Skip to main content

Ulama Hadi adalah lambang bebal genetik Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Kita telah belajar basic segala permasalahan yang melanda Malaysia. Asas segala asas. Yakni gen Melayu adalah gen yang bangang. Jadi, asas yang sama juga melanda PAS. Dan dikecilkan lagi, masalah Presiden PAS ialah gen Melayu bernama Hadi.

Hadi adalah ulama yang beriman dan berilmu tinggi. Tetapi tidak lebih dari seekor keldai bertakwa yang membawa kitab-kitab ilmu (ayat yang wa jumpa kat satu blog. Wa lupa blog tu). Atau satu harddisk yang menyimpan data-data ilmu.

Gen Hadi adalah gen bebal. Ketakwaan Hadi hanya untuk dirinya sendiri, manakala kebebalannya memudaratkan jemaah Islam selagi mana ianya diangkat memimpin jemaah Islam (diangkat oleh satu jemaah bermajoriti gen bebal juga).

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam"

Gen bebal ini sangat tamak pada permulaannya. Di bawah idealogi ciptaan manusia, Kepimpinan Ulama, Hadi dengan sokongan jemaah bergenetik bebal juga, membolot segala kuasa. Akulah Ulama Besar, akulah Pesuruhjaya Terengganu, akulah pemgamal poligami, akulah Presiden PAS, akulah Menteri Besar Terengganu, akulah antara ketua ulama-ualama dunia, semua aku. Last sekali, jemaah Islam terlingkup 2004. Takwa untuk diri sendiri, bebal dideritai umat Islam.

Jadi, apakah anda semua tunduk membuta, taklid menyondol terhadap satu gen bebal hanya kerana dimomokkan terlalu lama di bawah satu falsafah ciptaan manusia bebal lain yang dinamakan : KEPIMPINAN ULAMA?

Dalam tajuk akhlak, gen bebal ini harus dicontohi. Tetapi di bawah tajuk penyelesaian masalah dan pemprosesan ilmu-ilmu, gen bebal ini harus dibimbing dan ditunjukkan jalan keluar.

Hanya yang bebal dibimbing oleh si bebal.

Comments

  1. Aduka Taruna yang lebih bebal dan membebalkan pengunjung blog.

    Kau ni pemecah-belah jemaah, pengadu domba, pengkhianat, perosak jemaah.

    Tak berakhlak dalam menegur. Cermin diri lu dulu mamat, sebelum kata org lain bebal. Kau tu budak kecik saja bpikir. Lepas tu perasan diri tu mcm tokoh pemikir hebat. Rasa bangga boleh memaki pemimpin.

    hoi mamat adukataruna!
    baik kau diam drpd cari dosa. Andaikata TG Hadi meninggal, ko nak minta maaf dgn sape? ko ni main tembak saja. kau bukan nampak apa yg TG Hadi nampak. Dia pemimpin, duk kat atas, nampak semua benda kat bawah. Ko ntah datang dr mana2 ntah, buat dajal dlm jemaah pulak.

    salah ke pmimpinan ulama?
    jgn jd bangang la mamat.

    jgn jd umno. jgn jd munafik.

    ReplyDelete
  2. Maaf Aduka.saya rasa aduka ni ada emosi dan pendirian yang xelok.dari segi penulisan saudara macam seorang pejuang islam.tapi pendirian dan idea tentang perjuangan saudara banyak menyimpang dari landasan perjuangan islam dan konsep jemaah itu sendiri.saudara xberjaya mengawal emosi saudara hinggalah seolah-olah saudara tiada panduan atau guru yang baik untuk mengajar konsep perjuangan islam.apa yang pemimpin jemaah buat ini adalah untuk islam.tiada yang terlebih cinta pada mata seorang pemimpin jemaah itu melainkan islam.islam adalah segala-galanya.hatta jasad menjadi hancur sekalipun asalkan islam berdaulat.biarlah kita ada modal diakhirat kelak bila ditanya apakah sumbangan kamu pada islam.sedangkan kita berusaha menghancurkan jemaah dan menolong kearah menjauhkan jemaah dari perjuangan islam sebenar.

    ReplyDelete
  3. memang bahasa aduka agak kasar tapi yang penting apa yang ingin disampaikan... biasala, org melayu kan lembut suka dibelai2, bila kasar sikit dah terasa hati..
    ADUKA!!! teruskan...

    ReplyDelete
  4. Hum..dah tak power sgt la cite lu dah.Ulang bende yg sama jek.Not a constructive critics.lu pon ala2 hadi gak..hard disc bergerak jek la kot.hehe.move on la bro..lu dah tertinggal gerabak dah ni.banyak lagi bende penting lu leh comment.lu kan bijak.:D

    Btw,
    Please comment on hadi nyer pendapat psl PKNS dr yg kuar cite berbeza kat utusan n harakah.Sapa yg menipu dan tertipu?

    ReplyDelete
  5. berat sungguhla aduka ni.makin lama sembang,makin nampak yang dia ni budak kecik sebenarnya.pendapat penuh dengan emosi.bro,agak2lah sikit nak kata kat orang tu.aku takut buruk padahnya nanti.kesian kat diri kita skit.ingat tuhan,nabi,mak dan bapak.bila sekali kita maki orang.lebih2 lagi orang macm TGHH tu ramai pengikut.puluh ribu lagi pengikut akn sumpah seranah kat kita.masa tu baru hang tau langit ni tinggi rendah.tuhan tu amat kaya.relekslah bro.

    ReplyDelete
  6. jgn risau tentang mamat nih sampai masa balasan Allah akan tiba juga lambat-launnya, bg sesiapa yg menentang ulama' samada dia akan tersungkur atau disungkurkan

    ReplyDelete
  7. tidakkah eko terfikir betapa malangnya nasib yang menimpa diri eko kerana telah ditakdirkan diri eko merasa lazat dan merasa senang hati sekali mencaci-nista seorang yang bergelar ulama' yang diiktiraf oleh kebanyakan manusia yang beriman.

    ReplyDelete
  8. Dahla 2 aduka.kesian kat hang.orang nasihat xmau dengar.duk syok ngan teori dan kajian yang amat jauh dari pemikiran seorang pejuang islam.xada adab dalam menegur,pastu bagi pendapat ntah dari mana rujukan n sgt suke pakai kepala hotak.dahla 2.

    ReplyDelete
  9. teruskan adukataruna. teruskan...
    peduli apa org kata...

    ReplyDelete
  10. Bukan Mustapa Ali ke Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang. Ko nak hentam Hj Hadi pun biar betul. ko ada masalah peribadi ke ngan dia AT?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...