Skip to main content

Berbulu kalau orang tak pro nih..

Oleh : AdukaTaruna

Wa berbulu jer dengan kelompok macam nih. Kalau kelompok yang tiada kuasa, ok lagi. Tak menyusahkan ramai pihak. Ini yang diberi amanah. Kamon la Melayu..

Contoh 1.

Kalau bebal, ngaku jer la bebal. Kalau silap, ngaku jer la silap. Pro ma. Bertanggungjawab la sikit. Suka-suki jer tangkap orang sana-sini untuk selesaikan kes.

Macam wa tak tahu tektik polis. Sekali tangkap mat pet mencuri, sampai berbelas fail paksa mat pet sekor tu jawab. Selesai belas2 fail.

Sekali tembak mati penjenayah, puluh-puluh kes samun selesai. Padahal penjenayah tu baru samun 3-4 jer. Sonang boto orang Melayu keje.

Mana buleh ma. Kalau tak betul itu orangnya, kan tak menganiaya tu. Ngaku jer la kemahiran Polis Malaysia terkejut dengan kemahiran penjenayah micro chip tu. Kitorang suka tidur dan tangkap Mat Sabu kat lampu isyarat.

Contoh 2.

Ni lagi sekor lembu pawah. Yang si botak ghaib jap. Khairy membisu. Jurulatih jugak yang ditukar. Kamon la Melayu. Jadi gen Jepon la sikit. Bertanggungjawab ma.

Bila yang gagal bertanggungjawab, akhirnya yang tinggal mengisi amanah adalah orang yang benar2 berkelayakan. Tak perlu habiskan bilion2 duit rakyat untuk mempertahankan genetik gagal ma.

Contoh 3. PKNS.

Begitu juga Madam Cina yang dilantik menerajui PKNS. Kita tolak sebentar falsafah kebangsaan dalam motif PKNS itu, dan tolak sama ada Madam Cina itu bersih atau tidak. Kita becakap soal falsafah perlantikan beliau.

Kita gantikan PKNS dengan team bola negara. Misinya ialah mengharumkan nama negara Malaysia. Tukar balik kepada PKNS. Misinya ialah memartabatkan ekonomi bumiputera.

Selagi FAM adalah warganegara Malaysia, maka, lantikan Rafael Benitez (Orang Putih) sebagai jurulatih atau pengurus besar team bola sepak Malaysia tidak menjejaskan misi memartabatkan nama Malaysia.

Begitu juga perlantikan Madam Cina. Selagi Menteri Besarnya dan barisan exconya majority bumiputra dan perlembagaannya bumiputera, perlantikan Madam Cina tidak menjejaskan misi PKNS itu. Ianya (Madan Cina itu) adalah peneraju yang perlu memahami dan terikat kepada visi dan misi PKNS.

Sebagaimana Rafael Benitez (Orang Putih) yang perlu terikat kepada misi dan visi FAM. Ini adalah falsafah yang yang disandarkan kepada falsafah.

Bab keutamaan.

Itu adalah bab falsafah. Kita telah gunakan kaedah ganti dalam mencari ketetapan falsafah. Sekarang masuk bab keutamaan. Kita tinggalkan dahulu
pecahan tajuk tindakan ini dibuat.

1. Berdasarkan motif (visi dan misi) PKNS, seandainya ada bumiputera lain yang lebih layak dan efektif berbanding Madam Cina itu, maka, bumiputera itu lebih layak dipilih.

Tetapi, kita kembali kepada pecahan tajuk tindakan ini dibuat oleh PKR. Adakah tindakan PKR ini di bawah falsafah politik atau di bawah taktikal politik? Seandainya di bawah taktikal, maka, keutamaan yang disusun ini (prinsip) boleh dilenturkan (bukan dipatahkan) untuk seketika.

2. Berdasarkan motif (visi dan misi) PKNS, seandainya tiada bumiputera lain yang layak, maka, padanlah dengan melantik individu ini dengan syarat, individu itu terikat dengan motif organisasi, kontrak, syarat dan perjanjian.

Ok. Kita kembali dengan menggunakan kaedah ganti.

1. Seandainya team Bola Sepak Malaysia hanya bermotifkan keunggulan nama Malaysia, di mana ianya banyak memberi kelebihan kepada sector lain (perlancongan, ekonomi, pengetahuan, pasaran pemain, pasaran pengetahuan tajuk bola sepak, etc), maka, wajarlah Malaysia melakukan hal yang sama seperti negara gen bijak yang lain (Perancis, Singapura, Italy, etc).

Yakni, me-warganegara-kan, pemain-pemain kelahiran luar. Kerana motifnya ialah keunggulan nama Malaysia.

2. Seandainya team Bola Sepak Malaysia bermotifkan keunggulan kebangsaan Malaysia, maka kekalkan ianya seperti ini. Malah perlantikan orang luar dalam sebarang jawatan FAM adalah menyalahi motif.

Selagi ianya Melayu, Cina, India, bumiputera lain, maka, itu sahajalah yang layak, berpandukan kepada falsafah tadi.

Namun, berdasarkan apa yang berlaku dalam bidang pengurusan FAM, percampuran itu, menunjukkan kelemahan genetik Melayu dalam memilih motif dan falsafah. Setai sukan yang dipegang oleh Sultan Melayu + ahli politik kebangsaan Melayu adalah hina di persona dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...