Skip to main content

Suara Mahu Bergabung Dengan UMNO Sebenarnya Datang Dari PAS Ganu?


Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah perspektif wa semata. Adakah suara mahu bergabung dengan UMNO datangnya dari golongan kalah yang dahagakan kuasa? Yang meleleh air liurnya melihat PAS negeri lain kini berada di dalam pemerintahan berbanding dirinya?

Jika benar, ini adalah tidak adil. Tidak adil memberi tekanan kepada PAS negeri lain yang baru memasuki medium dakwah baru, hasil penat lelah dan penderitaan sebelum PRU12. Menang wujud sedikit pertembungan dalam BR negeri itu, tetapi ini adalah satu proses matang.

Ketika PAS Ganu memerintah Terengganu, ianya berbeza. Majoriti Terengganu ialah muslim. Itu pun tidak terurus secara keseluruhan. Kelam-kabut. Sungguh pun begitu, tiada pula suara mahu bergabung dengan UMNO, walau keadaan negara lebih jahanam dari segala segi tanpa imbangan BR yang kuat seperti kini.

Di waktu kini, memang masih wujud elemen-elemen jahanam itu, walaupun dari komponen BR sendiri, tetapi PAS memiliki satu kuasa tekanan yang tersendiri di dalamnya. Benih yang baik menjadi pulau. Berikan masa PAS menjadi pulau di dalam BR. Baru 100 hari lebih ma. Berjuang dahulu, bukannya keluar kerana tidak mahu status suci tercemar. Jubah kotor.

Apabila wa membaca minda Cikgu Pa, salah satu tangan-tangan Terengganu era 1999-2004, beliau banyak ‘menjaga’ BR atau PAS negeri lain. Di satu tajuk, beliau memang berhak memberi pandangan, malah dialu-alukan. Tetapi di bawah satu tajuk kecil yang lain, wujud satu perspektif secara peribadi, di mana, beliau seolah-olah berasa terpinggir, tercabar dan tersisih ketika PAS negeri lain mula menuai hasil kebijaksaan taktikal masing-masing sebelum PRU12.

Sebagai satu contoh, Kedah. Low profile. Di ambang PRU, sukar membaca berita kekuatan PAS Kedah. Ada memang ada, tetapi sedikit sekali. Media lebih banyak memaparkan kekuatan PAS Terengganu. Dengan benderanya, dengan pertembungan Majlis Perbandarannya, dengan keyakinan Presiden PAS kepada Terengganu berdasarkan jumlah benderanya dan sebagainya.

Bila musim menuai, nah! PAS Kedah yang yang dianugerahkan hasil. Tanpa semborono, di bawah corak cool, bijak dan bersahaja Ustaz Azizan, Kedah mengambil alih dengan begitu hikmah. Dengan begitu harmoni. Kes tadika, kes balai raya, kes pejabat negeri yang kosong fail-fail, kes kepungan ahli PAS di pentadbiran negeri, kes pelaburan, kes bola sepak dan sebagainya, semuanya diselesaikan secara releks dan tenang oleh PAS Kedah. 100 hari tanpa banyak peluang diserang.

Jadi, untuk apa suara mahu bergabung dengan UMNO?

Jadi dari kelompok mana suara ini datang? Untuk apa? PAS memang sedang berjuang hebat medium baru di Selangor dan Perak, tetapi PAS juga sedang membina model keduanya di Kedah. Untuk apa demi sebuah keselesaan menyalak seperti anjing kepada bukit, PAS perlu keluar dari BR? Ini akan memusnahkan model Kedah.

Adakah demi jubah yang dibimbangi kotor di Selangor, kita sanggup memusnahkan model dalam pembikinan Kedah?

Adakah demi jubah yang dibimbangi kotor di Perak, kita sanggup memusnahkan model dalam pembikinan Kedah?

Atau,

Adakah demi rasa tercabar dan terpinggir PAS Terengganu, maka, kita sanggup memusnahkan model dalam pembikanan Kedah?

Kerjasama dengan UMNO.

Kerjasama PAS dengan UMNO adalah perlu diasingkan mengikut tajuk-tajuk secara profesional. PAS boleh bekerjasama dengan UMNO sebagai negeri kepada pusat, atau sebagai muslim kepada muslim, atau sebagai pembangkang kepada kerajaan negeri, atau sebagai kerajaan negeri kepada pembangkang. Tiada masalah akannya.

