Skip to main content

Taktikal Anwar.


Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah pemerhatian bebas yang kemungkinan besar adalah tersasar sama sekali. Cuma sudah menjadi satu kegemaran dalam menganalisis tindak-tanduk ‘somebody’ dalam tajuk taktikal. Pemerhati ragam manusia mencetuskan pelbagai ilham kepada wa.

Taktikal Anwar tidak banyak merosakkan masyarakat secara langsung. Dia bijak ‘melentur / mencilok’ undang-undang. Bukan mematahkan undang-undang itu seperti lawannya.

Populariti dan fenomena.

Popular dan pengaruh adalah saudara sekandung. Untuk memiliki pengaruh, haruslah popular. Wa tidak menuduh bahawa Anwar menuduh dirinya liwat demi populariti. Ini telahan manusia sebangang Khairy. Tetapi Anwar bijak mencilok dengan apa yang dihadapinya. Baginya, dalam serangan lawan, ada senjata yang boleh digunakan.

Atas kepada populariti adalah fenomena. Tidak ramai orang popular yang memiliki keupayaan mencetuskan fenomena. Ini adalah tahap tertinggi. Dan inilah taktikal Anwar pada pemerhatian wa.

Anwar sengaja tidak hadir memberi keterangan.

Pada wa, Anwar sengaja tidak hadir memberi keterangan bagi membuatkan satu situasi pihak polis menangkapnya. Dan Anwar memilih untuk serah diri pada minit-minit kecederaan. Apabila ini dilakukan, para penyokong yang fanatik tidak akan menganalisis dengan dalam. Tangkapan polis terhadap Anwar adalah satu fenomena. Dalam dan luar negara.

“Anwar ditangkap.”

Tajuk ini sahaja sudah menunjukkan terdapat unsur fenomena di dalamnya. Media luar negara dan dalam negara meletup.

Kehadiran di khalayak ketika dalam tahanan.

Apabila diumumkan ditangkap polis. Maka, seluruh pemikiran rakyat akan memberi imej dizalimi. Memang pun sejarah membuktikannya begitu. Dan ketika imej dizalimi ini menguasai pemikiran rakyat, kehadiran tokoh yang ditahan itu di khalayak, dalam imej ditahan adalah satu lagi unsur fenomena.

Anda bayangkan Osama Laden ditahan. Fenomena. Kemudian, Osama muncul dikhalayak, dalam keadaan tahanan. Satu lagi fenomena. Begitulah taktikal Anwar. Wa tidak kata dia salah, tetapi wa menganalisis taktikal dia secara bebas.

Dan untuk muncul di khalayak, ketika status tahanan, maka, Anwar mengadu sakit belakang. Dan Anwar pun muncul di hospital. Wajah seorang pejuang.

Memang Anwar seorang pejuang.

Berbanding lebai-lebai PAS, Anwar lebih ‘fighter’. Manakala lebai-lebai PAS dilihat banyak mengalah atas tajuk iman / kesabaran / bimbang rakyat lebih mudarat / etc.

“Biarlah.. ALLAH itu ada.”

Wa tidak kata yang itu betul atau tidak, yang ini benar atau salah; tetapi dalam tajuk taktikal, wa membawa pembaca kepada perbezaan 2 golongan ini.

Anwar (PKR) fight sepanjang masa. Adakalanya bagus, adakalanya memangsakan rakyat. Gajah sama gajah berperang, rakyat di tengah-tengah merana. Manakala PAS ada masa fight, ada masa mengalah, malah ada ketikanya bersama-sama musuh.

Untuk golongan muda atau golongan level panas, corak PKR sangat sesuai. Tetapi golongan lama atau golongan cool, perjuangan PAS lebih memikat. Wa pula berada di tengah-tengah. PAS lembab wa balun, PKR gelojoh wa sesah. Wa pun berhak dibelasah.

Kekuatan PKR, kekuatan PAS.

Pada wa, kekuatan PKR adalah Anwar. Manakala kekuatan PAS adalah Islam. Wa percaya, PKR pasti bergolak / berpecah sekiranya Anwar sudah tiada. Tetapi tidak PAS.

PAS tidak akan berpecah hanya kerana kehilangan pemimpin, tetapi PAS telah dibuktikan berpecah kerana perbalahan taktikal besar. PAS telah berpecah ketika mengambil taktikal menyertai UMNO dahulu.

Nantikan corak politik Anwar-PKR seterusnya.

Wa akan memerhati gerakan Anwar-PKR untuk seterusnya. Jika menguntungkan rakyat, wa hanya diam kerana ramai sudah memuji, tetapi jika pada pandangan wa, ianya bermotifkan politik peribadi individu bernama Anwar, wa akan bersuara dalam medium kecil wa ini.

Jangan sesekali membelakangkan rakan pakatan demi survival politik individu.

Wallahualam.

Comments

  1. Hah??? Osama Bin Laden pernah diTANGKAP?
    Biler? Siapa yg tangkap? Di mana??

    Kalo dia dah ditangkap,of cos lamer dah digantong smpi mati oleh Yahudi laknatullah...

    Further info pls...

    p/s: Setau cheq Osama Bin Laden tu mcm 'FIGURA CIPTAAN' Barat jek... Allahua'lam...

    ReplyDelete
  2. Anwar rasanya menikot taktik Mahatma Gandhi yg beroleh simpati rakyat sampai dpt menghalau British dpd India sehingga hanya British India Company jek yg ujud lps tu hehehe...

    Eniwei, wa tak kesah taktikal apa pon janji bukan dgn cara POLITIK WANG bak kater UMNO or RASUAH/CORRUPTION bak kater msykt donia...

    Go DSAI go... Ape2 ajelah janji tak menyalahi syariat agama or undeng2 manusia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.