Skip to main content

Isu 400 hektar : Jawapan Ustaz Misbahul Munir




Oleh :
AdukaTaruna

Dalam menyelongkar laman-laman pro PAS bagi mencari jawapan terhadap isu itu, akhirnya seseorang pembaca blog wa memberikan link kepada blog ustaz. Bila disemak, ianya keluar di Harakahdaily. Alhamdulillah.

Tetapi satu perkara yang sangat mustahak. Adakah jawapan Ustaz sampai kepada seluruh rakyat Perak yang bukan golongan internet atau bukan golongan pembaca Harakah cetak, atau bukan golongan pendengar ceramah? Diharapkan aktivis PAS di Perak dapat memikirkan, bagaimana jawapan ini diketahui oleh mereka.

Penjelasan Ustaz.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi. Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula. Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah. Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu. Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut? Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak. Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan. Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun. Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana. Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah. Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

http://misabah.blogspot.com/2008/09/bantuan-perkapita-sar-dikembalikan-oleh.html


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16785&Itemid=1

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...