Tetapi suara yang mengajak PAa keluar dari BR adalah satu suara yang perlu dianalisis dengan lebih mendalam. Siapa? Mengapa? Hujahnya? Kesannya?

Dan artikel ini cuba mengupas, keadaan sebenar wujudnya suara-suara seperti ini.

Wallahualam.

Comments

  1. Betul tu, jangan rosakkan keadaan yg relek sekarang hanya kerana kepentingan individu. Ramai yang akan keluar pas kalau Pas bergabung ngan UMNO. Cayalah...

    ReplyDelete
  2. Tiada seorang pun pimpinan Terengganu yang menyebut untuk bergabung,jangan kerana silapfaham tuan, maka tuan mengajak orang lain silapfaham sama.

    Sila baca satu persatu, wawancara TG Ha didalam Harakah dan siasah.

    Awak menulis panjang, tapi kosong ye tong kosong...Berbincang,bermuzakarah lain maksudnya dengan bergabung...Masa SPM BM dapat berapa? Lu kena blajar BM semula ma....Kefahaman lu sangat lemah ...ma

    ReplyDelete
  3. Mamatkeling...lu cakap serupa keling lah...berbelit2...

    Lu ke faham dan simpan dalam ingatan lu...yg kena tembak olh polis tu tidak pernah minta Gaji dr PAS...yg kena pukul di polis FRU tu tak pernah mintak elauan dr PAS utk dipukul2..

    Pemimping dinaikkan olh penyokong.. !!! bila naik..langsung tak pandang bawah !!!..yg Memahalkan PAS sehingga benar2 DIKEHENDAKI olh UMNO adalah penyokong !!!..bererti MAHAR menjadi MAHAL adalah disebabkan PENYOKONG !!!..

    Kenapa ?... adakah empunya badan yg ditembusi peluru menerima perkara ini ?.. adakah empunya2 badan yg sering dipalu cota olh FRU tu boleh menerima hakikat ini ?..

    Kenapa setelah diberikan peluang di Kubang Kerian..mengambil kesempatan berjumpa di Parlimen ?..dan mengata Dewan Syura benarkan !!!

    sapa yg bekerja keras semasa PRU 12 baru2 ini...Dr Kuala Lumpur dan terus kembali ke tempat asal..dan akhir sekali ranap di negeri BN !!! (kelantan, Kedah, perak dan PENANG) ??? bermula di Kuala Lumpur ?.. tak lain dan tak bukan ANwar Ibrahim dan juga TGNik Aziz yg sanggup menitis air mata menadah doa bermunajat kpd Allah !!!...
    bermula di KL dan apabila balik mengundi di tempat masing2 terus tumbang BN !!!..

    kenapa menafikan hak bersuara !!!Apakah maksud Muzakarah ini ?... bukankah KOMPROMI namanya ????...

    Untuk apa KOMPROMI ?... dia nak kita dia lah tawarkan dan war2kan syarat..

    Kita selaku pengamal KEBEBASAN HAKIKI di dalam perlembagaan malaysia...KETELUSAN kpd AHLI2... harus menetapkan syarat..

    pertama, KEBEBASAN HAK DIDALAM PERLEMBAGAAN (bukannya cukai diambil dr negeri..ttp hak dinafikan)... KETELUSAN DAN KEADILAN UNDANG2...hukum mrk2 yg KORUPSI, MENGANIAYA rakyat dan zalim...dan akhir sekali..JANGAN MENGANIAYA dan MENGUNAKAN KUASA MEMFITNAH sesama kita..(cth ANWAR IBRAHIM)...

    itu je...

    apa yg kita nak adalah HAK KEBEBASAN ASASI di daulatkan sebenar2nya...

    Isu Melayu ?..Islam ?... kenapa kita bukan Islam kah ?..kita bukan melayu kah ?.... itu tugas RAJA2..dan kita yg akan mempertahankan..KENAPA nak ambil tugas raja2 ?!!!!..

    ada kepentingan diri ni...kenapa yg pergi adalah golongan yg KALAH !!!!... GOLONGAN yg baru je menang pertama kali di PARLIMEN Kubg Kerian atas dasar simpati..kalu tahu begini...silap2 masa PRU12 ...hilang deposit silap2...

