Skip to main content

Unit Amal / Pemuda PAS Adalah Bijak.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Secara peribadi, hamba mengalu-alukan kritikan kepada Pemuda PAS dan Unit Amal. Profesional. Dan ini pula adalah balasan secara profesional terhadap kritikan-kritikan itu.

Ramai yang menggunakan perkataan ‘hikmah’. Tetapi tiada siapa yang berhak memberikan definasi tepat kepada istilah hikmah itu (termasuk hamba). Adakah hikmah itu lembut? Sejauh mana keupayaan kalian dalam menguasai kefahaman suasana ketika itu untuk diambil tindakan hikmah tersebut? Mari lihat :

1. Pemuda PAS telah menyuarakan pendirian bahawa tidak mahu bersubahat sekiranya persembahan satu-satu kumpulan yang belum ditentukan budayanya itu, corak persembahannya itu, liriknya itu, motif aliran muziknya itu mengikut syarak atau tidak.

Ketika peringkat mesyuarat lagi, Pemuda PAS telah memberitahu tidak akan hadir sekiranya persembahan berkenaan dimasukkan. Ini bukan soal meminggirkan golongan terbabit, tetapi masa yang suntuk untuk menyemak.

2. Pemuda PAS telah memegang kepada janji dan jaminan yang diberikan Hishamudin Rais sebagai AJK persembahan. Jadi, secara profesionalnya, sekiranya janji itu dimungkiri, pendirian pertama tadi perlu diambil lah. Kembali semula kepada permulaan jalan. Jelas?

Mengapa hanya berundur ketika lagu ketiga?

Hikmah (definasi peribadi). Tidak terburu-buru. Masih merendahkan diri untuk berunding. Masih merendahkan diri menuntut penjelasan. Masih bersedia mengingatkan janji itu.

Apabila tidak diendahkan, ego terhadap golongan yang berlemah-lembut, maka, kembali semula kepada permulaan jalan tadi. Yakni, pendirian untuk tidak hadir. Ini bukan soal jihad. Ini bukan soal melarikan diri dari peperangan.

Ini soal prinsip dan maruah sebuah perjanjian. Kedaulatan jemaah yang tidak boleh diperlekehkan, ditipu.

Hikmah erti peribadi.

1. Tanpa amarah, tanpa sabotaj, tanpa seruan terbuka kepada yang lain (bukan Pemuda PAS), Pemuda PAS telah meninggalkan program itu bagi tajuk kembali kepada perjanjian di jalan mula tadi.

2. Bayangkan imej yang menimpa Pemuda PAS (malah PAS sendiri secara keseluruhan) sekiranya kejadian ketika waktu syaitan kuat itu (selepas Asar membawa ke Magrib) berlaku, di mana Pemuda PAS dan Unit Amal masih di situ.

Utusan Malaysia sendiri melaporkan Pemuda PAS-Unit Amal telah meninggalkan majlis sebelum itu. Jika tidak, imej cemerlang Unit Amal sedikit hitam. Pemuda PAS pula akan diperli dengan teruk.

3. Semua kini melihat atau menyedari mengapa Pemuda PAS membantah konsert yang belum disemak tarafnya itu. Dan apakah padahnya sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, dan perlunya mengikut acuan agama bagi menjamin kelelamatan secara keseluruhan.

Jika mendengar nasihat ulama, provokator / SB akan makan hati kerana tiada peluang beraksi (dalam kes ini). Dah memang tugas mereka di bawah pemerintahan BN, yang kita dedahkan peluang kepada mereka siapa suruh? Alasan primitif!

4. Semua melihat bahana ketiadaan Unit Amal / Pemuda PAS. Jentera PAS memang paling power berbanding kesemua parti politik termasuk UMNO-BN sendiri, walaupun dibantu agensi kerajaan. (malangnya Presiden menumpulkan keadaan. Liabiliti sungguh.)


Unit Amal kawal 100 000 di tempat terbuka (BERSIH), unit lain, 10 000 di stadium pun tidak terkawal.


5. Kini, dengan sikap berani, bijak dan pantas, Pemuda PAS telah meletakkan PAS di satu ruang menjadi tonggak. Tidak perlu keluarkan kenyataan rasmi kepada media perdana untuk menjadi tonggak. Sendiri faham sudah. Asalkan ada sifat penakluk, seorang boleh mendominasi sekelompok.

Semua pihak Barisan Rakyat telah menerima padah. Telah mendapat satu pengajaran berguna akibat memperlekehkan PAS. Semua menyaksikan dan membandingkan pengurusan PAS dan pengurusan bercampur (bukan PAS).

Selepas ini, Pemuda PAS mempunyai satu pengaruh yang lebih dalam menetapkan keputusan. Hanya perlu sentiasa hantar wakil dalam setiap mesyuarat program bersama.

Inilah keuntungan sebuah keberanian dan kepantasan membuat keputusan. Tidak perlu tunduk atau segan dalam mempertahankan prinsip, tidak perlu ugut ala bengap seperti Pemuda PAS Pulau Pinang akan kestabilan Barisan Rakyat. Hanya perlu bergerak mengikut perlembagaan, pakatan Barisan Rakyat itu tetap kekal di tajuk yang eksklusif.

Kita akan berjumpa lagi dalam satu perbincangan sekiranya PAS memiliki Presiden yang bijak mendominasi tanpa meleraikan BR.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...