Skip to main content

Surat Amaran Forumer TKO Kepada Persatuan Filem Tamil Di India.

Dari,

Seluruh Forumer TKO

(17 Julai 2008)
____________________________________________________________________

Kepada,

Persatuan Filem Tamil Di India.

Tuan,

PER : Amaran Supaya Tidak Menciplak Karya Malaysia.

Kami seperti yang dimaklumkan di atas, secara berterus-terang, memberi amaran kepada pihak tuan supaya tidak mencipta karya kami yang terbaru ini. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ianya berlaku.

2. Kami juga nekad memboikot kesemua filem negara India walaupun Nek Mah, Penaung Termulia Kelab Peminat Bollywood bertindak meletupkan kami dengan C4, berpandukan salah satu adengan dalam karya terbaru negara kami.

3. Kami akan memastikan dan menyemak dengan teliti kesemua filem terbaru keluaran negara tuan untuk memastikan tiada unsur-unsur ciplak seperti :

a. Adengan polis bertopeng menahan pemimpin parti pembangkang, memecahkan kaca kereta ahli politik pembangkang di lampu isyarat, tangkap-menangkap, tumbuk-menumbuk.

b. Adengan letup-meletup agen perisik asing yang dituduh model, dihilangkan data imigresennya, atau sebagainya.

c. Adengan roadblock besar-besaran di New Delhi, dan menuduh parti politik lawan yang rancang.

d. Adengan liwat-meliwat, raba-meraba, video seks cctv, bunuh di lampu insyarat, tembak dalam lif, tetak-menetak.

e. Adengan pembunuhan orang kampung secara besar-besaran, jambatan dibakar ketika hari mengundi, dakwat diseludup, rumah disimbah cat, dan sebagainya.

f. Adengan cinta dan skandal menteri-sultan dengan artis juga adalah hak karya kami.

4. Sehubungan dengan itu, kami berharap pihak tuan profesional terhadap hak cipta manusia lain. Bagaimanapun, kami sedia berkerjasama dengan pihak tuan, seandainya pihak tuan berminat mahu membeli karya kami bagi pasaran di sana atau dunia.

Untuk itu, pihak tuan boleh menghubungi wakil kami di
http://adukataruna.blogspot.com/ .
Sebarang perhatian atau tindakan pihak tuan, kami ucapkan terima kasih.


Berkhidmat untuk negara,



...........................
(AdukaTaruna)

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...