    JANGAN MENGANIAYA DAN MEMPERJUDIKAN KEPERCAYAAN KAMI hanya kerana alasan PAKATAN !!!..PAKATAN adalah semua..ketelusan dan makluman kpd yg berkorban !!!...bukan nya senyap2...

    senyap2 ni ada muslihat KEPENTINGAN DIRI....

    org yg berjuang bermati-matian..dia mengkhianati titik peluh kita...ADAKAH INI KEADILAN ??? MUAFAKAT ???...tak lain dan tak bukan KEPENTINGAN DIRI !!!!

    ReplyDelete
  4. WAHAI PEMIMPIN PAS...kembali kepada asal...berdiri di kaki sendiri... kita dianayai..kita ada hak...

    Kita di pinggirkan kita ada hak... ttpi PAS mmg berdiri dikaki sendiri sejak dulu lg..kenapa terhegeh2 berjumpa di Parlimen ?... atas dasar apa sebenarnya ?...atas dasar KESELURUHAN AHLI ?... saya tak nampak begitu...

    PAS tidak memerlukan Muzakarah utk kemenangan... kalu golongan yg memulakan di Parlimen (berjumpa di parlimen mula2 dulu tak buat) PRU13..silap2 berkembanglah PAS...ttp olh kerana "KECERDIKAN" golongan tersebut...silap2 PRU13...utk mempertahankan kerusi yg ada pun belum tentu lg..sbb atas apa yg berlaku...dan dilakukan olh ORG "CERDIK INI"yg pentingkan diri sendiri..

    insaflah PEMIMPIN2 ku...INSAFLAH... kepentingan diri perlu diketepikan...

    BERMUZAKARAH ..bolh..ttp perjuangan jangan lari....slps kecoh baru di daulatkan perjuangan..seolah2 mempengaruhi dan mnghalalkan cara namanya..utk kepentingan diri...

    sedarlah dan kembali kepada asal...kalu UMNO benar2 INSAF dan inginkan PAS ber ikhlas utk perpaduan... DAULATKAN KEBEBASAN HAK disegi perlembagaan !!!!..

    akui dengan bersungguh2...

    baru bincangkan apa yg nak dibincangkan...bukannya menurut mainan politik mereka..mereka yg mula..mereka sudah bersedia...kita yg mengikut dibelakang...adakah kita bersedia...org pusing kiri atau kanan...adakah kita akan ikut sama ?...

    kembali kepada asal !!!! bncanglah utk kepentingan KEBEBASAN HAK menurut PERLEMBAGAAN !!!!...hak kita yg selama ini telah terhakis olh mainan kepentingan peribadi pihak tertentu !!!! kita ISLAM...akan terus perjuangkan ISLAM...org yg teraniaya perlu di bantu..org yg memerlukan di beri bantuan....bangsa lain yg sama2 kita dalam berjuang kita bantu mrk ..bukan dedahkan mrk kepada ANCAMAN !!!!BUKAN BEGITU CARA RASULULLAH !!!..Islam terjaga...HAK ditunaikan !!!..BARU BETUL MEMPERJUANGKAN HAK !!!

    sudahlah...mmg kata2 seua PEMIMPIN... bila berlaku kekecohan..membetulkan dgn cara menafikan dan menerangkan dgn cara yg lain dr tujuan kesalahan sebenar...

    seelok2nya jangan lakukan...mudah cerita...

    ReplyDelete
  5. maaf..saya bukannya menyokong ADUKA TARUNA atau mempersetujui 100% komen beliau diatas..T.... E.... T..... A..... P.... I.....apa yg di "KOMEN"kan olh beliau ada asasnya dan boleh diterima..

    kenapa terjadi semua ini ?... mesti ada sebab...JANGAN KATA ISU PAKATANlah..letak ketepi dulu..

    benda belum jadi lg berkenaan dengan PAKATAN...

    atas dasar apa sebenarnya TERHEGEH2 bertemu ?...maksud saya diawal2 sblum penubuhan krjaan di Selangor !!!...

    atas dasar apa sebenarnya...JANGAN KATA PAKATAN lah...JGN KATA ISLAM dan MELAYU lah...sbb hak2 telah dimaklumkan olh TUANKU DULI YG MAHA MULIA SULTAN..hak tuanku...

    CUBA FIKIRKAN ...

    Lu PIKIRLAH SENDIRI !!!!...budak2 yg tgh nak ambil UPSR pun bolh faham...

