahu macam adik-beradik abah dan mak wa. Hari Raya pertama sekelompok balik. Hari Raya kedua, sekelompok balik, manakala yang sudah balik tadi, sudah pulang. Tidak jumpa.

Kalau turn Along balik hari ke 3, maka semua akan balik hari ke 3, atau masih ada pada hari ke 3 itu. Mak kata peraturan wa sukar. Huhu. Tapi adik-adik berazam nak cuba gak.

Abah wa pesan kat kitorang dulu, kalau ziarah rumah adik-beradik, jangan lama sangat. Terutama yang lelaki dan perempuan itu, untuk tuan kepada rumah, bukan adik-beradik. Alamak. Jap nak susun ayat.

Wa lelaki, akak wa perempuan. Kalau wa ziarah rumah akak wa, maka kurang masalah. Sebab lelaki dan perempuan tu kategori adik-beradik. Tetapi masalah kalau ziarah (terlalu lama) rumah adik lelaki wa. Sebab isteri dia dengan wa bukan adik-beradik. Tajuk tuan kepada rumah lah.

Kalau wa kawen nanti (kalau laku la. Hehehe. Semua abanghensem dah kebas), wa ingat nak mulakan label keturunan wa sendiri. Ala, macam Wan, Nik, Tuan, Syed tu la. Nik Ahmad Bin Nik Bakar. Dia guna nama Nik. Wa pulak belum putuskan lagi. Hahaha. Asobiyyah kata member wa.

Wa kalau buleh nak anak kembar. Penjelasan sains tentang ini wa kabur. Tapi nenek belah abah wa (adik abah wa) ada 2 pasang kembar. Ngeh2. Dan sepupu wa ada sepasang kembar. Member wa cakap, 2 sperma cantum 1 telur dapat kembar seiras. Kalau tak sempat pisah, jadi kembar siam. Huhu.

Kalau 2 telur, 2 sperma kembas tak seiras. Lepas tu dia cakap, ada teknik dapat anak kembar. Senang jer. Woh! Terkejut wa.

“Macamana?”

“Sorang awal tahun, sorang akhir tahun la.”

“Ceh! Itu dera isteri bang oi.”

Comments

  1. hehehe..... sempat gak lu bedal wa yer....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. apesal la semenjak dua menjak ni lu asyik cerita pasal keluarga dan kehidupan berkeluarga nih... lu dah sampai seru ka bro? hehe...

    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...