    Nasihat saya... TO LEAD..DEPEND ON WHERE YOU START...

    Jgn sekali2 MENGIKUT DIBELAKANG.... apa yg org buat, bila mrk mendahului...mereka tahu apa yg mereka buat..dan kita yg mengikut dibelakang dan mengikut...belum tentu dapat memahami apa tujuan mereka di depan..krn AMAT LAJU...mrk konar je...belum tentu kita mampu ikut..silap2 kita TERBALIK LINGKUP !!!!

    hati2...PERJUANGKAN KEBEBASAN HAK ASASI SEBENAR menurut PERLEMBAGAAN...islam terjaga...hak melayu terjaga..dan hak bangsa lain yg membantu kita juga terjaga...sama2 kita ambil hasil dari kerja keras kita...bukannya ORANG YG BANTU KITA KITA DEDAHKAN KPD ANCAMAN dan KEKECEWAAN krn memberikan penuh KEPERCAYAAN kpd kita !!!!!

    AWAS...mengundi adalah tanggunjawab 5 tahun sekali !!!! bukannya 20 tahun sekali !!!!

    ReplyDelete
  6. Akhir sekali... saya telah fikirkan semasak2nya...TAK PERLU BIMBANG saya hanya sorang dr berjuta2 (mungkin)... saya dah fikirkan..tak perlu bersusah payah dah..dan saya dah kaji balik..

    Takperlu berkorban dah utk POLITIK yg sentiasa kebelakang... setiap kali di depan...kena balik ke belakang balik..LETIH...ini semua krn politik yg mana pemimpin NAK TESTING MARKET pulak....berfikiran mcm nk jual sesuatu pulak...(multi level marketing) ambil kpntingan dr org bwh yg bekerja...

    Gini sajalah dipendekkan cerita..dlm hidup..apabila saya MENDAHULUI dr yg lain (meluru)...maksudnya saya cuba nk mendahului dr yg lain...ttp dlm KUMPULAN (parti) nak dahului dr siapa...sbb KUMPULAN adalah satu segmen pechan dr ahli2 yg kecil dan wujudnya satu kumpulan besar akibat dr muafakat... ttp bila cuba mendahului dlm kumpulan...bererti cuba potong line dr yg lain lah ni..mmg begini...sbb saya pun selalu gini bila berurusan dgn krjaan dan swasta lain...tujuan utama utk DIBERI KEUTAMAAN..ttp itu Individu..kalu dlm KUMPULAN ?.. keutamaan apa ?... kalu kumpulan mmg dah kuat ?... nak potong line jugalah ni..dr dlm kumpulan agar diberi keutamaan bhw kita tu penting..walhal penyokong yg naikkan)

    jd olh kerana pakat2 potong line dan cuba mengejar sesuatu... saya pun nak tumpukan kpd hidup saya yg asal...nak tumpukan kpd anak isteri balik....demi mereka (tak pe saya sorg saja dr byk2 penyokong lain - jd tk penting sgtlh)..baik saya tumpukan pd kerja..dan bukan politik...kebajikan anak isteri perlu di beri kutamaan..sbb tanggungjawab sebenar...politik kebelakang adalah politik tak kemana...

    sbb bukti utama adlah..yg banyak2 kena TEMBAK dan kena CHOTA tu...tak pakai kereta besar.. dan tak kaya2 pun... ramai saya tgok yg pakai motorsikal kapchai dan paling besar pun PROTON biasa...

    Pemimpin pulak, saya tgok byk yg pakai besar2...nk beli apa mrk mampu...

    jd adalah baik kita berusaha utk memajukan keluarga kita sendiri dr sibuk berpolitik...kbajikan anak isteri kita adl satu tanggungjwb kita...

    Politik ni...sikit....kalu semua pemimpin berfikiran bagus...tak ke belakang..tak pe...ni kebelakang...letih kita..silap2 kita tak leh tumpukan pd kerja bagi menyara hidup keluarga kita...

    baik buat kerja kita...dapat jugak anak isteri makan dan hidup seperti org lain...

    Hemmmmm...nasibbb...nasibbb ...tunggulah bila PEMIMPIN spt TGNA ada 4 di negara ni...baru saya nk tumpukan kpd politik...

    kelantan akan tetap dgn PAS..sbb matang dan sentiasa ke depan...subhanallah....ALLAHU AKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.